Tips Penjagaan Laptop yang Mampu Bertahan Sehingga 5 Tahun
|Susah?
Saya tidak fikir begitu.
Meskipun tidak susah, masih ramai yang tidak ambil peduli.
Mungkin kerana malas?
Mungkin juga anda tidak tahu kepentingannya?
Walau apa jua alasan anda, kena ingat harga sebuah laptop bukannya murah.
Sekiranya rosak, kos membaiki boleh mencecah ratusan ringgit.
Boleh menyebabkan dompet anda menjadi nipis dalam sekelip mata.
Tidak percaya?
Tanyalah di mana-mana kedai komputer.
Saya yakin harganya boleh mencecah RM300-RM400 jika papan induk anda mengalami kerosakan.
Mahal, kan?
Dengan kos sara hidup semakin meningkat, duit sebanyak itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih penting.
Saya tidak mahu membuang masa anda lama-lama di sini.
Jadi, mari baca tips di bawah ini berdasarkan pengalaman sebenar saya untuk rujukan anda.
7 tips penjagaan laptop
1. Kebersihan laptop
Guna dan simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Contohnya, pastikan pintu dan tingkap dibuka untuk memudahkan peredaran udara.
Bersihkan bilik atau ruang kerja anda daripada debu. Seboleh-bolehnya lakukan dua kali sehari.
Sentiasa gunakan laptop di tempat yang rata dan stabil seperti di atas meja.
Jangan gunakan di atas tilam, bantal, sofa dan karpet.
Kenapa?
Nanti cepat panas akibat haba yang terperangkap di dalamnya.
Anda peminat kucing?
Jangan biarkan ia duduk berdekatan dengan laptop anda.
Bulu kucing mudah disedut oleh kipas laptop dan seterusnya menutup ruang pengaliran udara laptop anda.
Elakkan juga makan dan minum di hadapan laptop.
Kecuali anda mahu serangga datang bertandang.
Ikut pengalaman, semut kerap datang melawat untuk membuat sarang.
Ya, pastikan juga tangan anda bersih selepas makan. Alasannya seperti di atas.
2. Monitor LCD
Sebelum menutup skrin pastikan tiada benda tertinggal di atas papan kekunci laptop anda.
Contohnya, pen drive, duit syiling, kunci, cincin dan sebagainya.
Boleh menyebabkan calar dan pecah sekiranya tidak dialihkan.
Tutup skrin LCD menggunakan kedua-dua tangan anda.
Tujuannya untuk menjaga engsel (hinge) agar tahan lama.
Sekiranya anda mahu alihkan ke meja sebelah, pegang di bahagian bawah atau tapak laptop anda.
Jangan sesekali angkat pada bahagian skrin.
Engsel boleh tercabut atau patah akibat bebanan yang ditanggung.
Bersihkan skrin dengan pembersih yang dikhaskan sahaja. Jangan gunakan bahan pencuci yang menghakis.
3. Papan Kekunci
Gunakan berus yang bersih untuk membersihkan papan kekunci laptop anda.
Jika perlu, anda boleh pasang pelindung papan kekunci untuk mengelakkan daripada habuk.
Ingat.
Musuh utama papan kekunci adalah air.
Jangan biarkan air menitis atau tertumpah ke atas papan kekunci laptop anda.
4. Bateri
Hanya gunakan pengecas (charger / AC Adapter) yang didatangkan bersama-sama dengan laptop anda.
Elakkan menggunakan pengecas daripada jenama dan model laptop yang lain.
Simpan bateri anda di tempat yang sejuk dan kering. Suhu yang disyorkan adalah dari 10°C (50°F) ke 30°C (86°F).
Suhu yang tinggi akan menyebabkan bateri kehilangan cas dengan lebih pantas.
Dalam penggunaan biasa, jika tidak terlalu panas (suhu CPU sekitar 40°C ke 50°C) bateri tidak perlu ditanggalkan.
Sekiranya ada kerja-kerja grafik dan permainan (suhu melebihi 60°C), bateri harus dikeluarkan daripada soket laptop.
Ini untuk mengelakkan pemanasan yang tidak diingini.
Ingat, suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka hayat bateri anda.
Untuk bateri yang tidak boleh ditanggalkan (non-removable battery) anda boleh gunakan cooling pads / cooling stands.
Jika anda tidak gunakan laptop untuk satu jangka masa yang lama pastikan cas di dalam bateri ditinggalkan sekurang-kurangnya 50%.
Jangan sesekali biarkan cas bateri tersebut kosong.
Ini adalah benar dengan bateri yang berasaskan lithium-ion.
5. Perisian
Penting.
Setiap laptop mesti dipasang dengan perisian antivirus.
Tidak kisah sama ada yang percuma atau berbayar.
Ia mampu menangkis laptop anda daripada serangan virus komputer.
Salin semua dokumen, foto, muzik dan video secara berkala ke cakera keras mudah alih.
Amalkan untuk menyimpan dua salinan data anda di tempat yang berbeza.
Jangan muat turun perisian yang tidak diperlukan.
Imbas perisian yang dimuat turun dengan antivirus sebelum memasang ke dalam laptop anda.
Pastikan sistem operasi Microsoft Windows dan perisian-perisian asas anda sentiasa dikemas kini.
6. Servis
Servis kipas laptop anda mengikut jadual.
Untuk yang mahir, pastikan anda membersihkan kipas laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 2 kali setahun.
Pastikan juga anda tukar thermal grease dan thermal pad pada heat sink laptop anda.
Format sistem operasi laptop anda 2 atau 3 tahun sekali.
Tujuannya untuk membuang semua perisian lama yang tidak diperlukan.
Prestasi juga akan kembali pantas seperti baru dibeli.
7. Tips semasa perjalanan
Semasa pemeriksaan di lapangan terbang, elakkan laptop anda diimbas dengan menggunakan “human metal detector”.
Pastikan ia diimbas dengan alat pengimbas bagasi sahaja.
Ketika menaiki kapal terbang, bawalah laptop ke tempat duduk anda.
Elakkan menyimpan bersama dengan bagasi anda yang lain.
Buat salinan data ke cakera keras mudah alih dan tinggalkan di tempat yang selamat seperti di rumah atau pejabat anda.
Jika boleh jangan gunakan rangkaian Wi-Fi di lapangan terbang untuk mengakses maklumat sensitif (seperti akaun bank).
Saya yakin kalau anda jaga laptop dengan penuh kasih sayang, ia mampu berkhidmat sehingga 5 tahun.
Buktinya?
Saya ada sebuah laptop (atau lebih tepat, netbook) yang masih berfungsi dengan baik walaupun telah berusia hampir 5 tahun.
Rahsianya?
Ikuti saja semua tips di atas.
Assalamualaikum admin..bukankah antivirus itu adalah virus ?
sebb saya ade dgr dari org ckp jugk
mohon penjelasan
terima kasih
Kenyataan tersebut kurang tepat..kecuali anda memasang antivirus palsu (fake).
Apa yang anda dengar hanyalah mitos dan teori konspirasi yang banyak berlegar di alam maya.. 😀
Salam, nak tanye kalau terlupa utk chatge laptop 8 jam pada first charge. Macam mana ye?
Hai Alya, tak ada masalah. Anda boleh guna komputer riba seperti biasa.
Hai Admin , saya baru beli laptop , dan saya ada main kejap2 , saya letak atas tilam beralaskan file keras plastik, tak lama tu ade mcm bau brg elektronik hangit gitu .. kenapa ya ? dan nak buat apa ?
Hai Nuri, ada dua kemungkinan..sama ada pengecas (charger / AC adapter) atau bahagian plastik pada bahagian dalam komputer riba anda mungkin telah terbakar.
Untuk kes begini lebih baik komputer riba tersebut dihantar semula untuk diperiksa.
Tidak ada salahnya hendak menggunakan komputer riba di atas tilam (beralaskan kulit buku yang keras) cuma kurang digalakkan..
admin saya nak tanya apa efeknya kalau terkena human metal detector aku x fahmlah tolong bahaskan, harap beri kerjasama.
yg kedua kalao kita x clean operasi system apa kesan terhadap laptop klo digunakan sepanjang zaman? tolong penjelasanya, harap beri kerjasama.
#salam_dari_sabahan
Secara ringkasnya perkakasan seperti cakera keras di dalam komputer riba sangat sensitif dengan alat tersebut.
Untuk soalan kedua, kalau anda tidak mahu membuat clean install selepas 2-3 tahun pun OK.
Yang penting anda rajin membuang perisian yang tidak diperlukan dan melakukan defragmentation (lakukan sebulan sekali) pada cakera keras anda.
Ingat.
Untuk solid-state drive (SSD), anda tidak perlu membuat defragmentation seperti mana cakera keras biasa.
Sebab apa?
SSD tidak mempunyai bahagian mekanikal dan ia juga akan memendekkan jangka hayat sesebuah SSD jika defragmentation ini dilakukan.
hi min…laptop sya jenama acer.sya on laptop tu mcam biasa,pada keesokkan hari,laptop sya tidak boleh on,ada lampu oren je menyala,bila sya try buka ram dn pakai ram baru,masih sama sahaja tidak boleh on,adakah masalah motherboard?
Boleh saya tahu apa model penuh komputer anda?
Masa tekan butang POWER, kipas berpusing atau tidak?
Jika kipas tidak berpusing, cuba dulu cara-cara di bawah.
1. Cabut pengecas (charger/AC adapter) dan bateri komputer anda.
2. Tekan dan tahan butang kuasa (power button) selama 30-40 saat.
3. Sekarang sambungkan pengecas sahaja.
4. Cuba hidupkan komputer anda seperti biasa.
Jika tidak berjaya, ulangi langkah-langkah di atas beberapa kali. Kadang-kadang setelah percubaan kedua dan ketiga dilakukan komputer akan hidup seperti biasa.
Admin sy nk tnya laptop sy ni kejap blank tiba tiba lphtu berkelip² ..kenapa ya?and camne nk atasinya?
Boleh saya tahu apa jenama dan model komputer riba tersebut?
Black screen ini berlaku sebelum ATAU selepas logo Windows muncul?
Terima kasih.
hi saya nak tanya… saya baru sahaja beli laptop tapi laptop saya kalau diangkat semasa on dia akan mati so saya dah hantar ke kedai yg saya beli dan dia ckp itu masalah bateri saya pon agak macam tu then lepastu laptop tu elok sekejap then problem sama jadi balik… lagi satu laptop ni dia on dua kali maksudnya bila tekan butang on dia on kejap then mati then dia on semula n blh operate mcm biasa… admin blh agak x ape masalahnye?
Hai Ain, ini komputer riba baharu atau terpakai?
Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan masalah ini. Antaranya:
– pengecas (charger / AC Adapter) mungkin ada masalah
– ada dry joint atau kabel DC Jack terputus
– masalah pada papan induk (motherboard).
Jika masih ada jaminan, sebaik-baiknya hantar komputer riba tersebut untuk diperiksa semula.
hi, saya nak tanya ..kenapa skrin laptop saya akan berkedip bila saya cucuk pd ?
Ada kemungkinan kabel LVDS pada skrin anda telah longgar.
Boleh saya tahu, sebelum ini komputer riba pernah terjatuh atau tidak?
Untuk masalah begini komputer riba perlu dibongkar.. periksa skru pada papan induk sama ada ketat atau tidak dan pastikan juga tiada kesan-kesan karat pada permukaan papan induk.
Hi admin. Saya nk tnya. Kalau guna laptop sambil charge, dia akan kena effect apa2 tak?
Hai Noor, tak ada masalah nak guna sambil cas. Cuma pastikan suhu bateri tersebut tak terlalu panas.
Hi, mohon pendapat admin, sy baru beli laptop y dibekalkan dgn windows 10, selepas 3hari guna sy cuba update windows tersebut dan tiba2 lptop sy hang tidak boleh buat apa sehingga ia mati sendiri d sebabkan habis btry, barulah dia boleh berfungsi seperti biasa, apakah sebabnya? kemudian soealn kedua ada pakar laptop kongsi pada sy ketika kita update windows,
sekiranya kita terputus internet connection atw pause proses updated tersebut sebelum selesai, windows kita serta merta akan problem, walaupn kita sambung update hingga selesai selepas itu, kita tidak ada pilihan melainkan format semula, apakah ia benar?
Hai Nash, berdasarkan pengalaman saya, sepatutnya tidak ada masalah yang berlaku sekiranya talian Internet kita terputus atau proses mengemas kini Microsoft Windows dihentikan sebentar.
Masalah yang biasanya berlaku adalah terdapat sesetengah kemas kini daripada pihak Microsoft yang mempunyai pepijat ketika dikeluarkan kepada pengguna akhir.
Anda boleh menggunakan System Restore (perlu diaktifkan awal-awal sebelum masalah ini berlaku pada sistem operasi) sekiranya masalah yang berlaku pada sistem operasi Microsoft Windows tidak terlalu kritikal.
Terima kasih atas perkongsian, skrg laptop sy hadapi masalah lain, lptop sy jenis msi 8gb ram, intel i7 8gen dan grafk card 1050 nvidia, jika diikutkan more then enough utk bermain pes2019, pada awalnya tiada sebarang masalah dan smooth sahaja, bermula seminggu lepas(selepas 2bulan pmbelian lptop) laptop sy sudah xmampu main pes sesmooth sebelum ini, leg agak teruk, sy sdah update keseluruhan software yg perlu seperi intel, nvidia n windows update, dan reintsll pes2019,namut ttp sama, apakah sebabnya dan solusinya? Jika x salah sy sblm leg, laptop sy ada buat auto restart sbb dy auto update windows ketika itu
Terima kasih atas perkongsian, skrg laptop sy hadapi masalah lain, lptop sy jenis msi 8gb ram, intel i7 8gen dan grafk card 1050 nvidia, jika diikutkan more then enough utk bermain pes2019, pada awalnya tiada sebarang masalah dan smooth sahaja, bermula seminggu lepas(selepas 2bulan pmbelian lptop) laptop sy sudah xmampu main pes sesmooth sebelum ini, leg agak teruk, sy sdah update keseluruhan software yg perlu seperi intel, nvidia n windows update, dan reintsll pes2019,namut ttp sama, apakah sebabnya dan solusinya? Jika x salah sy sblm leg, laptop sy ada buat auto restart sbb dy auto update windows ketika itu
Ada dua kemungkinan:
1. Terdapat pepijat pada kemas kini Microsoft Windows.. cuba lakukan System Restore.
2. Anda tidak pernah menyusun data di dalam cakera keras.. lakukan defragmentation.
Salam. Laptop saya sudah 2 tahun sekarang. Sekarang laptop saya tak boleh hidup tanpa charger dia dan bila pasang, dia akan keluar plugged in, not charging. Macam mana ya? Sekarang pula keyboard nya buat hal tak boleh detect. Keypad okay sahaja.
Hai Syakirah Azharan, biasanya jangka hayat bateri sekitar 1-2 tahun sahaja (bergantung pada penggunaan). Saya rasa anda perlukan bateri baharu.
Untuk masalah kedua, cuba buka dan pasang (reseat) kabel papan kekunci (keyboard) komputer anda.
Sekiranya tiada perubahan, kemungkinan papan kekunci tersebut telah rosak.
Salam..sy ada laptop yg tetiba bt hal..mulanya laptop sy xada pa2 masalah tetapi tetiba ia kena sambung charger sja baru laptop on..klu charger xon laptop xakan on..
Maksudnya kalau guna bateri saja komputer tak boleh hidup? Mungkin bateri tu dah rosak dan perlu ganti baharu.
Kalau dah ganti bateri baharu tapi masalah masih sama, ada kemungkinan papan induk (motherboard) yang bermasalah.
Hai. Mohon pendapat admin. Laptop saya ada kerosakan, jika laptop tidak di cas tak dapat on..bila di cas dan on bateri 0%..baru dapat digunakan..lampu merah tidak menyala menandakan yang ianya telah habis bateri sedangkan sedg dicas (bateri dan laptop bergabung)…masalah saya ke dua yang saya tak boleh bukk apa Microsoft office/word. terima kasih
Hai Wan, maksudnya jika guna pengecas (charger/AC adapter) sahaja, komputer riba tidak boleh dihidupkan?
Komputer hanya boleh dihidupkan apabila bateri dipasang bersama? Betul?
Jika situasi di atas berlaku ada kemungkinan IC CHARGING (atau mosfet) pada bahagian papan induk telah mengalami kerosakan.
Jika masih ada jaminan, sila hantar ke tempat anda membeli komputer riba tersebut.
Untuk masalah Microsoft Office pula, penyelesaian yang paling mudah adalah dengan membuang & memasang (reinstall) semula program tersebut.
Acer swift 3
As salam admin, saya nak tanya mengenai penyimpanan laptop dalam kereta. Saya ada laptop Asus Vivobook S15 dan selalunya saya akan simpan laptop dalam beg baju (mcm beg hiking tu). Selalunya saya akan pulang ke kampung selepas abis keje dan selalunya saya dah siap² packing baju berserta laptop dan simpan dalam kereta. So, adakah tindakan saya simpan laptop dalam kereta untuk jangka masa yg lama ini boleh menyebabkan kerosakan pada laptop? Terima kasih.
Hai Hana, pastikan tiada barang-barang yang berat diletakkan di atas komputer riba anda ketika perjalanan. Takut-takut nanti skrin akan retak atau pecah.
Lagi satu, kalau nak simpan dalam kereta.. pastikan komputer tersebut tidak terdedah kepada cahaya matahari.
Sebaiknya bila sampai ke kampung halaman, komputer riba perlu di simpan di dalam rumah. Jangan biarkan di dalam kereta untuk mengelakkan kecurian.
Hai AFtech sy nk tnya, sy bru shj beli laptop acer aspire3 tak sampai sebulan sy guna ad kejadian berlaku. Laptop sy xboleh haritu jadi bende same tapi ok balik lps tu baru2 ni jadi balik. Ade masalah ke pd laptop sy? Btw kalau laptop minta diupdate ketika di shut down rupa dia macam off eh? Sbb sy x tahu bab update time off screen ni jadi sy trus tutup laptop tu. Harap dpt dibantu ☆
Biasanya komputer baharu akan dikemas kini secara automatik sekiranya bersambung dengan Internet. Proses kemas kini (ketika shut down) mungkin akan memakan masa beberapa minit atau jam. Ini adalah perkara biasa untuk komputer yang baru dibeli.
Saya baru Beli laptop Asus A507M .lepastu dia suruh caj 3jam untuk Kali pertama penggunaan..mcm mna ye?saya kurang paham.Mohon penjelasan..tq
Hai Ain Athirah, cas dahulu selama 3 jam tanpa menggunakan komputer tersebut. Selepas itu, matikan pengecas (charger/AC adapter) dan gunakan komputer riba macam biasa.
Hi admin, Laptop saya jenama Asus model X541U tak boleh on kalau tak guna adapter laptop. Bulan lepas boleh on tanpa adapter tapi kalau gerak laptop tu sikit je, laptop terpadam. Kadang2 tekan on banyak kali pun tak boleh nak on unless guna adapter.. Kenapa ye? Saya baru guna 1 tahun…
Hai Bell, mungkin bateri ada masalah. Kalau masih ada jaminan lebih baik bawa semula untuk diperiksa.
hello admin, ad effect x pada laptop kalu bateri tu dh kong, lg satu laptop ni built in battery, xpe ke kalau truskn guna? nk tkar xde bajet lg..
Bateri tu dah berapa tahun guna? Kalau lebih 2 tahun lebih baik bateri tersebut dikeluarkan.
laptop baru setahun lebih guna, tapi ad masalah bila guna x sampai setengah jam, laptop tiba2 mati, xbleh hidupkan unless sambungkn charger. Adakah bateri tu dh rosak? laptop ni bateri kt dlm, bleh effect laptop x kalau still pakai?
Ya, ada kemungkinan bateri dah rosak. Jangka hayat bateri biasanya 2 tahun (atau kurang, bergantung pada penggunaan), selepas tu kena tukar baharu.
Sebaik-baiknya bateri tersebut dikeluarkan. Jika tak berapa mahir, minta bantuan orang atau kedai.
Hai. Laptop saya jenis bateri yg tak boleh tanggal. Ok ke kalau sambil guna buat kerja or main game sambil charge? Mohon pendapat sbb saya keliru stengah org kata boleh menyebabkan bateri rosak dan stengah org kata ok je dan recommended untk guna laptop sambil charge sbb laptop ada sistem yg boleh cut bateri yg masuk bila dah full lebih kurg mcm tu la 🙂 Mohon penjelasan ye 🙂
Tak ada masalah.
Komputer akan memutuskan bekalan elektrik secara automatik sekiranya cas bateri telah penuh.
Nak tanya … Saya pakai windows10 … Saya guna laptop tu untuk melukis komik … Jadi saya kadang kalau dh tak ada idea untuk komik saya akan offkan laptop … Lepas tu klu idea dh ada balik saya on kan balik laptop … Mcm tulah seterusnya kadang dlm 4-7 kali dlm 1 hari saya on & off kan laptop … Jadi boleh ke kalau saya buat mcm tu ?? Terima kasih ^^
Hai Sufiah, tiada masalah jika anda buat begitu. Sebenarnya anda juga boleh menggunakan fungsi Sleep untuk tujuan ini (sebab anda kerap turn on & off).
Ketika hendak masuk tidur barulah gunakan fungsi Shut down. Apa-apapun ini semua terpulang kepada anda.
As salam.. Sya ada masalah soket mengecas bateri laptop acer.. Kos tukarnya berapa? Klau buat sendiri, risikonya bagaimana pulak?
Hai Khairul, jika ada asas elektronik dan memiliki peralatan yang betul, saya rasa anda boleh lakukan baik pulih ini sendiri. Jika sebaliknya, risiko merosakkan papan induk (motherboard) adalah sangat tinggi.
Saya tak berapa pasti kos baiki seperti yang anda sebutkan di atas sebab pelanggan saya tak pernah hantar masalah macam ini.
nak tanya. sy bru beli laptop jenama asus yang window 10. sy guna sekadar untuk lyn drama dan dgr lagu. kadang2 bila sy ade kerja lain nk kne buat , sy sleep kan smpai terlupa nk on balik en shut down. tkpe ke mcm tu?
soalan kedua, kenapa laptop sy jd hang, dan ade bunyi kt bhgian keyboard? penah sekali laptop sy tkboleh nak on even tgh cas. bila tgk video atau drama yg kita dh download plak jd sekat2. kadang2 tibe2 die tertekan sendiri apps.
soalan ketiga, sy guna smadav tuk kesan virus. okay ke app tu?
Hai Anna, tidak ada masalah sekiranya anda menggunakan fungsi Sleep pada komputer anda.
Tapi, jika tidak digunakan untuk tempoh yang lama (lebih sehari) sebaik-baiknya anda matikan (Shut down) komputer tersebut.
Untuk masalah kedua, mungkin ada sisa-sisa makanan terjatuh ke dalam papan kekunci anda dan menyebabkan ia tertekan sendiri. Masalah “hang”, ada bunyi, tak boleh ON dan tersekat-sekat susah nak jelaskan kalau tak nampak masalah tersebut di depan mata.
Harus diingat Smadav Free atau Pro bukanlah antivirus utama. Ia hanya berfungsi sebagai perlindungan lapisan kedua. Ini dinyatakan secara jelas di laman web mereka sendiri.
admin klu cas smbil main internet xbagus ka.satu lgi nak gunakan cecair ap untuk lap skrin
Hai Ariff, tiada masalah guna komputer sambil mengecas bateri. Untuk skrin pula, gunakan cecair khas untuk skrin sahaja. Anda boleh beli pembersih skrin ini di kedai komputer.
Maaf nak tanya,
Mcm mana nak jaga keyboard n speaker dari cepat rosak, walaupun speaker tuu tak pernah dipasang dalam volume yang telalu tinggi dan keyboard tu always di bersih tapii dia slow2 takdpt fungsi satu² huruf. Terima kasih sbb bagi info.
Mohon bantuan.
Hai Yan, boleh saya tahu jenama dan model penuh komputer riba yang anda gunakan sekarang? Masih ada jaminan (warranty)?
Hi admin, apa kesannya jika laptop 24 jam on tanpa off??
Kesannya adalah pada penggunaan bateri, cakera keras (HDD), haba dan kos elektrik. Secara umumnya, tiada masalah sekiranya anda menghidupkan komputer riba anda selama 24 jam.
Admin, mohon bantuannya. Saya baru membeli laptop Asus 505D. Adakah saya perlu mengecas dahulu selama 3 jam seperti yang tertera pada buku yg disediakan? Sebelum membeli, pekerja di kedai tersebut buka laptopnya dan saya terlihat peratusan bateri masih banyak(dalam 9+%).Perlu atau tidak mengecas.
Ya, untuk pertama kali anda perlu mengecas bateri tersebut selama 3 jam.
Aslm..saya nak tanyak laptop saya tiba2 blank screen apabila saya connect charger sambil tengok movie atau dgr lagu..hal ini berulang ulang setiap kali saya main movie atau dgr lagu sambil connect charger..apa masalah dia sebenarnya?
Hai Mus, bagaimana kalau guna bateri saja? Boleh saya tahu model penuh komputer riba anda?
Guna batteri sahaja ok tak ada masalah..cuma kalau connect charger masalah tersebut akan timbul..laptop toshiba
Toshiba satellite c640
Susah nak tau masalah ini kalau tak tengok di depan mata. Cuba buat yang paling mudah dulu.
Gunakan pengecas (charger) yang lain. Kalau masih pandai gelap, cuba sambungkan komputer kepada monitor CRT/LCD, TV atau projektor.
Jika ada paparan muncul di monitor CRT/LCD, ada kemungkinan skrin komputer riba yang bermasalah.
Sekiranya masih gelap, ada kemungkinan papan induk (motherboard) yang ada masalah.
hai , laptop saya baru2 ni ada tukar screen . lebih kurang 3 bulan lps. slps tukar, my laptop ada masalah charging, bila charge laptop dia xpenah penuh, dia akn stay at 93%. lps plug out, dlm bbrp minit, dia akn blank out sendiri. so when charging balik, percentage battery still high. nk thu npe die padam sendiri???
Boleh saya tahu apa jenama dan model komputer riba yang anda gunakan sekarang? Biasanya jangka hayat sesebuah bateri adalah lebih kurang 2 tahun. Jadi, ada kemungkinan bateri anda sedang mengalami kerosakan.
Cuba dulu gantikan dengan bateri yang baharu.
Assalamualaikum admin, saya student ipta dan disebabkan kekalutan pandemik covid19 yg melanda, saya trlupa utk bwk balik laptop tapi dah dicas dgn baik dan disimpan dalam loker yg berkunci, jadi nk tanya admin ada tak side effect untuk laptop saya dan penyelesaiannya, terima kasih admin
Saya rasa tak ada masalah sebab anda dah bagitau bateri tersebut telah dicas sebelum menyimpan di dalam loker.
Hai AFtech salam sejahtera,boleh beri saya cadangan jenis atau jenama yg baik utk saya dapatkan?
Utk pengetahuan saya cuma nk gunakan utk internet,muzik,tgk movie dan kerja ringan seperti membuat dan menyimpan salinan surat,penyata akaun.
Bajet sekitar Rm1800 ke bawah.
Terima kasih.
Hai Saiful, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. Dell Inspiron 15 3565
2. HP 14S-DK0107AU (Silver) / HP 14S-DK0108AU (Gold)
3. Acer Aspire 3 A315-54K-39EJ
4. Lenovo IdeaPad 330-15IKBR 81DE01Y8MJ/YAMJ
5. ASUS VivoBook X505Z
Harap membantu anda.
hi, saya nak tanya.. kenapa laptop saya jadi berkelip bila saya cuba nak adjustkan skrin ke atas dan ke bawah.. tak berlaku dengan kerap, kadang2 bila adjust skrin jadi mcm tu tapi saya tertanya perlu ke dibaiki atau macam mana ? klau perlu baiki, agak2 berapa kos dikenakan ?
Model Laptop:Asus X453M
Hai Farah, cuba dulu periksa kabel LVDS. Ada kemungkinan kabel ini tersepit pada bahagian engsel (hinge) komputer riba anda. Kadang-kadang skrin yang sedang mengalami kerosakan juga boleh menunjukkan masalah ini.
Contoh kabel LVDS yang mungkin ada masalah.
salam admin sy nk tanya cara pengunaan yg ideal tuk bateri..sy kerap guna lap top lbh kurang 8 jam sehari adakah sy biar kn lap top charging ataupn bukak bateri..sy guna lap top hp folio 9470m i7 ssd tuan..
Kalau guna untuk tempoh yang lama, sekali-sekala bateri tersebut boleh dibuka untuk mengelakkan “overheating”.
Hi admin, nak tanya agak2 berapa tahun jangka hayat sesebuah laptop. 10 tahun sampai tak. Saya dah guna laptop hampir 7 tahun. Saya sayang nak tukar baru. Rosak sikit-sikit2 tu saya baiki je. Tapi say takut nanti dia rosak terus tak dapat diselamatkan dah.
Secara purata jangka hayat sesebuah komputer riba adalah 3 hingga 5 tahun. Kalau dah lebih 7 tahun, saya boleh katakan anda memang menjaga komputer anda dengan baik sekali.
Seperti peranti lain, komputer riba juga boleh rosak pada bila-bila masa. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, sentiasa salin data penting anda ke pen drive, portable external drive ataupun melalui cloud.
hai admin. saya baru beli laptop jenama DELL. tuan kedai tu ada cakap lptop kena cas 8 jam setiap kali nak cas bila bateri dah low. tapi bukankah kalau cas lebih yang sepatutnya akan membuatkan ia overcharged ? apakah saya perlu untuk ‘ikut’ cakap tuan kedai tersebut utk cas 8jam stiap kali hendak mengecas laptop
Tak perlu.
Untuk bateri yang berasaskan lithium-ion anda tak perlu cas bateri sehingga 8 jam. Anda boleh gunakan komputer riba anda seperti biasa.
Assalamualaikum hai admin .. Saya nak tanya kalau laptop baru then baterinya still banyak lagi kan kira2 dalam 80 lebih macam tu… Adakah kita kena guna sampai habis dulu baru cas 8 jam or cas terus ja 8 jam lepas beli tu
Tak perlu.
Untuk bateri yang berasaskan lithium-ion anda tak perlu cas bateri sehingga 8 jam. Anda boleh gunakan komputer riba anda seperti biasa.
assalamualaikum admin, saya nak tanya boleh ke kita letak laptop di atas lantai sambil buat kerja? and adakah kita memang kene alas apa-apa bahagian bawah laptop setiap kali nak guna laptop? sebab saya selalu alas buku nipis dekat bahagian bawah laptop saya
Assalamu’alaikum admin.. Saya nk thu cara guna laptop guna bateri atau tanpa bateri? Sambungkan pengecas atau tidak? Laptop sya kena guna bateri dan sambungkan pengecas bru boleh on..
Assalamu’alaikum admin.. Saya nk thu cara guna laptop guna bateri atau tanpa bateri? Sambungkan pengecas atau tidak? Laptop sya kena guna bateri dan sambungkan pengecas bru boleh on..
Ini komputer baharu atau lama? Boleh saya tahu apa jenama dan model komputer riba anda? Terima kasih.
Hai Hafizah, boleh tapi tidak digalakkan sebab apa, takut-takut terpijak sendiri. Jika nak guna di atas lantai pastikan lantai tersebut bersih daripada debu. Kalau nak guna buku sebagai alas, pastikan kulit buku tersebut adalah jenis yang keras.
assalamualaikum admin,saya baru beli laptop asus M409d..saya terlupa nak cas 3 jam pada pertama kali..saya terus charge laptop sampai penuh terus tutup plug…adakah ini ada kesan buruk pada bateri saya
saya berpendapat sekarang teknologi pakai bateri ion litium..so saya cas seperti biasa sampai penuh
Pada masa sekarang kebanyakan bateri untuk komputer riba memang menggunakan bateri yang berasaskan lithium-ion
Hi admin, Saya nk tanya. Seberapa kerapkah Kita patut service laptop untuk mengelakkan ia rosak
Hai Nur Shahirah, sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 2 kali setahun. Servis ini melibatkan membuang habuk dan menukar thermal grease serta thermal pad (jika ada) pada heat sink komputer riba anda.
hai admin. sya sbgai pelajar uni, laptop sy sy bwa travel letak dlm beg laptop, ok ke mcm tu? laptop sy juga sya nmpk org kedai dah on and set up Microsoft 10, masih nak cas 8 jam ke brpa? and admin, mcm mna nak tahu jenis bateri and nma model laptop? terima kasih..
dh jumpa, laptop asus a409m-abv202t
sy ada bca, sblm connect internet ke laptop nak buat something2, tktau apa nma dia. betulka? or smbg je mcm biasa tkda pape jdi?
Hai Efa, pastikan beg laptop tu tak terlalu kecil/sempit untuk mengelakkan skrin daripada retak atau pecah.
Untuk Internet pula, boleh sambung macam biasa.
ohh, mcm mna pula klau selalu stream movie online kat website soap2day? laptop tak kena virus ke? terima kasih.
Pastikan komputer anda memiliki antivirus yang berkualiti untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan virus.
hai admin sy bru beli laptop acer aspire3..
hari pertama guna laptop tu ok
guna pn x la lma sgt.
hari kedua on laptop tu pn ok
tp bateri dh kurang..bila nk dicharge tp lptop x dpt charge x msuk pn …batery stay terus berkurang..
lalu saya tutup lptop tu..buka blik pn sama masih x bole charge
apa masalh tu ye admin
Berapa peratus bateri tak boleh charge? Ada kemungkinan pengecas (charger/AC adapter) atau bateri tersebut ada masalah.
Untuk kes ini, saya rasa lebih baik anda rujuk semula di mana anda beli komputer riba tersebut.
Hye min sya nk tnya klu mouse di screen bergerk sendiri tetpi sya tidk menyentuh di mouse or screen ..ap perlu buat?
Hai Anis, dah cuba bersihkan touchpad atau trackpad komputer riba anda? Boleh saya tahu apa jenama dan model komputer anda?
Terima kasih.
Hye admin, saya dh guna laptop saya hampr 4 tahun, tetapi sejak update windows 10 laptop saya keluar notification ” cannot configuration operating system” selps itu laptop saya jugak susah untuk on, hnya menyala lampu on sahaja kadng kala boleh on seperti biasa saya tak tahu lah apa masalahnya hm adakah kerosakan pada motherboard dan operating system hm
Hai Nisa, sebelum ini guna Windows apa? Windows 7 atau 8? Ada kemungkinan kemas kini (updates) Windows 10 tidak serasi dengan beberapa perisian yang sedia ada.
Untuk masalah susah nak hidup, kena periksa satu-satu. Ada kemungkinan:
– cakera keras (HDD) ada bad sector
– slot RAM kotor
– salah satu RAM mungkin rosak (jika gunakan dua RAM)
– kabel LVDS longgar
– skrin dah nak rosak
hi min..saya baru sahaja beli laptop baru..tapi kena beberapa huruf pada keyboard saya tak dapat tekan?.boleh min jelaskan
Boleh saya tahu apa jenama dan model komputer riba anda? Berapa huruf yang tak boleh tekan?
lenovo ThinkPad
dalam 3 huruf yang tak dapat tekan
Ada kemungkinan kabel papan kekunci anda longgar.. atau papan kekunci itu sendiri memang dah nak rosak. Bawa semula komputer anda di tempat anda beli untuk menuntut jaminan.
Nak tanya,semasa tengah main game sambil cas adakah akan menyebabkan battery laptop tersebut rosak?
Tak.. tapi sebaik-baiknya bateri tersebut ditanggalkan untuk mengelakkan haba yang terlalu panas.
Salam admin. Sya baru sahaja mendapatkan bateri laptop HP yg baru 3 bulan yg lepas, tetapi caj bateri nampaknya tidak tahan lama. Kenapa ya?
Hai Derik, kebanyakan bateri yang ada di pasaran dibuat oleh pihak ketiga. Susah nak dapatkan bateri yang asli sebab kadang-kadang bateri tersebut tidak dikeluarkan lagi oleh pihak HP.
Anda boleh semak laman web ini sekiranya mahu mencari bateri yang berkualiti tinggi.
Apa jadi kalau saya tak charge selama 8 jam waktu mula-mula beli tu? Dan lagi satu, pada percentage ke berapa kita perlu charge bateri? Atau 0% baru charge?
Hai Didi, anda boleh menggunakan komputer anda seperti biasa. Bateri boleh dicas semula apabila notifikasi tentang status bateri anda muncul pada bahagian taskbar.
Saya baru beli laptop jenama acer, takpa ke kalau tak cas 8 jam masa first charge?
Dan bila saya charge full 100%, lepas saya cabut charger, battery terus jadi 99%, adakah ia normal atau battery problem?
Beli dekat mana? Kedai online atau fizikal? Anda boleh menggunakan komputer anda seperti biasa. Bateri boleh dicas semula apabila notifikasi tentang status bateri anda muncul pada bahagian taskbar.
Salam admin, nak tanya, adakah elok kalau kita gunakan feature batery saver sejurus selepas kita full charge (100%) and off power source? And adakah dengan menggunakan feature batery saver, jangka hayat bateri boleh berkurang?
Salam admin,saya on setting battery untuk maintain 80% charge capacity then saya guna laptop sambil charge . Adakah ini elok untuk bateri ?
Boleh, tak ada masalah. Ada sesetengah komputer riba (tak ingat jenama apa) yang memang ada fungsi macam ini.
Terima kasih… Sy mohon share ye…
Silakan, tuan. Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini.
Salam admin, nk tanya dari semalam bateri laptop saya 99%.. Bateri tu x menurun pun.. Sy takutlah.. Admin tahu x kenapa
Bateri ni pernah tukar tak? Laptop dah guna berapa tahun?
Bole ke main laptop sambil cas?
Boleh, tak ada masalah.
Salam admin, kenapa bila Saya cabut charger dia padam sendiri? Lpstu bila charger dia kata no battery is detected? Masalah laptop ke atau ac?
Bateri dah guna berapa tahun? Kalau lebih 2 tahun, beli bateri baharu.
Salam admin, nk tanya laptop acer aspire 5, waktu saya buat kerja petang haritu dia terpadam sendiri, lepas tu bile saya tekan power button still gelap tapi bile charge ada keluar lampu. Bile saya Cuba pada esoknya boleh guna tetapi sekejap je dan tiba2 dia gelap sendiri dan terus tak boleh hidup
Masalah macam ini kena periksa satu-satu. Mungkin disebabkan kepanasan melampau (overheating), bateri dan pengecas (charger) dah nak rosak, skrin mungkin bermasalah dll.
Cuba bawa ke kedai komputer yang berdekatan untuk diperiksa terlebih dahulu.
saya student architecture dan perlukan laptop. boleh cadangkan tak laptop yang ok untuk heavy use or software macam lumion, sketchup, dan lain2. Bajet RM3500
Anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP Laptop 15s-du2029tx
2. Dell Inspiron 14 5401 (5401-3582MX2G-FHD)
3. Acer Aspire 5 A514-53G-74VJ
4. Lenovo Notebook Laptop Thinkpad E14
5. HUAWEI MateBook 13 R5 2020
Harap membantu anda.
Assalam admin, kenapa bila sy tengah on laptop sy punya skrin dia selalu blink. mula macam kejap ja. pastu dia blink hitam tu lama sikit sebelum back to normal and makin kerap.
Ada dua kemungkinan:
1. Ada kemas kini (updates) Windows di belakang tabir
2. Panel skrin atau kabel LVDS mungkin bermasalah
Cuba sambungkan komputer anda kepada monitor LCD dengan menggunakan kabel VGA atau HDMI.
Jika paparan di monitor LCD normal, ada kemungkinan skrin atau kabel LVDS yang ada masalah.
As salam. Nak tanya, saya main laptop sambil chargerbukak bateri). Then, tiba2 laptop saya tertutup sendiri. Saya pasang balik bateri laptop tu, elok je saya on laptop. Bateri pun dah abis, saya cuba charger tapi tak boleh. Brand MSI. Masalah pengecaj laptop tu ke?.
Ya ada kemungkinan pengecas (charger/AC adapter) dah nak rosak. Tapi kena ingat, suhu komputer yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah ini.
Cuba sambungkan bateri & pengecas dan lihat jika ada lampu yang menyala.
hai AFTech…saya baru beli bateri baru oem laptop model Toshiba L310…mula2 sy dah cas 8jam…lepas tu sy on guna bateri, dalam 50-60% dah padam…sy cas lama lagi, bila guna bateri dlm 40% padam…sy buat lagi pun sama, 28% padam…x boleh tahan sampai 10%…tanya seller, dia suruh cas 8 jam, update bios…tapi bios sy dah updated, lastly seller cakap dia nak refund duit…jadi, adakah bateri ni bermasalah? atau saya perlu ulang lagi kitaran cas untuk optimumkan kuasa bateri?
Beli dekat mana? Rasanya bateri ini bermasalah sebab anda dah buat seperti yang disarankan oleh penjual bateri ini.
Kalau masih ada jaminan (warranty), minta tukar dengan bateri yang lain.
hi , kena cas 8 jam ka masa mula mula beli laptop?
Tak perlu.
Untuk bateri yang berasaskan lithium-ion anda tak perlu cas bateri sehingga 8 jam. Anda boleh gunakan komputer riba anda seperti biasa.
Sy nak tanya kenapa button on & off tak boleh tekan bila tekan di button huruf terus lampu di keyboard menyala dan di skrin nyala “acer” and then dia off sendiri .laptop sy jenama acer nitro 5 . Selalunya xjadi apa2 adakah disebabkan tertumpah sedikit air? Ataupun kipas berhabuk .sy dah tekan bnyk kali endup tak hidup sama jgk seperti takdi. Apa yg perlu sy buat? kipas ,lampu di keyboard laptop masih hidup
Maksudnya ada air tertumpah di atas keyboard? Jika ya, bawa komputer anda ke kedai untuk diperiksa.
Hai, sy baru sahaja tukar bateri baharu utk laptop acer swift 3. Sy perlu habiskan semua bateri yg ada dulu ke and then cas utk 8 jam pulak ke?
Tak perlu.
Untuk bateri yang berasaskan lithium-ion anda tak perlu cas bateri sehingga 8 jam. Anda boleh gunakan komputer riba anda seperti biasa.
Hi. Saya nk tanya. Kenapa button on still menyala walaupun saya dh shutdown laptop? Saya guna laptop Lenovo ideapad.
Cuba tunggu 10-15 minit selepas anda matikan komputer. Ada kemungkinan aplikasi atau program masih berjalan di belakang tabir.
hi admin saya nak tanya, kenapa laptop saya xboleh record meeting meet sbb bila saya nak tekan record dia keluar doesn’t meet your permission requirement…hellpppp😔
Boleh saya tahu jenama dan model komputer riba anda? Terima kasih.
Hai admin.. saya nak tnya.. apa nak buat yaa kalau lptop saya bateri tak detect lps tu kena plug in klau nak on.. klau unplug automatic mati
Bateri dah guna berapa tahun? Jika lebih daripada 2 tahun sila beli bateri baharu.
hai admin…apa akan jadi kalau saya charge laptop dlm 24jam..sbb lupa nk tutup…
tpi tidak kerap melakukannya
Hi saya nak tanya saya ada laptop msi model saya lupa tapi laptop tu dah lama x on sebab charger dia rosak sampai 5 tahun saya x on jadi kalau saya beli charger baru dan saya on adakah ia boleh menyebab kan masalah battery
Alief, laptop ibarat kereta yang dah lama tak dihidupkan. Mana mahunya nak hidup laptop tu. Itu sekadar pendapat. Jangan marah ya Alief.
Maaf silap nama pulak Arief.
Aduh salah lagi, orang tanya lain aku jawab lain. Maaf ya… Tak boleh nak delete dah. Admin please delete komen saya ya, terima kasih. N selamat hari raya maf zahir batin.
Ouh habis dah tak boleh pakai ke laptop tuh?
Hai admin ,saya nak tanya kenapa even saya dah beli bateri baru tapi ia tetap ade problem. Mula² beli saya charge sampai 8 jam sbb tengok dekat satu website ni. Pastu ade dua kali saya terovercharging laptop tu sampai 3 jam. Kadang² saya main rasa x sampai pon sejam padahal tak buat apa sangat pon. Pastu kalau saya off laptop tu masa bateri dalam 50% ,bila saya on balik tengok² bateri tinggal 1% je. Adakah semua ni berpunca daripada overcharging tu atau?
Saya rasa bateri baharu anda ada masalah. Kalau masih ada jaminan (warranty), sila kembalikan bateri tersebut di tempat anda beli.
Assalamualaikum… saya nak tanya , bahaya atau tidak kalau kita guna laptop sambil charge ? Sebab selalu org kata guna sambil charge buat battery Kembung… dan kakak selalu marah kalau x guna laptop tapi Charge, dia kata kalau guna baru charge.. adakah boleh buat bateri kembung?
Sebenarnya tak ada masalah kalau anda menggunakan komputer sambil mengecas bateri sebab kalau dah penuh ia akan diputuskan secara automatik.
Untuk masalah bateri kembung pula, biasanya ia disebabkan oleh faktor usia bateri tersebut dan juga kepanasan melampau (overheating).
Jadi, pastikan anda menggunakan komputer anda di atas meja yang rata dan stabil.. dan bukannya di atas tilam, bantal, karpet dsbnya.
Hi nak tanya,kita boleh pasang sticker ke pada laptop,, untuk cantikkan? Means sticker full kecuali bahagian bawah
apa yang perlu kita tengok untuk beli laptop baru.. kalau boleh harga 3k kebawah..
tapi kenapa time saya guna laptop yang dicas dngn laptop atpun x cas atpun buang bateri dri laptop smbil cas pon dia still mati dalm bebrapa jam?
Haii..Sy nak bt pertanyaan Sy baru je beli laptop ni but jarang pakai,tapi baru ni Sy bukak tp laptop Sy hitam tp dekat capslock tu lampu asyik lip lap,Sy off balik laptop still x keluar apa2.Tp sblm ni Sy ada x charge laptop sampai bateri Kong,sebab tu laptop Sy ada prob?
Mungkin bateri dah habis cas. Cuba cas dulu bateri sehingga penuh kemudian hidupkan komputer anda seperti biasa.
Assalamualaikum, Hi admin, sy nak tanya, kenapa sy punya display automatically jd cerah bila saya view video in fullscreen? boleh bgi penjelasan tak, apa yg boleh sy buat? tq
hai min..saya nak tanya kalau saya alas kan laptop saya dengn kotak boleh ke?
Ya, boleh.. cuma pastikan kotak tu jenis yang keras.
min.kalu kita selalu tekan refresh tu ape fungsi nya,adakah dia bagus atau di sebaliknya.sila bagi penjelasan yang baik min..TQ.
Hai encik, laptop saya tiba2 bau macam terbakar lepas tu tiba2 touchpad jadi panas. encik rasa sebab apa ya? please help me, laptop tu baru nak masuk setahun😭😭😭
Untuk kes macam ini lebih baik komputer tersebut di hantar ke kedai untuk diperiksa.
Assalam tuan..berapa jangka hayat sesebuah laptop ya tuan? Laptop sy dah 6tahun lebih..baru² ni kedai kata rosak motherboard dan tak boleh dibaiki..betul ke tuan tak semua kerosakan motherboard tak boleh dibaiki?..terima kasih
Biasanya jangka hayat sesebuah laptop adalah sekitar 4-5 tahun (ini cuma anggaran saja).
Kalau kerosakan terlalu teruk, biasanya kedai akan cakap tak boleh repair. Mungkin alat ganti @ parts untuk motherboard tersebut sukar dicari.
Dah cuba tanya kedai lain tak?
hye admin, boleh ke cas laptop sambil off?
Boleh, tak ada masalah.
Hi admin, boleh ke letak laptop beralaskan kain yang lembut or ia akan merosakkan computer..
Tidak digalakkan.. sebab komputer riba anda akan cepat panas.
Hi,min…nak tanya…baru beli laptop dalam 3 bulan…tapi speaker dia bila dengar macam pecah2…ingatkan sebab line sekat2 masa Google meet… rupa rupanya bila dengar YouTube pun sama…masih sekat2 speaker dia…masalah ni disebabkan apa ye..
Susah nak confirmkan sama ada masalah speaker atau bukan.. lebih baik bawa ke kedai (tempat anda beli) untuk diperiksa semula.
Hi, saya nak tanya, kenapa laptop saya pernah suka hati je dia delete files yg saya click. Tapi dah lama tak jadi balik. Last jadi bulan 5 haritu. Saya taktahu kenapa, tapi bila saya nak open folder tu kan, tiba2 dia delete, nasib baik ada kat recycle bin tapi masalahnya bila nak restore, nanti saya open file tu balik, dia delete lagi. Saya pun pelik T.T saya sorang jeke hadapi masalah ini? Saya taktahu nak buat apa masa jadi tu so saya restart pastu ok. Ni masalah apa ye? kadang2 jadi tp dah lama tak berlaku. Fyi, masa dia delete sendiri tu saya tak boleh nak buat apa. Memang tekan je akan terdelete. Laptop HP model 15-da0006tx
Ini macam masalah papan kekunci.. pernah makan/minum depan laptop tak?
Hi nak tanya kenapa laptop saya tak masuk charge? Charge ke yg bermasalah? Saya baru guna 3 minggu
Ini memang laptop baharu atau refurbished?
Hii admin.. Nak tanya. Saya kelas online dari pagi sampai pukul 4:30 petang. In between ada gap utk rehat saya shut down laptop and bukak balik for next class. (Contoh kelas habis pukul 10:00 and next kelas 10:30) dia akan effect battery ke? Or cepat rosak ke kalau on off 2-3 kali sehari?
Hii admin.. Nak tanya. Saya kelas online dari pagi sampai pukul 4:30 petang. In between ada gap utk rehat saya shut down laptop and bukak balik for next class. (Contoh kelas habis pukul 10:00 and next kelas 10:30) dia akan effect battery ke? Or cepat rosak ke kalau on off 2-3 kali sehari?
Model laptop : Asus Tuf Gaming F15
Tak ada masalah kalau ON/OFF laptop 2-3 kali sehari.
Hai admin…sy nk tanya,sy pakai laptop jenama hp,baru2 nie laptop sy sering padam ketika sy buat kerja…walaupun bateri ada lagi.sy sambung cas semula ,bila sy on laptop keluar notification replace battery.Masalah bateri ke?
Usia bateri dah sampai 2 tahun? Jika ya, tukar bateri laptop anda.
Assalamualaikum admin kalau saya gunakan laptop sambil cas. Saya gunakan laptop saya sambil cas kerana ingin menungu ia penuh. Itu akan mengakibatkan bateri laptop rosak??
Tak ada masalah nak guna laptop sambil cas bateri.
Hai admin, saya baru beli laptop tapi saya lupa cas 8 jam. Saya dah cas mcm biasa selama 2 jam, dalam dua kali lepas beli, perlu ke saya cas selama 8 jam pulak ?
Tak perlu. Anda boleh menggunakan komputer riba anda seperti biasa.
Hai admin, laptop acer problem bateri..apabila dicaj dia tak full ..paparan bateri keluar 53% tak penuh2..bila dibuang charger laptop terus mati..laptop saya bateri didalam..apa masalah yea..
Ini macam masalah bateri laptop anda. Berapa usia bateri ini? Kalau dah lebih 2 tahun, sila tukar bateri tersebut.
kalau kita guna laptop sampai bateri laptop dah full 100% perlu ke kita tanggalkan plug. adakah ia tidak menjejaskan bateri laptop kita ( I mean untuk bateri laptop yang tidak boleh ditanggalkan )
Tak perlu tanggalkan pengecas (charger/AC adapter) kalau bateri dah 100% penuh sebab ia akan diputuskan secara automatik. Tapi kalau anda nak tanggalkan lepas penuh pun boleh.
salam, nak tanya. adakah akan berlakunya kerosakan dimana-mana bahagian laptop sekiranya bateri dicabut ketika bermain game dan hanya mengguankan cas sahaja.
salam, nak tanya. adakah akan berlakunya kerosakan pada mana-mana bahagian laptop sekiranya bermain game sambil mencabut bateri dan hanya menggunakan casnya sahaja. dan bolehkah kaedah ini digunakan sepanjang masa walaupun hanya melakukan kerja ringan.
Salam nak tanya. Saya ada laptop baru yang baru guna dalam 2 bulan, laptop lenovo ideapad. Saya telah terovercharge dlm masa yg sgt lama. Tapi bila saya nak cabut charger tu tidak panas laptop pon tak panas. Jadi mcm mana eh? Adakah laptop saya okey sahaja walaupun terovercharge? Adakah ada penebat penamat electric yg diciptakan utk laptop baru? Apakah yg perlu saya lakukan utk memastikan bateri saya itu masih sihat?
Hai, saya dah guna laptop saya hampir 5 tahun Acer Aspire 3 A315. Baru ni saya charge laptop saya sampai penuh kemudian saya unplug charger tiba – tiba laptop saya terpadam. Adakah masalah laptop saya disebabkan battery atau masalah software?
Salam Min.
Saya nak tanya. Adakah setiap pembelian leptop baru akan disertakan antivirus.
Salam admin. Nak tanya, normal ke kalau kita charge laptop tapi battery stuck sampai 96? Rasanya dulu masa awal awal guna pernah sampai 100. Risau ada problem dalaman. Tq admin.
Hy saya nk tnya. Klau ada kesan calar sedikit , pecah tompok kecil pada screen ada bagi kesan ke kt laptop ? Ke perlu tukar baru