Antivirus Terbaik untuk Pengguna Windows 10
|Semua ini tidak berguna.
Ya, tidak ada gunanya anda memiliki komputer riba yang mahal tapi senang diserang perisian hasad. Mudah pula diserang penggodam dan kerap kali menjadi sasaran ransomware.
Persoalannya?
“Kenapa kita perlu memasang antivirus?”
“Apa perbezaan di antara yang percuma dan berbayar?”
“Apa agaknya antivirus terbaik untuk tahun 2020?”
Saya yakin semua soalan di atas pernah bermain-main di fikiran anda.
Tapi malangnya…
Masih ramai yang tidak ambil peduli.
Ada yang cakap ia merupakan penyebab komputer menjadi lembab.
Punca program menjadi “hang” (atau “freeze) dan “blue screen”.
Lebih teruk lagi ada yang menyarankan agar tidak menggunakan langsung.
Saya tidak faham dan tidak mengerti mengapa sesetengah orang memberi nasihat begitu.
Tanpa antivirus, anda baru sahaja membuka pintu kepada virus, spyware dan ransomware untuk menyusup masuk ke dalam komputer anda.
Supaya tidak terus tersesat, saya akan membantu anda memilih antivirus terbaik untuk kegunaan anda.
Sebelum itu, sila periksa komputer anda sekiranya ada tanda-tanda yang berikut:
- prestasi tiba-tiba menjadi lembab
- sesetengah aplikasi atau program akan “hang” atau “freeze” ketika dibuka
- berlaku skrin biru atau Blue Screen of Death tanpa sebab yang jelas
- terlalu banyak iklan yang muncul (pop-up advertisement) ketika melayari Internet
- ralat muncul ketika cuba memasang antivirus
Ada sebilangan “pakar IT” mengatakan kita tidak memerlukan antivirus jika kita berhati-hati.
Ok lah, anda mungkin betul sekiranya termasuk dalam kategori di bawah:
- tidak berkongsi fail dan pautan (link) dengan rakan sekerja anda
- tidak melakukan talian perbankan
- tidak menggunakan Internet untuk hiburan, membeli-belah atau permainan dalam talian
- tidak menggunakan Wi-Fi di tempat awam seperti di kedai kopi, restoran, perpustakaan dan lain-lain
- percaya kerajaan tidak akan mengintip anda
- boleh mengecam pautan (link) palsu
- tidak berkongsi komputer dengan sesiapa
- tidak berkongsi sambungan Wi-Fi bahkan dengan ahli keluarga sendiri
- bekerja di sebuah syarikat keselamatan komputer
- tidak pernah mengklik pautan yang dihantar oleh rakan atau keluarga anda
- kebal kepada taktik kejuruteraan sosial dan tidak berkongsi maklumat seperti tarikh lahir, alamat dll
- tidak mengklik iklan yang anda nampak
- hanya menggunakan pembekal e-mel seperti Yahoo, Outlook dan Gmail
- menjalankan storan sandaran (backup) ke peranti luaran
- tidak percaya pada ransomware
- tidak menggunakan Facebook atau media sosial yang lain
- hanya melawat laman web yang dipercayai dan terkenal
- menukar kata laluan setiap bulan dan tidak berkongsi dengan sesiapa
- tidak menggunakan enjin carian sebaliknya terus menaip di URL sasaran secara manual
- tidak memuat turun perisian percuma (freeware)
- tidak mempunyai wang yang boleh dicuri daripada anda
- mempunyai juruteknik komputer yang sentiasa berada di samping anda
Biar betul?
Ini realitinya…
Tidak kiralah anda seorang pakar IT atau pengguna biasa, anda perlukan sebuah antivirus.
Ingat.
Tiada sistem operasi yang kebal pada hari ini.
Syarikat-syarikat gergasi pun menggunakan antivirus untuk melindungi data berharga mereka.
Anda?
Sebelum itu, mungkin statistik di bawah ini boleh membuka sedikit minda anda.
Saya tahu memilih jodoh antivirus bukannya kerja yang mudah.
Sebab apa?
Kerana terdapat beratus-ratus perisian antivirus yang boleh anda jumpa di Internet.
Tapi…
Ada satu cara yang boleh kita jadikan sebagai tip atau pedoman.
Ia sangat berguna dan menjimatkan masa kerana proses pemilihan ini telah dilakukan oleh sebuah organisasi bebas.
Salah satunya adalah AV-TEST dimana ia menilai antivirus dan perisian keselamatan untuk sistem operasi Windows dan Android mengikut pelbagai kriteria.
Setiap bulan para penyelidik akan memaparkan senarai produk atau antivirus terbaik setelah melalui proses pengujian yang ketat.
Pengujian-pengujian ini termasuklah dari segi:
- perlindungan (protection)
- prestasi (performance)
- kebolehgunaan (usability)
Kategori yang penting pada setiap antivirus adalah ia mesti mampu menguji ancaman semasa dalam talian.
Ini melibatkan mengakses laman web berniat jahat (malicious websites) atau e-mel untuk menguji sama ada ia mampu menangkis serangan ataupun tidak.
Antivirus yang bagus juga mestilah tidak mengganggu prestasi komputer riba yang sedang digunakan.
Ini melibatkan pengujian daripada segi:
- membuka laman web popular
- muat turun aplikasi yang sering digunakan
- membuka aplikasi perisian yang biasa
- pemasangan (install) aplikasi yang sering kita digunakan
- menyalin fail
Kebolehgunaan antivirus juga akan diteliti seiring dengan ujian perlindungan dan prestasi serta ia mestilah mampu membaiki fail yang telah dijangkiti.
Tanpa berlengah lagi mari kita lihat senarai antivirus ini di bawah.
Antivirus terbaik untuk pengguna Windows 10
Pengujian terakhir yang dilakukan oleh penyelidik AV-TEST adalah pada bulan Februari 2020.
Terdapat sepuluh antivirus terbaik telah disenarai pendek seperti:
- Avira Antivirus Pro
- BullGuard Internet Security
- F-Secure Safe 17
- GDATA Internet Security
- K7 Total Security
- Kaspersky Internet Security
- Windows Defender
- Norton 360
- Trend Micro Internet Security
- VIPRE Advanced Security
Sedikit terkejut…
Antivirus ESET tidak tersenarai sebagai pilihan oleh para penyelidik AV-TEST sedangkan antivirus ini boleh dikatakan agak ringan jika digunakan.
Ya.
Saya pernah menggunakannya tapi tidak begitu lama. Saya gemar mencuba pelbagai antivirus untuk merasa sendiri bagaimana ia bekerja.
Ok, kita lupakan seketika tentang antivirus ini.
Mari kita lihat secara ringkas antivirus yang saya senaraikan di atas tadi.
1. Avira Antivirus Pro
Avira memastikan anda selamat dan ia mudah digunakan walaupun untuk pemula (beginner). Syarikat ini memfokuskan untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah.
Jika anda ingin menyimpan data dan PC anda dari penggodam tetapi tidak mempunyai masa untuk menyesuaikan tetapan anda, Avira boleh memberikan perlindungan yang anda perlukan.
2. BullGuard Internet Security
BullGuard memperoleh reputasi sebagai salah satu antivirus terbaik untuk permainan video, tetapi sejauh mana ia berfungsi untuk orang lain?
Saya boleh katakan pengesanan perisian hasad dan perlindungan pencurian identiti yang ditawarkan agak bagus. Saya juga sangat menyukai Game Booster.
Namun ada beberapa ciri yang tidak saya gemari dan ada antivirus premium lain yang memberikan lebih banyak ciri dengan harga yang sama.
3. Kaspersky Internet Security
Dengan perlindungan perisian hasad masa nyata dan antara muka yang mudah digunakan, boleh disimpulkan Kaspersky memberi perlindungan sangat baik.
Meskipun menawarkan banyak ciri canggih seperti Cloud Protection, VPN dan passwod manager, ada sebahagiannya saya rasa tidak berapa diperlukan.
4. Windows Defender
Siapa kata Windows Defender tak bagus?
Biasanya ia didatangkan secara percuma jika anda membeli komputer riba baharu.
Saya boleh katakan antara mukanya memang agak sederhana. Tidak banyak fitur yang boleh kita gunakan.
5. Norton 360
Norton telah wujud selama beberapa dekad tetapi ia adalah antivirus yang jauh berbeza daripada 15 tahun yang lalu.
Jadi bagaimana ia bersaing dalam dunia perisian keselamatan siber masa kini?
Antara fitur kegemaran saya adalah password manager, VPN , cloud storage dan parental controls. Saya boleh katakan antivirus ini hampir sempurna.
6. Trend Micro Internet Security
Trend Micro pastinya bukan pengeluar antivirus yang paling popular.
Walau bagaimanapun, ia boleh dikatakan berdiri sama tinggi dengan beberapa syarikat terkemuka seperti Kaspersky, Norton dan juga ESET.
Mereka juga memainkan peranan yang aktif di web dan menjalankan penerbitan laporan terperinci dalam bidang keselamatan.
Yang terbaru adalah berkaitan dengan jaringan French Dark.
Pada tahun ini, Trend Micro bersedia untuk memperkenalkan gelombang terbarunya: Trend Micro Internet Security.
Ia memberikan perlindungan dalam talian dan privasi supaya anda boleh menikmati kehidupan digital anda dengan lebih selamat.
Ia juga mempunyai teknologi terkini anti-ransomware. Pakar-pakar industri baru-baru ini memberi nilai Trend Micro Internet Security 100%.
- menghampiri 30 tahun kepimpinan industri dan kepakaran perisian keselamatan
- menyediakan teknologi anti-ransomware terkini supaya fail anda tidak dijadikan tebusan
- menggunakan perisikan ancaman untuk menghentikan ancaman sebelum ia sampai kepada komputer riba anda
- menyekat lebih daripada 250 juta ancaman sehari
Kesimpulannya…
Seboleh-bolehnya gunakan antivirus berbayar.
Tidak ada salahnya jika anda mahu menggunakan yang percuma. Ada banyak pilihan yang boleh dipilih.
Tetapi kena ingat…
Antivirus percuma mempunyai fungsi-fungsi yang sangat terhad.
Anda mungkin terpaksa memasang antivirus kelas pertama + perlindungan lapisan kedua untuk melindungi komputer riba anda.
Nasihat daripada saya, jangan terlalu kedekut untuk membeli antivirus berbayar.
Anda tidak akan tahu bila masanya data anda menjadi mangsa ransomware.
Seperti peribahasa, “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan antivirus F-Secure Safe 17, GDATA Internet Security, K7 Computing Total Security dan VIPRE Advanced Security.
Antivirus seperti Avira, BullGuard, Kaspersky, Windows Defender, Norton dan Trend Micro memang pernah saya gunakan sebelum ini.
Semua jenama ini memang biasa kita nampak di mana-mana sahaja. Jadi, itu bukanlah perkara asing bagi kita semua.
Saya banyak mencuba antivirus yang percuma dan berbayar.
Dengan pengalaman ini saya dapat memilih antivirus yang memenuhi citarasa saya.
Nasihat daripada saya, sekiranya spesifikasi komputer anda agak rendah, pergi kepada antivirus Eset.
Saya boleh katakan ia agak ringan.
Setakat artikel ini ditulis, antivirus yang benar-benar saya suka adalah daripada Kaspersky Internet Security.
Antara mukanya (interface) memang lawa dan prestasi tidak mengecewakan saya.
Pastikan spesifikasi komputer riba anda tinggi sedikit jika mahu menggunakan antivirus ini.
Sebab apa?
Ia boleh dikatakan agak berat untuk digunakan pada komputer yang biasa-biasa.
Oh ya, kalau hendak pasang, jangan gunakan dua antivirus sekaligus.
Contohnya, anda memasang McAfee Total Protection + Kaspersky Internet Security.
Tidak boleh.
Kedua-duanya adalah antivirus kelas pertama.
Boleh menyebabkan komputer menjadi lembab atau skrin menjadi biru (Blue Screen of Death).
Hanya pasang satu sahaja.
Boleh faham setakat ini? Atau masih ada yang tidak faham?
Tinggalkan komen anda di bawah.
Dalam laptop sy ada norton dgn panda… Xpe ke kalau ada 2 antivirus dlm laptop
Hai Rahman, kedua-dua antivirus tersebut adalah kategori kelas pertama. Ini adalah kombinasi antivirus yang kurang tepat.
Gunakan Norton ATAU Panda sahaja. Pilih salah satu antivirus tersebut. Jika tidak, konflik akan berlaku jika dipasang bersama.
Prestasi komputer juga akan menjadi lembab jika anda memasang lebih daripada satu antivirus.
Dalam kes tertentu, boleh menyebabkan “blue screen” pada komputer anda.
Kombinasi yang selalu orang gunakan adalah seperti:
Antivirus kelas pertama + perlindungan lapisan kedua.
Contohnya:
1. Panda + Smadav
2. Norton + Smadav
Contoh antivirus kelas pertama adalah seperti:
1. Avira Antivirus Pro
2. Bitdefender Internet Security
3. Kaspersky Internet Security
4. McAfee Internet Security
5. Norton Security
6. Trend Micro Internet Security
Manakala perlindungan lapisan kedua adalah seperti:
1. Smadav
2. Hitman Pro Alert
3. Zemana Anti-Malware
4. Cybereason Ransomfree
Harap membantu anda.
Boleh sy chat di fb @ wa ?
Sudah tentu boleh.
Anda boleh melawat Page rasmi kami di sini.
Kaspersky internet antivirus + windows defender. Ok ke
Kalau anda menggunakan Kaspersky Internet Security, Windows Defender akan dimatikan secara automatik oleh sistem Windows anda.
Kat mana blh sy download antivirus?
Buka laman web rasmi antivirus yang hendak anda gunakan.
Sebagai contoh, antivirus Avira boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
https://package.avira.com/package/oeavira/win/int/avira_en_av_5a37bb237124d__ws.exe
Dalam laman web tuu trial ke?
Ya, jika tak silap saya, trial tu 30 hari.
Dalam laptop sy ada mac afee dan smadav tp kedua2 adalah free, adakah sy kena bayar utk keduanya?
Hai Aisyah, anda tidak perlu membayar jika menggunakan versi yang percuma. Kelemahannya, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan.
Jika anda risaukan data di cakera keras komputer anda, seboleh-bolehnya gunakan antivirus berbayar.
Sebab apa?
Ancaman yang paling besar pada hari ini adalah berpunca daripada ransomware.
Klau guna windows defender je ok ke
Boleh, cuma tambahkan perlindungan lapisan kedua mengikut kesesuaian komputer anda.
Contoh-contoh perlindungan lapisan kedua adalah:
1. Smadav
2. Hitman Pro Alert
3. Zemana Anti-Malware
4. Cybereason Ransomfree
Contoh kombinasi:
Windows Defender + Cybereason Ransomfree
Harap jawapan ini membantu anda.
Salam. Dlm laptop saya ada antivirus mcafee dan smadav. Mcafee ada detect virus named LKP.DLL. saya cuba untuk delete melalui mcafee tapi tak boleh. Bila saya full scan menggunakan smadav,dia tak dapat detect pun virus tersebut. So, macam mana?
Ohya saya baru beli laptop tu sabtu yg lepas.
Hai Amiera Iskandar, sebelum scan tu antivirus McAfee dah update atau belum? Ada install atau download apa-apa software baru-baru ni?
Cuba scan semula melalui Safe Mode. Saya andaikan anda menggunakan sistem operasi Windows 10.
Caranya?
Tekan menu Start dan klik butang Power. Tekan kekunci Shift (tanpa dilepaskan) kemudian klik Restart.
Laptop akan reboot semula kemudian ada beberapa pilihan yang akan muncul. Pilih Troubleshoot. Pada skrin Troubleshoot, pilih Advanced options.
Kemudian pilih Startup Settings. Klik butang Restart pada bahagian bawah kanan skrin.
Laptop akan reboot semula dan paparan Startup Settings akan muncul. Untuk memilih Safe Mode, tekan kekunci 5 atau F5.
Cuba scan semula laptop anda di dalam Safe Mode.
hai, saya punya laptop jenama hp pavilion 360 dan laptop tu takde slot untuk letak cd kebiasaanya saya selalu beli yang kotak tu je untuk download anti virus jadi saya kena beli yang dekat online (eg:mcafee,kaspersky) punya ke and normally menjadi tak?
2. saya banyak surf web jadi lebih recommend kan total protection atau internet security and anda recommend jenama apa yang bagus?
Hai Arin, biasanya laptop sekarang memang ada yang tak ada optical drive (tempat letak CD/DVD). Itu normal.
1. Ya, boleh beli antivirus yang dalam kotak tu, nanti download antivirus dari laman web rasmi kemudian install macam biasa. Lepas tu guna key dari kotak antivirus tadi.
2. Jika banyak guna media sosial, beli barang dlm talian, check email, tgk movie online, Internet Security dah memadai. Kalau ada anak kecil/remaja guna laptop yang sama, better ambil Total Protection / Total Security.
Seperti yang saya tulis dalam artikel ni, saya dah banyak test antivirus yang ada di pasaran. Saya lebih menyukai antivirus daripada Kaspersky sebab mudah nak guna, interface cun, kadar detection virus yang tinggi dan bermacam lagi fungsi yang lain.
Mungkin anda boleh beri peluang pada diri sendiri untuk cuba antivirus daripada Kaspersky ni.
Harap membantu.
Hi. Saya nak tanya, apa beza ketiga-tiga Kaspersky yang dalam gambar tu? Dan yang mana satu paling elok?
Hai Anis Muhd, saya akui masih ramai yang keliru dalam pemilihan antivirus Kaspersky ini. Saya akan ulas secara ringkas perbezaannya di bawah…
1. Kaspersky Anti-Virus
Ini adalah perlindungan yang paling biasa (boleh dikatakan asas). Ia melindungi anda daripada virus, ransomware, phishing, spyware, laman web berbahaya dll.
2. Kaspersky Internet Security
Anda seharusnya menggunakan antivirus ini sekiranya anda kerap membeli-belah dalam talian atau menggunakan perkhidmatan perbankan. Ia mampu melindungi wang dan butir-butir akaun peribadi anda.
Selain daripada itu, antivirus dalam kategori ini mampu melindungi identiti anda ketika menggunakan media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dll).
Anda juga akan dilindungi daripada serangan ketika melayari Internet serta bila anda memuat turun (download) fail, antivirus ini akan menyekat fail yang dijangkiti virus.
3. Kaspersky Total Security
Mempunyai fungsi seperti Kaspersky Internet Security cuma ada beberapa fungsi tambahan yang lain. Pilih antivirus ni kalau anda mempunyai anak kecil / remaja yang menggunakan komputer yang sama dengan anda.
Fungsi tambahan yang lain adalah perlindungan menyimpan kata laluan dan kekunci (key) dokumen.
Mana satu yang harus kita pilih?
Ok, ini ikut kepada keperluan anda sebenarnya. Kalau anda tidak membeli-belah dalam talian atau menggunakan perkhidmatan perbankan, guna Internet hanya cari maklumat, tidak menggunakan media sosial… cukup setakat menggunakan Kaspersky Anti-Virus.
Jika sebaliknya, pilih Kaspersky Internet Security. Saya sendiri menggunakan Kaspersky Internet Security kerana saya selalu membeli-belah dalam talian, guna Facebook, banyak download fail-fail pdf, check akaun bank dan banyak lagi.
Anda hanya perlu menggunakan Kaspersky Total Security sekiranya anda mempunyai anak kecil @ remaja yang menggunakan komputer yang sama dengan anda. Kanak-kanak @ anak remaja mudah terdedah kepada laman web yang tidak sepatutnya.
Harap jawapan ini membantu anda.
Saya ad beli laptop baru jenama asus..
Jdi sy pg kedai install norton security.. Stlah sbulan sy pkai timbul notification mcafee. Mnyatakan update.. Jdi sy click button risk sbb sy dh install norton security ttpi sblik yer brlaku.. Laptop sy hang, lmbat.. Jd ap mslh dia sbnar yer sdang sy sllu scan.. Adakah sy kna update blik mcafee.?? Tlong bg pencerahan..
Hai Akram, McAfee sebenarnya boleh dibuang (uninstall) seperti biasa.
Caranya?
1. Klik menu Start
2. Klik Settings
3. Pilih System
4. Klik Apps & features
5. Pilih program yang nak buang pada sebelah kanan (contohnya McAfee)
6. Tekan butang Uninstall
7. Tekan sekali lagi pada butang Uninstall
Setelah selesai, mulakan semula (restart) laptop anda. Periksa sama ada laptop masih lembab atau tidak.
Masalah ini berlaku kerana terdapat dua antivirus yang dipasang bersama.
Hi.. saya ada beli laptop pada 2 tahun lepas. Sejak membeli laptop, saya tak pernah protect laptop saya dgn apa2 jenama anti-virus. Dan dulu saya selalu download movie, filem dan melayari website2 movie yg tak pasti tahap keselamatannya. Baru2 ini laptop saya mulai lembab dan menunjukkan prestasi yg kurang menyenangkan (selalu hang & titiba dia minta saya restart laptop). Jadi saya nak tanya, dah terlalu lambat ke saya nak beli anti-virus untuk laptop ni? Thanks
Hai Shahira, biasanya sistem operasi Windows 10 didatangkan sekali dengan antivirus Windows Defender.
Maksudnya?
Laptop anda mempunyai antivirus daripada Microsoft walaupun anda mengatakan tidak pernah memasang antivirus.
Ada banyak sebab kenapa laptop menjadi lembab. Antaranya:
– ada sektor rosak pada cakera keras
– tidak pernah melakukan defragment cakera keras secara berkala
– sistem operasi dijangkiti perisian hasad
– RAM ada masalah
– suhu laptop terlalu tinggi
Sebenarnya banyak lagi sebab lain. Kalau saya berada di tempat anda, perkara pertama yang saya lakukan adalah menyalin (backup) data dan reformat sistem operasi Windows. Selepas itu, pasang antivirus berbayar.
Kenapa tak guna antivirus percuma?
Boleh..
Cuma masalahnya anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan.
Jika anda banyak membeli-belah dalam talian, guna media sosial (Facebook, Instagram & Twitter), banyak muat turun fail seperti pdf, movie, muzik dan periksa akaun bank… ada baiknya anda melabur sedikit wang untuk membeli antivirus berbayar.
Jika laptop masih lembab selepas reformat sistem operasi Windows, fokus kepada masalah RAM dan cakera keras.
Periksa juga suhu laptop, kalau laptop cepat panas selepas beberapa minit digunakan, servis heatsink fan (tukar thermal grease & thermal pad) laptop anda.
salam tuan,
laptop saya windows 10..so dah ada microsoft defender..cuma saya berminat nak install kapersky internet security..so yang terbaik camne ye? kalau saya terus install je kapersky tu,adakah akan ada conflict dengan microsoft defender yg dah sedia ada tu?
Saya dah jawab soalan ini di komen anda. Terima kasih.
Saya baru sahaja format laptop.. orang kedai tu off kan fungsi windows defender (windows 10).. katanya nanti windows defender akan detect micosoft office pirot yang saya guna..
Apa nasihat tuan mengenai perkara ini?
Sebenarnya ada alternatif lain untuk Microsoft Office seperti FreeOffice, LibreOffice dan WPS Office. Saya rasa anda tahu jawapannya jika laptop anda tidak dilindungi dengan antivirus.
Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan perisian cetak rompak. Ada banyak alternatif lain yang boleh kita gunakan seperti yang saya sebutkan di atas.
okay sekarang saya pakai yang free avast. tapi kene update and kene bayar. kalau saya nak tukar kepada kaspersky.. boleh je kan? buang macam biasa?
Ya..uninstall macam biasa kemudian restart komputer anda. Selepas tu, install antivirus Kaspersky.
Saya telah cuba untuk langgan anti virus avira, bayar melalui paypal dengan USD, tapi gagal. Baki didalam akaun paypal saya adalah mencukupi. saya telah menghubungi pehak bank untuk pengaktifan tapi tetap tak berjaya. Bleh tolong bantu. T.k
Sepatutnya tidak ada masalah jika baki akaun PayPal anda mencukupi. Atau ada kemungkinan kad kredit atau kad debit anda belum di”link”kan dengan akaun PayPal anda.
Masalah macam ni biasanya kena rujuk dengan pihak bank. Saya pernah menghadapi masalah yang serupa ketika cuba membayar dalam USD.
Lepas telefon, saya dapat membuat bayaran seperti biasa. Periksa juga notifikasi akaun PayPal anda. Biasanya pihak PayPal ada menyatakan sekiranya akaun anda ada masalah.
Ini biasa sangat berlaku sekiranya anda ada melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak PayPal.
sy ada avast free antivirus dlm laptop sy..berkesan ke guna avast utk detect n buang malware/virus2?
Ya.
Avast merupakan salah satu antivirus terbaik sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows 10.
Lakukan “Full Scan” di komputer anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Kaspersky antivirus saya dah expired. Cadang nak tukar kaspersky internet security. Perlukah uninstall yg lama dulu atau terus masukkn code no. internet scrty tsbut. Sbb sblum ni pernah ada konflik kmptr…last2 pakai antivirus biasa saja.
Sebaiknya buang (uninstall) dahulu Kaspersky Anti-Virus kemudian mulakan semula (restart) komputer anda.
Muat turun Kaspersky Internet Security di laman web rasmi Kaspersky kemudian pasang (install) macam biasa. Masukkan activation code selepas itu.
Konflik biasanya berlaku jika kita memasang lebih daripada satu antivirus utama. Contohnya, anda memasang Kaspersky Internet Security dan Bitdefender Internet Security pada masa yang sama.
Hanya gunakan satu sahaja antivirus.. jika tidak, komputer anda akan menjadi lembab, ralat (error) kerap kali muncul dan boleh menyebabkan blue screen.
salam tuan,
laptop saya windows 10..so dah ada microsoft defender..cuma saya berminat nak install kapersky internet security..so yang terbaik camne ye? kalau saya terus install je kapersky tu,adakah akan ada conflict dengan microsoft defender yg dah sedia ada tu?
Biasanya Windows Defender akan automatik OFF jika ada antivirus lain dipasang pada komputer.
Anda boleh OFF kan Windows Defender melalui Local Group Policy.
Caranya?
1. Tekan Win + R dan taip gpedit.msc. Tekan Enter atau klik OK selepas itu.
2. Pada Computer Configuration, klik Administrative Templates.
3. Klik pada Windows Components, dan klik dua kali pada Windows Defender Antivirus (lihat sebelah kanan).
4. Klik dua kali pada Turn off Windows Defender Antivirus.
5. Akhir sekali pilih butang Enable dan klik OK.
Jangan lupa untuk mulakan semula (restart) komputer anda.
Selepas itu, pasang antivirus Kaspersky Internet Security seperti biasa.
Harap membantu anda.
Salam tuan, apakah jenama antivirus yg paling ringan, yg sesuai utk laptop asus vivobook processor i5, ram 4gb, hardisk 1TB, ssd 128? Satu lg soalan boleh ke dlm laptop ada 2 antivirus skaligus iaitu kaspersky antivirus dan kaspersky antivirus security?
Hai Amin, jika komputer riba anda mempunyai SSD, lebih baik anda menggunakan Kaspersky Internet Security.
Untuk soalan kedua, jawapannya tidak boleh. Elakkan menggunakan dua antivirus kelas pertama pada satu-satu masa.
Kenapa?
Komputer riba akan menjadi lembab, berlaku “blue screen” dan menyebabkan pelbagai masalah lain.
Salam tuan,
Saya baru buat belian laptop Hp. Perisian Win10, 4G DDR4 RAM, AMD A6-9225 Processor -2.6GHz, 1M Cache – Turbo Speed 3GHz, AMD Radeon™ R4 Graphics.
Apakah internet security yang sesuai untuk digunakan dan tidak berat.
Terima kasih.
Dengan spesifikasi ini… lebih baik anda menggunakan antivirus daripada Eset.
Ya.. anda boleh memasang Kaspersky Internet Security (sebagai contoh) tetapi prestasi komputer riba anda nanti akan sedikit lembab.
Harap membantu anda.
Halo admin …sya ad beli Laptop Jenama Asus Intel(R) Core (TM) 7i3-6006U CPU @ 2.00Ghz 1.99Ghz 4Gb ram 1TB….smasa beli hri tu trus beli sekali antivirus avast internet security….tpi knapa selepas smnggu komputer jdi lembab n avast sruh update pla
Hai Huds, masalah ini berlaku disebabkan oleh Windows Update yang sedang berjalan di belakang tabir (background). Setelah semua kemas kini selesai, komputer riba anda akan berfungsi seperti biasa.
Untuk masalah antivirus pula, tidak kira apa antivirus yang anda gunakan, ia perlu dikemas kini (update) sama ada setiap hari atau seminggu sekali.
Proses ini biasanya berjalan secara automatik (boleh juga dilakukan secara manual).
Pastikan juga anda melakukan defragment pada cakera keras sebulan sekali agar data pada komputer riba anda lebih cepat diakses.
Tuan, apa pendapat tuan, tentang antivirus jenama F – secure? ada pihak mencadangkan saya pakai antivirus jenama tersebut.
Hai Nik, saya tidak pernah mencuba dan menguji antivirus ini. Maaflah la ya..
Salam tuan..boleh ke klau kita beli antivirus yg berbayar tapi murah?..cthnya di shoppee..kat situ ade byk kapersky yg semurah rm10..1 lagi, tuan ada link ke utk smadav 2019?..tu pn berbayar jugak ke?..tq
Hai Khairul, saya tidak menggalakkan anda membeli antivirus yang terlalu murah..
Sebab apa?
Terlalu banyak kes selepas beberapa bulan, antivirus tersebut akan disekat untuk mendapatkan kemas kini daripada syarikat antivirus.
Sebaiknya beli terus daripada pengeluar antivirus tersebut atau daripada reseller yang boleh dipercayai.
Untuk Smadav pula ada dua versi iaitu Smadav Free dan Smadav Pro.. yang jenis berbayar adalah Smadav Pro.
Harus diingat Smadav Free atau Pro bukanlah antivirus utama. Ia hanya berfungsi sebagai perlindungan lapisan kedua. Ini dinyatakan secara jelas di laman web mereka sendiri.
Smadav Free dan Pro ini boleh dimuat turun daripada laman web rasmi mereka.
Salam tuan, sy bru beli laptop dan tak ada antivirus apa2 lgi. Sy nk download tpi tak tahu antivirus apa sesuai utk windows 10 dan perlu ke install smadav utk lapisan kedua? Smadav free ke
Hai Shahida, sebenarnya sistem operasi Microsoft Windows 10 didatangkan sekali dengan antivirus Windows Defender.
Anda boleh menggunakan antivirus ini bersama-sama dengan Smadav Free.
Nasihat daripada saya, laburkan sedikit wang untuk membeli antivirus berbayar yang boleh dipercayai.
Anda boleh mempertimbangkan antivirus daripada:
– Eset Internet Security, atau
– Kaspersky Internet Security
Sekiranya spesifikasi komputer riba anda agak rendah, sebaiknya anda menggunakan Eset Internet Security.
Jika sebaliknya, pergi kepada Kaspersky Internet Security.
Hai tuan, saya menggunakan laptop Lenovo ideapad 320, processor i3. Laptop ni mampu angkat antivirus Kaspersky?
Lagi satu, adakah memasang pad kipas laptop ni berkesan dalam membantu untuk mengurangkan suhu laptop?
Hai Arifah, saya rasa pilihan terbaik anda adalah dengan menggunakan Eset Internet Security.
Prestasi komputer riba anda mungkin sedikit lembab sekiranya anda menggunakan Kaspersky Internet Security (kecuali anda telah menaik taraf HDD kepada SSD).
Untuk soalan kedua, ya.. anda boleh menggunakan “cooling pad / cooling stand” untuk menyejukkan komputer riba anda.
Saranan daripada saya, sebaik-baiknya anda melakukan servis secara berkala (6 bulan sekali ATAU 2 kali setahun) komputer riba anda.
Anda boleh melakukan sendiri servis ini atau hantar ke kedai komputer yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
boleh ke saya menggunakan antivirus avast + smadav sekaligus?? okay ke?
Hai Nur Fathiah, sebelum itu mari kita lihat contoh antivirus kelas pertama dan perlindungan lapisan kedua.
Contoh antivirus kelas pertama adalah seperti:
1. Avira Antivirus Pro
2. Bitdefender Internet Security
3. Kaspersky Internet Security
4. McAfee Internet Security
5. Norton Security
6. Trend Micro Internet Security
7. Avast Free Antivirus
Manakala perlindungan lapisan kedua adalah seperti:
1. Smadav
2. Hitman Pro Alert
3. Zemana Anti-Malware
4. Cybereason Ransomfree
Jadi, kombinasi antivirus Avast + Smadav boleh digunakan bersama-sama.
Sekadar info bersama Smadav Free atau Pro bukanlah antivirus utama atau kelas pertama.
Ia hanya berfungsi sebagai perlindungan lapisan kedua. Ini dinyatakan secara jelas di laman web rasmi mereka sendiri.
haritu dalam laptop saya ada mcafee and then dah expired, saya tukar kaspersky. But after that in 2 or 3 days, laptop saya keluar blue screen constantly and sampai takleh buka langsung. Pergi repair HP dia cakap hardware rosak. Masa saya tukar kaspersky tu saya guna yang murah punya yang beli dekat lazada tu, adakah itu puncanya?
Hai Batrisya, anda kena faham blue screen boleh disebabkan oleh masalah perisian atau perkakasan.
Contohnya, anda tidak membuang (uninstall) antivirus asal, kemudian memasang antivirus baharu.
Masalah perkakasan (hardware) seperti RAM dan HDD juga boleh menunjukkan masalah serupa.
Membeli key murah di Lazada tidak akan menyebabkan blue screen. Ini tidak ada kaitan langsung.
Masalah yang anda hadapi bila beli key murah adalah kemas kini (update) daripada Kaspersky akan disekat (block) oleh mereka.
Salam tuan. Saya nak tanya ni. Minggu lepas abang saya belikan laptop baru untuk saya. Masa dapat laptop tu, saya cek laptop saya, memang dah dipasang antivirus jenama Avast Premium, tapi versi crack. Sebabnya sebelum tu saya minta abang saya pasangkan antivirus sebab saya punya kerja banyak kena muat turun fail dari internet. Jadinya, saya nak tanya apa nasihat tuan tentang penggunaan antivirus versi crack/rengkah ni?
Hai Hakim, nasihat daripada saya.. elakkan menggunakan antivirus cetak rompak. Kalau tak mampu guna yang berbayar, anda boleh gunakan versi yang percuma dulu seperti Avast (ada versi percuma) atau Kaspersky.
As salam tuan. Sy br ambil laptop asus bln ni. Spec AMD RYZEN 5. anvirus apa yg sesuai?
Yg kedua, selain mcAfee, ada tak antivirus yg blh guna tempoh 3 tahun..
Hai Ejan, boleh berikan model penuh komputer riba yang anda gunakan sekarang?
Nak tanya saya beli laptop baru dan dia nak pasangkan Mcfee total security. Is it ok with my laptop Hp pav 14-ce3050tx 8gb/512gb ssd??? And perlu ke pasang second antivirus lagi mcm smadav ke?
McAfee Total Security atau McAfee Total Protection? Spesifikasi komputer anda agak bagus. Tiada masalah jika dipasang pada komputer riba anda.
Untuk soalan kedua, Smadav Free atau Pro bukanlah antivirus utama. Ia hanya berfungsi sebagai perlindungan lapisan kedua. Yang ini terpulang kepada anda sama ada mahu pasang atau tidak.
Salam tuan saya nak tanya, kalau beli kaspersky antivirus di Shoppe boleh percaya ke dengan harga RM37.45 ? Apa perbezaan orang yang jual antivirus di shoppe dengan harga yang murah berbanding kita download di website antivirus yang kita tengok harga subbcriptions a year RM129.00 Harap tuan dapat guide saya bagi soalan di atas. terima kasih.
Hai Muhammad Amin, jangan ambil risiko dengan membeli harga yang terlalu murah.. “key” tersebut boleh disenarai hitam pada bila-bila masa oleh pihak Kaspersky.
BLACKLIST = tiada kemas kini daripada pihak pengeluar antivirus yang anda gunakan
Salam tuan, saya ada pertanyaan. Saya ada membeli laptop jenama Dell Precision, Intel Xeon, 16gb RAM, NVIDIA Quadpro P2000, 1TB hard disk, Windows 10. Boleh saya tahu perisian antivirus yang sesuai? Untuk makluman, saya menjalankan pekerjaan secara atas talian dan menggunakan aplikasi webinar. Terima kasih
Dengan spesifikasi seperti ini, antivirus yang sesuai untuk tuan adalah Kaspersky Internet Security.
Saya menggunakan window 10 utk desktop dan baru sahaja install kaspersky total security2020.boleh window10 basic antivirus running sekali dgn kts2020 dlm masa yang sama.
Hai Hizami, sekiranya anda telah memasang Kaspersky Total Security, antivirus Windows Defender akan dimatikan secara automatik oleh sistem operasi Windows 10.
Salam, saya menggunakan HP All-in-One 22-C1xx, dengan AMD Ryzen 3 3200U 4GB 1TB HDD. McAfee yg sedia terpasang akan expired pada hari ini. Saya bercadang memasang Tech Titan Security Suite (Kaspersky Internet Security included). Saya telah membeli perisian Tech Titan tersebut pada 2017 dan belum pernah menggunakannya lagi, kerana PC saya sebelum ini dilindungi oleh perisian syarikat tempat bekerja secara vendor.
Soalan saya,
1. Adakah perisian Tech Titan tersebut masih boleh digunakan lagi? memandangkan belum pernah digunakan sebelum ini.
2. Adakah lebih baik saya menyambung langganan McAfee shj berbanding memasang Tech Titan tersebut?
3. Adakah Windows Defender secara automatik mengambil alih peranan McAfee sebaik tamat lesen McAfee, atau saya perlu activate secara manual?
Terima kasih terlebih dahulu
Hai Apeng, maaf lewat membalas soalan anda. Ini jawapannya:
1. Saya tak pasti tapi tak salah anda mencubanya. Pastikan anda membuang antivirus McAfee sebelum anda memasang Tech Titan Security Suite.
2. Ini bergantung kepada diri anda sendiri. Bagi saya kedua-dua antivirus ini memang bagus.
3. Anda perlu buang McAfee terlebih dahulu. Windows Defender akan diaktifkan secara automatik sekiranya tiada antivirus pihak ketiga dipasang di komputer anda.
salam..sy br beli lapton acer aspire3 a315-22…skg nie guna antivirus norton..sy bercadang untuk tukar kepada antivirus eset….berbaloi kah kalau sy tukar antivirus tersebut..
Hai Ismail, kalau prestasi komputer riba anda tiada masalah, saya rasa lebih baik gunakan sahaja antivirus tersebut. Jika sebaliknya, pergi kepada Eset.
Salam, saya baru sahaja membeli laptop baru jenama Asus A407M-ABV296T, 4Gb, 256 Ssd, Intel Celeron Windows 10.. Mau tanya Antivirus mana yang sesuai untuk laptop saya dan adakah perisian antivirus ini akan melambatkan kelajuan laptop?
Memandangkan komputer riba anda menggunakan SSD, anda boleh pertimbangkan antivirus seperti Kaspersky Internet Security (KIS) sebagai pilihan utama. Pastikan anda membuang antivirus asal (cth McAfee Total Protection) sebelum memasang KIS.
Assalamualaikum. Saya ada laptop yg baru tak baru jugalah beli nya tahun lepas. ASUS A407M ABV224T, 4GB, HDD500GB, Intel celeron. Laptop saya tu dah ada window defender. Jadinya, adakah saya perlu untuk membeli antivirus? Sekiranya perlu, boleh ke saya beli antivirus tu di shopee dan boleh sarankan kedai atas talian yg mana patut saya beli antivirus tu. Dan kebiasaanya harga untuk antivirus berapa ye?
Terima Kasih kerana menjawab soalan.
Syorkan antivirus apa yang patut saya pakai.
Windows Defender memang bagus tapi ia mempunyai fungsi yang agak terhad jika dibandingkan dengan antivirus yang berbayar. Memandangkan spesifikasi komputer anda agak rendah, saya sarankan anda menggunakan ESET Internet Security sebagai pilihan utama. Harganya sekitar RM94 setahun.
Assalamualaikum, soalan:
1. Adakah Window Defender ni dikategori sebagai kelas pertama?
2. Jika saya pairkan McAfee Total Protection Software Antivirus + Window Defender adakah menjadi masalah?
3. Harga2 di shopee dijual sgt murah, adakah seller ni guna original version yg unlimited users? dan jika betul, apa kekurangan guna sharing version compare dgn 1 user 3 users?
Terima kasih admin.
Hai Matdin,
1. Ya, Windows Defender adalah antivirus kelas pertama.
2. Tidak ada masalah kerana Windows Defender akan dimatikan secara automatik sekiranya terdapat antivirus lain dipasang di komputer riba anda.
3. Beli melalui Shopee Mall untuk mengelakkan anda tertipu.
Terima kasih kerana menjawab persoalan saya, saya ad beberapa soalan baru:
1. Malwarebytes Antivirus dibawah kategori kelas berapa ya?
2. Boleh suggest antivirus apa yg tidak menjejaskan performance laptop?
Terima Kasih sekali lagi
Jawapan:
1. Kelas pertama/utama.
2. Jika spesifikasi komputer riba anda tidak terlalu tinggi, anda boleh pertimbangkan ESET Internet Security sebagai pilihan utama.
sy menggunakan komputer riba lenovo T430 4gb ram jadi adakah sy harus menggunakan antivirus eset memadangkan spec sy rendah dan adakah sy pelu menambah antivirus yg lain jika sy menggunakan antivirus eset?
Hai Kingsman, kalau anda masih menggunakan HDD biasa dan RAM 4 GB, lebih baik anda memilih antivirus ESET sebagai pilihan utama. Tak perlu pasang antivirus yang lain.
Jika Kita pakai Microsoft defender perlukah tambah antivirus yg lain? Contohnya Microsoft+ESET atau perlu pakai Salah satu je? Terima kasih banyak2 atas jawapan yg diberikan. Ia membantu sy buat pilihan.
Dia macam ni tuan, kalau tuan dah pasang antivirus ESET di dalam komputer, Windows Defender akan dimatikan secara automatik oleh sistem Windows tuan. Kalau tuan buang antivirus ESET pula, Windows Defender akan berfungsi seperti biasa.
PC saya PC gaming, apa av sesuai utk PC saya?
Hai HafizM, kalau komputer anda memiliki SSD, saya sarankan anda menggunakan Kaspersky Internet Security sebagai pilihan utama. Jika sebaliknya, pergi kepada ESET Internet Security.
Salam tuan, sy ad beli laptop bru utk adik sy yg masih student. Acer A314-32-C7QH, persoalannya laptop tu takder cd-rom. Adakah laptop skang dah tidak dipasang cd-rom?
Bagaimana pula jika berlaku kerosakan pd laptop dan perlu diformat. Tidakkah ianya memerlukan cd atau sebaliknya. Maaf sy kurang arif bab inj. T.kasih.
Kebanyakan komputer riba pada hari ini tidak memiliki optical disk drive (ODD). Kalau berlaku kerosakan (contohnya perlu diformat), anda boleh menggunakan pen drive untuk tujuan tersebut.
assalamualaikum tuan
eset security internet dgn kaspersky securiti internet yang mana paling bagus
Dua-dua pun OK. Kalau spesifikasi komputer anda tinggi, pilih Kaspersky Internet Security. Jika sebaliknya, pergi kepada Eset Internet Security.
asalamualaikum. saya baru beli laptop then mcafee beri free trial antiviru, but at the same time saya ada window defender. jadi sekarang tempoh trial untuk mcafee saya sudah tamat, adakah window defender saya dah tidak boleh guna?
Sila buang (uninstall) antivirus McAfee di komputer anda. Windows Defender akan berfungsi secara automatik selepas itu.
Salam sejahtera,
laptop saya kena virus Booa
semua file x dapat buka.
Apa solution untuk uncript.
Hai Nur, boleh saya tahu apa antivirus yang anda gunakan sekarang? Macam mana boleh kena?
Cuba dahulu masuk ke laman web ini dan ikuti langkah-langkah yang diberikan oleh mereka.
Sekiranya decryptor tersebut belum ada, salin (backup) data anda ke tempat lain (pindahkan data anda ke portable external drive).
HDD anda perlu diformat semula (setelah data asal dipindahkan) untuk menghapuskan ransomware ini.
Elakkan menggunakan perisian cetak rompak dan pastikan komputer anda dipasang dengan antivirus yang berkualiti.
salam…saya nak tanya selepas saya pasang antivirus kaspersky internet security, saya tak dapat buka file PDF di email outlook. Bagaimana nak mengatasi masalah tersebut? Terima kasih 🙂
Semua fail PDF atau sebahagian sahaja?
Salam sejahtera,dalam laptop sy ada ccleaner dan avn..Boleh ke?Tp 2 2 ni masih belum beli,pakai basic je.Saya masih mencari antivirus yg baik utk laptop saya..Boleh bg cadangan x?? saya pakai laptop toshiba satellite pro s750
Hai Lydia, anda boleh pertimbangkan antivirus seperti Eset Internet Security.
hi, sy pakai anitvirus mcafee total protection tetapi dah expired, jadi sy nk renew balik. sy pun pergilah di website mcafee tu tapi mcmmana nak bayar ye? sbb ruangan bayaran tu guna visa, master card atau american express. sy tak pandai la guna credit card.
Hai Intan, anda boleh beli antivirus tersebut di kedai komputer fizikal.
salam.. saya guna laptop lenovo ideapad 330 dan dh diinstall avast free antivirus. sesuai ke laptop saya kalau nak install kaspersky ataupun saya upgrade je avast premium? saya ni kerap layan movie online dgn download fail…
Boleh, tak ada masalah.
Hai admin, saya baru beli laptop and laptop tu adalah windows 10. Saya lupa mengenai antivirus masa nak beli tu bila dah teringat baru rasa macam takut pulak laptop kene virus kalau hanya pakai antivirus dri windows defender tu. Bagaimana ya ? Btw, penggunaan laptop saya hanya untk kegunaan buat assign dan kelas online sahaja.
Boleh, tak ada masalah.. cuma pastikan data penting anda berada di dua tempat.
Contohnya, jika anda menyimpan dokumen, foto, muzik dan video di dalam komputer, pastikan data tersebut anda salin ke pen drive, portable external drive atau muat naik melalui cloud.
Hai Admin,
boleh bagitau macam mana nak reformat sistem operasi windows.
Hello admin…saya ada masalah berhubung dengan laptop saya. Fail saya tak dapat buka hampir kesemuanya kerana terkena virus ramsomware. Di hujung fail² saya tertulis “KOOM”. Boleh recommand ke apa antivirus yang sesuai untuk scan, deleted dan recovery data/fail saya itu? Terima kasih admin.
Boleh saya tahu apa antivirus yang anda gunakan sekarang? Macam mana boleh kena?
Cuba dahulu masuk ke laman web ini dan ikuti langkah-langkah yang diberikan oleh mereka.
Sekiranya decryptor tersebut belum ada, salin (backup) data anda ke tempat lain (pindahkan data anda ke portable external drive).
HDD anda perlu diformat semula (setelah data asal dipindahkan) untuk menghapuskan ransomware ini.
Elakkan menggunakan perisian cetak rompak dan pastikan komputer anda dipasang dengan antivirus yang berkualiti.
Hai admin!
Dalam laptop sye ad kapersky + avast. Xpe ke? Yg avast tu x sure auto dw atau macamne. Sbb mse mule² dlu rsenye xde. N ap function apo ccleaner?