Tips Memilih Portable Hard Disk yang Berkualiti dan Tahan Lasak

merk harddisk external terbaik

Bingung hendak memilih di antara desktop external drive atau portable external drive?

Tidak tahu apa ciri-ciri yang perlu dilihat?

Atau risau tiada storan sandaran sekiranya cakera keras anda rosak?

Sebelum itu, biar saya terangkan dahulu.

Apa perbezaan di antara desktop external drive dan portable external drive.

Masih ramai yang bingung dengan dua istilah ini.

Adakah ia istilah yang sama atau berbeza?

Fahami ini baik-baik.

Portable external drive mempunyai saiz 2.5-inci dan hanya menggunakan kuasa daripada port USB komputer riba anda.

Senang cakap, ia berada di dalam kategori “mudah alih” dan mudah di bawa keluar.

Sebaliknya, desktop external drive mempunyai saiz 3.5-inci dan memerlukan sumber kuasa daripada soket rumah.

Biasanya ia agak besar dan berat untuk di bawa keluar.

Anda boleh lihat contohnya di bawah.

 

Masalahnya masih ramai yang merujuk portable external drive sebagai desktop external drive.

Padahal ia merupakan dua istilah yang berbeza.

Untuk pengetahuan anda, portable external drive atau cakera keras mudah alih lebih popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Kenapa anda perlu memilikinya?

Sudah tentu ada sebab yang kukuh, bukan?

Salah satu sebabnya, data di dalam komputer riba mungkin hampir penuh.

Ia tidak mampu menampung data anda setelah beberapa tahun digunakan.

Jika hampir penuh, kita terpaksa memadam sebahagian daripada data tersebut.

Masalahnya bagaimana dengan dokumen, foto, muzik dan video yang ada di dalam?

Tambahan pula, ia telah disimpan selama bertahun-tahun.

Mahu tidak mahu kita mungkin terpaksa menaik taraf storan yang sedia ada.

Atau…

Pilihan yang paling mudah adalah dengan mencari cakera keras mudah alih.

Ada lagi…

Prestasi boleh menurun jika storan yang digunakan hampir-hampir penuh.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.

Mahu percaya atau tidak, itu terserah kepada anda.

Jadi, daripada membuang fail-fail tersebut, ada baiknya data tersebut dipindahkan ke dalam cakera keras mudah alih.

“Alah…beli sajalah pemacu kilat USB atau pen drive…”

Ya, betul.

Masalahnya…

Kapasiti pen drive masih terlalu kecil buat masa ini.

Atau kos terlalu mahal jika kita membeli dengan kapasiti yang besar.

Ia juga mudah hilang atau tercicir di mana-mana tempat.

Ada satu lagi sebab yang utama.

Kita tidak tahu bila masanya storan komputer akan rosak.

Mungkin hari ini?

Mungkin lusa?

Atau mungkin juga bulan depan?

Tiada siapa yang tahu. Sebab itu kena bersedia.

Perlu ada sandaran (backup) kedua di portable external drive atau cakera keras mudah alih kita.

Boleh faham setakat ini?

Sekarang mari kita lihat apa ciri-ciri yang perlu anda ambil tahu.

Penting supaya tidak tersilap dan seterusnya membazirkan wang anda.

1. Pilih ruang simpanan atau storan data mengikut penggunaan

Cari storan sekurang-kurangnya 500 GB. Lebih besar yang anda pilih, lagi banyak data yang boleh anda simpan.

Setakat menyimpan dokumen seperti word,excel dan powerpoint, 500 GB sudah dikira mencukupi.

tips memilih portable hard disk

Tapi…

Sekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar, memuat turun lagu, menyunting foto dan video, carilah storan 1 TB atau 2 TB.

Saya yakin ruang simpanan tersebut memadai untuk anda.

2. Boleh lakukan kerja-kerja pemindahan data dengan laju

Kan bagus jika boleh memindahkan data sepantas kilat. Kerja akan lebih produktif serta menjimatkan masa anda.

Biasanya cakera keras mudah alih jenis lama mempunyai sambungan USB 2.0.

Ya, itu dahulu.

Kini, kebanyakannya telah mempunyai sambungan USB 3.0.

Kelajuan penghantaran data USB 3.0 adalah lebih kurang 5 Gbit/s (625 MB/s).

tips memilih harddisk external

Maksudnya?

Kelajuan USB 3.0 ini adalah 10 kali ganda daripada kelajuan USB 2.0. Ini sudah cukup laju untuk kegunaan kita sehari-hari.

Cara mengetahuinya?

Mudah.

Lihat salah satu port komputer riba anda jika mempunyai warna biru.

Jika ada, bermaksud port anda menyokong kelajuan sehingga USB 3.0.

Nasihat daripada saya, sekiranya tiada, beli sahaja cakera keras mudah alih yang menggunakan USB 3.0.

Sebab apa?

Ia mempunyai backward compatibility dengan USB 2.0.

3. Jenis yang mudah di bawa ke mana-mana

Saya telah sebut perkara ini pada awal-awal tadi.

Mudah alih adalah jenis yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Ia juga lebih kecil dan ringan.

Jika bukan mudah alih pula adalah jenis desktop external drive.

external hard disk terbaik malaysia

Ingat lagi?

Kenapa kita perlu memilih jenis yang mudah alih?

Selain daripada kecil, ringan dan senang di bawa ke mana-mana, sumber kuasa juga adalah daripada sambungan port USB komputer kita.

Anda tidak perlu bersusah payah menyambung pada soket rumah anda.

4. Cari tempoh jaminan yang panjang

Ingat.

Jaminan sangat penting.

Kita tidak tahu sekiranya cakera keras mudah alih yang kita beli ada manufacturing defect.

Kita boleh menuntut jaminan sekiranya ia rosak ketika dalam tempoh tersebut.

Jika boleh, cari tempoh jaminan dari 2-3 tahun. Lagi lama, lagi bagus untuk anda.

external hard drive terbaik

Jaminan sehingga 3 tahun?

Itu sudah tentu.

Sesetengah syarikat besar memberi tempoh jaminan yang lama kerana yakin produk yang dihasilkan mereka berkualiti tinggi.

Contohnya jenama Seagate, Western Digital dan Adata menawarkan jaminan sehingga 3 tahun.

5. Rupa bentuk dengan rekaan yang menarik

Ada orang yang suka melihat benda-benda yang cantik.

Tidak kisahlah apa jenis produk tersebut. Ini juga merupakan faktor utama seseorang membeli sesuatu produk.

Bagi saya ia sebenarnya perkara subjektif.

Saya rasa tidak salah jika kita membeli barang yang cantik. Rekaan yang menarik merupakan satu bonus.

external hard disk yang terbaik

Dengan syarat…

Ia mesti disertai dengan ciri-ciri yang bagus dan berkualiti.

Tidak ada gunanya anda membeli sesuatu produk yang cantik tetapi ia mudah rosak.

6. Mempunyai ketahanan yang kuat serta tahan lasak

Ini sepatutnya ada pada semua cakera keras mudah alih.

Tahan lasak di sini bermaksud ia tidak mudah rosak jika terjatuh daripada meja.

Jika ia terjatuh sekali dan rosak, tentu anda berasa kecewa kan. Kadang-kadang kita bukan sengaja menjatuhkan cakera keras mudah alih kita.

jenama external hard disk yang terbaik

Ada juga yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti kalis air (waterproof), kalis debu (dustproof) dan anti gegaran (shockproof) yang kuat.

Sangat sesuai bagi yang bergerak aktif seperti mengembara atau yang memang bekerja dalam situasi yang terdedah kepada air dan habuk.

Jikalau boleh, carilah ciri-ciri seperti ini.

Anda pasti tidak akan menyesal.

7. Dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai dan banyak menerima anugerah

Kebanyakan cakera keras mudah alih sekarang memang bagus.

Saya juga yakin setiap tahun syarikat yang mengeluarkan produk ini sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki kualiti produk mereka.

Jadi tidak hairanlah beberapa syarikat seperti Western Digital, Seagate dan Adata sentiasa memenangi banyak anugerah.

jenama external hard disk terbaik

Anda patut melihat pencapaian syarikat-syarikat ini.

Ini membuktikan mereka memang serius dalam mengeluarkan produk yang benar-benar berkualiti dan menepati standard antarabangsa.

Ingat ini baik-baik.

Sentiasa utamakan jenama yang biasa anda lihat. Jangan beli jenama yang anda tidak pernah dengar untuk mengelakkan terbeli produk tiruan.

8. Harga yang berpatutan dengan kualiti

Biasanya harga adalah berbeza-beza mengikut jenama, spesifikasi dan kelebihan yang ditawarkan.

Harga bagi portable external drive atau cakera keras mudah alih 500 GB adalah sekitar RM203-RM280.

Untuk yang mempunyai storan 1 TB, harga adalah sekitar RM210-RM300 dan untuk 2 TB pula harga adalah sekitar RM380-RM500.

harga harddisk external terbaik

Senarai harga di atas adalah daripada syarikat-syarikat seperti Adata, Seagate dan Western Digital.

Anda kena ingat, harga ini sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Selalunya apa yang membuatkan harga menjadi mahal adalah disebabkan nama jenama syarikat tersebut.

Semakin kuat jenama syarikat itu maka semakin mahal harga yang ditawarkan.

Contoh terdekat adalah daripada Western Digital.

Harga mereka lebih mahal berbanding dengan pesaing-pesaing terdekat mereka.

9. Ciri-ciri keselamatan tambahan

Carilah yang mempunyai ciri-ciri keselamatan di mana anda boleh menetapkan kata laluan pada peranti tersebut.

Fungsi ini sangat berguna bagi mrreka yang mahu menyimpan data sulit peribadi atau syarikat di tempat anda bekerja.

Ciri kedua biasanya mempunyai fungsi untuk automatic backup dan synchronize data.

harddisk external 1tb terbaik

Ciri-ciri ini sangat bagus jika ada.

Anda tidak perlu risau sekiranya data anda tiba-tiba hilang, terkena virus atau mungkin berlaku kecurian komputer riba.

Semuanya telah di backup dan di synchronize ke cakera keras mudah alih anda.

Ini merupakan suatu fungsi yang wajib jika anda mementingkan keselamatan data anda.

Sekali lagi, ingat…

Tidak semua mempunyai fungsi-fungsi tambahan ini.

10. Pilihan ciri-ciri khusus yang mungkin anda perlukan

Untuk kekal relevan di arena teknologi, pengeluar membuat produk mereka dengan pelbagai ciri baharu.

Salah satunya ialah sambungan Wi-Fi yang membenarkan anda menyambung peranti anda kepada komputer riba.

hardisk portable terbaik

Sambungan ini dilakukan melalui Wi-Fi AP pada cakera keras mudah alih ataupun menggunakan teknologi Bluetooth.

Kelajuan pemindahan fail tidaklah sepantas dan se-stabil seperti sambungan melalui USB.

Selain itu, terdapat juga ciri yang membolehkan pengguna memindahkan fail daripada kad SD kepada cakera keras mudah alih secara automatik.

Apa pilihan saya?

Bagi saya semuanya bergantung kepada penggunaan, keperluan dan bajet.

Saya sendiri menggunakan portable external drive atau cakera keras mudah alih daripada jenama Western Digital.

Saya mempunyai 3 buah peranti ini. Saya juga telah menggunakannya lebih kurang 5 tahun tanpa gagal.

Apa maksudnya?

Setakat artikel ini ditulis, saya tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang dilalui oleh pengguna yang lain.

Harganya memang sedikit mahal berbanding dengan jenama yang lain.

Tapi apa yang penting adalah kepuasan menggunakan produk yang berkualiti tinggi.

Pada masa akan datang saya bercadang membeli cakera keras mudah alih daripada jenama Adata.

Saya telah melihat spesifikasinya di mana ia mempunyai ciri-ciri tahan lasak.

Ini merupakan satu tarikan utama saya untuk menggunakan jenama ini.

Tidak banyak pengeluar yang menyediakan ciri-ciri tahan lasak pada produk keluaran mereka.

Anda bagaimana pula?

Apa jenama portable external drive atau cakera keras mudah alih pilihan anda?

Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

67 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.