Kepakaran kami adalah membantu anda menyelesaikan masalah-masalah laptop dengan kos yang berpatutan dan memuaskan.

Senarai perkhidmatan yang kami tawarkan adalah seperti:

  • Salin (backup) dan Format sistem operasi Microsoft Windows 7, 8 dan 10.
  • Membaiki (repair) masalah “blue screen” atau Blue Screen of Death (BSoD).
  • Membersihkan virus & spyware serta memasang antivirus pada laptop anda agar tidak mudah diserang virus sekiranya anda melayari Internet.
  • Meningkatkan keupayaan (upgrade) laptop anda agar lebih laju dengan menaik taraf perkakasan seperti RAM dan menggunakan SSD (Solid-State Drive).
  • Membersihkan laptop anda daripada habuk, karat, serangga dan terkena air minuman / hujan.
  • Mencuci kipas laptop (service heatsink fan) serta menukar thermal grease dan thermal pad agar laptop anda tidak mudah rosak.
  • Mendapatkan semula (recover) data penting sekiranya cakera keras anda telah rosak atau tidak boleh digunakan lagi.
  • Penggantian dan pemasangan bateri, papan kekunci dan skrin LCD laptop yang baru.
  • Menjual aksesori laptop pada harga yang mampu milik.

Sekiranya anda tinggal di sekitar Keningau Sabah, anda bolehlah menghantar laptop anda di AFtech Computer Solutions.