Panduan Membeli Laptop Baharu Idaman Hati
|Mudah.
Ya, membeli sememangnya mudah.
Tetapi memilih yang terbaik itu payah…
…umpama anda mencari calon isteri atau suami anda.
Kesilapan memilih laptop akan meleburkan wang anda jika ia tidak menepati keperluan anda.
Jadi, bagaimana caranya memilih laptop yang bagus dan berkualiti? Apa spesifikasi yang perlu anda lihat?
Saya akan mengupas semua persoalan anda secara terperinci di bawah.
Mari kita mulakan…
1. Pilihlah sistem operasi yang biasa anda gunakan sebelum ini
Saya yakin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Tapi, cuba anda fikir daripada sudut yang positif.
Anda tidak perlu membuang masa mempelajari sistem operasi yang baharu.
Betul, kan?
Umumnya, ia boleh terbahagi kepada;
- Windows
- Chrome OS atau
- Mac OS X (MacBooks sahaja)
Windows masih merupakan pilihan kebanyakan pengguna laptop di dunia.
Ini masing-masing diikuti oleh iOS, Android, Macintosh, Chrome OS dan lain-lain.
Windows 10
Windows 10 adalah versi terbaru sistem operasi keluaran syarikat gergasi Microsoft.
Jika anda perasan sebahagian daripada ciri-ciri Windows 7 dan 8 ada pada Windows 10 sekarang.
Antara kelebihannya:
- berupaya menggunakan soalan susulan dengan Cortana
- mencari e-mel menggunakan bahasa semulajadi dan
- menggunakan stylus untuk menulis/menconteng hampir di mana sahaja.
Ia mudah digunakan.
Lagipun, kebanyakan perisian yang direka untuk komputer lebih kepada sistem operasi Microsoft Windows.
Contoh-contoh sistem operasi ini adalah:
- Windows XP
- Windows Vista
- Windows 7
- Windows 8/8.1.
Ingat.
Sistem operasi Windows XP, Vista dan 7 tidak lagi disokong oleh pihak Microsoft. Jadi, jangan buang masa anda dengan menggunakan sistem operasi ini.
Chrome OS
Saya yakin ramai yang tidak pernah mendengar sistem operasi ini.
Chrome OS direka oleh Google yang berasaskan kernel Linux.
Ia menggunakan pelayar web Google Chrome sebagai antara muka pengguna utamanya.
Kebanyakan antara muka pengguna (user interface) seakan-akan seperti sistem operasi Windows.
Ia boleh digunakan untuk melayari Internet, menyemak e-mel, navigasi rangkaian sosial dan berbual dalam talian.
Masalahnya…
…terdapat “web apps” tidak berfungsi dengan sempurna sekiranya tiada talian Internet.
Sesuai bagi kegunaan para pelajar dan guru untuk tujuan pembelajaran.
Sebab apa?
Kerana ia sukar dijangkiti oleh perisian hasad (malware).
Apple macOS High Sierra
Semua MacBooks didatangkan dengan sistem operasi desktop terbaru Apple, MacOS High Sierra.
Secara keseluruhan, ia menawarkan fungsi yang hampir serupa dengan Windows 10.
Bezanya hanya pada antara muka yang menggantikan “apps dock” di bahagian bawah skrin untuk menu Start Microsoft dan taskbar.
Jikalau Windows 10 ada Cortana, pengguna Mac pula ada Siri.
Antara kelebihannya:
- boleh melakukan transaksi dengan Apple Pay
- mengambil panggilan atau teks dari telefon dan
- membuka kunci komputer riba dengan Apple Watch.
Walau bagaimanapun, MacOS tidak dibuat untuk fungsi sentuhan.
Sesuai bagi mereka yang kaya-raya mementingkan kualiti dan prestasi.
Harga biasanya agak mahal berbanding dengan sistem operasi Microsoft Windows dan Chrome OS.
2. Laptop tradisional atau 2-dalam-1?
Kalau anda masih ingat, laptop biasa atau tradisionallah yang paling banyak berada di pasaran.
Itu dahulu.
Sekarang sebaliknya pula berlaku.
Skrin laptop 2-dalam-1 ini boleh ditanggalkan (detachable) daripada papan kekunci dan terdapat juga yang boleh dipusing (convertible) ke belakang sehingga 360 darjah.
Senang cakap, 2-dalam-1 ini adalah komputer riba (laptop) dan tablet yang telah digabungkan dalam satu peranti.
Mana lebih bagus, laptop tradisional atau laptop 2-dalam-1?
Ok, ini sebenarnya lebih kepada citarasa masing-masing. Jika saya berada di tempat anda, ambil sahaja laptop 2-dalam-1 ini.
Sebab apa?
Kerana apabila anda bersedia untuk bermain, anda hanya perlu menanggalkan skrin atau melipat 2-dalam-1 ke dalam mod tablet untuk:
- menonton filem
- bermain permainan
- membaca e-book dan banyak lagi.
Di samping itu, lebih banyak port USB pada peranti 2-dalam-1 berbanding dengan tablet tradisional.
Ini menjadikannya lebih mudah untuk memindahkan fail dan foto.
Selain itu, ia amat mudah untuk menukar mod dengan cepat, seperti:
- menukar dari laptop ke tablet
- berdiri sendiri atau dalam konfigurasi paparan – mengambil masa hanya satu sentuhan mudah, klik atau pusing.
…di antara kelebihannya lagi?
Serba boleh
Tidak kira berada di tempat kerja atau di rumah, keperluan pengkomputeran anda mungkin berubah dalam sekelip mata.
Anda boleh menggunakan peranti dalam mod laptop untuk menaip dokumen, membangunkan hamparan (spreadsheet) atau menyunting gambar dan video.
Kemudian, jika anda bosan tahap dewa, pusing skrin tersebut untuk menonton video atau bermain permainan.
Semua ini mampu dilakukan dalam satu gerakan mudah.
Mudah alih
Ingin berjalan jauh tapi tidak pasti hendak bawa peranti yang mana satu? Laptop sahaja atau bawa tablet sekali?
Usah peningkan kepala, laptop 2-dalam-1 menjadikannya mudah untuk mengambil hanya satu peranti.
Lebih produktif dan keseronokan ketika anda berada di luar bandar.
Kos
Percaya atau tidak, melabur laptop 2-dalam-1 adalah lebih murah berbanding dengan membeli secara berasingan kedua-dua laptop dan tablet ini.
3. Ciri-ciri skrin laptop yang perlu diberi perhatian
Apa ciri-ciri skrin laptop yang perlu anda lihat?
Anda tidak boleh pilih secara rambang. Ambil sedikit masa untuk melihat skrin yang sesuai untuk kegunaan anda.
Saiz skrin (screen size)
Saiz skrin boleh bermula daripada kira-kira 11 hingga 17 inci.
Skrin besar amat sesuai untuk bermain permainan, menonton filem, menyunting gambar dan video serta melihat dokumen sebelah menyebelah.
Ingat.
Semakin besar skrin tersebut maka secara automatiknya saiz, berat dan penggunaan kuasa keseluruhan laptop turut meningkat.
Mari kita lihat beberapa contoh di bawah.
- 11″-12″: Biasanya nipis dan ringan. Ia mudah di bawa ke mana-mana sahaja.
- 13″-14″: Seimbang daripada segi mudah alih dan kebolehgunaan (usability).
- 15″: Popular dalam kalangan pengguna laptop di Malaysia dengan berat sekitar 2 kg-3 kg.
- 17″-18″: Digunakan untuk menyunting gambar, video serta bermain permainan (game). Biasanya agak berat dan sesuai bagi mereka yang jarang membawa laptop keluar daripada rumah.
Resolusi (resolution)
Skrin laptop didatangkan dalam pelbagai resolusi (diukur dalam piksel, mendatar x menegak):
- HD: Resolusi 1366 x 768 adalah standard pada laptop arus perdana. Sesuai untuk melayari web, e-mel dan tugas-tugas asas pengkomputeran.
- HD+: Resolusi 1600 x 900 pula sesuai untuk permainan kasual dan menonton filem DVD.
- Full HD: Resolusi 1920 x 1080 membolehkan anda untuk menonton filem Blu-ray dan bermain permainan video.
- Paparan Retina (Retina display): Resolusi 2304 x 1440, 2560 x 1600 dan 2880 x 1800 terdapat dalam paparan Apple 12 “, 13.3″ dan 15.6 ” masing-masing.
- QHD (Quad HD) dan QHD+: Dengan resolusi 2560 x 1440 dan 3200 x 1800 masing-masing, kepadatan piksel yang amat tinggi mewujudkan perincian dan teks yang tajam, sesuai untuk kerja-kerja foto profesional dan grafik serta filem definisi tinggi dan permainan.
- 4K Ultra HD: Resolusi 3840 x 2160 mempunyai empat kali ganda piksel Full HD, mewujudkan warna dan imej yang kaya serta digunakan untuk menyunting imej dan grafik bagaikan seolah-olah hidup.
Jenis paparan (display)
Kini, banyak laptop yang menggunakan lampu LED yang boleh memaparkan warna-warna terang tanpa mengganggu prestasi kuasa bateri.
Jika anda mahu gunakan laptop untuk menonton filem, pilih paparan jenis panel IPS supaya sudut tontonan anda lebih luas.
Skrin dengan glossy finish umumnya memberikan warna yang lebih kaya dan hitam yang lebih gelap.
Manakala matte finish pula akan mengurangkan silau jika anda sering bekerja di luar atau berdekatan dengan tingkap.
Kedua-dua kemasan ini lebih kepada pilihan peribadi sahaja.
Kebanyakan pemain tegar permainan (gamers) lebih menyukai matte finish.
Saya pula secara peribadinya lebih menyukai glossy finish.
Skrin sentuh (touchscreen)
Skrin sentuh membuat navigasi pada laptop anda lebih intuitif.
Ketik untuk pilih, tahan dan seret untuk pindahkan items, sapu (swipe) untuk tatal (scroll) dan cubit (pinch) untuk zoom, seperti mana yang anda lakukan pada telefon pintar atau tablet anda.
Kini boleh didapati dengan banyak pada laptop yang menggunakan sistem operasi Windows dan Chromebook terpilih.
Fungsi ini tidak diperlukan untuk pemain permainan video kerana ia akan menghabiskan cas bateri laptop dengan pantas.
4. Periksa papan kekunci (keyboard) dan touchpad laptop
Tidak mengapa jika anda cerewet sedikit dalam pemilihan jenis papan kekunci laptop.
Jika boleh, carilah papan kekunci yang ada ciri-ciri ergonomik di mana kerja yang dilakukan nanti lebih selesa, selamat dan berkesan.
Pastikan:
- Papan kekunci tidak mudah tersekat jika ditekan berulang kali
- Terdapat ruang yang mencukupi di antara papan kekunci laptop anda.
Untuk touchpad pula, ia haruslah tepat dan tidak tersekat-sekat ketika digunakan.
Touchpad juga perlu bertindak balas secara konsisten untuk mengesan gerakan isyarat seperti pinch-to-zoom.
Jika anda membeli sebuah laptop perniagaan, pertimbangkan untuk mendapatkan satu kayu penunjuk (pointing stick) di antara kekunci G dan H.
Tidak faham?
Anda boleh lihat contoh gambar di bawah.
Kenapa?
Supaya anda boleh mengemudi di sekitar desktop tanpa perlu mengangkat jari daripada papan kekunci.
5. Pilih spesifikasi laptop yang sesuai dengan tugas yang anda lakukan
Ya.
Saya faham.
Hal teknikal memang membosankan.
Bikin sakit kepala.
Apa kata anda buat kopi atau teh dahulu.
Sekarang, mari kita lihat apa pemproses (processor) yang perlu anda pilih.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan laptop di pasaran menggunakan pemproses jenis Intel atau AMD.
Pemproses Intel (Intel® processors)
- Intel Atom: Boleh ditemui pada netbook
1Malaysiayang berkos rendah. Ia menawarkan prestasi asas tetapi penggunaan baterinya lebih baik berbanding dengan Celeron/Pentium. - Intel Pentium/Celeron: Hanya sesuai untuk e-mel, Internet dan produktiviti tugas-tugas asas.
- Intel Core m3 / m5 / m7: Direka untuk peranti Ultraslim. Penggunaan kuasa dan haba adalah rendah sehingga ia tidak memerlukan kipas. Prestasi lebih baik berbanding dengan Celeron tetapi tidak dapat menandingi Core i3 / i5.
- Intel Core i3 / i5: Kombinasi terbaik daripada segi prestasi dan harga.
- Intel Core i7: Pilihan power users seperti pemain tegar permainan (gamers), pereka grafik, jurugambar dan juruvideo. Ia cemerlang pada pelbagai tugas dalam satu-satu masa dan pembuatan multimedia untuk projek-projek dalam 3D atau definisi tinggi.
- Intel Xeon: Sangat berkuasa dan mahal untuk stesen kerja mudah alih yang besar. Jika anda melakukan kejuruteraan kelas profesional, pemodelan 3D atau penyuntingan video, anda mungkin memerlukan pemproses ini. Kelemahannya, anda tidak akan mendapat hayat bateri yang panjang atau laptop yang ringan.
Saya akan berikan pandangan yang jujur dalam hal ini.
Sekiranya anda memilih pemproses daripada keluarga Intel, sekurang-kurangnya cuba dapatkan Intel Core i5 dan ke atas.
Elakkan pemproses Intel Atom dan Pentium/Celeron.
Nanti menyesal.
Prestasi pemproses ini sangat perlahan.
Saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Tidak percaya?
Terpulang.
Memang agak lembab kecuali anda sanggup menaik taraf RAM dan menukar cakera keras tradisional kepada SSD.
Pemproses AMD (AMD processors)
Sekarang mari kita beralih kepada pemproses jenis AMD pula.
Ia mempunyai dua kategori pemproses yang paling biasa:
FX dan A-Series: Seperti cip teras Intel, ia termasuk pemproses grafik yang dibina ke dalam cip yang sama.
- A4: Prestasi responsif untuk muzik, gambar dan video.
- A6: aliran video yang lancar dan kualiti foto yang dipertingkatkan.
- A8: Prestasi grafik yang lebih baik membolehkan permainan 3D dalam HD.
- A10: Cip utama AMD, dengan kepantasan quad-core dan prestasi grafik yang luar biasa.
- FX: Untuk permainan serius dan berbilang tugas (multitasking) berat.
- E-Series: Sama seperti Intel Celeron dan Pentium, cip ini adalah berorientasikan nilai dengan kelajuan dan keupayaan pelbagai tugas yang terhad. Biasanya sesuai untuk tugas-tugas asas pengkomputeran seperti e-mel, melayari laman web dan pemprosesan perkataan.
- AMD Ryzen Mobile: Satu set cip baru yang direka untuk bersaing dengan Intel Core i5 dan Core i7.
Ingatan capaian rawak (RAM)
Sangat penting kerana ia membantu pemproses anda menangani beberapa tugas sekaligus.
Pilih RAM yang betul sekiranya anda mahu menukar atau menaik taraf RAM di laptop anda.
Sekurang-kurangnya 2 GB diperlukan untuk penggunaan asas.
8 GB atau lebih, jika anda banyak duit lakukan kerja-kerja grafik seperti menyunting foto dan video.
Jangan peningkan kepala anda di sini.
Untuk pengguna biasa, 4 GB sudah memadai.
8 GB- 16 GB hanya diperlukan sekiranya anda bermain permainan (games) dan terlibat dengan kerja-kerja suntingan foto dan video.
HDD atau SSD?
Biasanya pemacu cakera keras (HDD) tradisional menawarkan kapasiti penyimpanan yang lebih besar.
Contohnya, 500 GB, 1 TB dan 2 TB.
Keburukannya, ia menambah berat dan ketebalan laptop sambil menjana haba dan bunyi yang bising.
Sebagai alternatif, pemacu keadaan pepejal (Solid-State Drives) telah direka agar lebih ringan, cepat, sejuk dan senyap daripada cakera keras biasa.
Masalahnya, SSD masih terlalu mahal per GB, jadi biasanya ia kurang menyediakan ruang simpanan.
Berita baiknya, sesetengah laptop pada masa kini mempunyai pemacu hibrid (SSHD).
Ia adalah gabungan di antara cakera keras (HDD) dengan cakera keadaan pepejal (SSD) untuk manfaat kedua-duanya.
Secara umumnya, pemacu cakera keras mekanikal tradisional adalah jenis yang paling biasa digunakan.
Anda boleh lihat contohnya di bawah.
Ia menawarkan kapasiti yang besar dan juga agak murah.
Didatangkan dalam dua kelajuan standard:
- 5400 rpm adalah memadai untuk melayari Web, e-mel dan penciptaan dokumen.
- 7200 rpm mampu memindahkan data dengan lebih cepat dan boleh dipertimbangkan jika anda kerap bekerja dengan fail-fail yang besar.
Sebagai perbandingan, SSD adalah lebih cepat daripada cakera keras (HDD) biasa.
Lihat contohnya di bawah.
Ia menawarkan kelebihan daripada segi:
- saiz
- berat
- kuasa kecekapan fizikal
- kurang penghasilan haba
- sangat senyap menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk komputer riba ultraslim dan ultralightweight.
Tidak seperti cakera keras, SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak untuk haus (wear out).
Sesetengah laptop menggunakan SSD untuk semua simpanan.
Tapi ada juga yang menggunakan SSD dan cakera keras tradisional sekaligus dalam satu laptop.
Maksudnya?
SSD (sistem operasi & aplikasi) + HDD (dokumen, foto, muzik & video).
Cip grafik (Graphics Chip)
Jika anda tidak bermain permainan (games), tidak membuat objek 3D atau menyunting video resolusi tinggi, cip grafik bersepadu (integrated) adalah memadai.
Jika sebaliknya, pemproses grafik diskret (discrete) daripada AMD atau Nvidia adalah sangat penting.
Sama seperti pemproses, cip grafik ini didatangkan dengan cip berkuasa rendah dan tinggi.
Contoh cip grafik daripada Nvidia:
- Nvidia GTX 1050 (low-end model)
- Nvidia GTX 1050 Ti atau GTX 1060 (mid-range model)
- Nvidia GTX 1070 atau 1080 (high-end model)
Bagi anda yang sedang mencari laptop dalam kategori gaming laptop, saya ada menulis satu artikel khas untuk topik ini.
Sesuai bagi yang banyak terlibat dalam kerja-kerja menyunting foto dan video di samping boleh digunakan untuk bermain permainan (games).
Pemacu DVD/Blu-ray (DVD/Blue-ray Drives)
Kena ingat, tidak semua laptop didatangkan dengan pemacu optik.
Ikut pengalaman, gaming laptop biasanya tidak mempunyai pemacu optik.
Ini kerana semua perisian dan video boleh dimuat turun daripada Internet.
Meskipun begitu, jika anda mahu menggunakan pemacu optik ini, anda boleh membeli di kedai komputer ataupun secara dalam talian (online).
Biasanya ia menggunakan port USB laptop anda untuk berfungsi.
6. Ports dan connectivity yang harus anda lihat
Perhatikan port berikut yang lazim digunakan untuk menyambung kepada TV, kamera dan peranti lain:
- USB 2.0: Menyambung pemacu luaran, pengawal permainan, telefon pintar, pemain MP3 dan aksesori lain.
- USB 3.0: Data pemindahan lebih cepat daripada USB 2.0, tetapi hanya apabila digunakan dengan peranti USB 3.0.
- USB Type-C: Menyediakan kelajuan dan kuasa yang serba boleh yang menampilkan penyambung dengan hujung yang serupa yang di pasang terbalik (upside down) atau sebelah kanan (right-side up).
- Thunderbolt: Jalur lebar yang amat tinggi untuk pemindahan data yang pantas di antara peranti yang mempunyai sambungan Thunderbolt atau MiniDisplayPort.
- HDMI: Sambungkan projektor atau paparan media HD di skrin TV rata (flat-screen) anda.
- Slot kad media: Memindahkan gambar dari kamera digital atau camcorder.
Kebanyakan laptop pada masa sekarang mempunyai fungsi-fungsi seperti di atas.
7. Ketahanan bateri laptop (laptop battery)
Jika anda beli laptop yang besar dan hanya digunakan di atas meja yang berdekatan dengan soket elektrik, anda tidak perlu bimbang tentang hayat bateri laptop anda.
Sebaliknya, pastikan bateri tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya 7 jam atau 8 jam ke atas (ideal).
Mari kita lihat beberapa contoh yang mempunyai ketahanan bateri 8 jam ke atas.
Bagi yang belum tahu, ujian bateri yang dilakukan hanya melibatkan melayari Internet (melalui Wi-Fi) sehinggalah cas tersebut habis digunakan.
8. Jenama (brand) laptop yang boleh dipercayai
Cuba teka apa jenama laptop yang berkualiti?
Menurut analisis yang dijalankan oleh SquareTrade terhadap 30,000 komputer riba berdasarkan pelan dan tuntutan jaminan mereka:
- untuk tiga tahun pertama, 31% daripada pemilik komputer riba melaporkan kerosakan kepada SquareTrade
- dua pertiga (20.4%) daripada kerosakan berpunca daripada kegagalan perkakasan
- satu pertiga (10.6%) kerosakan yang dilaporkan adalah disebabkan oleh kecuaian sendiri
ASUS dan Toshiba adalah jenama laptop yang paling dipercayai (reliable), dengan kurang daripada 16% yang mempunyai kerosakan pada perkakasan lebih 3 tahun.
Netbook mempunyai kadar kegagalan 20% lebih tinggi berbanding dengan komputer riba (laptop) premium.
Secara ringkasnya, kalau anda mencari laptop yang tahan lama, carilah jenama seperti Asus dan Toshiba.
9. Jaminan (warranty) laptop yang lama
Jika boleh carilah jenama laptop yang menawarkan jaminan yang panjang.
Biasanya jaminan ini selama 1 tahun.
Ada juga sehingga 2-3 tahun.
Laptop anda memang terbaik jika syarikat yang berdiri di belakangnya memberikan sokongan teknikal selepas jualan.
Sokongan adalah sebahagian daripada apa yang membuat sesebuah jenama bernilai untuk wang anda.
Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah lokasi pusat servis (service center). Pastikan pusat servis tersebut ada di bandar-bandar utama.
Tujuannya, memudahkan anda menuntut jaminan daripada pusat servis sekiranya laptop anda mengalami kerosakan semasa dalam tempoh jaminan.
10. Lihat bajet (budget) di poket anda
Saya sengaja tulis bajet pada bahagian akhir.
Sekiranya anda sudah ada pilihan laptop sendiri, jangan lupa nilai tahap kewangan anda.
Jika bajet anda cuma ada RM2500, tidak perlulah anda cari laptop yang harganya RM3500 pula.
Carilah laptop yang sesuai dengan tujuan kegunaan dan kemampuan kewangan anda.
Jangan lupa bandingkan harga di tempat lain.
Malas atau tiada masa?
Buka saja laman web jual beli dalam talian seperti di Lazada ataupun Shopee.
Saya berani jamin harga laptop di sini jauh lebih murah berbanding dengan yang anda beli di mana-mana kedai komputer.
Kesimpulannya…
Jangan!
Jangan tergesa-gesa beli laptop.
Jangan terlalu ikut cakap jurujual komputer.
Serta yang paling penting, buat kerja rumah (research) dan ambil masa anda secukupnya.
Saya yakin kalau anda mengikuti tips di atas, anda pasti menemui laptop yang sesuai dengan keperluan anda.
Semoga berjaya.
Nota tambahan: Memandangkan ramai yang bertanya, kami juga mempunyai Page rasmi di Facebook. Jangan lupa LIKE Page kami dan jumpa anda di sana.
Bismillah… AsSalamu’Alaikum WBT anaknda… Aamiin…
Syukur Alhamdulillah…. Jutn tksh atas sgl jasabaik anaknda mmberiknnpenerangn berkaitn komput dll… Sgt brmanafaat… Bonda – Datin Azizah Aziz, trllu mint komputer dn dll berkaitnnya juga kini sdg giat mncri seseorg utk mmbntu mmberiknnpanduan brguna utk BERDAKWAH MLLUI KOMPUTER d Resort yg bakl bonda serta sklrg – ulang – bakal uruskn namun, tdklh besar… Utk brdkwah atas nma iftitah LAND d Hulu Langat nnti – Insyaa AllahSWT … Aamiin …
Bgini shj – blhkh anknda mmbntu utk berikn pndpt kpd bonda berkaitan komputer yg tlh bonda servey semlm d Law Yatt Computer HP bersaiz besar iaitu –
HP Pavillion Touchsmart 27-a271d All-in-one PC – Hrganya RM5,799
Blhkh anknda tolong brikn pndgn kpd bonda berkaitn prkr ini…? Jutn tksh bonda dahulukn atas krjsm yg bakl/sudi anknda brikn brkaitn prkr ini ye….
Sekian… AsSalamu’Alaikum…WBT Aamiin….
Salam sejahtera Datin Azizah Aziz. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Berkenaan dengan HP Pavilion TouchSmart 27-a271d All-in-One PC, berikut adalah spesifikasi yang kami dapat daripada laman web Lazada Malaysia:
https://aftechcomputersolutions.com/refer/hp-pavilion-touchsmart-27-a271d-aio-pc/
– Intel Core i7 7700T 2.9 GHz (3.8 GHz – max turbo boost)
– 8 GB DDR4-2133 RAM
– 2 TB 7200RPM HDD
– Nvidia Geforce 930MX 4 GB GDDR5
– 27″ FHD(1920×1080) IPS WLED Touch Screen
– Built-In Wifi & Bluetooth
– Genuine Windows 10 Home Edition
– 3 Year HP On-Site Warranty
Jika melihat kepada HP Pavilion TouchSmart 27-a271d All-in-One PC ini, apa yang boleh kami katakan adalah spesifikasinya sahaja sudah dikira sangat bagus. Sangat sesuai digunakan untuk melayari Internet, strim (stream) video, digunakan untuk membuat kerja dan bermain permainan (games).
Dilengkapi dengan paparan IPS HD di mana ia turut memberikan sudut tontonan yang sangat luas. Reka bentuk all-in-one PC ini juga kami kira agak menarik di mana ia kelihatan agak “ramping” di samping tetikus (mouse) & papan kekunci (keyboard) yang dibekalkan juga adalah jenis wayerles atau tanpa wayar.
Selain daripada itu, ia juga menambah sentuhan moden dan tidak memakan ruang yang besar jika diletakkan di atas meja Datin Azizah Aziz. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi pihak kami.
Hai, saya seorang pelajar boleh tak admin cadangkan laptop mana yg sesuai untuk main games yang bawah rm1000 atau rm1500.. Contohnya game pubg, csgo…
Hai Afiq, untuk bermain permainan video, bajet anda perlu dinaikkan sekitar RM4000-RM5000 (untuk komputer riba baharu). Mungkin pautan ini boleh membantu anda.
assalamualaikum, saya student dan sedang mencari laptop yg boleh guna autocad tapi budget dalam rm1500 atau rm1000..boleh tak suggest laptop apa yang ok?
Hai Ain, saya mengandaikan anda mencari komputer riba refurbished, betul?
Hai. Saya student engineering and mostly saya guna laptop utk assignment. but assignment saya melibatkan autocad matlab semua tu. so any suggestion tak? saya punya budget around Rm1800-Rm2100 centu la
Good info.
Terima kasih kerana singgah sebentar di sini.
Hai, saya student engineering, nak beli laptop untuk assignment serta ada juga berkaitan dengan solidoworks, MATLAB serta engineering software yang lain. Saya nak yang jenis traditional. Boleh bagi cadangan tak laptop yang harga RM2.5K dan ke bawah? Terima kasih
Hai Ehf, anda boleh pertimbangkan komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 15-da1017TX / 15-da1018TX
2. Dell Inspiron 15 5593
3. Acer Aspire 5 A514-52G-53GU
Assalamualaikum, saya seorg pelajar.. boleh saya tau x laptop apa yg terbaik untk beli as a student.. Also saya juga ade kerja melibatkan penyuntingan video . (dn perlukan storage yg besar) Tuan boleh tolong suggestkn x laptop yg terbaik based on pemgalaman tuan sendiri.. terima kasih
Hai Sarah, boleh saya tahu berapa anggaran bajet anda?
Salam.. Boleh cadangkan utk sy laptop yg sesuai utk sy buat keja admin..words.. Internet.. Lagu.. Gmbr2.. Bateri tahan lama…
Hai Atie, boleh saya tahu anggaran bajet anda? Terima kasih.
hye admin..sy pun sdg mncari laptop sprti kgunaan puan ni jga..budget dlm 1-1.5k adex? atau admin leh email sy.tq
Salam tuan..boleh Tak rekomen laptop yg sesuai untuk kerja editing gambar dengan ketahanan bateri yg panjang..sekian.. terima kasih
Hai Din, boleh saya tahu berapa anggaran bajet anda? Terima kasih.
Assalamualaikum. Nak tny ok ke laptop jenama Chuwi Herobook Pro Intel Celeron Gemini Lake N4000 Dual Core 1.1GHz-2.6GHz DDR4 8GB RAM 256 SSD ROM 14.1 inci 16.9 IPS screen 1920×1080 38Wh 5000mAh. Harga nmpk murah below rm1k tp spec nmpk tinggi. Adakah berbaloi beli laptop ni segi ketahanan dll utk student accounting. Tq
Hai Fandi, dari segi spesifikasi tak ada masalah. Saya rasa dah memadai untuk kegunaan anda sehari-hari.
Tapi dari segi ketahanan saya kurang pasti sebab komputer ini tak pernah lagi masuk ke dalam kedai kami. Maaflah ya.
Assalamualaikum.. Maaf , saya nak tnya.. Skrng sya tgh survey utk beli laptop..saya xbrpa pndai sgat mngenai laptop.jd nak mnta bantuan aftech.kalau blh nak laptop yang berkualiti.. Jadinya Saya nak tnya, laptop jenis apa ya yg ad ciri ciri berikut?
1. Sistem operasi yang guna chrome OS
2. Laptop 2 in 1 (detachable dan convertible)
3. Intel core i7
4. Mempunyai 8gb dan guna SSHD
5. Port dan connectivity yang banyak fungsi
6. Bateri tahan lama
Mohon pencerahan…. Klau aftech ad nk bg advice apa apa mngnai laptop sgat dialukan.. Terima kasih
Hai Naimah, boleh saya tahu tujuan penggunaan komputer ini? Suntingan foto dan video?
Terima kasih.
halo tuan..laptop gaming pling murah apa yaaa
Kalau suntingan foto dan video?
Hi admin, sepanjang tempoh pkp pihak sekolah ada memberikan byk keje sekolah menerusi online utk anak2.
Blh tlg recommend which laptop more suitable under rm1500. I will also use it for my work as an admin & acc stuffs.
Hope u can help me on this.
Tq
Hai Ayu, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. Lenovo IdeaPad S145-15AST 81N30079MJ
2. Acer Aspire 3 A315-42-R6HA
3. HP 14-cm0087AU / 14-cm0088AU Notebook
Assalamualaikum.. Sy seorang kerani di kilang minyak kelapa sawit dan setiap bulan akan buat monthly report dan juga utk kejelasan screen yg baik utk video.. Bajet 2k laptop apa yg sesuai ya?
Hi sy pelajar jurusn sn komp boleh suggest x laptop bawah RM1500 ?
Hai Aishi, anda boleh pertimbangkan beberapa senarai di bawah. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 A315-42-R6HA
2. Lenovo Ideapad S145-14AST (81ST005KMJ)
3. Asus Vivobook A412U-ABV495T
Hello nak tanya ble..
Hmmmm jenama laptop motherborad yang tahan lama ketika bermain game apa
Mungkin pautan ini boleh membantu anda. Terima kasih.
Assalamualaikum sy ingin membeli laptop baru kerana lsptop lama terlalu berat. Saya seorang guru d sekolah n juga aktif mngajar tuisyen. Jd file sy terlalu berat. Lebih2 lagi di musim PKP ini sy perlu download dan upload banyak kerja sekolah pelajar. Laptop sy mnjadi berat. Saya bukan pemain game tapi sy ingin membeli HP PAVILION GAMING 15 kerana saya difahamkan laptop gaming sgt laju n kurg stuck. Persoalannya adakah sesuai jika sy memilih untuk membeli laptop jnis gaming ini wlpn x bermain game. Sbb lain sy ingin mmbelinya krana sy mmg mncari laptop yg mmpunyai butang keyboard yg sedap ditekan kerana kurang melenguhkan tangan ketika menaip kerja. Adakah ok? Atau hnya akn merosakkn gaming laptop? Maaf sy x thu ttg komputer.
Walaupun tidak digunakan untuk bermain games, saya rasa tidak ada salahnya cikgu memilih komputer dari kategori ini.
Gaming laptop juga sebenarnya lebih tahan lasak berbanding laptop biasa. Ia juga boleh digunakan untuk editing gambar dan video. Cuma harganya sedikit mahal berbanding dengan laptop biasa.
hi saya student hartanah jadi ada cadangan laptop budget below rm1.5k tak ? basically laptop biasa boleh dah cuma nk letak photoshop dan autocad ( tp jarang guna autocad , guna utk buat layout plan 2-3 kali setahun ), then boleh edit video assignment. thank youu
Assalammualaikum tuan..sy tgh survey laptop brand asus..boleh tuan rekemen asus yg mane ok?bajet bwh 2000..
Salam sejahtera tuan…saya tgh mencari laptop yg sesuai utk saya…kegunaan untuk trade saham…bajet kalau boleh bawah 1k…harap dapat dibantu ye tuan…
Komputer riba yang mungkin sesuai untuk anda adalah:
1. HP 14-ck0096TU (RM1151)
2. Lenovo Ideapad 110-14IBR 80T6009TMJ (RM1399)
3. Acer Aspire 3 (A314-32-C2VP) (RM1338)
4. Asus VivoBook Max X441M-AGA001T (RM1079)
Maaflah harga bukan di bawah 1k.
Boleh suggest laptop apa yang sesuai unt student accounting
Harga bwh RM2300
Hai Sanisah, anda boleh pertimbangkan komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 15-da1017TX / 15-da1018TX
2. Dell Inspiron 15 5593
3. Acer Aspire 5 A514-52G-53GU
Ada tak saya nak cari notebook yg elok untuk esaimen je dalam 1000 ke bawah ?
Hai Aishah Ghafar, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 14-bs538TU
2. Lenovo Ideapad 110-14IBR 80T6009TMJ
3. Acer One (S1003-1671)
4. Asus VivoBook Max X441N-AGA141T
Harap membantu anda.
Hai…saya mencari laptop utk kegunaan kerja dan online business…boleh suggestkan laptop apa sesuai utk saya.
Terima kasih.
Hai Awin, boleh berikan anggaran bajet anda? Terima kasih.
Bajet harga bawah pada RM1500.
Bajet harga bawah RM1500. Tq
Ini senarainya:
1. Acer Aspire 3 A315-42-R6HA
2. Lenovo Ideapad S145-14AST (81ST005KMJ)
3. Asus Vivobook A412U-ABV495T
Hello.. boleh bantu sy tak? Sekarang saya sedang mencari laptop yg budget dalam 1.7k kebawah untum kegunaan kerja admin dan untuk kegunaan pelajar sekolah.. jenama apakah yg sesuai dengan budget sy?
Hai Nor Baizura, ini senarainya:
1. Acer Aspire 3 A315-42-R6HA
2. Lenovo Ideapad S145-14AST (81ST005KMJ)
3. Asus Vivobook A412U-ABV495T
Assalamualaikum
saya student sklh menengah,sy ingin mencari
laptop mini yg mudah dibawa /screen touch /2 in 1 klu boleh hanya
untuk membuat assignment/dgr lagu/tgok movie/simpan gmbr kuantiti banyak
bajet rm1500
apa yg sesuai ye ?
semoga allah membalas kebaikanmu aaminn
Hai Syahzanani, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. Microsoft Surface Pro 3 i5/ 4GB/ 128GB
2. Acer Aspire R13 i5/4GB/240 GB
3. HP EliteBook 820 G1
Sila ambil maklum, komputer yang saya senaraikan di atas adalah jenis second hand ataupun refurbished.
maaf nak tanya 😅 i nak beli laptop . budget i dlm rm2000 . tujuan i nak beli tu just untuk i buat kerja (assignment) only . is it okay if i want to buy the one with i3 processor ?
Hai Aqilahsyafiqah. Ya, tidak ada masalah sekiranya anda memilih pemproses daripada keluarga Intel. Ia sangat sesuai digunakan untuk tugas-tugas seperti menaip, mendengar muzik, menonton video, melayari Internet dan bermain games (bergantung jika ada menggunakan cip grafik).
Seboleh-bolehnya elakkan membeli laptop yang menggunakan pemproses Atom dan Pentium/Celeron.
Assalamualaikum…anak saya baru mndaftar di poliklinik merlimau dan mgambil jurusan civil eng…
Apakh lap top yg sesuai utk saya beli..
Mohon pnjelasan tkasih..
Sebelum saya jawab soalan anda, boleh saya tahu berapa anggaran bajet anda untuk membeli sebuah komputer riba baharu?
Terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM…..saya nak tanya lap top yg sesuai utk anak saya umur 13 tahun….
Anggaran bajet?
hye admin..leh bg cdangan jnama mne yg sesuai?budget dlm 1.5k
Hai Noni, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. Lenovo IdeaPad S145-15AST 81N30079MJ
2. Acer Aspire 3 A315-42-R6HA
3. HP 14-cm0087AU / 14-cm0088AU Notebook
Hi AFTech, sy baru sahaja menjadi freelance designer selalu nya kerja sy menggunakan software autocad 3dsketchup dan lain2. Sy ingin mmbeli laptop baru, jadi laptop apa yang terbaik untuk sy beli dan bajet sy rm2500-3000. Boleh syorkan tak untuk sy
Hai Zakiman Afiq, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. HP ProBook 440 G5
2. Dell Inspiron 15 5593
3. Lenovo IdeaPad 330S-14IKB
4. Asus ZenBook UM431D-AAM071T
Hai, saya nak minta pendapat untuk laptop yang sesuai bagi pelajar. Tugasan saya kadang2 melibatkan penjanaan objek 3d dan perisian seperti SPSS. Saya berminat dengan laptop yang bateri tahan lama dan tahan sekiranya dibawa travel,tapi bukan laptop 2 in 1.Bajet anggaran rm3500 ke bawah.
Hai Fathihah, anda boleh pertimbangkan jenama di bawah. Antaranya:
1. MSI GF75 9SC 036MY
2. HP Pavilion 15-dk0010tx
3. Dell G5-83814GFHD
4. Lenovo Legion Y530-15ICH 81FV0117MJ
5. Alienware AWM15-7830SLV-PUS
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya pendapat berkenaan anak saya ingin melanjutkan pelajaran dlm bidang jururawat, laptop apa yang sesuai untuk anak saya.
Budget saya bawah 3k,stk tuan.
Tuan boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. Asus TUF FX505D-TBQ222T
2. Lenovo IdeaPad L340-15IRH 81LK00JRMJ
3. Acer Nitro 5 AN515-54-526L
Assalamualaikum,cadangan laptop utk kegunaan ringan ,simpan gambar,games dan tgk movies …pantas dan berbaloi budget rm1500 atau bwh rm1800
Hai Siti Rohaya, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. Lenovo IdeaPad S145-15AST 81N30079MJ
2. Acer Aspire 3 A315-42-R6HA
3. HP 14-cm0087AU / 14-cm0088AU Notebook
Harap membantu anda.
Thankss gan infonya sangat menarik 😀 ,btw jangan lupa sesuaikan budgetnya jgn sampe udh milih2 yg bagus tpi budgetnya kurang hehe
Terima kasih Muhamad Bilal kerana sudi singgah di sini.
Hai, saya berminat nak beli laptop 2 in 1 guna pinjaman kerajaan. Boleh advise untuk perkara ini?
Hai Yati, tujuan pembelian laptop 2-in-1 ini digunakan untuk apa? Adakah sekadar untuk membuat kerja-kerja asas seperti menaip, mendengar muzik, menonton video dan melayari Internet?
Jika ya, jenama seperti ASUS UX360C-AC4151T M3-7Y30 mungkin sesuai untuk anda. Harga di dalam lingkungan RM2900-RM3000.
Agak mahal?
Anda juga boleh mencari model seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harga sekitar RM2100-RM2200.
Carilah laptop 2-in-1 yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Ini yang penting.
Assalammualaikum tuan sy nak tanya laptop apa yg sesuai utk edit gambar dn video serta menyimpan maklumat customer sbb sy nk buat part time online bussines serta bateri yg tahan lama .
Hai Nur Sakinah, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. MSI GL63-8RE-839MY
2. HP OMEN 15-dc0093TX
3. Lenovo Legion Y530-15ICH 81FV00M8MJ
4. Acer Predator Helios 300
5. Asus TUF FX705G-EEW164T
Semoga membantu anda.
Salam admin
Saya mencari touch screen laptop utk kegunaan pejabat. Bajet dalam rm3k. Bole tak admin cadangkan laptop touch screen mana yg ok. Thanks
tuan,blh suggest kan x laptop bajet rendah. utk kegunaan kerja,movies,editting photo,smpn gmbar.
Anggaran bajet?
Hai saya seorang pelajar. Boleh cadangkan laptop yg sesuai (traditional/2in1) utk kerja2 assignment tapi yg berbaloi utk dibeli dan tahan lama.tq
Hai Azza, anda boleh memilih laptop daripada jenama Asus atau Toshiba. Untuk laptop biasa @ tradisional jenama yang dicadangkan adalah seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harga sekitar RM2100-RM2200.
Untuk laptop 2-in-1 pula, anda boleh memilih jenama Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harga lebih kurang RM2100-RM2200.
Memang agak mahal sedikit tetapi ia memang berbaloi untuk wang anda.
Haii.. sy seorang pekerja gov. Dan skrg sy baru start pjj.. su nak tnya laptop apa yg sesuai utk sy buat assignment dan pd msa yg sma sy boleh buat kerja harian sy serta dengar lagu dan juga menonton movie.. tq
Haii.. sy seorang pekerja gov. Dan skrg sy baru start pjj.. su nak tnya laptop apa yg sesuai utk sy buat assgmnt dan pd msa yg sma sy boleh buat kerja harian sy.. tq
Hai Liyana, anda mempunyai dua pilihan sama ada membeli laptop tradisional atau 2-in-1.
Untuk laptop tradisional anda boleh memilih jenama seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Sekiranya anda berminat dengan laptop 2-in-1, jenama dan model yang saya sarankan adalah Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Semoga berjaya mencari laptop idaman hati.
Acer cepat rosak ke?? Sy dh beli acer aspire 5 baru2 niii…
Hai Rahman, jika melihat kepada statistik di atas, laptop yang selalu mengalami kerosakan adalah daripada jenama HP.
Faktor lain yang mempengaruhi ketahanan laptop anda adalah bagaimana anda menjaga dan menyelenggara laptop anda.
Anda boleh membaca pautannya di sini:
https://aftechcomputersolutions.com/tips-penjagaan-laptop/
hai. sy dh lama mncari laptop utk buat kerja format fon, download software. atau lebih dripda baik pulih phones
bleh bgi pendapat tak. laptop jenis ape sesuai
Hai tuan, laptop mana yang sesuai untuk pelajar yg nk buat assignment,download doc dan pada masa yg sama boleh tahan lama.
Harga dlm 2k kebawah kalau boleh
Hai Misha, untuk pengguna biasa ada beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Dell Inspiron 14 3493 (3493-0541SG-W1014)
2. Lenovo IdeaPad S145-15API 81UT009DMJ
3. HP 14-ck0021TX (5EL69PA)
4. Acer Aspire 5 A514-51-391A
5. Asus A407U-FBV061T (Grey)/ FBV062T (Gold)
Semua komputer riba di atas sesuai dengan kegunaan anda sehari-hari. Semoga membantu anda.
Hai Zulkifli, sekiranya anda mahu menggunakan laptop tradisional@biasa, jenama yang saya sarankan adalah Asus ZenBook UX430U-AGV377T. Harganya dalam lingkungan RM3300-RM3400.
Jika anda berminat dengan laptop jenis 2-in-1 pula, anda boleh memilih Asus Transformer 3 Pro T303U-AGN045T. Harganya lebih kurang RM4500-RM4600. Atau, jika bajet anda tidak terlalu tinggi, anda boleh memilih Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harganya sekitar RM2100-RM2200.
Hai, saya masih tercari cari laptop yg sesuai untuk saya. Saya ingin membeli laptop untuk tugasan tingkatan lima, dan pada masa yg sama laptop itu juga saya ingin guna untuk kerja grafik,games dan lain2.. Boleh beri pendapat laptop apa yg saya boleh dapat kan??
Hai Azain, nampaknya laptop yang anda cari termasuk dalam kategori Gaming Laptop kerana ia melibatkan kerja-kerja grafik dan bermain games. Untuk Gaming Laptop, terdapat banyak pilihan yang bagus. Salah satunya adalah Asus ROG GL553V-DDM282T.
Saya tidak menyarankan membeli laptop biasa-biasa kerana ia akan cepat rosak sekiranya digunakan untuk kerja-kerja grafik dan gaming. Oh ya, harga laptop Asus ROG GL553V-DDM282T ini adalah sekitar RM4400-RM4600.
Assalamualaikum.
Sy perlukan laptop buat bisnis kecil sy. Sy familiar dgn Windows operating system. Yg sy perlukan adalah program program seperti Office, Adobe, Winzip dll yang digunakan untuk membuat document bisnis. Apakah anda boleh rekomen penjual yang boleh siapkan laptop dgn program program terinstall? T kasih
Kebanyakan kedai memang dah install program yang tuan sebutkan di atas.
Kalau tiada, tuan boleh download sendiri di laman web rasmi mereka (kecuali Microsoft Office sebab software ini berbayar).
Saya tidak dapat recommend penjual yang sesuai sebab saya tidak tahu lokasi tuan. Sebaiknya tuan survey kedai komputer yang berdekatan dengan tempat tinggal tuan.
Thanks for tips.. sgt2 membantu.. tgh buat research beberapa hari ni.. jumpa tips yg boleh kata perfect utk buat org pilih.. mmg ASUS tgh dlm pilihan ni.. thanks a lot.
Hai Helmi Sainal, jenama Asus boleh dikatakan jarang mengalami kerosakan. Jika mengikut pengalaman saya, jenama yang selalu mengalami kerosakan adalah daripada HP, Acer dan Lenovo.
Jika anda mahu memilih jenama yang tahan lama dan boleh dipercayai, carilah jenama seperti Asus dan Toshiba.
Assalamualaikum.. Boleh bantu saya apa laptop yg sesuai dalam rate harga rm2000 kebwh untuk urusan bisnes online?
Hai Malisa Isa, sebelum itu terima kasih kerana sudi singgah di sini. Anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. Dell Inspiron 11 3179T-Y341SG-W10
2. Lenovo Yoga 330-11IGM 81A6003BMJ
3. Acer Aspire Switch 11 SW5-173-68HS
Harap membantu anda.
Assalam…saya ana…
Sy mencari laptop utk kegunaan anak saya. Dia memerlukan laptop yg bole buat autocad…
Terima kasih…
Hai Razana Jamaludin, boleh saya tahu berapa anggaran bajet puan?
Terima kasih.
Hai tuan.. Boleh rekomenkan laptop yang sesuai dari jenis asus bajet rm2k.. Tujuan pembelian adalah utk online sturdy, trade saham, kerja pejabat n game.. Saya inginbateri tahan lama dan kurang risiko rosak mean hayat laptop yang lebih lama?
Hai Hajimah H, anda boleh pertimbangkan Asus VivoBook A512D-AEJ1070T sebagai pilihan utama.
AsSalam. Boleh tau kedai di mana? Cadang nak beli esok. Urgent. Spec nnt di kedai sy bgtahu. Tq
Hai puan Baini, kami sebenarnya tidak menjual laptop. Kami cuma menyediakan perkhidmatan membaiki laptop sahaja. Terima kasih.
Assalamualaikum…
Saya seorang guru, memerlukan kerja yg melibatkan intenet. Apakah jenis laptop yg sesuai dgn kerja saya yg byk menggunakan on9 tetapi line yg lembap di kawasan saya dan memerlukan ruang untuk mengisi pelbagai program pengajaran dlm laptop dan laptop tu jgn lah selalu ‘hang’. Terima kasih. Bajet dlm Rm2500/=
Hai Fauziah, laptop di pasaran ada dua jenis, pertama laptop biasa@tradisional dan kedua, laptop jenis 2-in-1.
Untuk laptop tradisional anda boleh memilih jenama seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Sekiranya anda berminat dengan laptop 2-in-1, jenama dan model yang saya sarankan adalah Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Terima kasih untuk info yg sgt berguna…sy seorang akauntan, dan skrg buat kerja audit….sy nk minta pndgn laptop dan spec laptop mana yg sesuai untuk sy memandangkn sy byk buat analysis dan report serta presentation….dan dlm ms yg sama, sy minat buat video moment2 sy bersama family atau any video utk event….. dan software apa yg sy perlu ada dan titikberatkn semasa pembelian laptop utk install dilaptop serta antivirus yg terbaik…..harap dpt bantu untk beri pndgn…..terima kasih….
Hai Warnieda, jika ada melibatkan suntingan video saya sarankan anda membeli Gaming Laptop. Gaming laptop tidak semestinya untuk bermain games tetapi jika kerja anda ada melibatkan editing video, ini adalah kategori laptop yang sesuai untuk anda.
Anda boleh membeli jenama seperti Asus ROG GL553V-DDM282T. Harganya lebih kurang RM4400-RM4600.
Jika bajet anda tidak terlalu tinggi, anda juga boleh memilih Asus ZenBook UX430U-AGV377T. Harganya sekitar RM3300-RM3400.
Untuk perisian asas, anda boleh merujuk pada pautan berikut:
https://aftechcomputersolutions.com/perisian-komputer-yang-paling-asas/
Manakala untuk antivirus terbaik, anda boleh membaca tips pemilihan antivirus yang terbaik di bawah.
https://aftechcomputersolutions.com/antivirus-terbaik/
Assalam tuan..sy tengah cari laptop utk niaga online. Laptop ape yg sesuai.. Budget kecik je
Hai Zulkifli, selain berniaga online laptop tu digunakan untuk apa? Ada buat editing gambar atau video?
Laptop di pasaran ada dua jenis. Yang pertama, laptop biasa dan yang kedua, jenis 2-in-1.
Saya tidak menyarankan membeli laptop yang terlalu murah kerana kualiti laptop tersebut boleh dipersoalkan.
Untuk laptop tradisional anda boleh memilih jenama seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Sekiranya anda berminat dengan laptop 2-in-1, jenama dan model yang saya sarankan adalah Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Assalamualaikum…saya ingin bertanya pendant dari segi warranty…mana yang patut dipertimbangkan WARRANTY local manufacturers ATAU warranty international..terima kasih
Hai Check Ta, mungkin penjelasan di bawah boleh membantu anda.
Local Manufacturer Warranty: Jaminan ini ditawarkan oleh pengilang tempatan. Jaminan boleh dituntut di mana-mana pusat servis yang berdaftar di Malaysia.
International Manufacturer Warranty: Jaminan yang ditawarkan oleh pengilang antarabangsa (cth Acer, HP, Dell dll). Jaminan ini boleh dituntut di mana-mana negara yang terpilih. Sesuai bagi mereka yang kerap keluar negara.
Seller Warranty: Jaminan yang ditawarkan oleh penjual laptop. Anda perlu berhubung terus dengan penjual atau di alamat pusat servis yang berdaftar yang diberikan oleh penjual untuk menuntut jaminan.
Non-Local Warranty: Jaminan yang ditawarkan oleh penjual atau pengilang yang berada di luar Malaysia. Anda perlu menghantar terus ke alamat (luar negara) yang diberikan oleh mereka untuk menuntut jaminan.
Assalamualikum tuan. Sya bercadang utk membeli laptop utk mmbuat kerja office sperti micsoft office,email,youtube,internet dan game(game yg tak berapa berat). Boleh bg cadangan laptop yg mngunakan prosesor AMD yg sesuai utk saya gunakan? Dan if tuan tahu tempat yg boleh dibeli dkwasan selngor dan harga boleh dapat murah, tuan boleh nyatakan skali. Terima kasih bnyak2 tuan
Hai Hasyraff, anda boleh memilih Asus X555B-PXO098T. Ia menggunakan AMD Dual-Core A9-9420 3.0 GHz (up to 3.6 GHz). Kapasiti RAM adalah 4 GB DDR4-2133. Kombinasi 128 GB SSD + 500 GB 5400 RPM HDD melajukan sistem operasi Windows 10 Home Edition ini. Maksudnya, “boot time” laptop ini sangat pantas. Hanya beberapa saat sahaja diperlukan.
Grafik yang digunakan adalah AMD Radeon R5 M420 2 GB GDDR3. Sesuai untuk gaming yang sedang-sedang sahaja. Didatangkan dengan 1 tahun jaminan (Asus Global Warranty).
Harganya?
RM2000-RM2200.
Memandangkan saya bukan orang Selangor, jadi saya sendiri kurang pasti kedai-kedai komputer di kawasan ini.
Assalamualaikum , tuan ada tak laptop jenama asus dan toshiba yang harga bawah rm15++ nak guna untuk buat assignment je .
Hai Akmal, memang ada. Anda boleh memilih Asus VivoBook Max X441N-AGA139T. Laptop biasa@tradisional ini didatangkan dengan 4 warna yang boleh dipilih seperti hitam, perak, merah dan biru. Harga di pasaran lebih kurang RM1200-RM1400.
Untuk jenama Toshiba, anda boleh memilih Toshiba Satelite C50-B202E. Harganya lebih kurang RM1300-RM1500.
Sesetengah laptop jenama Toshiba didatangkan dengan Free DOS. Jadi, anda perlu memasang sendiri sistem operasi Windows sekiranya anda mahu menggunakan Windows. Atau jika tak berapa mahir, beli lesen Windows dan minta kedai komputer yang pasangkan.
Salam…mohon pandangan untuk laptop yang ultraslim dan ultralight, dengan bajet dibawah rm1500 untuk tujuan kerja2 pejabat sahaja
Hai Zulfadli, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 14-ck0096TU
2. Acer Aspire ES14 ES1-432-C8AR
3. ASUS VivoBook A507M-ABR061T
Harap membantu anda.
Hi..nak tanya, apa beza petium dengan petium gold?pentium gold better ke?
Ya, Pentium Gold adalah keluarga mikropemproses 64-bit x86 yang diperkenalkan oleh Intel sejak 2017 menggantikan keluarga Pentium.
Pemproses tersebut menyasarkan pasaran komputer bajet dengan prestasi di atas Celeron tetapi di bawah keluarga Core i3.
Pentium Gold juga berada di atas keluarga Pentium Silver yang berdasarkan struktur mikro berkuasa rendah Intel.
Harap penjelasan di atas tidak memeningkan kepala anda.
Assalamualaikum, saya seorang guru, banyak kerja melibatkan power point, excel, download video, pelbagai fail using telegram, pelbagai education apps dari inter net, apakah spesifikasi yg sesuai utk saya.
Hai cikgu Mimi, jika tidak melibatkan suntingan foto dan video, cikgu boleh memilih laptop jenis tradisional atau 2-in-1.
Untuk laptop tradisional, cikgu boleh memilih jenama seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Sekiranya cikgu berminat dengan laptop 2-in-1 pula, jenama dan model yang saya sarankan adalah Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Harap membantu.
Assalamualaikum tuan..saya seorang guru dan akan mengajar subjek asas sains komputer. Boleh cadangkan laptop yang sesuai untuk pengajaran melibatkan pengaturcaraan. Budget lingkungan RM2500.
Terima kasih.
Hai cikgu Mardhiah, ada dua pilihan yang cikgu boleh pilih. Pertama, sekiranya cikgu berminat dengan laptop biasa@tradisional, laptop yang saya sarankan adalah Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Kedua, jika cikgu berminat dengan jenis laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh tanggal atau lipat ke belakang), laptop seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T adalah sesuai untuk tujuan pengajaran. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Kedua-dua jenis laptop ini adalah sesuai dengan keperluan cikgu untuk pengajaran yang melibatkan pengaturcaraan.
Assalamualaikum tuan . Laptop lenovo ip 320-14 ast ok tak ? Tolong bagi pendapat sedikit tentang laptop ini .
Hai Akmal, Lenovo IdeaPad 320-14AST ada banyak jenis. Boleh nyatakan spesifikasi penuh laptop ini? Atau pautan (link) yang berkenaan?
Spesifikasi Lenovo IdeaPad 320 14AST
Layar TFT LCD dengan LED backlight 14 inci resolusi 1366 x 768 piksel, Glare Type, 16:9 aspect ratio
Prosesor AMD APU A9-9420 dual-core 3GHz dengan Turbo Core 3,6GHz
Chipset AMD
Grafis AMD Radeon R5
Memori RAM 4GB DDR4 Upgradeable to 8GB DDR4-2133MHz
Storage hard disk 1TB 5400rpm
Konektifitas LAN, WiFi, Bluetooth, Port USB 3.0, port USB 2.0, Port HDMI, DVDRW drive
2 x 1.5W speaker stereo, Dolby Audio
Kamera depan HD fixed focus webcam
Baterai 2-cell, 35 Wh lithium polymer
Sistem operasi DOS
Dimensi 338.3 mm x 249.9 mm x 22.7 mm berat 2,1 kg
Warna Onyx Black dan Platinum Grey
Jika melihat spesifikasi tersebut, laptop ini menggunakan pemproses AMD generasi ketujuh yang menjamin prestasi yang lebih baik dan lebih responsif.
Ini bermaksud ia boleh membuka banyak program dalam satu-satu masa tanpa menjejaskan prestasi laptop ini.
Boleh digunakan untuk menyunting foto dan video serta bermain permainan (boleh guna untuk gaming yang tak berapa berat).
Kapasiti RAM juga memadai dan boleh dinaik taraf sehingga 8 GB pada masa hadapan. Storan cakera keras (hard disk) yang diberi juga agak besar. Sesuai bagi mereka yang suka menyimpan gambar dan video yang banyak.
Cuma masalahnya ada sesetengah model ini tidak didatangkan dengan sistem operasi Windows. Jadi, anda perlu membeli lesen Windows dan memasangnya sendiri.
Jika tak berapa mahir, beli lesen tersebut dan minta kedai komputer yang pasangkan.
Keseluruhannya, laptop ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang tinggi, boleh digunakan untuk menaip dokumen, melayari Internet, mendengar muzik, menonton wayang, menyunting foto dan video serta bermain games yang tak berapa berat.
Harap membantu.
hai , saya nak tanya . saya nak beli laptop untuk kerja kerja biasa sahaja . contohnya email and whatsapp . then ade paperwork biasa . laptop apa yg sesuai ye?
Hi saya student form 6 and perlukan laptop utk buat kerja khusus..laptop apa yg sesuai dgn saya?bajet dalam rm1500
Hai Navyvllt, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 14-ck0096TU
2. Acer Aspire ES14 ES1-432-C8AR
3. ASUS VivoBook A507M-ABR061T
Harap membantu anda.
Hai Ain Shahirah, boleh saya tahu berapa bajet anda?
salam. saya gunakan laptop utk tujuan edit gambar menggunakan photoshop. kalau saya guna laptop Intel Core i3 / i5 okay je ke? dan ade tak laptop tu dgn bajet bawah 2000?
sekarang saya guna LENOVO Yoga 500. tapi ade masalah. saya patut service ke beli baru ? hahahah
Hai Anis, kerja sebagai graphic designer ke? Lenovo Yoga 500 ni banyak jenis. Boleh nyatakan spesifikasi penuh atau pautan (link) jika ada?
Guna laptop tu dah lebih 5 tahun? Jika ya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli laptop baru.
Jika baru guna 2-3 tahun, lebih baik cuba repair dulu jika kerosakan tidak terlalu kritikal.
Akk saya nak tanye di mana kedai leptop toshiba kawan johor nie susah sangat nak cari banyak leptop hp ,accer jew kedai kedai jual makasih
Hai Zahra, memandangkan saya bukan orang Johor, saya sendiri tidak pasti kedai-kedai komputer di kawasan ini.
Harap maaf.
Assalamualaikum, sy keliru utk memilih jenama laptop. Dengan bajet 1200 ke bawah. Apakah jenama yg patut dipilih dgn bajet sebegitu? Sy gemar edit video, menonton video, bermain games selain drp kerja2 asas menggunakan microsoft office, dan melayari internet sudah tentu. Dengarnya harga laptop yg murah processing nya sgt slow. Benar kah?
Hai Ana, dengan bajet RM1200 ke bawah pilihan anda sangat terhad. Jika ada melibatkan suntingan foto dan video, anda memerlukan sekurang-kurangnya laptop kategori gaming laptop.
Saya perlu berterus terang dengan anda, sekurang-kurangnya anda perlu ada bajet dalam lingkungan RM4400-RM4600 sekiranya anda serius dalam editing foto & video.
Saya tidak menyarankan membeli laptop terlalu murah kerana laptop akan mudah rosak jika digunakan untuk tugas-tugas sebegini.
Jenama laptop yang boleh anda pilih adalah Asus atau Toshiba. Contohnya, laptop Asus ROG GL553V-DDM282T.
Harap membantu.
Terima Kasih. Tidak terlalu serius edit. Sekadar suka2. Sy pernah menggunakan Acer dgn nilai harga RM1700. Tp sy lupa Acer jenis mana. Sudah lama tahun 2010. Mudah ketika itu untuk edit video. Adakah harga laptop tersebut akan semakin turun atau semakin naik?
Biasanya selepas beberapa tahun harga laptop akan turun. Tidak mengapa jika anda menggunakan jenama yang lain.
Itu semua ikut pilihan peribadi juga.
Hi nak tanya antara HP 14-bs537TU dan ASUS vivobook max x441NA yang mana paling ok? Minta pandangan tuan .
Hai Nyiel, semuanya banyak bergantung kepada keperluan anda juga. Jika anda membeli laptop terlalu murah, spesifikasi yang anda dapat juga adalah biasa-biasa sahaja.
Asus atau HP?
Beli laptop Asus jika mahu menggunakan laptop sekurang-kurangnya sehingga 5 tahun.
Hi
Hai AFtech, saya ingin dapatkan pandangan anda tentang Macbook Air, 13 inch, 128GB, apakah pro dan cons jenama Apple ini? Adakah ia mampu memenuhi citarasa dari segi penggunaan sehari2, ruang storage, saiz yg nipis, keupayaan sistem, kualiti dari kaca mata anda sebagai seorang yg pakar. Adakah ia paling bagus? Terima kasih.
Kalau utk guru laptop YG sesuai APA ya? Budget bawah 1500.
Hai cikgu Faisal, jika kerja-kerja yang dilakukan tidak melibatkan suntingan foto dan video, laptop seperti Asus VivoBook Max X441N-AGA139T mungkin sesuai untuk cikgu.
Laptop biasa@tradisional ini didatangkan dengan 4 warna yang boleh dipilih seperti hitam, perak, merah dan biru. Harga di pasaran lebih kurang RM1200-RM1400.
hi…saya plan nk bli laptop brand acer…ok ke? &dlm budget rm1500 acer jenis apa yg ssuai?
Hai Cici, anda mahu jawapan yang jujur? Anda mahu menggunakan laptop yang tahan lama?
Nasihat ikhlas daripada saya, cuba dapatkan jenama Asus atau Toshiba.
Saya tidak mengatakan jenama Acer tidak bagus tetapi mengikut pengalaman saya, jenama ini saya kira banyak masuk ke kedai kami untuk dibaiki.
Laptop seperti Asus VivoBook Max X441N-AGA139T mungkin sesuai untuk anda.
Laptop biasa@tradisional ini didatangkan dengan 4 warna yang boleh dipilih seperti hitam, perak, merah dan biru. Harga di pasaran lebih kurang RM1200-RM1400.
Hi, menarik perkongsian tuan. Saya ada research pasal asus. Asus X441U, adakah saya buat pilihan tepat ? Saya buat kerja office sahaja.
Hai Ifa, anda memang membuat pilihan yang tepat. Laptop ini lebih daripada mencukupi untuk tugas-tugas seperti office.
Harap membantu.
Hai..saya Najihah..saya sekarang tgh buat bisnes online..sebagai online seller sy banyak simpan gmbr2 produk dan video berkaitan produk. Sekain itu, saya juga berminat nk apply software viral utk post iklan produk pada mana2 group FB. buat masa ni sy buat bisnes guna smartphone je. Jadi tak blh buat software viral..sy nak minta pendapat laptop macam mana yg sesuai utk kegunaan bisnes. Sbb sy jgk nk simpan data customer.
Saya Najihah.saya tgh buat bisnes online &byk save gmbr &video berkaitan produk. Skrg ni saya cuma guna smartpfone je utk buat krj2 bisnes. saya jgk cadang nk guna software viral utk post kt mana2 group Fb . Jadi blh suggest tak apa laptop yg sesuai utk sy simpan database customer, save byk2 gmbr,video and buat software viral tu? Bajet bwh rm2000.
Hai Najihah Ahmad, ada dua pilihan yang anda boleh pilih. Pertama, sekiranya anda berminat dengan laptop biasa@tradisional, laptop yang saya sarankan adalah Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Kedua, jika anda berminat dengan jenis laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh tanggal atau lipat ke belakang), laptop seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T adalah sesuai untuk tujuan ini. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Maaflah laptop yang saya sarankan ini bukan bawah RM2000. Tapi, percayalah ini adalah kategori yang sesuai dengan keperluan anda.
Semoga semakin meroket bisnes anda.
Saya sedang mencari komputer riba spesikasi yang boleh dipercayai dan terbaik untuk kerja dari rumah, browsing, editing photo and video (travelog & YouTuber), mudah dibawa for travelling. Dan bajet saya ialah 4k ke bawah.
Terima kasih.
Anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. Dell Inspiron 17-5767
2. HP Pavilion 15-dk0011TX
3. MSI GL62 (6QF-825MY)
4. Lenovo Legion Y720-15IKB 80VR001CMJ
Hi sy ira, boleh mintak pandangan laptop apa sesuai utk byk guna software autocad photoshop illustrator bajet bwh 3.5k? Tq
Hai Ira, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. MSI GF75 9SC 036MY
2. HP Pavilion 15-dk0010tx
3. Dell G5-83814GFHD
4. Lenovo Legion Y530-15ICH 81FV0117MJ
5. Alienware AWM15-7830SLV-PUS
Harap membantu anda.
hai sy zafina..sy mencari laptop baru utk kegunaan ank….ank sy baru berumur 14 thn tp amat minat membuat animasi..blh kah tuan cadangkan laptop yg sesuai utk kegunaan beginner utk buat animasi..
Hai Zafina, untuk yang baru belajar saya menyarankan anda mencari laptop seperti Asus ZenBook UX430U-AGV377T. Harganya sekitar RM3300-RM3400.
Salam Tuan,
Boleh Tuan tolong review berkenaan laptop Asus Zenbook UM431D-AAM071T?
Rutin penggunaan saya selalunya melibatkan microsoft office, internet, kadang-kadang ada menggunakan apps seperti canva, quik dan inshot. Adakah laptop ini sesuai untuk saya beli?
Processor AMD tu, ok ke? Setaraf dengan intel?
Thanks in advance for the answer.
Hai Diana, saya dah tengok spesifikasi Asus ZenBook UM431D-AAM071T. Komputer ini didatangkan dengan pemproses AMD R5-3500U 2.1 GHz, 8 GB DDR4 RAM (Onboard) dan grafik AMD Radeon Vega 8.
Yang bagusnya, storan yang digunakan adalah SSD M.2 PCIe NVME 512 GB. Maksudnya, komputer ini sangat responsif untuk kerja-kerja yang bakal anda lakukan.
Bagi saya spesifikasi ini lebih daripada mencukupi untuk kegunaan anda.
salam… saya sedang mencari komputer untuk kegunaan pelajar yang menggunakan software seperti autocad, sketch up, style builder dan seumpamanya disamping microsoft excel, p point dan word. Apakah minimum requirement yang perlu ada untuk keperluan sebegini.
Sekian, terima kasih
Sila abaikan soalan saya diatas. Soalan yang tepat ialah seperti di bawah:
Salam… saya sedang mencari NOTEBOOK untuk kegunaan pelajar yang menggunakan software seperti autocad, sketch up, style builder dan seumpamanya disamping microsoft excel, p point dan word. Apakah minimum requirement yang perlu ada untuk keperluan sebegini.
Sekian, terima kasih
Hai Razib Zainal, keperluan minimum untuk AutoCAD adalah seperti berikut:
Sistem operasi: Microsoft Windows 7, 8/8.1 atau 10.
Jenis CPU: Intel Pentium 4 atau AMD Athlon 64 processor.
Memori: 2 GB (32-bit AutoCAD 2016) atau 4 GB (64-bit AutoCAD 2016).
Untuk SketchUp pula adalah seperti di bawah:
Pemproses 1 GHz
4 GB RAM
Kad video 3D-class dengan 512MB memori atau lebih tinggi.
Pastikan pemacu kad video menyokong OpenGL versi 3.0 (atau ke atas) dan telah dikemas kini.
Anda boleh membeli jenama seperti Asus ROG GL553V-DDM282T. Harganya lebih kurang RM4400-RM4600.
Jika bajet anda tidak terlalu tinggi, anda juga boleh memilih Asus ZenBook UX430U-AGV377T. Harganya sekitar RM3300-RM3400.
Harap membantu.
Hai,
Saya ingin mencari laptop yang sesuai untuk anak2 saya yang sedang belajar.Saya ingin gunakan untuk print kertas2 pembelajaran.Boleh cadangkan laptop dan printer yang sesuai?
Hai puan Jue, ada dua pilihan yang puan boleh pilih. Pertama, sekiranya puan berminat dengan laptop biasa@tradisional, laptop yang saya sarankan adalah Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Kedua, jika puan berminat dengan jenis laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh tanggal atau lipat ke belakang), laptop seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T adalah sesuai untuk tujuan ini. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Untuk pencetak @ printer, puan perlu beritahu berapa banyak kertas yang dicetak secara kasar untuk sehari. Tujuannya untuk memudahkan saya memberi contoh jenis pencetak untuk kegunaan puan.
Terima kasih.
Hi 🙂
Im currently using asus laptop dengan model apa pun saya taktau but memang betul jarang rosak sebab ive been using it since 2012. Tapi sekarang since saya dah start study, laptop lama sangat berat dan inconvenience untuk dibawa merata, so can u suggest me a tradisional laptop, kalau boleh asus with price less or merely more rm2100?
Thankyou, xx
Hai Attyn, tak nak cuba jenama lain? 🙂
Sekiranya anda berminat dengan laptop biasa@tradisional, laptop yang saya sarankan adalah Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Boleh tau model laptop lama yang anda gunakan sebelum ini?
Hi thanks,
I think x44H
Assalamualaikum,
Mohon pencerahan sekiranya Specsificasi yg dibawah ada terdapat didalam Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T
a)Window 10
b)laptop 2 in 1
c)saiz 13 – 15 inci
d)resolusi – HD+
e)Papan kekunci – ergonomik
f)intel core i3/i5
g)RAM – 6GB
h)Internal storage
Hai Paridah Mohamad, berikut adalah spesifikasi Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T:
Pemproses: Intel Core i3-6100U Processor – 2.3 GHz,3 MB cache
Memori: 4 GB DDR3L Memory
Storan: 500 GB SATA HDD
Grafik: Integrated Intel HD Graphics 520
Skrin / Resolusi: 13.3″ 16:9 HD (1366×768) Touch Display
Sistem Operasi: Windows 10 Home
Jenis Laptop: 2-in-1
Harap maklumat ini membantu anda.
Salam.. saya student.. can you suggest me laptop i3 below rm1500
Hai Din, jenama dan model laptop yang sesuai dengan bajet anda adalah LENOVO 320-14ISK. Harganya lebih kurang RM1400-RM1500.
Sesetengah model ini mungkin tidak didatangkan dengan sistem operasi Windows. Anda perlu memasang sendiri sistem operasi tersebut.
Jika tidak berapa mahir, anda boleh membeli lesen Windows dan minta bantuan kedai pasangkan (install Windows).
Harap membantu.
Hi saya student form 6 and perlukan laptop utk buat kerja khusus..laptop apa yg sesuai dgn saya?bajet dalam rm1500
Hai Navyvllt, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 14-ck0096TU
2. Acer Aspire ES14 ES1-432-C8AR
3. ASUS VivoBook A507M-ABR061T
Harap membantu anda.
salam nak tanya Asus VivoBook X441U-RGA053T ok tak untuk student? and apa beza dgn VivoBook X441U-RGA005?
Hai Madihah, sebenarnya kedua-dua model ini tidak jauh bezanya. Jika dilihat daripada spesifikasi pun hampir-hampir sama.
Untuk kegunaan student, kedua-dua model ini lebih daripada mencukupi untuk kegunaan anda.
Saya nak beli laptop untuk penggunaan kerja2 designing..such as autocad,inkscape,gimp,photoshop….budget dalam rm2800…
ade cadangan tak brand and laptop model ape yang sesuai ?
Hai Rayyan, anda mahu jawapan yang jujur?
Saya perlu berterus terang dengan anda, sekurang-kurangnya anda perlu ada bajet dalam lingkungan RM4400-RM4600 sekiranya anda serius dalam editing foto & video.
Saya tidak menyarankan membeli laptop terlalu murah kerana laptop akan mudah rosak jika digunakan untuk tugas-tugas sebegini.
Jenama laptop yang boleh anda pilih adalah Asus atau Toshiba. Contohnya, laptop Asus ROG GL553V-DDM282T.
Harap membantu.
salam.sy zima.Saya ingin mencari laptop 2in 1 untuk kegunaan kerja seharian(excel,word,presentation,microsoft office,autocad,microsift project).Saya nak laptop yang paling ringan dan nipis supaya senang saya bawa keluar meeting.Budget sy 3000rm.apa yg terbaik yg tuan boleh cadangkan?terima kasih
Hai Hazimah Aminah Azman, jika ada melibatkan Autocad, lebih baik gunakan laptop tradisional@biasa.
Jenama laptop yang boleh anda pilih adalah Asus atau Toshiba. Contohnya, laptop Asus ROG GL553V-DDM282T.
Harap membantu.
As’salam… saya seorang pelajar pjj memerlukan pandangan tuan laptop mana sesuai untuk saya gunakan. yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. sebab sebelum ni saya dh gunakan lenovo tp dah rosak.
Hai Alia, laptop yang sesuai untuk anda mungkin jenis 2-in-1 kerana ia ringan dan mudah alih.
Biasanya skrin laptop ini boleh ditanggalkan atau dilipat ke belakang. Anda boleh mencari laptop seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T untuk tujuan ini. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Harap membantu anda.
Assalam..sya nak tnya berkaitan laptop model ASUS X441U-RGA005T… model ni ok x untuk student..n apa beza VivoBook X441U-RGA005?
Hai Salsabila, sebenarnya kedua-dua model ini tidak jauh bezanya. Jika dilihat daripada spesifikasi pun hampir-hampir sama.
Perbezaan mungkin hanya pada harga dan warna laptop ini.
Untuk kegunaan student, kedua-dua model ini lebih daripada mencukupi untuk kegunaan anda.
saye ingin membeli laptop yang mempunyai 8gb ram…mgkin utk kegunaan game biasa2 ..dan kerja untuk adobe illustrator yang tidak terlalu serius…bajet dalam rm2800-rm3000 …ade cadangan model dan brand ?
Anda mahu jawapan yang jujur?
Saya perlu berterus terang dengan anda, sekurang-kurangnya anda perlu ada bajet dalam lingkungan RM4400-RM4600 tidak kiralah anda serius atau tidak dalam editing foto & video.
Saya tidak menyarankan membeli laptop terlalu murah kerana laptop akan mudah rosak jika digunakan untuk tugas-tugas sebegini.
Terpulang kepada anda jika nak percaya atau tidak.
Jenama laptop yang boleh anda pilih adalah Asus atau Toshiba. Contohnya, laptop Asus ROG GL553V-DDM282T.
Harap membantu.
Salam.
Boleh bg panduan until membeli home PC bagi kegunaan urusan pejabat dan belajar di rumah
Maksud tuan panduan untuk membeli komputer meja (desktop computer)?
Salam tuan..
Laptop HP omen 15-CE032TX. Ade masalah x dengan model ni, saya nak buat video editing..
Hai Suhaimi, ini dalam kategori gaming laptop. Jangan risau jenama & model ni OK cuma mungkin anda perlu menaik taraf RAM yang sedia ada sekiranya anda seorang yang serius dalam video editing.
Salam.saya study civil eng yg mmerlukan software sperti autocad matlab dan sbgainya.saya juga menggunakan microsoft dan juga photoshop.boleh saya tau laptop apa yg sesuai dgn bajet bwh rm 2200?
Hai Alya, sekiranya anda berminat dengan laptop biasa@tradisional, laptop yang saya sarankan adalah Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Jika ada bajet lebih, carilah model seperti Asus ROG GL553V-DDM282T (harga sekitar RM4400-RM4600) sekiranya anda serius dalam AutoCAD dan Photoshop.
Saya tidak menyarankan membeli laptop terlalu murah kerana laptop akan mudah rosak jika digunakan untuk tugas-tugas sebegini.
Harap membantu.
Hi saya ingin bertanya, adakah semua charger laptop acer boleh digunakan pada mana2 laptop/netbook acer? Saya punya charger netbook rosak, jadi boleh ke saya beli apa2 charger jenama acer? Dan biasanya berapa range harga bagi charger sahaja. Mohon penjelasan tq.
Hai Ain, jawapannya YA dan TIDAK. Ada sesetengah pengecas Acer yang boleh digunakan pada laptop Acer yang lain.
Tapi ada juga yang tidak boleh digunakan atas beberapa sebab.
Untuk memilih AC Adapter @ charger @ pengecas untuk netbook atau laptop anda, ada beberapa perkara yang perlu anda lihat seperti:
1. Voltan (V) pada AC adapter @ charger MESTI sama dengan Voltan pada netbook atau laptop anda.
2. Ampere (A) pada AC adapter @ charger MESTI SAMA ATAU TINGGI SEDIKIT dengan Ampere pada netbook atau laptop anda.
3. Saiz plug MESTI muat dengan netbook atau laptop anda dan mempunyai polariti (positif & negatif) yang betul.
Harga AC Adapter ini sekitar RM60-RM80.
Laptop apa yg sesuai untuk edit video dan membuat assignment
Hai Nurfarahain, ada dua pilihan yang anda boleh pilih. Pertama, sekiranya anda berminat dengan laptop biasa@tradisional, laptop yang saya sarankan adalah seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Kedua, jika anda berminat dengan jenis laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh tanggal atau lipat ke belakang), laptop seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T adalah sesuai untuk tujuan ini. Harga laptop ini lebih kurang RM2100-RM2200.
Sebenarnya ada banyak lagi laptop yang mungkin sesuai untuk anda. Ini semua bergantung kepada bajet anda juga.
Jika anda serius dalam bidang suntingan video dan gambar, cuba dapatkan jenama & model seperti Asus ROG GL553V-DDM282T.
Hai..saya pjj student..boleh suggest tak laptop apa yg sesuai untuk asgment..search internet.presentation dan tidak memerlukan suntingan video..?
Hai Fahana, jika tidak melibatkan suntingan foto dan video, anda boleh memilih laptop daripada jenama Asus atau Toshiba.
Untuk laptop biasa @ tradisional jenama yang dicadangkan adalah seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya sekitar RM2100-RM2200.
Untuk laptop 2-in-1 pula, anda boleh memilih jenama seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Memang agak mahal sedikit tetapi ia memang berbaloi untuk wang anda.
Kalau brand toshiba..model apa yang ok?boleh beri cadangan?
Terima kasih untuk perhatian pihak tuan
Assalamualaikum
Kawan kata ASUS yang terbaik.. saya cari yang processor i5 ok, RAM 4G ok, graphic NVIDIA or intergrated pon ok
– utk kegunaan biasa, not gamers,
ASUS mana yang sesuai untuk saya dan berapa harganya?
Hai Napi, pendapat kawan anda tu mungkin ada benarnya. Ini juga disokong oleh fakta daripada sumber yang boleh dipercayai.
Menurut analisis yang dijalankan oleh SquareTrade terhadap 30,000 komputer riba berdasarkan pelan dan tuntutan jaminan mereka:
Untuk tiga tahun pertama, 31% daripada pemilik komputer riba melaporkan kerosakan kepada SquareTrade.
Dua pertiga (20.4%) daripada kerosakan berpunca daripada kegagalan perkakasan.
Satu pertiga (10.6%) kerosakan yang dilaporkan adalah disebabkan oleh kecuaian sendiri.
ASUS dan Toshiba adalah jenama laptop yang paling dipercayai (reliable), dengan kurang daripada 16% yang mempunyai kerosakan pada perkakasan lebih 3 tahun.
Untuk laptop biasa @ tradisional, anda boleh memilih laptop seperti Asus VivoBook X441U-RGA005T / 053T 14″ (i5-7200U, 4GB, 1TB, GT930MX 2GB, W10H). Harganya sekitar RM2200-RM2300.
Kalau brand toshiba..model apa yang ok?boleh cadangkankan tak?
Untuk jenama Toshiba, anda boleh memilih Toshiba Satelite C50-B202E. Harganya lebih kurang RM1300-RM1500.
Sesetengah laptop jenama Toshiba didatangkan dengan Free DOS. Jadi, anda perlu memasang sendiri sistem operasi Windows sekiranya anda mahu menggunakan Windows.
Atau jika tak berapa mahir, beli lesen Windows dan minta kedai komputer yang pasangkan.
Harap jawapan ini membantu anda.
hi. saya nak beli laptop just for assg. bole cdgkan laptop sesuai 2 in 1 under 1500?
Hai Anie, laptop 2-in-1 yang mungkin sesuai untuk anda adalah Asus Transformer Book T100T-DK088T.
ASUS Transformer Book T100 adalah “ultraportable” indah yang juga tablet Windows 10.1 inci.
Anda boleh menjadikannya sebagai tablet untuk bekerja dan bermain di mana sahaja.
Mahu menaip sesuatu?
Cuma pasangkan papan kekunci yang selesa pada bila-bila masa.
Asus Transformer Book T100 memberikan anda GAYA, KUASA dan KEMUDAHAN.
Dengan hayat bateri sehingga 8 jam, anda senang untuk bekerja atau bermain dari subuh hingga ke senja.
Teknologi ASUS Instant On memastikan bahawa Transformer Book T100 sentiasa responsif dan bersedia untuk bertindak.
Microsoft Office disertakan dengan langganan 1 tahun penuh seperti versi Word, Excel, Outlook, PowerPoint, Access, Publisher dan OneNote.
Disediakan dengan ruang “cloud” dalam talian sebesar 1 TB, anda boleh menyimpan dokumen, foto dan video di mana jua anda berada.
Dengan nisbah 16:09, resolusi HD 1366 x 768-pixel dan teknologi in-plane switching (IPS), anda akan menikmati imej yang cerah, terang dari pelbagai sudut.
Prestasi cemerlang dari pemproses Intel® Bay Trail Quad-Core terkini membolehkan anda melakukan berbilang tugas dalam masa yang singkat.
Asus Transformer Book T100 juga menyampaikan prestasi grafik luar biasa – dengan grafik Intel HD yang lebih cepat berbanding sebelumnya.
Bukan setakat reka bentuk premium dan gaya canggih malah ia juga dijamin tahan lama.
Dilengkapi dengan kamera terbina dalam 1.2MP, sangat cemerlang untuk terus berhubung melalui media sosial.
Harganya?
RM1400-RM1500.
klu utk acer? on same condition.
bkn 2 in 1
Untuk laptop tradisional @ biasa, anda boleh memilih jenama Acer Aspire ES 14 (ES1-432-P2CG).
Harganya dalam lingkungan RM1400-RM1500.
Harap membantu anda.
saya cukup berminat dengan lap top 2 in 1 seperti Asus Tranformer tp sesuai ke lap top ni untuk photoshop, editing and heavy gamer? mohon pendapat. Tq tuan
Hai Ejam, laptop 2-in-1 kurang sesuai digunakan untuk kerja-kerja yang agak berat.
Nasihat daripada saya, cari laptop dalam kategori “Gaming Laptop” kerana ia dicipta khusus untuk melakukan kerja-kerja suntingan, grafik dan bermain games.
Untuk “Gaming Laptop”, terdapat banyak pilihan bagus yang boleh anda pilih. Salah satunya adalah Asus ROG GL553V-DDM282T.
Saya tidak menggalakkan anda membeli laptop yang murah dan biasa-biasa kerana ia akan cepat rosak sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama.
Harga laptop Asus ROG GL553V-DDM282T ini adalah sekitar RM4400-RM4600.
Terima Kasih tuan atas pandang yg bernas… Tp itu lah hati ni berkenan betul dengan lap top yg jenis 2 in 1 ni… Pada pandang tuan jika sy hendak membeli yg jenis 2 in 1 juga jenis yg mxm mana patut sy beli??
Jika tuan tidak kisah dengan harga, laptop 2-in-1 seperti Microsoft Surface Book 2 mungkin sesuai untuk tuan.
Menggunakan pemproses Intel® Core™ i7-8650U quad-core (generasi kelapan), 4.2GHz Max Turbo.
Saiz skrin sebesar 15″ PixelSense™ disertakan dengan “discrete GPU” NVIDIA® GeForce® GTX 1060 (6 GB GDDR5 memori grafik).
2x lebih berkuasa dengan 16 GB RAM dan Solid-state drive (PCIe SSD) sebesar 512 GB.
Penggunaan bateri boleh mencecah sehingga 17 jam.
Mempunyai empat mod serba boleh dan dilengkapi dengan port USB-C.
Sistem operasi yang digunakan adalah Windows 10 Pro Creators Update 64-bit.
Tuan boleh lihat contoh laptop 2-in-1 ini menerusi pautan di bawah:
https://youtu.be/m0WhrRIqT6Y
Harganya?
RM12,000 – RM13,000.
Saya nk tye utk laptop jenis apa ya yang sesuai utk buat assigment yg melibatkn autocad word excel dan sedikit lukisan grafik dan sedikit utk guna bagi tujuan main games juga n tgk movie…tq
Hai Sazzy, kalau anda pilih pemproses Intel, sekurang-kurangnya cuba dapatkan i5.
RAM 4 GB – 8 GB dan perlu ada grafik daripada Nvidia atau AMD.
Untuk storan anda boleh pilih HDD biasa atau SSD (lagi bagus).
Boleh saya tahu berapa anggaran bajet anda? Supaya senang saya nak beri cadangan komputer yang sesuai untuk kegunaan anda.
assamualaikum, saya sdg carik laptop bajet RM 1,000 blh bagi pandangan yg mana ok utk menaip kerja-kerja office & untuk kegunaan anak buat assignment…terima kasih.
Hai puan Julaily, dengan bajet RM1000 pilihan puan amat terhad kecuali puan membeli laptop terpakai (second hand).
Nasihat daripada saya, cuba dapatkan laptop baru di mana kosnya sekitar RM1400-RM1500.
Puan boleh membeli laptop 2-in-1 atau laptop tradisional @ biasa. Untuk laptop 2-in-1, jenama dan model yang disyorkan adalah Asus Transformer Book T100T-DK088T.
Untuk laptop tradisional @ biasa, Asus VivoBook Max X441N-AGA139T mungkin sesuai untuk anak puan.
Laptop biasa@tradisional ini didatangkan dengan 4 warna yang boleh dipilih seperti hitam, perak, merah dan biru. Harga di pasaran lebih kurang RM1200-RM1400.
assalamualaikum Tuan, laptop apa yang sesuai untuk saya memandangkan saya akan menggunakan laptop untuk tujuan kerja (Microsoft Word dan Excel), jual beli saham, mendengar lagu dan sesekali menonton wayang? Terimaka kasih atas bantuan.
Hai ARE, jika tidak melibatkan suntingan foto dan video, anda boleh memilih laptop daripada jenama Asus atau Toshiba.
Untuk laptop biasa @ tradisional jenama yang dicadangkan adalah seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya sekitar RM2100-RM2200.
Untuk laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh tanggal atau lipat ke belakang) pula, anda boleh memilih jenama seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Memang agak mahal sedikit tetapi ia memang berbaloi untuk wang anda.
salam cik,boleh tak bagi pendapat laptop jenama ASUS X205 ni?
Hai Aida, boleh saya tahu tujuan utama anda untuk membeli laptop? Untuk kegunaan biasa-biasa atau lebih kepada suntingan foto & video?
Terima kasih.
salam tuan…minta pandangan tuan sekiranya penggunaan laptop lebih kepada kerja2 di powerpoint untuk lukisan,save gambar2 kerja,email,word dan excel..
Hai Nazrol, untuk kerja-kerja seperti penggunaan Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) dan Internet (periksa email, FB dsbnya) anda boleh memilih sama ada mahu menggunakan laptop laptop biasa atau laptop 2-in-1.
Untuk laptop biasa @ tradisional jenama yang dicadangkan adalah seperti Asus VivoBook X441U-RGA005. Harganya sekitar RM2100-RM2200.
Untuk laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh tanggal atau lipat ke belakang) pula, anda boleh memilih jenama seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Salam . Laptop 2 in 1 yg murah dan elok jenama apa ? Sy nak guna utk buat typing sikit2 dengan yg boleh tgok video mcmtu la . Tkde nak simpan mcm2 kot sbb sy bukan student . Mintak panduan tuan , tq .
Hai Donny, jika anda mahu menggunakan laptop yang tahan lama, sebaik-baiknya anda memilih jenama daripada Asus atau Toshiba.
Anda boleh memilih jenama seperti Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T. Harganya lebih kurang RM2100-RM2200.
Jika bajet anda tidak terlalu tinggi, anda juga boleh memilih Asus Transformer Book T100T-DK088T. Kalau tak silap kosnya sekitar RM1400-RM1500.
Salam…nak minta pandangan…laptop apa yg sesuai utk saya sbg seorang student…ingat nak laptop yg boleh buat kerja kursus and stream video yg full HD..
Macam jenama acer swift 5..elok dak..???
Jika setakat buat kerja-kerja asas yang melibatkan Microsoft Office, mendengar muzik, menonton wayang dan melayari Internet, laptop Acer Swift 5 lebih daripada mencukupi untuk kegunaan anda.
Saya ingin membeli laptop untuk buat video dan editing gambar.. tak tahu laptop mane sesuai .. tetapi kat sy ada tengok satu kedai ni dia jual
DELL Laptop
CORE i7 2.5Ghz – Up 3.0Ghz
4GB DDR3 RAM
320GB – SATA HDD
FULL HD Graphic
WiFi 802.11a/b/g/n
WIN 10/7 64BIT
1 MONTH WARRANTY
PRICE ONLY : RM999
FREE : CS6 PHOTOSHOP ILLUSTRATOR FLASH
FREE : AUTOCAD 2007 – 2018 DLL
FREE : GAME GTA5 CSGO PES17/18 NFSPEED DLL
dengan harga RM999… Sesuai tak sy beli untuk buat editing gambar dan suntingan video.
Hai Hafiz Mohd, jika dilihat daripada spesifikasi sahaja pun sudah dikira agak bagus. Ia menggunakan pemproses Intel i7 dan disertakan dengan 4 GB RAM DDR3.
Saiz storan HDD pula adalah 320 GB dan menggunakan Windows 10 atau 7 64-bit.
Semua OK kecuali ia menggunakan “integrated” grafik daripada Intel (jika saya tak silap).
Keupayaan Intel HD agak terhad berbanding dengan grafik daripada Nvidia atau ATI/AMD.
Jika bajet anda tidak berapa tinggi, laptop ini MUNGKIN sesuai untuk anda.
Assalamualaikum encik , saya student engineering
Minta bantuan boleh encik senaraikan laptop yang memenuhi keperluan saya sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan.
Bajet saya dalam 4.5k dan kebawah
Terima kasih atas cadangan yang diberikan
Minta maaf atas kesulitan
Semoga encik dimurahkan rezeki
Hai Fatin, anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer di bawah. Antaranya:
1. HP Pavilion 15-Dk0243TX
2. Dell G3 (G397114G1650SSD-W10-FHD)
3. MSI-GF63-10SC-047MY
4. Acer Predator Triton 300 PT315-51-58XZ
5. ILLEGEAR ARES V
Harap membantu anda.
AS575ELAB039X3ANMY-77997169 apa pandangan Aftech dgn laptop ni….adakah ia sesuai utk sy utk editing gambar Dan video….
Satu lg….kalau beli laptop yg menggunakan Intel i5…boleh tak diupgrade ke I7….
Asus GL552V-XDM044T ataupun YG ini???
Hai Amir, boleh bagi spesifikasi penuh atau pautan (link) laptop tersebut?
Untuk soalan kedua, jawapannya bergantung kepada papan induk (motherboard) laptop tersebut.
Ada yang boleh dan ada juga memang tak boleh disebabkan pemproses yang dipasang telah melekat bersama-sama dengan papan induk laptop.
Asus GL552V-XDM044T?
Jenama & model ini sesuai untuk kerja-kerja yang agak berat.
http://www.techhypermart.com/notebooks/msi-gl62m-7rdx-2605my-15-6-gaming-laptop-notebook-i7-7700hq-4gb-1tb-nv-gtx1050-w10h.html
Cuba pihak Aftech review ckit…..adakah ia sesuai utk editing video Dan gambar….
Jenama MSI adakah cepat rosak atau sebaliknya???sbb dalam Graf tiada jenama MSI
Untuk tujuan suntingan video dan gambar, seboleh-bolehnya cuba dapatkan RAM 8 GB ke atas (atau anda boleh menaik taraf RAM sendiri).
Menggunakan pemproses Intel Core i7 dan disertakan dengan cip grafik Nvidia Geforce GTX 1050 4GB GDDR5 menjadikan laptop ini termasuk dalam kategori “gaming laptop”.
Storan yang disediakan juga agak besar dimana anda boleh menyimpan dokumen, foto dan video tanpa perlu risau ruang simpanan yang terhad.
Adakah jenama MSI cepat rosak?
Kalau ikut pengalaman, saya jarang menerima laptop MSI untuk dibaiki. Ini menunjukkan jenama ini boleh dikatakan agak reliable juga.
Faktor kedua ialah bagaimana anda menjaga dan menyelenggara laptop anda.
Salam. Saya cuba mencari Asus TRANSFORMER FLIP TP301U-ADW057T online tapi tiada. Boleh saya tahu mana nak daptkan laptop ini?
Hai Hanim, jenama dan model yang paling hampir adalah ASUS Vivobook Flip TP401N 2-in-1. Harganya sekitar RM2300-RM2400 dan boleh didapati di laman web Lazada Malaysia.
Harap jawapan ini membantu anda.
Kalau saya akan sambung belajar dlm bidang yg menjurus kpd software engineering, laptop apa yang dapat disyorkan. Kalau boleh yang tak terlalu mahal sebab saya bukan dari keluarga berada sangat.
Mohon pandangan.
Hai Nick, boleh berikan contoh nama software yang bakal anda gunakan dan berapa anggaran bajet anda?
Saya tak pasti. Saya berharap bakal sambung pengajian dlm Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), lulusan SPM. Dan seorang kwn memberitahu saya bahawa kursus itu menjurus kpd programming dan software engineering.
Kalau boleh bawah RM3k.
Tapi pihak tuan boleh je beritahu jugak laptop yg paling sesuai. Dan harganya walaupun melebihi bajet tu. Mungkin saya boleh usahakan. Mana tau. 😀
Programming & software engineering? Kalau macam tu laptop yang sesuai untuk anda adalah Asus Vivobook S15 S510U-QBQ620T. Harganya lebih kurang RM3400-RM3500.
Maaflah ya, harganya di atas 3k.
Kalu laptop spec intel i5 processor , 6GB..
berapa budet kalu baru or second
Hai Abby, biasanya RAM yang dibekalkan bermula daripada 2 GB, 4 GB, 8 GB, 16 GB dan seterusnya.
Amat jarang laptop baru dibekalkan dengan RAM 6 GB (kecuali anda menaik taraf sendiri RAM tersebut, contohnya 4 GB + 2 GB).
Harga laptop baru yang menggunakan pemproses i5 biasanya sekitar RM2300-RM2500 (untuk jenama Asus).
Untuk laptop terpakai pula, harganya sekitar RM800-RM1000. Ini sebenarnya bergantung pada kedai juga. Harga ini mungkin lebih murah sekiranya terdapat promosi pada ketika itu.
Hi. Saya perlu mencari laptop yang sesuai untuk video editing and support software animation iClone7. Boleh suggest laptop apa yang sesuai berserta spec dan range harga? Terima kasih
Hai Sherr, berikut adalah keperluan sistem untuk iClone 7:
>> Intel i5 dual core CPU or higher
>> 8 GB RAM or higher recommended
>> 10 GB free hard disk space or higher recommended
>> Display Resolution: 1920 x 1080 or higher
>> Graphics Card: NVidia GeForce GTX 700 Series/ AMD Radeon HD 7000 Series or higher
>> Video Memory: 2 GB RAM minimum 4 GB or higher recommended
>> Video card compatible with Pixel Shader 3.0 recommended for optimized visual performance
Memandangkan anda membuat kerja-kerja suntingan video & animasi, laptop yang sesuai untuk anda adalah jenis gaming laptop.
Contohnya, Acer Predator Helios 300 G3-572-7703 (RM5800-RM5900), MSI GE62VR 6RF 022MY APACHE PRO (RM5500-RM5600) atau Asus ROG GL703V-MEE246T (RM6700-RM6800).
Harap jawapan ini membantu anda.
Antara laptop acer aspire E14 E5-476G-5486 Atau hp pavilion 15 ck063tx mn yg ok?? Klo blh nk laptop yg blh pakai lama atau ada any suggestion jenama laptop lain.
Hai Iqa, antara laptop Acer Aspire E14 E5-476G-5486 atau HP Pavilion 15 ck063tx?
Ambil laptop Acer kerana spesifikasinya lebih baik berbanding laptop HP.
Tapi..
Jika anda mencari laptop yang tahan lama, laptop seperti Asus VivoBook X441U-RGA005T / 053T 14″ (i5-7200U, 4GB, 1TB, GT930MX 2GB, W10H) mungkin sesuai untuk anda.
Harganya sekitar RM2200-RM2300 sahaja.
Hai !
1) Brand Dell tahan lama tak seperti brand Asus dan Toshiba ?
2) Brand MSi dengan ASUS ROG mana lagi better utk heavy designer ?
3) Adakah sesuai utk sy memilih laptop DELL 3467-50412-w10 memandangkan bajet saya sekitar rm2k hingga rm3k jer ?
.
Hai Fares Arawi, jika kita melihat pada data yang dikeluarkan, laptop Dell boleh dikatakan agak reliable juga. Faktor lain adalah bagaimana kita menjaga dan menyelenggara laptop kita sendiri.
MSI atau Asus ROG? Soalan ini agak subjektif kerana kita perlu melihat apakah spesifikasi kedua-dua laptop ini. Pada pendapat saya kedua-dua laptop ini sebenarnya agak bagus jika perbandingan dibuat dalam jenis “gaming laptop”.
Untuk soalan yang ketiga, tiada masalah sekiranya anda mahu menggunakan Dell Inspiron 3467. Spesifikasinya bagus dan harga yang ditawarkan juga agak berpatutan.
Salam.. laptop apa yg sesuai utk pljr yg ambil course Teknologi system pengurusan pangkalan data dan aplikasi web… terima kasih..
Hai Lizz Hassim, laptop yang sesuai untuk anda adalah Asus Vivobook S15 S510U-QBQ620T. Harganya lebih kurang RM3400-RM3500.
Jika bajet anda tidak terlalu tinggi, anda juga boleh memilih laptop seperti Asus VivoBook X441U-RGA005T. Harga laptop ini sekitar RM2200-RM2300.
Sy pelajar uni mencari laptop budget bawah rm1000. Guna utk microsoft, email, internet, movie, lagu. Bkn seorang gamer n x edit video pun. Pengguna asus sebelum ni tahun 2012 tp sejak tahun 2017 dh mula meragam latest bw kedai kata kena repair/tukar motherboard plus screen so mkn rm600 juga. Itu cuba nk cari laptop baru ada cdgan ke? Terima kasih
Hai Muhammad, dengan bajet RM1000 ke bawah pilihan anda amat terhad KECUALI anda membeli laptop terpakai.
Cuba usahakan mencari laptop sekitar RM1300-RM1400 seperti Asus VivoBook Max X441N. Lagipun laptop baru mempunyai jaminan di antara 1-3 tahun.
Hi.. saya baru beli laptop untuk diguna oleh anak yang masih bersekolah. Laptop Asus A407u. Tapi rasanya laptop ni terlalu slow utk buka program walaupun masih baru dan kosong. RAM 4Gb dan menggunakan Core i3. Boleh saya tahu kenapa dan cara utk melajukan laptop ini. Terima kasih
Hai Shasha, ada banyak sebab kenapa laptop agak lembab walaupun masih baru. Biasanya laptop baru didatangkan sekali dengan perisian atau aplikasi yang MUNGKIN kita tidak perlukan.
Ia boleh ditutup pada bahagian Startup melalui Task Manager. Anda perlu menekan Ctrl + Shift + Esc secara serentak untuk mengakses Task Manager ini. Lihat pada bahagian Startup dan buang tanda semak mana-mana program yang tidak diperlukan.
Ingat.
Jangan matikan fungsi antivirus anda. Selain daripada itu, sistem operasi anda mungkin sedang dikemas kini secara automatik. Ia mungkin mengambil masa beberapa jam (atau hari) untuk selesai bergantung kepada kelajuan Internet anda.
Biasanya laptop akan kembali normal setelah kemas kini ini selesai. Jika masih ada pertanyaan, puan boleh ajukan terus di Page Facebook kami melalui pautan yang berikut:
https://www.facebook.com/AFtechComputerSolutions/
Salam, saya bercadang utk membeli laptop baharu .Boleh cadangkan laptop apa yg sesuai utk saya? saya pelajar uni dan bnyk install software utk engineering course.budget sekitar 2k -3k..
Hai Afrina, saranan daripada saya cuba dapatkan laptop Asus Vivobook S15 S510U-QBQ620T. Harganya lebih kurang RM3400-RM3500.
Terlalu mahal?
Anda juga boleh memilih laptop Asus Vivobook S15 S510U-QBQ621T. Harganya sekitar RM2800-RM2900.
Harap jawapan ini membantu anda.
Salam , saya student yang baru je beli lenovo ideapad 320 dengan amd a9 7th gen . Affordable tak dengan harga RM2100 ? Tapi slow dan agak stuck bila connect dengan wifi walaupun ram dia 4gb .
Hai Jij, spesifikasi laptop tu saya kira agak baik juga. Untuk masalah slow dan stuck, biasanya terdapat kemas kini berjalan secara automatik pada sistem operasi anda.
Ia mungkin mengambil masa beberapa jam (atau hari) untuk selesai bergantung kepada kelajuan Internet anda.
Laptop akan kembali normal setelah kemas kini ini siap sepenuhnya.
Sy buat light design menggunakan Ai, Psd (sgt jarang) & Silhoutte Studio.
Nak tanya pendapat yg mana sy patut pilih:
1. ASUS ROG FX553V-DDM1025T
2. Dell Inspiron 15-7566
3. Acer Nitro 5 AN515-51-59XR
Budget sy rm3k. Extra budget rm500 utk upgrade RAM & SSD (atau yg berkaitan sekiranya perlu)
Sy dah survey ROG GL553V-DDM282T seperti yg tuan cadangkan. Tetapi sy overbudget. (Atau tuan masih insist suggest kan model ini?) sekiranya Ya. Minta ulasan kalau x keberatan.
Pembelian sy akn buat dlm 1-2hari ni sbb urgent. Laptop lama HP dah start problem.
Terima Kasih
Hai Tina, ketiga-tiga jenama laptop ini ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Saya juga ada menyemak ketiga-tiga laptop ini di mana ia mempunyai spesifikasi yang hampir-hampir sama.
Jika anda mahu menggunakan laptop yang tahan lama atau reliable, pergi kepada jenama Asus. Ini tidak bermaksud saya membenci jenama Acer dan Dell. Ini cumalah saranan dan keputusan akhir di tangan anda sendiri.
Jika bajet anda tidak terlalu tinggi, anda boleh menggunakan ASUS ROG FX553V-DDM1025T. Cuma, usahakan menaik taraf RAM kepada 8 GB dan gunakan SSD M.2 (anda boleh upgrade laptop ini sendiri atau minta tolong kedai yang pasangkan).
Jika anda tidak mahu menaik taraf, laptop masih boleh digunakan tetapi kerja-kerja design anda akan sedikit perlahan.
Untuk design ringan-ringan laptop ini masih berbaloi untuk digunakan.
Harap jawapan ini membantu anda.
Selamat sejahtera. Saya baru habis tingkatan 5 dan saya akan masuk ke alam universiti. Saya bercadang nak beli laptop. Boleh tak tuan cadangkan laptop yg sesuai utk saya beli?. Bajet saya dlm rm3000.
Hai Ikhwan, mungkin anda boleh spesifikkan soalan anda tu? Apa tujuan utama pembelian tersebut? Adakah melibatkan suntingan foto dan video? Bermain games atau untuk kegunaan asas seperti menggunakan Microsoft Office, melayari Internet, mendengar muzik dan menonton wayang?
Ohh. Saya nak guna untuk kegunaan asas seperti guna microsoft office, dgr lagu, layari internet, tgk video/wayang .
Laptop di pasaran ada dua jenis. Anda boleh memilih sama ada mahu menggunakan laptop tradisional atau laptop 2-in-1.
Untuk laptop biasa @ tradisional, jenama yang dicadangkan adalah seperti Asus Vivobook S15 S510U-QBQ620T. Harganya sekitar RM2800-RM2900.
Untuk laptop 2-in-1 (skrin laptop yang boleh ditanggalkan ATAU dilipat ke belakang) pula, anda boleh memilih jenama seperti Asus UX360C-AC4151T. Harganya lebih kurang RM2800-RM2900.
Saya bercadang nk beli laptop untuk sambung belajar. Dan software yg perlu saya gunakan ialah : Adobe Flash, Adobe Photoshop, Adobe Dream Weaver, Adobe Premiere, Blender, Audacity, Corelvideo, 3D modelling, C++.
Boleh beri pandangan laptop mana yang sesuai. Kalau boleh around 3k. Lebih sikit takapa rasanya.
Hai Tuti, jika anda serius dalam kerja-kerja yang melibatkan suntingan foto dan video serta pengaturcaraan, pergi kepada “gaming laptop”.
Contohnya, Acer Predator Helios 300 G3-572-7703 (RM5800-RM5900), MSI GE62VR 6RF 022MY APACHE PRO (RM5500-RM5600) atau Asus ROG GL703V-MEE246T (RM6700-RM6800).
Jika bajet anda tidak berapa tinggi, anda juga boleh menggunakan ASUS ROG FX553V-DDM1025T (RM2800-RM3000).
Cuma, usahakan menaik taraf RAM kepada 8 GB dan gunakan SSD M.2 (anda boleh upgrade laptop ini sendiri atau minta tolong kedai yang pasangkan).
Jika anda tidak mahu menaik taraf, laptop masih boleh digunakan tetapi kerja-kerja design anda akan sedikit perlahan.
Harap jawapan ini membantu anda.
MSI GL62M 7RDX-2630…laptop nii sesuai Tak untuk gaming Dan editing yang ringan²
Hai Ajmal, boleh tiada masalah. Cuma, usahakan menaik taraf RAM daripada 4 GB kepada 8 GB dan pasangkan SSD M.2 agar kerja-kerja anda nanti lebih lancar.
Assalamualaikum… Sy nk tny psl Asus Vivobook Max X441N-AGA141T
Sesuai ke utk kegunaan asas seperti guna microsoft office,excel,powerpoint, dgr lagu, layari internet, download video n edit2 gmbr gune app photoshop..
Hai Isya, jenama dan model ini sesuai untuk kegunaan asas sahaja seperti Microsoft Office, mendengar muzik, menonton video, melayari Internet dll.
Untuk buat suntingan foto/gambar dengan menggunakan Photoshop ia kurang sesuai kerana spesifikasi laptop ini agak rendah.
Kalau anda paksa juga, ada dua kemungkinan akan berlaku:
1. Photoshop tidak dapat dipasang (install) kerana tidak mencapai keperluan sistem minimum.
2. Photoshop berjaya dipasang tetapi kerja-kerja suntingan gambar akan menjadi terlalu lembab.
Cuba dapatkan spesifikasi yang tinggi sedikit seperti ASUS ROG FX553V-DDM1025T. Harganya sekitar RM2800-RM3000.
Harap jawapan ini membantu anda.
Oo.. Ok. Sy fhm.. 😊
Klu brand DELL model E6440,Core i5,Ram 8gb,320gb hdd,Intel hd graphic sesuai x utk app photoshop??
Untuk Photoshop versi lama rasanya tiada masalah tetapi untuk versi terkini, laptop ini kurang sesuai digunakan kerana ia hanya menggunakan Intel HD Graphics.
Sebaik-baiknya cari laptop yang mempunyai grafik daripada Nvidia.
salam saya student lepasan spm sy nak cari laptop harga bawah 1600 untuk assigment account n main game ringan2 laptop ape yg bagus ye?
Hai Kazuto, boleh tak anda spesifikkan soalan anda seperti contoh games yang bakal anda mainkan? Terima kasih.
Saya mahu bertanya pendapat saudara. Saya seorang pelajar pendidikan. Saya juga banyak guna Microsoft, edit video dan juga bnyk menyimpan nota-nota kuliah. Bajet saya dalam RM1500-RM2000. Laptop yang manakah sesuai dengan bajet sy? Thank you
Hai Mimi, ada beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan di bawah. Antaranya:
1. Dell Inspiron 14 3493 (3493-0541SG-W1014)
2. Lenovo IdeaPad S145-15API 81UT009DMJ
3. HP 14-ck0021TX (5EL69PA)
4. Acer Aspire 5 A514-51-391A
5. Asus A407U-FBV061T (Grey)/ FBV062T (Gold)
Harap membantu anda.
Hye saya nak tanya laptop yg mana lg bagus antara asus vivobook max x4415a dengan acer aspire es14 es1-432-c8ar? Kegunaan untuk pelajar.
Hai Itaa, kedua-dua spesifikasi laptop ini tidak jauh berbeza. Laptop dalam kategori ini juga hanya sesuai untuk kerja-kerja yang ringan sahaja. Pilih Asus VivoBook Max X441SA jika mahu menggunakan laptop ini untuk jangka masa yang lama.
Hye saya student….laptop ape ye yg sesuai untuk subject 1) introduction to C++ 2) introduction to data structure 3) networking systems 4) technology multimedia 5) criminal law 6) computer forensic 7) crime investigation 8) artificial intelligence tq…..
Hai Hayase Sasaki, mungkin anda boleh spesifikkan soalan anda seperti berapa bajet yang anda peruntukkan untuk membeli sebuah laptop. Terima kasih.
Boleh suggest laptop for computer science student? To be specific, graphic & multimedia technology. Byk bermain dengan coding and graphics editing
Hai Noor Atikah, jika ada melibatkan suntingan foto dan video, pergi kepada gaming laptop.
Jangan beli laptop biasa-biasa kerana ia akan mudah rosak jika digunakan dalam tempoh yang lama.
Saya ada menulis artikel baru tentang pemilihan gaming laptop di pautan yang berikut:
https://aftechcomputersolutions.com/gaming-laptop-murah-di-bawah-rm5500-yang-boleh-anda-beli-secara-online-di-malaysia/
Hello. Saya beli laptop acer aspire 3 ( baru ) awak rasa laptop tu ok tak? Saya just nk guna untuk kerja2 microsoft je. Tq.. And lagi satu. Kalau awk ada no wasap boleh saya tak saya tanya pasal laptop ? Maklumlah. Tak mahir lagi.
Hai Yusnizam Nizam, laptop tu tiada masalah jika digunakan untuk kerja-kerja asas. Nombor telefon ada tertera di Page Facebook rasmi kami.
Terima kasih.
Assalamualaikum , hi…
Sy pengguna ASUS transformer utk 1st version. Sy ingin mendapatkan khidmat membaiki kerana komputer sy x blh ON. Paparan screen hitam tanpa bunyi dan gambar. Pernah hantar sblm ini ke kedai berdekatan. Feedback yg diberi mengatakan komputer sy tidak blh dibaiki lg. Kalau sy nak dptkan khidmat membaiki dgn pihak encik di mana ye? Tq
Hai Nomie, boleh saya tahu cik duduk area mana? Maksud tak boleh ON tu lampu langsung tak ada?
Atau ada lampu tapi paparan skrin gelap gelita?
hai, saya sekarang tengah cari laptop untuk study, but dalam masa sama saya suka download video, drama, lagu, simpan gambar and document. boleh suggest laptop Intel core i5/i7 (tradisional @ 2-in-1). budget below RM 3000. and more focus on keypad, sound, storage, battery. thank you
Hai Nadia, berikut adalah beberapa buah laptop yang boleh anda pertimbangkan.
Untuk laptop tradisional:
1. HP Pavilion 15-ck063TX (RM2,899.00)
2. Lenovo IdeaPad 320s-13IKB 81AK000WMJ / 81AK000VMJ (RM2,899.00)
3. Acer Swift 3 SF315-51-54ZB (RM2,899.00)
4. ASUS VivoBook S S510U-QBQ387T (RM2,899.00)
Untuk laptop 2-in-1 pula:
1. HP Pavilion X360 14-Ba064TX (RM2,959.00)
2. Lenovo Ideapad MIIX 520-12IKB 81CG01M6MJ (RM2,846.00)
3. Dell Inspiron 13 5378T-2081SG-W10 (RM2,999.00)
4. ASUS UX360C-AC4151T M3-7Y30 (RM2,890.00)
Harap jawapan ini membantu anda.
Hi assalamualaikum. Saya seorang student. Boleh suggestkan laptop mana yang recommend tak untuk guna apps apps mcm autocad, sketch up, photoshop, lumion etc sebab course saya banyak main dengan apps ni. Kalau boleh yang screen agak luas, tak cepat hang and space untuk storage yang besar and boleh pakai lama. To be honest, bajet saya untuk laptop second hand. Ke beli baru lebih berbaloi? Hm
Hai Nabs, untuk tugas yang melibatkan suntingan foto dan video, pergi kepada gaming laptop.
https://aftechcomputersolutions.com/gaming-laptop-murah-di-bawah-rm5500-yang-boleh-anda-beli-secara-online-di-malaysia/
Boleh suggestkan jugak tak dekat mana ada jual second hand laptop yang good quality? Tq in advance.
Kalau offline saya tidak pasti tapi untuk online, anda boleh memeriksa laptop refurbish di laman web Lelong atau Lazada Malaysia.
Assalam.skrin laptop saya pecah.boleh cadangkan bagaimana mendapatkan alat gantian?
Hai Mar, boleh saya tahu jenama dan model laptop yang anda gunakan?
Laptop yg mana sesuai bagi pelajar dlm bidang perancangan tanah dan wilayah..semoga pihak tuan dapat membantu saya
Hai Rozita Mad Isa, saya boleh membantu anda dengan syarat anda spesifikkan soalan anda tu. Contohnya apa nama software yang biasa digunakan untuk bidang perancangan tanah dan wilayah?
Terima kasih.
Course ni banyak mengunakan lukisan..lebih kurang macam pelukis pelan..bangunan….dan seangkatan dengan nya…jadi perisian yang bagai mana sesuai untuk course yang sebegitu…
Ohh guna software AutoCAD ya? Biasanya laptop di pasaran ada dua jenis:
1. Laptop tradisional @ biasa
2. Laptop 2-in-1 (skrin boleh lipat @ tanggal)
Untuk laptop biasa, anda boleh memilih ASUS VivoBook S S510U-QBQ387T (RM2,899.00).
Manakala untuk laptop 2-in-1, anda boleh pertimbangkan ASUS UX360C-AC4151T M3-7Y30 (RM2,890.00).
Saya harap jawapan ini membantu anda.
Hye saya pelajar cyber forensic , boleh suggest kn tak laptop tradisional i5 bajet dlm 2000 kebawah yg elok utk web programming
Hai Amirul Samad, berikut adalah beberapa laptop biasa @ tradisional yang boleh anda pertimbangkan:
1. Acer Aspire E 14 E5-475G-55BD
2. Lenovo Ideapad 310-14IKB 80TU0036MJ
3. Dell Latitude 3560
4. ASUS A455LF-WX063T
Harap membantu anda.
Salam tn. Sy nak minta pendapat tn untuk sy memilih laptop 2-in-1 untuk tujuan kerja seperti trading saham, buka banyak excel sekaligus tanpa hang, watching movies and eye-friendly. Tqia tn
Hai Muhamad Amzar bin Mohammed, mungkin anda boleh spesifikkan soalan seperti: apa nama software yang digunakan untuk trading?
Sebab apa saya tanya? Ada beratus-ratus jenis software yang memerlukan keperluan sistem yang berbeza-beza.
Terima kasih.
Hello . Saya mencari laptop untuk student perancang bandar dan wilayah di mana kerja-kerja seperti melukis plan dilakukan serta membuat assignments dan presentation. Bajet saya dalam 1K – 2K . Boleh cadangkan laptop mana yang sesuai …. .
Hai Hann, dengan bajet di bawah RM2000 pilihan anda mungkin terhad sedikit.
Berikut adalah beberapa laptop biasa @ tradisional yang boleh anda pertimbangkan:
1. Acer Aspire E 14 E5-475G-55BD
2. Lenovo Ideapad 310-14IKB 80TU0036MJ
3. Dell Latitude 3560
4. ASUS A455LF-WX063T
Harap jawapan ini membantu anda.
Assalmualaikum Tuan .. Saya ingin mencari lap top until anak saya ting 5 apa kah yg sesuai .. layan YouTube, menaip assignment
Budget bawah 1.5k
Atau 2 in 1 budget dlm 1.5k
Hai puan Liza, untuk laptop tradisional @ biasa, puan boleh pertimbangkan jenama dan model berikut:
1. Acer Aspire ES 14 (ES1-432-P2CG)
2. HP 14-bw054AU
3. Lenovo Ideapad 110 110-14IBR 80T6009TMJ
4. Dell Inspiron 3462-2045SG-W10
5. Asus Vivobook E402B-AGA132T 14″
Untuk laptop 2-in-1 pula:
1. HP x2 Detachable 10-p019TU
2. Lenovo MIIX 320-10ICR 80XF00GBMJ
3. Asus Transformer Book T100T-DK088T
salam..saya yati ..boleh bagi spesifikasi laptop dan komputer yg baik . Saya nak beli untuk pentadbiran sek di jabatan saya
– 5 unit laptop anggaran harga rm4500.00
-10 unit PC anggaran harga rm 3000.00
Hai Norhayati Yaakob, boleh saya tau komputer yang digunakan ini untuk tugas seperti apa? Mungkin anda boleh spesifikkan soalan anda agar mudah saya nak recommend spesifikasi yang sesuai untuk kegunaan jabatan anda.
Terima kasih.
Hi AFtech. Seronok membaca artikel kamu ini. Saya seorang guru dan kebetulan ingin membeli laptop baru yang boleh pakai lama. Saya ada membaca beberapa respon dari pihak kamu untuk guru yang perlukan laptop. Saya ada survey laptop yang kamu cadangkan seperti Asus VivoBook X441U-RGA005T di beberapa kedai komputer. Tetapi laptop jenis ni dah tiada stok.
Mereka ada mencadangkan kepada saya
1) Laptop Asus X441U-RGA053T (RM2299) + 5 free gift yang asas
2) Laptop Asus A442U-FFA040T (RM2499) + 5 free gift yang asas + antivirus 1tahun
Antara kedua-dua ini yang mana lebih baik dan tahan lama untuk saya yang banyak gunakan kerja2 seperti microsoft, online, download dan tgk video serta dengar lagu. Kedua-duanya juga masih dalam budget saya, RM2500 ke bawah. Harap dapat membantu.
Saya sudah melihat kedua-dua spesifikasi laptop ini. Pada pandangan saya, lebih baik cikgu ambil laptop Asus A442U-FFA040T.
Spesifikasinya tinggi sedikit berbanding dengan laptop Asus X441U-RGA053T. Jangan risau, kedua-dua jenama ini boleh dikatakan tahan lama (bergantung juga bagaimana kita jaga).
Kedua-dua laptop ini juga agak sesuai untuk tugas-tugas ringan seperti yang cikgu sebutkan di atas.
Apa-apapun saya juga berterima kasih kepada cikgu kerana sudi singgah di sini. Artikel ini akan sentiasa dikemas kini seiring dengan perubahan teknologi yang amat pesat.
Terima kasih.
Salam..saya ina.. Nk beli laptop 2 in 1 maybe.. Niaga online kecil2, suka surf internet, tonton/simpan video n main game..nk cari window 10 yg boleh guna wifi dan bluetooth.. Harga anggaran 20++ -28++. Boleh rekomen tak.? Terima kasih
Hai Salina Baharin, laptop 2-in-1 yang sesuai dengan bajet anda adalah HP Pavilion X360 14-Ba064TX. Laptop ini adalah jenis “convertible” @ skrin boleh lipat ke belakang.
Ia dikuasakan dengan Intel Core i5-7200U, 4 GB DDR4-2133 SDRAM, 1TB 5400rpm hybrid hard drive, NVIDIA® GeForce® 940MX (2 GB GDDR3 dedicated) dan Windows 10 Home Single Language 64.
Jaminan adalah selama 2 tahun.
Harganya?
RM2700-RM2800.
Salam, saya pelajar dari Universiti pendidikan sultan idris. Saya belajar dlm course animation yg menggunakan pelbagai adobe dlm pembelajaran sya. So disini, saya memohon pendapat, apakah model laptop Asus paling sesuai untuk saya ? Terima Kasih
Hai datin Syafika Suhaemi, laptop yang sesuai untuk puan adalah ASUS GL503V-DGZ404T ROG Strix Hero Edition.
Dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-7700HQ, RAM 4G DDR4, PCIEG3x4 NVME 128G M.2 SSD + SATA 1TB 5400RPM 2.5’ Hybrid HDD (FireCuda), NVIDIA GeForce GTX1050 (GDDR5 4GB VRAM). Jaminan adalah selama 2 tahun.
Harganya?
RM4700-RM4800.
Salam , saya plan nak beli laptop 2 dalam 1 (hybrid/detacheable) , budget dalam lingkungan RM3000 – RM3200 ,sesuai untuk tugas 2 photoshop , edit gambar ..jenama apa yang sesuai dan tahan lasak?
Hai Md Shahar, dengan bajet sekitar RM3200 agak sukar untuk mendapatkan laptop 2-in-1 jenis detachable @ skrin boleh tanggal untuk tugasan seperti PhotoShop.
Laptop yang sesuai untuk anda MUNGKIN jenis skrin jenis lipat @ convertible (berdasarkan bajet anda).
Contohnya:
1. HP Pavilion x360 14-ba064TX (RM3100-RM3200)
2. Lenovo Yoga 520-14IKB 80X8008QMJ (RM3000-RM3100)
3. Asus Vivobook Flip TP410U-FEC026T (RM3100-RM3200)
Harap jawapan ini membantu anda.
Salam sejahtera,
Saya Adrian..saya bercadang nak beli laptop tradisional. bajet dalam bawah RM3k
untuk kegunaan kerja seharian(excel,word,presentation,microsoft office) , bermain games(COD/FIFA/CS etc) , email , youtube , dan photoshop. saya prefer yang processor i5 , RAM 4G , graphic NVIDIA , tahan lasak dan jenama pula sama ada ASUS atau Acer.
boleh rekomen?
Hai Adrian Sim, berikut adalah laptop tradisional @ biasa yang sesuai dengan bajet anda.
Untuk laptop jenama Acer, anda boleh pertimbangkan Acer Nitro 5 AN515-52-50WX sebagai pilihan pertama. Harganya lebih kurang RM2900-RM3000.
Untuk jenama Asus pula, laptop seperti Asus FX553V-DDM1025T mungkin sesuai untuk anda. Harganya sekitar RM2700-RM2800.
Kedua-dua laptop ini sesuai untuk tugas-tugas asas (guna Microsoft Office, surfing Internet, tengok movie) dan juga berat (buat editing foto & video serta gaming).
Jika diberi pilihan, saya akan mengambil laptop Acer Nitro 5 AN515-52-50WX kerana spesifikasi laptop ini tinggi sedikit berbanding dengan laptop jenama Asus.
Tetapi…
Jika anda mahukan laptop yang tahan lasak (reliable), pergi kepada laptop Asus FX553V-DDM1025T.
Harap jawapan ini membantu anda dalam misi memburu laptop.
Hello tuan ,saya nak tanye ,saya seorang pelajar bidang TEKNOLOGI MAKLUMAT ,so laptop apa yg sesuai untuk saya yg bawah 3K
Hai Muhammad Hafiz, laptop yang mungkin sesuai dengan bidang anda adalah seperti berikut:
1. Dell Vostro 5468-20412G
2. Lenovo Legion Y520-15IKB 80WK0129MJ
3. Acer Nitro 5 AN515-51-579L
Ketiga-tiga laptop ini masing-masing berharga di antara RM2800-RM3000.
Assalamualaikum,saya student statistik. kena handle data yang banyak. nak minta suggestion untuk laptop tradisional yang sesuai dengan saya.laptop ni nak guna untuk buat assignment(ppt,words,excel,access),tengok movie dan jugak guna software seperti spss.bajet saya rm2k kebawah
Hai dyh, laptop biasa atau tradisional yang sesuai untuk anda berdasarkan bajet dan kegunaan adalah seperti berikut:
1. Lenovo IdeaPad 320S-14IKB 80X400GXMJ / 80X400LVMJ
2. HP 15-ba010AX AMD A10-9600P
3. Asus VivoBook Max X441U-VWX278T
Semua laptop di atas berharga di antara RM1900-RM2000. Sedikit tips untuk anda, pilih jenama Asus jika anda mementingkan ketahanan untuk penggunaan jangka masa panjang.
Harap jawapan ini membantu anda.
Kalau untuk belajar programming? Lptop apa sesuai?
Install banyak software..
Hai Rah, boleh saya tahu berapa bajet anda?
Slm , if bateri tahan lama ,better acer or asus ? Sy nk guna utk ke ipta dlm kos bisnes study , trget skrg nk beli cer spin 3 sp314 , tp baca review acer mudah rosak pulak ,if hrga ats 2k mudah rosak jgk ke acer ? Ke ats cara kita guna mcm mana ? Bg sy hrga 2k susah kot laptop nk rosak mudah2,1 lgi nk tnya sy mint laptop touch screen so nk guna laptop acer tu juga utk maen game fifa 18 sahaja dlm shri tu maen dlm 2,3 jam jer ,ok tak dgn skrin touch screen ?
*acer
Kalau ikut pengalaman sendiri, jenama Acer memang mudah rosak (bukan semua). Kebanyakan laptop yang masuk di kedai kami untuk dibaiki datangnya daripada jenama Acer.
Faktor kedua adalah bagaimana cara kita menjaga laptop itu. Beli laptop mahal pun tetap akan rosak kalau kita tidak pernah buat servis secara berkala.
Jika anda bermain games, lebih baik pergi kepada laptop tradisional. Atau kalau mampu pergi kepada gaming laptop.
Laptop yang didatangkan dengan fungsi touchscreen ada pro dan kontranya sendiri. Keburukannya, kos alat ganti untuk touchscreen agak mahal berbanding dengan skrin biasa.
Kebaikannya pula, ia memudahkan kerja-kerja kita.
Try bos cek acer spin 3 sp314 14 inch intel i3 ok tak brand acer yg ni ? Laptop gaming bleh buat krja psl kos bisnes study jgk ?ke xde kaitn dgn laptop gaming ? Bisnes2 gaming2 mcm tu utk gaming laptop ?
Ini spesifikasinya:
– Intel® Core i3-7130U-2.7GHz
– 4 GB DDR4 RAM
– 128GB SSD
– Intel® HD Graphics 620
– Window 10 Home
– Touchscreen
Maaf, spesifikasi ini kurang sesuai untuk tujuan gaming kerana hanya menggunakan Intel HD Graphics 620.
Kalau dapat main pun, games pasti tak smooth.
Jika untuk tujuan kos bisnes, laptop ini memang sesuai.
Knp ye bos suruh sy ambil laptop tradisional , sbnrnya sy mint flip skrin sbb senang nk maen game ,if xde kelas or xde assign”” sy maen fifa 18 jerr dlm laptop . Mohon pndgn bos tqu
Masalahnya laptop 2-in-1 ini (sama ada convertible atau detachable) biasanya hanya menggunakan grafik daripada Intel HD.
Intel HD Graphics kurang berkuasa untuk bermain games. Kecuali anda sanggup melabur RM10k ke atas (cth laptop Microsoft Surface).
Kalau mahu bermain games pastikan laptop menggunakan grafik daripada Amd atau Nvidia. Jangan ambil Intel HD (integrated).
Daripada berbelanja mahal, kan bagus anda laburkan duit kepada laptop biasa yang jauh lebih murah dan berkuasa.
Ini hanya pandangan saya, keputusan akhir di tangan anda sendiri juga.
Ok bleh bos suggest laptop utk bisnes study & games fifa 18 , bajet 2.3 k ke bwh ,brnd asus sahaja .
Fungsi ini tidak berapa diperlukan jika anda seorang pemain permainan video kerana ia akan menghabiskan cas bateri laptop anda dengan pantas. – *ini smbungn drpd soalan last yg sy ajukan tu , sy xfhm statement ni , bleh bos xplain dgn lebih details
Hai Alif, maksudnya jika anda membeli laptop dalam kategori gaming laptop, fungsi touchscreen memang tidak diperlukan kerana ia akan menghabiskan cas bateri laptop anda dengan pantas.
Tambahan lagi, harga juga agak mahal berbanding dengan tanpa fungsi touchscreen (kategori gaming laptop).
Bleh bos xplain skrg ,sbb nk beli ptg ni dah
Acer atau Asus? Pergi kepada laptop Asus. Kecuali anda membeli laptop dalam kategori gaming laptop, jenama Acer tiada masalah rasanya.
Hai Alif, berikut adalah laptop yang boleh anda pertimbangkan (di bawah RM2300):
1. Asus Vivobook S15 S510U-QBQ387T
2. Asus Vivobook A442U-FFA040T
3. Asus VivoBook X441U-RGA053T
Harap jawapan ini membantu anda.
Last ye bos , bateri laptop yg mana paling tahan ?asus tahan tak ?
Sudah tentu bateri Lenovo Thinkpad T470 dan Dell XPS 13 9360 yang tahan lama.
Salam. Sy nak cari laptop gaming bajet 8k. Yg mana saranan tuan. Brand apa terbaik. Dengan sistem audio dan speaker yg amazing superb.
Hai Amir, berikut adalah senarai laptop gaming yang boleh anda pertimbangkan:
1. Asus ROG SCAR Edition GL703V-MEE246T
2. MSI GS63VR 7RF-621 Stealth Pro
3. HP OMEN 17-an023TX
4. THUNDEROBOT GTR Dino-X7a THR-JT009H00C00
5. Alienware CAV15FHD-77128G
SPESIFIKASI RINGKAS:
1. Asus ROG SCAR Edition GL703V-MEE246T (RM7700-RM7800)
Intel Core i7-7700HQ Processor (6M Cache, up to 3.80 GHz)
16 GB DDR4 2400 MHz
PCIE G3 x 4 NVME 256GB M.2 SSD + 1 TB FireCuda SSHD
17.3-inch Full HD (1920 by 1080) IPS panel, 120 Hz, 5 ms, 94% Anti-glare
NVIDIA GeForce GTX 1060 6 GB GDDR5
Windows 10
2 Years Asus Global Warranty
2. MSI GS63VR 7RF-621 Stealth Pro (RM7800-RM7900)
Intel Core i7-7700HQ processor + HM175
8 GB DDR4 2400
256 GB NVMe SSD +1 TB (SATA) 5400rpm 7mm
15.6″ Full HD (1920×1080), 120 Hz Refresh Rate and 3 ms response time panel
NVIDIA Geforce GTX 1060, 6 GB GDDR5
Keyboard : MultiColour Full Backlight
Windows 10 Home
2 Years MSI Warranty
3. HP OMEN 17-an023TX (RM7700-RM7800)
Intel Core i7-7700HQ Processor
Windows 10 Home Single Language 64-bit
17.3″ diagonal FHD 120 Hz IPS anti-glare WLED-backlit (1920 x 1080)
16 GB DDR4-2400 SDRAM (2 x 8 GB)
NVIDIA GeForce® GTX 1070 (8 GB GDDR5 dedicated)
4. Thunderobot GTR Dino-X7a THR-JT009H00C00 (RM7600-RM7700)
Intel Core i7-7700 HQ
Nvidia GTX 1070 8 GB GDDR5 GPU
16 GB RAM
1 TB with 256 GB M.2 SSD
15.6″ IPS LCD Screen
Intel WiFi
Backpack and Mouse
2 Year Limited Warranty
5. Alienware CAV15FHD-77128G (Harga: RM7800-M7900)
Intel Core i7-7700HQ (6M 2.8 GHz)
8 GB
1 TB HDD + 256 GB SSD
Nvidia GTX 1070 8 GB
Windows 10
1 Year Warranty
PILIHAN TERBAIK:
Alienware CAV15FHD-77128G ATAU Thunderobot GTR Dino-X7a THR-JT009H00C00 kerana kedua-dua laptop ini mempunyai spesifikasi yang tinggi sedikit berbanding yang lain-lain.
Hi bro, Saya sedang cari laptop untuk kegunaan kerja accounting. Selalunya pakai formula excel. Saya jugs inginkan skrin besar untuk lihat document dan email. Selain itu, pakai untuk tengok movie atau social media Sahaja.. Bajet RM1K – 2.2K
Tuan boleh pertimbangkan beberapa jenama berikut:
1. HP 15s-du1002tu
2. Acer Aspire 5 A514-52-37H1
3. Asus VivoBook A407U
Hai… saya pengguna Toshiba Satellite.. tp laptop saya sudah rosak setelah lebih 5 tahun digunakan. Boleh saya tahu adakah normal jangkahayat laptop itu hanya sehingga 5 tahun sahaja?
Hai Az, itu normal. Yang tidak normal ialah bila guna setahun dua dah rosak.
Biasanya orang akan membeli laptop baru setelah usia sesebuah laptop lama telah mencecah 4-5 tahun.
Saya seorang pelajar. Guna microsoft word,excel, email dll . tapi pada masa yang sama saya suka download movie. Apa laptop yang sesuai untuk saya guna ? Bajet 1000-2000
Hai Dini, laptop yang sesuai untuk kegunaan anda adalah:
1. Acer Aspire 3 (A315-41G-R5RJ)
2. HP 14-bs577tu Notebook
3. Asus Vivobook Max X541U-VXX1463T
Semua laptop di atas berharga RM1800-RM1900.
Harap jawapan ini membantu anda.
Asus Vivobook Max X541N-AGO280T 15.6″ Laptop Black
ok x tuan model laptop untuk student bidang teknologi maklumat atau bidang IT
Hai Ayub, spesifikasi laptop ini agak rendah jika anda terlibat dalam bidang IT. Laptop ini hanya sesuai untuk tugas-tugas asas sahaja. Sekurang-kurangnya cari laptop yang menggunakan pemproses Intel i5.
assalamualaikum boss…
sy tngah dilema ade 2 pilihan akhir latop utk sy beli
sy sertakan spec dia
1) hp pavilion
CPU = INTEL CORE i7 5500U
GPU = NVIDIA GEFORCE 940M
2)Lenovo IdeaPad 310-14IKB
CPU = INTEL CORE i5 7200U
GPU = NVIDIA GEFORCE 920MX
3)Dell Inspiron 15-5565 Notebook
CPU = AMD A9 9400
GPU = AMD RADEON R5
4)HP EliteBook 745 G3
CPU = AMD A10 8700B
GPU = AMD Radeon R6
5)HP 15-bw074AX
CPU = AMD A10 9620P
GPU = AMD RADEON 530
agak2nye laptop mne eh antara diatas yg terbaik utk sy drpd segi gaming, dan kerja??
klau bleh boss terangkan eh knape laptop ni pilihan boss kpd sy???
sume laptop diatas kene dgn bajet sy iaitu harga dlm below rm2,000
klau boss ade ape2 nasihat bleh selitkan eh??
thanks boss
Dan tambahan…adekah laptop ni sesuai utk keje esaimen engineer sy mcm autocad, programming fan sbgainya??…klau boss ade suggesstion laptop lain bwah rm2000 yg kene dgn keperluan dan kehendak games sy,sy persilakan..huhuhu
Hai Amin, biar saya berterus terang sahaja dengan anda. Dengan bajet di bawah RM2000 pilihan anda agak terhad sedikit jika tugas-tugas anda ada melibatkan grafik dan games.
Sekurang-kurangnya laptop yang perlu anda cari menggunakan pemproses Intel i5 atau i7 (sekiranya anda menggunakan pemproses daripada keluarga Intel), RAM 4 GB (lagi bagus jika dapat 8 GB atau anda boleh upgrade sendiri drpd 4 GB ke 8 GB), saiz storan 500 GB atau 1 TB, grafik (ini sangat penting) jika boleh daripada Nvidia paling minimum GTX 1050 (elakkan grafik yang ada tertulis huruf “M” seperti 940M, 920MX dll).
Laptop yang sesuai untuk anda termasuk dalam kategori gaming laptop.
ermm…xpela..sekurang kurangnya antara 5 laptop pilihan yg sy list tu mne yg menjadi pilihan boss yg sesuai utk sy??
Ada dua pilihan yang boleh anda pertimbangkan sama ada mahu menggunakan pemproses daripada Intel atau AMD.
Anda boleh memilih pilihan no. 1 (untuk keluarga Intel) ATAU no. 5 (untuk keluarga AMD).
Secara peribadinya saya akan mengambil pilihan no. 1 kerana saya ada pengalaman (suatu ketika dulu…) yang tak berapa best menggunakan pemproses drpd keluarga AMD (no. 5).
🙂 🙂 🙂
Salam Ramadhan Admin. Terima Kasih artikel dan jawapan- jawapan kepada soalan (dengan menulis dalam perkataan penuh) mudah difahami.
Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini.
Slamat petang admin, sya sedang mencari laptop yg biasa² saja skadar utk m’isi masa lapang, iaitu layan game yg ringan²,online di media sosial & layan video.. Persoalan’y ialah sya tidak tahu laptop mna yg sesuai dgn utk sya..moga pendapat dri admin dpt mempermudahkn percarian sya..bajet bawa 2k.terima kasih byk² admin
Hai Sue86, ada beberapa jenama dan model laptop yang boleh anda pertimbangkan di bawah RM2000. Antaranya:
1. Lenovo IdeaPad 320S-14IKB 80X400GXMJ / 80X400LVMJ (Harga RM1800-RM1900)
2. Asus Vivobook Max X541U-VXX1463T (Harga RM1900-RM2000)
3. HP 14-bs577tu Notebook (RM1800-RM1900)
4. Acer Aspire 3 (A315-41G-R5RJ) (Harga RM1800-RM1900)
5. DELL INSPIRON 15 3567-00412G (RM1800-RM1900)
Jika anda tidak kisah dengan storan yang kecil (128 GB) tetapi mementingkan kelajuan, ambil pilihan yang pertama. Laptop ini sangat pantas kerana menggunakan SSD sebagai storan utama.
Sebaliknya jika anda mementingkan storan yang besar (1 TB) dan ingin bermain beberapa games ringan, ambil pilihan yang keempat.
Harap jawapan ini membantu anda membuat keputusan yang tepat.
Terima kasih byk² admin..
Sama-sama Sue86.
Assalamualaikum..sye merupakan seorg guru sek mnengah..keje sye melibatkan byk fail2 yg perlu disimpan sperti powerpoint,word dan pelbagai suntingan video sek..adakah laptop Asus vivobook max x441sa sesuai utk kegunaan harian sye??
Hai cikgu Lukman, untuk kegunaan asas seperti Microsoft Office tiada masalah tapi jika ada kerja-kerja yang melibatkan suntingan foto & video laptop ini kurang sesuai digunakan berdasarkan kepada pemproses (processor) dan grafik yang digunakan adalah jenis “integrated” (Intel HD).
Sekurang-kurangnya cari pemproses Intel i5 (untuk keluarga Intel), RAM 4 GB – 8 GB dan GPU Nvidia GTX 1050.
Ouh ok2..klau mcm tu laptop ape yg sesuai digunakan??
Cikgu boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah:
1. Thunderobot 911 SE (Harga RM3200-RM3300).
2. MSI GL62M 7RDX 2605MY (Harga RM3400-RM3500).
3. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK0128MJ (RM3400-RM3500).
4. ASUS FX503 FX503V-ME4215T (RM3700-RM3800).
5. HP OMEN 15-ce032TX (RM3800-RM3900).
6. Acer Nitro 5 (AN515-51-70Y8) (RM3900-RM4000).
Harap jawapan ini membantu cikgu.
Ok baik terima kasih atas penjelasan dan jawapan tuan..
Sama-sama cikgu.
Salam tuan boleh bantu sy..Anatara dua processor dan graphic mane yg lebuh baik?
1) intel core i3-6100u, 2.3Ghz (3M cache) /
Nvidia Geforce 920MXDDR3 2GB
2) AMD dual core A9-9420 processor 3.0Ghz (1M cache, up to 3.6Ghz) / AMD Radeon R5 M420DDR3 2GB
Dan blh sy tau yg mane lebih sesuai utk main game yg sedang-sedang? Terima kasih
Hai Taufiq, kalau bajet anda tidak berapa tinggi ambil pilihan yang kedua. Untuk pengetahuan anda juga kedua-dua spesifikasi ini (pilihan pertama & kedua) boleh digunakan untuk bermain games yg tak berapa berat.
Sejujurnya saya lebih menyukai menggunakan grafik drpd Nvidia (pilihan pertama). Ini semua ikut citarasa anda juga.
Saya memilih pilihan pertama (walaupun MUNGKIN mahal sedikit) kerana saya ada pengalaman yg buruk ketika menggunakan pemproses & grafik drpd AMD.
sy nk tanyakan tentang laptop ini..
adkah ok dng brand HP ni yg sllunya prob
Model-Hp 14-ac150tx(6th gen)
Os-windows 10 Home Single Language
Processor-Intel(R)core(TM) i5-6200U CPU @ 2.40 GHz
Ram-8 GB
Hdd-1000 GB (1 TB)
Graphic-AMD Radeon(TM) R5 M330
Intel(R) HD Graphics 520
Display-14 inch
Others-usb,hdmi,vga,DVD driver
Conditions-smooth running 🏃
Battery life- Around 3 hours plus plus
Hai Mohd Afif, ya saya akui jenama HP mungkin banyak masalah tetapi faktor lain yang perlu diambil kira ialah bagaimana kita menggunakan dan menyelenggara (selepas habis tempoh jaminan) laptop tersebut.
Kesilapan ramai orang ialah tidak tahu tujuan penggunaan sesebuah laptop. Saya bagi contoh, ada sesetengah orang membeli laptop biasa-biasa (atas sebab mahu menjimatkan kos) tetapi laptop tersebut dibelasah untuk tugas-tugas berat seperti digunakan untuk menyunting foto & video dan bermain games.
Laptop biasa-biasa tidak direka untuk kegunaan berat tetapi ramai yang melakukannya disini.
Laptop juga perlu diselenggara secara berkala (boleh buat sendiri atau hantar ke kedai) sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau 2 kali setahun.
Penyelenggaraan disini bermaksud membersihkan habuk dan kotoran pada papan induk dan bahagian heatsink fan. Di samping itu thermal grease dan thermal pad (jika ada) perlu ditukar ketika kerja-kerja pembersihan bahagian dalaman laptop dilakukan.
Berkenaan dengan spesifikasi di atas, saya berpendapat laptop tersebut sesuai digunakan untuk tujuan biasa-biasa dan sedikit untuk tujuan suntingan foto & video serta bermain games (yg tak berapa berat).
Harap jawapan ini membantu anda.
Hi Admin,
Saya nak tanya tentang Laptop Asus A550L,
Boleh terangkan dgn lebih terperinci untuk spec tu? adakah spec tersebut mampu menyokong melakukan kerja2 email,powerpoint/excel , editing gambar/video gaming yang berat spt contoh(Need for Speed,FIFA, COD dan sbgnya)? adakah berbaloi untuk memilki laptop tersebut dengan spec sedemikian? Bagaimana pula dari segi ketahanan bateri laptop dan graphic? adakah cukup baik untuk memilikinya?
maaf kalau banyak pertanyaan di atas. saya peracaya admin lebih arif tentang hal ni. sekian terima kasih. Looking forward for your kind response.
Hai Adrian Sim, boleh berikan spesifikasi penuh atau pautan (link) laptop tersebut?
Terima kasih.
Intel(R) Core(TM) i5-4200U CPU@ 1.60GHz 2.30GHz
4GB RAM
64bit Operating System
Pada pendapat saya laptop ini boleh digunakan untuk tugas-tugas asas seperti Microsoft Office, surfing Internet, dgr muzik, tengok movie dll.
RAM boleh dinaik taraf sehingga 8 GB DDR3 (maksimum) serta mempunyai storan 1 TB.
Dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA 820M 2 GB GDDR3, laptop ini turut boleh digunakan untuk bermain games (yg tak berapa berat) seperti NFSU, FIFA, COD dll.
Jika bajet anda tidak berapa tinggi, anda boleh mempertimbangkan laptop ini.
Jika sebaliknya, pergi terus ke gaming laptop.
Harap jawapan ini membantu anda.
Sekadar bertanya , saya student sains komputer . Laptop apa yg bagus untuk course ini ? Bajet bawah 2000
Hai Ammar, laptop yang sesuai dengan kegunaan dan bajet anda adalah:
1. Asus VivoBook X441U-RGA005T
2. Acer Aspire 3 (A315-41G-R5RJ)
3. HP 15-bw074AX
Semua laptop ini berharga di bawah RM2000.
hye aftech,boleh tak bagi cadangan laptop baru atau secondhand yang sesuai dengan harga bajet bawah rm1200..terima kasih
Hai Iskandar, berikut adalah laptop biasa atau tradisional yang mungkin sesuai untuk kegunaan anda:
1. Acer Aspire ES 14 (ES1-432-C9B6)
2. Lenovo IdeaPad 110-14IBR 14″ 80T600AEMJ
3. ASUS Vivobook E12 E203N-AFD155T
4. HP 14-bs538TU Laptop
5. Dell Inspiron 3462-3545SG-W10
Semua laptop ini berharga RM1200 ke bawah.
Hai Admin.
Saya nak tanya antara Asus Transformer Book T100TAF dan Asus Transformer T101HA mana yang paling bagus untuk kegunaan asas seperti online FB, check email, google, dan transfer gambar ke external. Atau ada laptop lain yang lebih sesuai?
Hai Atiq, kedua-dua laptop ini sesuai untuk kegunaan asas seperti yang anda nyatakan di atas. Jika diberi pilihan, ambil Asus Transfomer Book T101HA kerana spesifikasi laptop ini tinggi sedikit berbanding dengan Asus Transformer Book T100TAF.
Okay, terima kasih. Saya ada soalan lagi. Boleh admin cadangkan laptop asus yang sesuai selain dari jenis 2in1, bajet saya RM1300 ke bawah. Terima kasih ye.
Boleh juga cadangkan jenama lain yang bagus untuk bajet saya tu. 🙏🙏 Terima kasih.
Ada beberapa laptop biasa @ tradisional yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. HP 14-bs537TU
2. Acer Aspire ES 15 (ES1-533-C74Y)
3. Asus VivoBook Max X441N-AGA141T
4. Lenovo 110-14IBR 80T60070MJ
Semua laptop di atas berharga sekitar RM1200-RM1300.
Hai Admin.
Saya nak tanya model laptop brand Asus mana yang paling bagus untuk kegunaan asas seperti online FB, online class, check email, google, dan transfer gambar ke external?Atau ada laptop lain yang lebih sesuai? Bajet dalam anggaran RM 1500 – RM2200. Kalau boleh keluaran yang paling latest. Terima kasih.
Ini senarainya:
1. Asus A409M-ABV201T
2. Asus A509F ABR615T/ABR616T
3. Asus M409D-ABV101T
4. Asus Vivobook A512D AEJ1069T/AEJ1070T
Hi admin. Antara hp 15-bs641tx, lenovo ideapad 320-141KBN dengan asus vivomax X541U-VXX1462T, mana lagi better? Saya nak beli HP tapi takut cepat rosak 😂
Hai Masyie, jika perbandingan dilakukan dari segi spesifikasi, saya rasa Lenovo Ideapad 320-141KBN mungkin sesuai untuk anda.
Laptop HP cepat rosak?
Kalau kita melihat statistik laptop ini boleh dikatakan di antara jenama yang memang cepat rosak. Tapi ada beberapa faktor yang boleh memanjangkan hayat laptop ini.
Contohnya, buat servis secara berkala seperti membersihkan debu dan kotoran pada papan induk dan kipas laptop ini.
Di samping itu, thermal grease dan thermal pad (sekiranya ada) perlu ditukar ketika kerja-kerja membersihkan bahagian dalaman laptop dilakukan.
Jika anda tidak mahu pening-pening kepala, ambil sahaja laptop Asus Vivobook Max X541U-VXX1462T. Spesifikasi laptop ini rendah sedikit berbanding dengan kedua-dua laptop yang saya sebutkan di atas tadi.
Harap jawapan ini membantu anda.
Alright. Thank you admin. Sangat membantu 👍👍👍😄
Sama-sama Masyie.
Hi admin, saya seorang student yg tgh cari laptop dgn bajet 1800 ke bawah. Saya amek kos pengurusan maklumat.
Software yg slalu saya pkai:
Adobe InDesign
Photoshop & Adobe Illustrator
Macromedia Director MX
Using HTML & Adobe Dreameweaver
Boleh tak tuan suggest kan laptop ap yg ok?
Hai Faris, laptop yang sesuai untuk anda termasuk dalam kategori gaming laptop. Anda perlu naikkan sedikit bajet anda untuk memiliki sebuah gaming laptop.
Contoh gaming laptop yang sesuai untuk anda adalah Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK0129MJ (RM2400-RM2500).
Laptop ini tiada sistem operasi Windows (kena install sendiri atau minta bantuan kedai jika tak mahir).
Saya tidak menggalakkan anda membeli laptop murah kerana ia akan mudah rosak jika dipaksa untuk tugas-tugas yang berat (melibatkan suntingan foto dan video).
boleh cadangkan utk sy laptop apa utk sy gunakan sebagai pelajar..nk buat esaimen..budget 2k kebawah..
Hai Airul, untuk laptop biasa atau tradisional, anda boleh pertimbangkan salah satu jenama di bawah:
1. Acer Swift 1 (SF113-31-P8AJ)
2. ASUS UX330C-AFC044T
3. HP 15-bw074AX
Sekiranya anda berminat dengan laptop 2-in1 pula:
1. Asus Vivobook Flip TP401N-AEC034T
2. HP Pavilion x2 10-p020TU
3. Lenovo MIIX320 -10ICR 80XF00GBMJ
Contoh gaming laptop yg dlm range harga tu selain yg tuan cadangkan ad tak?
Hanya dua buah laptop yang saya jumpa, iaitu:
1. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH
2. Dell Vostro 5468-20412G
Hai admin..sy nak tanye la..sy tgh survey laptop baru..sy student pjj so kje more utk assignment..n maybe utk tgok video cmtu je..boleh suggest x model yg tahan lama n xmudah rosak?bajet sy RM2400
Hai Azura, berikut adalah beberapa jenama laptop yang menepati keperluan dan bajet anda. Antaranya:
1. ASUS VIVOBOOK S S406U
2. LENOVO IP320S-14IKBR 81BN0071MJ
3. Acer Aspire E14 (E5-476G-50WA)
4. HP Notebook – 14s-cf0041tx
Ambil pilihan yang pertama jika anda memerlukan laptop yang tahan lama.
Assalammualaikum,nak tanya,saya student yg akn ambil course sc komputer. Sy nak tanya,laptop apa yg sesuai digunakan untuk membuat programming ,dll?.. sy tidak kisah boleh flip ke tidak…ada tak harga under 2000?
Hai Huda, untuk laptop biasa atau tradisional, anda boleh pertimbangkan salah satu jenama di bawah:
1. Acer Swift 1 (SF113-31-P8AJ)
2. ASUS UX330C-AFC044T
3. HP 15-bw074AX
Sekiranya anda berminat dengan laptop 2-in1 pula:
1. Asus Vivobook Flip TP401N-AEC034T
2. HP Pavilion x2 10-p020TU
3. Lenovo MIIX320 -10ICR 80XF00GBMJ
Assalamualaikum…laptop apa yang sesuai untuk kegunaan basic Office,Internet yang laju,Netflix,download upload yang pantas,game spt call of duty dan seangkatan…bajet $3500
Hai Ejump, laptop yang sesuai dengan kegunaan dan bajet anda adalah:
1. MSI GL62M 7RDX 1825MY
2. Asus ROG GL552VX-DM044T
3. Acer Nitro 5 AN515-51-70Y8
4. Dell Inspiron 15 7577
5. HP Omen 15-ce032TX
6. Lenovo Legion Y520-15IKB 80WK014CMJ
7. ThundeRobot 911SE-E5TA
Jika laptop yang digunakan ada melibatkan bermain games (atau editing foto dan video), ambil laptop dalam kategori gaming laptop.
Di antara Asus dell hp…mana yang lebih tahan lama
Kalau dalam kategori gaming laptop ini bergantung kepada bagaimana kita menjaga dan menyelenggara laptop tersebut.
Jika anda tak nak pening-pening kepala ambil sahaja jenama daripada Asus.
Hi guys, nak minta pandangan sedikit. Saya nak beli laptop baru untuk kegunaan research. Isunya saya banyak menggunakan software seperti Mendeley, Eviews, SPSS, Microsoft 365, dan beberapa lagi software utk kegunaan kajian. Bolehkah
kalian cadangan kepada saya Laptop yang sesuai berserta spec. Terima kasih ya..
Hai Shamsinar, laptop yang sesuai dengan bidang tugas anda adalah Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ.
Spesifikasinya:
Processor: Intel Core i3-7130U
Memory: 4 GB (1×4 GB DDR4 2133)
Storage: 128 GB SSD
Graphics: NVIDIA® GeForce 940 MX
Display: 14″ HD (1366 x 768) touchscreen
Operating System: Windows 10 Home
touch screen ya? similar spec yg bukan tak screen, boleh cadangkan? Admin, berapa ya harga Lenovo Yoga tu?
Harga laptop tersebut sekitar RM2400-RM2500. Lain-lain jenama sekitar RM2800-RM3000.
hai nak tya , utk laptop yg 2 in 1 ..apa beza antara asus transformer flip tp301u-adw057t dengan asus vivobook flip 14 TP401NA .. dan brpa hrga kedua-dua laptop ni ?
Hai Wannn, perbezaan ketara sudah tentu daripada spesifikasi. Ambil Asus VivoBook Flip TP301U-ADW057T kerana spesifikasi laptop ini tinggi sedikit berbanding laptop yang satu lagi. Harganya sekitar RM2100-RM2200.
Assalamualaikum…sy nk beli laptop bajet rm1500…sy nk buat assignment guna microsoft word,tengok movie,main game n dengar lagu…sy berminat dgn jenama asus…blh sy tahu laptop apa yg sesuai dgn kegunaan sy…terima kasih
Hai Syikin, mungkin bajet anda perlu dinaikkan sedikit jika penggunaan laptop tersebut ada melibatkan bermain games.
Laptop yang bagus untuk anda adalah ASUS Vivobook Max X441U-VWX277T. Harganya dalam lingkungan RM1700-RM1800.
Laptop ini juga sesuai untuk kegunaan seperti Microsoft Office, surfing Internet, dengar lagu, tengok movie dan boleh digunakan untuk bermain games yang tak berapa berat.
Saiz storan yang besar (1 TB) juga memudahkan anda untuk menyimpan dokumen, muzik, foto dan video.
Hi:) , saya nak tanya laptop yang sesuai untuk assignment bgi belajar btw saya ambil course civil engineering. Bajet dlm 1500-2500. Tq
Hai Xar, untuk pelajar Kejuruteraan Awam, laptop yang saya sarankan seeloknya 2k ke atas. Contohnya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Hi, saya ambik mechatronic engineering, laptop ape yg sesuai dengan budget RM1500-2000 lebih sikit . Plus saya suka tengok movie ,and suka edit video even course saya memerlukan grafic .pls
Hai Nur Husnina, mungkin bajet anda perlu dinaikkan sedikit jika kerja-kerja anda ada melibatkan suntingan foto dan video.
Antara laptop yang boleh anda pertimbangkan ialah:
1. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ
2. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T
3. HP ELITEBOOK 745 (G3)
4. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH
5. Dell Vostro 5468-20412G
Semua laptop di atas berharga di antara RM2300-RM2500.
Sejujurnya saya tidak menggalakkan anda membeli laptop terlalu murah kerana ia akan mudah rosak jika digunakan untuk tugas-tugas seperti editing foto & video.
saya mencari laptop untuk digunakan utuk assingment dan pada masa yang sama kegunaan mendengar muzik, video dan foto editing, serta bermain game yang tidak begitu berat.
Hai Eddy, boleh saya tahu berapa bajet anda? Mungkin anda boleh pertimbangkan gaming laptop jika anda ada budget yg lebih…
hai. nak tanya ni, saya seorang pelajar politeknik iaitu Jabatan Teknologi ( Teknologi Digital) . Laptop macam mana yang sesuai untuk saya.? untuk buat belajar, simpan nota, search internet , buat assigment y banyak dan untuk buat projek time sem 5 nanti.? bajet tu lebih kurang 1500 ke bawah.. tapi kalau 2000 ke bawah mybe boleh gi. saya minat jenama asus. boleh tau laptop jenama apa yang sesuai sebagai seorang student.?
Hai NisiaDe, rasanya bajet anda perlu dinaikkan sedikit. Ada dua model yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Asus Vivobook Max X541U-VXX1463T (RM1900-RM2000)
2. ASUS Vivobook X505B-PBR060T (RM1700-RM1800)
Perbezaan ketara dua model di atas adalah pada jenis pemproses dan kad grafik yang digunakan.
Jika anda mahu gunakan pemproses daripada keluarga Intel, buat pilihan pertama. Jika daripada AMD, pergi pada pilihan yang kedua.
Kedua-dua model di atas sesuai dengan bajet dan kegunaan anda sebagai student di Jabatan Teknologi.
hi. saya nak tanya kalau Macbooks sesuai tak untuk student? cth; assignment, dll.
Hai Alia Izzaty, ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti:
1. Sama ada anda biasa (pernah guna) dengan sistem operasi ini
2. Software yang anda gunakan disokong atau tidak oleh sistem operasi (OS) ini
3. Harga (tak ada masalah kalau anda ada bajet)
Untuk kegunaan asas anda boleh pertimbangkan Apple MacBook Air 13-inch (MQD32ZP/A). Harganya sekitar RM3400-RM3500.
Hai..thanks utk artikel yg membantu saya memahami lebih lagi tentang laptop..kalau saya pelajar universiti yang perlukan microsoft word,excel n etc utk assignment and presentation mudah,also minat tgk drama kekadang,laptop mana yg sesuai utk sy ye?kalau bole cadangkan brand asus..bajet dlm rm2000 ke bwh..
Hai PG, sebelum itu terima kasih kerana sudi singgah di sini. Ok, berbalik kepada soalan anda, terdapat dua model yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Asus Vivobook Max X541U-VXX1463T (RM1900-RM2000)
2. ASUS Vivobook X505B-PBR060T (RM1700-RM1800)
Kedua-dua model ini sesuai untuk kegunaan asas seperti Microsoft Office, surfing Internet, dengar muzik, tengok movie dan boleh digunakan sikit-sikit untuk edit foto & video (serta main games yang tak berapa berat).
Saiz storan yang besar (1 TB) juga memudahkan anda untuk menyimpan dokumen, muzik, foto dan video.
Harap jawapan ini membantu anda.
Ok thanks a lot for ur help😃
Sama-sama PG…
Hai..saya nak tanya..Macbook Air sesuai atau tidak ya untuk student?saya nak guna untuk buat assignment, untuk buat belajar, simpan nota, search internet , saya belajar law..adakah macbook air sesuai untuk saya gunakan semasa belajar?Terima kasih!
Hai Wani, boleh tak ada masalah. Yang penting anda biasa (pernah guna) dengan sistem operasi (OS) tersebut. Biasanya MacBook Air menggunakan SSD sebagai storan, yang bermaksud ia sangat pantas dan cekap ketika digunakan.
Untuk kegunaan asas anda boleh pertimbangkan Apple MacBook Air 13-inch (MQD32ZP/A). Harganya sekitar RM3400-RM3500.
Sesuai digunakan untuk buat assignment, surfing Internet, dengar muzik, tengok movie dan edit foto & video yang tak berapa berat.
Assalam ,.. Saya nak assemble a “multimedia computer” . Boleh cadangkan tak component component ape yg terbaik dan kenapa?
Hai Sarah, saya tak berapa faham soalan anda ni? Maksud anda nak assemble untuk desktop computer?
Mungkin anda boleh jelaskan lebih lanjut maksud anda tu…
Terima kasih.
Contohnya ,saya nak create satu multi-media computer. Ape component yang penting perlu saya ade. Contohnya, pc die kene mcm mne, motherboard kene mcm mne, CPU die lagi dan kenapa ia lebih baik berbanding yang lain ,advantage die . Kiranya soalan die seperti mcm mane nak bina satu multi-media computer tu, ciri ciri yg penting dlm multimedia computer ? .BTW thank-you for your information given, dpt bnyak sangat ilmu .tysm
Hi admin, saya tgh cari laptop dgn bajet Rm 1000-RM1500 ke bawah. Kegunaan untuk buat assingment.
Hai Fyza, ada beberapa jenama dan model laptop yang berharga di bawah RM1500. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 A315-21-4411
2. HP Notebook 14-bw053AU
3. Lenovo Ideapad 320-14AST 80XU000MMJ
Semua laptop yang saya senaraikan di atas sesuai untuk tugas-tugas asas seperti buat assignment, dengar muzik, tengok movie, surfing Internet dan main games ringan-ringan.
Boleh bagi pendapat laptop ape yang sesuai.
Ambil HP Notebook 14-bw053AU kerana spesifikasi laptop ini tinggi sedikit berbanding dengan Acer Aspire 3 A315-21-4411 dan Lenovo Ideapad 320-14AST 80XU000MMJ.
Harap membantu anda.
Assalamualaikum..sya nk tnya, sya sbulum ni guna laptop compaq (intel pentium)..sya beli dari tahun 2002 lagi..alhamdulillah skrang msh boleh gune..cmanya skrng sya rsa kena servis smula laptop tu sbb dia dh slow sgat sgat, dn kipas dlm laptop tu pun dah panas..sya nak tahu, dkat mna ya kdai aftech utk sya hntar baiki laptop..
Soalan kedua, sya student sya brcdng nk bli laptop..sya guna laptop tu guna bt assigment, video, n architectural..laptop apa yang sesuai yang sya bloh dpatkan dengan harga rm 3000
Hai amnaarisa…tak sangka ya laptop Compaq anda mampu bertahan begitu lama. Faktor lembab dan cepat panas tu memang berlaku sekiranya laptop tidak pernah diservis.
Laptop perlu diselenggara sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ATAU 2 kali setahun. Servis ini melibatkan membersihkan papan induk daripada debu, mencuci kipas, menukar thermal grease dan thermal pad (sekiranya ada).
Untuk masalah laptop lambat, sebaiknya RAM dinaik taraf dan hard disk biasa ditukar kepada SSD (sekiranya anda masih mahu menggunakan laptop Compaq ini).
Lokasi kedai kami jauh… di Keningau, Sabah… 🙂
Sebaiknya anda hantar ke kedai yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Untuk soalan kedua, berikut adalah jenama dan model laptop yang boleh anda pertimbangkan:
1. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK014CMJ
2. HP Pavilion 15-Cx0078TX
3. Dell Vostro 5468-20412G
4. Acer Nitro 5 AN515-51-579L
5. Asus FX504G-DDM616
6. MSI GL62M 7RDX-1215
Semua laptop di atas berharga di antara RM2800-RM3000 dan sesuai untuk kerja-kerja yang melibatkan grafik (edit foto, video dan bermain games).
Terima kasih ats maklum balasnya..sya nak tnya, laptop apa yang blh bt multi tasking..sbb sya nk guna utk seni bina arkitek dan kedoktoran..mmg than lasak dr segi luaran dan dalaman..klau blh laptop yg 2 in 1..dan range harga sya rm 3000..laptop apa yg terbaik yg aftech blh cdngkn utk sya
Untuk laptop 2-in-1 ada beberapa jenama dan model yang boleh anda pertimbangan. Antaranya:
1. HP Pavilion x360 14-ba064TX
2. LENOVO MIIX 520-12IKB 81CG01M6MJ
3. Dell Inspiron 15 7579
4. Asus Vivobook Flip TP410U-FEC026T
5. ACER SA5-271-300K
Soal tahan lasak atau tidak banyak bergantung kepada cara kita menjaga laptop kita. Pastikan juga laptop diselenggara mengikut jadual (sebaiknya selepas tamat jaminan).
Anda boleh pertimbangkan jenama Asus kerana jenama ini boleh dikatakan berkualiti (setanding dengan MacBook).
Ini hanyalah saranan kerana keputusan akhir di tangan anda sendiri juga.
Harap membantu anda.
hi..sye diana gov staff bekerja bhgian pengurusan dan student pjj selalu buat assigment n download research notebook or laptop sesuai n jenama ape budget 2000
Hai Diana, untuk laptop biasa atau tradisional, anda boleh pertimbangkan salah satu jenama di bawah:
1. Acer Swift 1 (SF113-31-P8AJ)
2. ASUS UX330C-AFC044T
3. HP 15-bw074AX
Sekiranya anda berminat dengan laptop 2-in1 (skrin boleh lipat ATAU tanggal) pula:
1. Asus Vivobook Flip TP401N-AEC034T
2. HP Pavilion x2 10-p020TU
3. Lenovo MIIX320 -10ICR 80XF00GBMJ
Semoga membantu anda.
assalamualaikum… tuan… saya merupakan pelajar kejuruteraan awam ( civil engeneering ) .. bolehkah pikah tuan memberikan cadanagan kepada saya untuk memilih laptop yang sesuai??
Hai Syafiq, untuk pelajar Kejuruteraan Awam, laptop yang saya sarankan seeloknya 2k ke atas. Contohnya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Harap membantu anda.
Satu lagi sya nak tnya, laptop compaq sya ad masalah bateri juga..bateri dkat laptop msalah..charger laptop pun brmasalah..bila charge laptop sya akn buang bateri..tp charger laptop sya bau mcm nk terbakar..ad cdngan x utk sya beli charger laptop dan bateri laptop yg berkualiti yg sesuai dgan compaq..
Jangka hayat sesebuah bateri laptop secara puratanya boleh bertahan di antara 2-3 tahun. Selepas itu, bateri masih boleh digunakan tetapi ia tidak mampu menyimpan cas dengan efektif.
Tentang bau terbakar tu, saya rasa untuk keselamatan lebih baik pengecas tersebut ditukar.
Model Compaq ni banyak..boleh berikan Product Number atau Serial Number laptop ni? Biasanya ia ada tertulis di bahagian bawah ATAU belakang bateri laptop ni..
Memandangkan usia laptop ini sudah mencecah hampir 16 tahun, saya tidak berani jamin sama ada alat ganti untuk laptop ini masih ada atau tiada.
Harap-harap masih ada la… ✌
Terima kasih admin atas cadangan tersebut.
Sama-sama Fyza. Saya sangat menghargainya…
Aslkum wtw en… sblum itu sy nak ucakpkan berbanyk terima kasih di atas kesudian en. berkongsi ilmu dan pengalamn dlam artikel ini… ia nya sagat² berguna buat saya dan pembaca yg lain. smga en. trus beroleh phala yg tak putus²… Amin Ya Allah.
Dikesempatan ini saya ingin bertanya mengenai laptop yg sesuai utuk saya sbagai graphic designer… sudah hampir sebulan saya mengkaji mengenai lp yg sesui untuk tugas² yg bakal saya lakukan kelak… akan tetapi saya masih takut untuk membuat plihan yg terbaik.. sbb sblum ni saya da mempunyai Lp 3buah ttp smuanya x mnjamin kualiti daya ketahananya… ala maklumla time student kita main beli jee.. dan di sbabkan itu saya da lama tinggalkan kerja² mengedit dan sbagainya… stelah hampir 3 tahun tergerak hati saya utk memplajari smula ttng kja² saya sblm ni.. saya mohon jasa baik en. sgat² mencadangkan Lp yang terbaik buat saya dalam angaran bajet RM3500-RM4000…. dan saya tlintas ingin membeli Jenama Msi.. ttpi bila mbaca artikal ini macm xtau da nak plih yg mana satu… jujur saya hti cpat berubah sbb masih kliru dan takut tslah pilih lagi… 😅😰 mohon jasa baik en. beri saya satu plihan yg btul² terbaik…
Hai Rosliana, sebelum tu terima kasih kerana sudi singgah di sini. Sudah menjadi kewajipan saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Terima kasih juga atas doa anda tu… saya sangat menghargainya…
Ok, berbalik kepada soalan anda, memandangkan anda seorang graphic designer, laptop yang sesuai dengan anda adalah dalam kategori gaming laptop.
Sebab apa pilih gaming laptop?
Biasanya spesifikasi gaming laptop ni lebih tinggi berbanding dengan laptop biasa. Lagi pun gaming laptop direka untuk tujuan lasak seperti menyunting (editting) foto dan video (selain boleh digunakan untuk bermain games) dalam tempoh yang lama.
Ada beberapa jenama dan model yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Acer Nitro 5 (AN515-51-70Y8)
2. Thunderobot ST PLUS THR-JT009X00S00
3. MSI GP72 7RD-440MY
4. Asus FX504G-DE4492T
5. Lenovo Legion Y520-15IKBN
6. HP Omen 15-ce032TX
Semua laptop tetap akan rosak bila dah sampai masa. Kita boleh memanjangkan hayat sesebuah laptop dengan melakukan penyelenggaraan secara berkala.
Lakukan servis 6 bulan sekali atau 2 kali setahun bergantung kepada berapa kerap anda menggunakan laptop anda. Sebaiknya servis ini dilakukan setelah tempoh jaminan laptop telah berakhir.
Alahmdlah terima kasih skli lagi en. di atas cdngan yg terbaik buat saya dan sudih membals comment sy…. In shaa Allah 6pilihan yg tersenarai akan sgra saya kaji smula mengikut budjet yg telah sy rancng… terima kasih hanya Allah yg dpat membals jasa baik en… Aslkum…
Alhmdlah terima ksih en. sudih mblas comment sya dan memberi 6 cdngan terbaik buat plihan saya… In shaa Allah degan segera saya akan mengkaji smula 6 plihan ini yg bersesuian dgn budget sy… smga Allah sntiasa membrkat jasa baik en. Amin…. Aslmkum wtw
Jangan tergesa-gesa nak beli laptop. Ambil masa lama sikit pun tak pa..yang penting puas hati. Semoga anda menemui laptop idaman hati..
Assalamualaikum.. Tuan leh kasi pandangan antara laptop yg pkai i5 n graphic card nvidia mx150 dengan yg pkai ryzen5/ vega 8… Yg mne lebih better untk lightgaming n software solidwork..
Hi ,
boleh cadangkan laptop yang nipis dan sesuai untuk kerja-kerja pejabat (Microsoft word, excel, power point), online more to youtube, game yang tak berat. sy pernah guna asus tapi slow gila dari mula beli. model tak ingat pulak.
Hai Nurul, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama dan model laptop di bawah. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Assalamualaikum
Tuan,
Beri cadangan pd sy utk bli laptop n kriteria yg sesuai utk:
-Bt program portal perniagaan cth mcm shopee
-layan utube
-main game
-bt keja2 pejabat
-guna autocad
Terima kasih atas maklumat.
Hai Asfa, jika ada melibatkan kerja-kerja grafik, better pergi kepada gaming laptop.
Anda boleh pertimbangkan beberapa jenama dan model di bawah. Antaranya:
1. Acer Nitro 5 (AN515-51-70Y8)
2. Thunderobot ST PLUS THR-JT009X00S00
3. MSI GP72 7RD-440MY
4. Asus FX504G-DE4492T
5. Lenovo Legion Y520-15IKBN
6. HP Omen 15-ce032TX
Hi kak aku mau nanya td malam aku beli leptop asus x441 ma intel n4000
Harganya 4 kurang sedikit itu bagus gak kak kualitasnya tolong kasih saran kira2 battery dsb gimana kak ?
Sebelum beli mesti tahu dulu apa kegunaan utamanya. Kalau untuk kegunaan biasa-biasa seperti Microsoft Office, surfing Internet, dengar muzik, tengok movie… laptop ini sudah dikira memadai. Baterinya memang tahan lama kerana hanya menggunakan grafik daripada Intel.
Untuk kegunaan gaming tidak sesuai (boleh main game ringan saja).
Assalamualaikum
Saya nak tanya, kalau laptop apa yg sesuai utk keja2 opis, layan vdio, utube, main game yg ringan je… Lepas tu antivirus apa yg ok.. utk brand apa yg ok? Kalau blh nak yg ada grafik skali.. acer ok ? Hp? Dell?
Sebelum saya jawab soalan anda, boleh saya tau berapa anggaran bajet anda?
Terima kasih.
hi kak… saya nak beli laptop untuk personal use. guna Ai n photoshop sometime je. tapi mejoriti guna laptop untuk buat documents shaja.. so i cadang nak beli laptop
ACER ASPIRE E5-476-31EJ 14″ NOTEBOOK [I3-8130U, 4GB, 1TB, INTEL, W10H]… ok tak.. bagus tak yang ini…
Kalau jarang buat editing, laptop ini sudah dikira memadai. Satu lagi, performance laptop ini akan sedikit lembab berdasarkan kepada spesifikasinya.
Hanya sesuai untuk kegunaan biasa-biasa saja.
Hi AFtech. Boleh suggest kan laptop yg mempunyai keupayaan internet / wifi yg baik. Bajet < 2.5k. tq
Hi AFtech. Boleh suggest kan laptop yg mempunyai keupayaan internet / wifi yg baik. Bajet < 2.5k. tq
Rata-rata laptop pada masa kini mempunyai kad Wi-Fi yang bagus. Faktor lain adalah jenis router yang kita gunakan untuk mengakses Internet.
Berikut adalah beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Boleh cadangkan jenis laptop untuk kerja- kerja drawing seperti autocad. Budget rm2500
Boleh.
Cuma pilihan anda mungkin agak terhad di sini. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 A315-41G-R7HY
2. Asus ROG Gaming FX553V-DDM1025T
3. Dell Vostro 5468-20412G
4. HP ELITEBOOK 745 (G3)
Boleh tak bgi cdngn saya nak beli laptop ape yg sesuai utk pljr mcm saya . Budget dlm 1500 . Sbb rmai kwn guna hp . Anggrn 1300 oke ke ? Tapi saya bca dri ats seeloknya Asus VivoBook Max X441N ? Kiranya saya pilih asus lah kan lgypun saya rsa cukup utk beli asus . Sbb lagi satu saya ni walaupun pompuan saya jenis yang ganas sikit . Boleh bgi cadangan x ? Terima kasih
Ganas?
Ganas macam mana tu? 🤔
Ok berbalik kepada soalan anda, selain jenama Asus ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Lenovo Ideapad 320-14AST 80XU000MMJ
2. Acer Aspire 3 A315-21-4411
3. HP Notebook 14-bw053AU
Kesemua laptop ini (termasuk Asus) hanya sesuai untuk kerja-kerja ringan seperti Microsoft Office, surfing Internet, tengok movie, dengar lagu dll.
Jangan paksa laptop ni untuk main games atau buat editing foto dan video…nanti cepat rosak.
Kalau tak nak pening kepala ambil sahaja jenama daripada Asus.
Harap membantu anda.
Hi, saya tidak cukup bajet untuk membeli laptop yang terbaik untuk kegunaan (editing, graphic) senior saya cadangkanbkpd saya utk membeli laptop i7. Disini saya nak tanya boleh ke kalau saya beli je dulu laptop i5 pastu boleh ke upgrade ke i7 bila saya cukup bajet….? Saya sebenarnya tidak berapa mahir dalam bab ini. Mohon pencerahan! Terima kasih
Hai Jieha, untuk pengetahuan anda pemproses komputer riba biasanya tidak boleh dinaik taraf seperti komputer meja (desktop computer).
Yang boleh dinaik taraf adalah RAM dan HDD sahaja. Untuk kerja-kerja suntingan foto & video yang tidak terlalu berat, pemproses i5 ini dikira sudah memadai.
Pastikan juga ia mempunyai sekurang-kurangnya 8 GB – 16 GB RAM dan menggunakan cip grafik daripada Nvidia atau AMD.
Hai, saya ada lihat iklan di facebook ttg laptop yg ditawarkan dlm harga euro €. Tak silap harga direct dari kilang (manufacturer). Ada banyak model tetapi semua dari jenama DELL. Saya sertakan salah satu modelnya, blh tuan beri feedback :
DELL inspiron 15 5570 15.6″ Laptop – Silver
• Windows 10
• Intel® Core™ 15 – 8250 u Processor
• RAM : 8 GB/Storage : 1 TB HDD
• Full HD Display
Harga : €46.99
Saya ingin tahu juga Samada ia guna Intel Core i5? Selain HDD, juga ada SDD pd Storage/RAM. Kalau convert dlm matawang RM agak murah juga. Saya musykil samada web ni boleh dipercayai? Saya harap dapat pandangan dari tuan AFtech
Hai Adnan, saya rasa ini spesifikasi penuh laptop tersebut.
– 8th Generation Intel® Core™ i5-8250U Processor (6MB Cache, up to 3.4GHz)
– Windows 10 Home Single Language (64bit)
– 4 GB, DDR4, 2400 MHz, up to 32 GB (additional memory sold separately)
– 1 TB 5400 rpm Hard Drive
– AMD Radeon® 530 Graphics with 2G GDDR5 graphics memory
– 15.6-inch FHD (1920 x 1080) Anti-glare LED-Backlit Display
– English Backlit Keyboard
– 802.11ac + Bluetooth 4.1, Dual Band 2.4&5 GHz, 1×1
– 42WHr, 3-Cell Battery (Integrated)
– 1 Year Dell Onsite Service Support
Harga di pasaran sekitar RM2400-RM2500.
Hati-hati jika harga yang dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran. Mungkin juga mereka menjual laptop “refurbished” atau “used”. Sebaiknya semak reputasi syarikat tersebut melalui enjin carian Google sebelum anda mengeluarkan dompet anda.
Kalau anda masih ragu-ragu, lebih baik anda membeli melalui Lelong atau Lazada Malaysia.
Biarlah beli mahal sikit daripada tengok duit pergi tak kembali…
Aku beli komputer Acer 14 tapi tak ada bahasa Melayu hanya ada bahasa cina dan English apa yang harus ku lakukan untuk dapat kan bahasa Melayu
Ada kemungkinan Language Pack untuk Bahasa Melayu belum dipasang (install).
Bagaimana caranya?
Download Language Pack dengan membuka ‘Settings‘ (WinKey + I) lalu navigasi ke ‘Time & Language – Region & Language‘. Pada pilihan Language, klik ‘Add a language‘.
Pilih Bahasa Melayu. Setelah memilih, anda akan diarahkan kembali ke halaman sebelumnya dan bahasa yang baru dipilih tadi akan muncul pada pilihan Languange. Klik ‘Options‘ dan tunggu beberapa saat sehingga menu Download muncul. Klik Download dan tunggu hingga selesai.
Setelah selesai, kembali ke halaman sebelumnya, pilih ‘Set as default‘ untuk Bahasa Melayu. Kemudian restart laptop untuk mendapatkan perubahan bahasa.
Setelah restart dan masuk ke dalam Windows, bahasa yang akan digunakan pada Windows 10 adalah bahasa yang baru anda pilih tadi.
Semoga berjaya.
Terima kasih di atas nasihat nya sekarang komputer ku udah ada bahasa Melayu
👍👍👍
Hi nak tanya saya nak beli laptop berharga rm2500 kebawah untuk kegunaan software seperti adobe photoshop boleh cadangkan laptop yang sesuai dengan harga yang dinyatakan
Hai Muhammad, pilihan anda mungkin agak terhad di sini. Ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 A315-41G-R7HY
2. Asus ROG Gaming FX553V-DDM1025T
3. Dell Vostro 5468-20412G
4. HP ELITEBOOK 745 (G3)
Hai…. S plan nk beli laptop, Blh sarankan laptop apa yang sesuai sbg peniaga online? Budget dlm 2k lebih sikit.. Dan blh tak sarankan tempat yg senang nk beli laptop? Klu beli secara online OK ke?
Hai Liza, memandangkan anda seorang peniaga online, saya andaikan anda banyak merekodkan urusan jual beli di dalam laptop.
Berikut adalah beberapa jenama laptop yang boleh anda pertimbangkan (beserta harga):
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Anda boleh beli secara online sama ada melalui Lelong atau Lazada Malaysia. Lagipun harga di sini jauh lebih murah berbanding dengan anda beli di kedai-kedai komputer.
Saya sendiri banyak membeli barang (barang selain komputer) di Lazada Malaysia kerana ada sesetengah barang sukar dicari di kedai-kedai biasa.
Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan perbandingan harga dengan pantas di sini. Kalau pergi ke kedai fizikal banyak tenaga dan masa dibuang untuk mencari harga yang terbaik.
Semoga membantu.
Saya nak Tanya, laptop apa yg sesuai utk edit video and budget bawah rm3000
Salam, saya student mass comm. Jadi saya nak cari laptop yg boleh editing. Budget saya dalam rm3000 kebawah. Tq
Hai Khan, maaflah lewat balas…sibuk sikit dengan kerja…
Ok, kalau guna buat editing…berikut adalah beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Acer Nitro 5 AN515-52-50WX
2. MSI GL62 6QF-825MY
3. Lenovo Legion Y520-15IKBN
4. Asus TUF FX504G-DDM491T
5. Dell 3579 G3-83414GFHD
Harap membantu anda membuat keputusan yang tepat.
Hi, salam saya student kejuruteraan, tengah mencari laptop yang sesuai untuk menjalan tugas yang diberikan, laptop ape yang bagus dengan situasi saya budget 3000 kebawah.. Terima kasih 🙂
Student engineering?
Kalau macam tu laptop berikut boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Acer Nitro 5 AN515-52-50WX
2. MSI GL62 6QF-825MY
3. Lenovo Legion Y520-15IKBN
4. Asus TUF FX504G-DDM491T
5. Dell 3579 G3-83414GFHD
Semua laptop di atas berharga di antara RM2800-RM3000.
assalamualaikum..sy seorang pelajar kejuruteraan..sy sedang merancng untuk membeli laptop tetapi tau laptop apa yg sesuai..lptop akan digunakan untuk buat assgmnt, edit video (video biasa2 mcm video projek, bukan serius editing) , penggunaan software engineering ( autocad etc) dan mgkin game but its not my priority…dan blh terangkan ttg nvidia?mcm mx110 mx130 n lain2..xfhm sgt ttg ini…bajet laptop hnyalah rm2500..hrp blh membntu🙏
tidak tahu*
Kalau anda serius dalam kerja-kerja editing foto dan video, sekurang-kurangnya anda perlu menggunakan kad grafik daripada Nvidia GeForce GTX 1050/1050 Ti (mininum).
Kalau jarang buat kerja-kerja tersebut, memadai menggunakan Nvidia GeForce MX110 atau MX130.
Anda boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah berdasarkan kewangan anda. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Assalamualaikum, saya seorg student mechanical engineering dan saya akan menggunakan auto CAD .Saya tgh survey laptop yang budjetnya tk tinggi sgt dalam 2k-2.5k. mohon membantu. Tq
Anda boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Salam sejahtera, saya nak tanya sdkt, perlukah kita cari laptop samada traditional ke atau 2in1 yg mempunyai Intel i5 atau keatas yg mempunyai 8th generation, sebagaimana tuan Aftech ada menyebut klu blh elakkan beli Intel Pentium atau celeron. Saya juga bercadang nk buat biz online scara sambilan, jadi saya nk dpt pandangan dan pendapat dari Aftech
Tidak semestinya.
Ini bergantung kepada penggunaan anda sehari-hari. Kalau sekadar buat bisnes online, Intel i3 sebenarnya sudah memadai. Kalau kerja ada buat editing foto dan video, sekurang-kurangnya cuba dapatkan Intel i5 ke atas.
Seperti yang saya sebut sebelum ini cuba elakkan membeli pemproses daripada keluarga Intel Atom dan Celeron.
Biarlah berbelanja lebih sikit daripada anda kecewa di kemudian hari.
Hai admin.
Saya ni pelajar.. Tengah cari laptop under rm 1.5k.. Kebiasaanya akan buat kerja” autocad.. Boleh suggest laptop yg elok sbb lepas baca semua (mcm processor basic mmg kene guna intel core i5) dan feedback” saya tgk choice mcm makin sikit.. Terima kasih.
Mau tidak mau bajet anda perlu dinaikkan sedikit. Sekurang-kurangnya anda perlu ada bajet sekitar RM2400-RM2500.
Anda boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Jangan beli laptop terlalu murah jika melibatkan tugas-tugas yang berat.
Sebab apa?
Spesifikasi laptop biasanya sangat rendah dan cepat rosak. Laptop yang terlalu murah tidak direka untuk tugas-tugas yang berat.
Hi Assalamualaikum, sy tgh survey laptop utk tujuaan editting, (Ai dan Ps).. sy ada baca comment, yg tuan kata kan Asus ROG GL553V-DDM282T adalah pilihan terbaek sbb baget sy pon dalam RM4k.. tapi sy nak minta penjelasan, laptop ni dia punya screen color okay x? sbb ada isu kn warna screen lari (tak capai 100%) disebabkan ni laptop gaming.. harap tuan dapat bantu jelas kn 🙋♀️
Hai Anis, sebenarnya ada banyak lagi jenama lain yang setara dengan jenama Asus. Saya tak pasti jika laptop Asus yang anda maksudkan ini mempunyai masalah dengan screen color.
Gaming laptop rata-ratanya digunakan untuk tujuan editing kerana ia mempunyai spesifikasi yang tinggi berbanding dengan laptop biasa.
Ia juga lebih tahan lasak (digunakan untuk tempoh yang lama, biasanya lebih 8 jam sehari) kerana sistem pengudaraan yang direka sangat cekap untuk membuang haba panas di dalam laptop.
Anda juga boleh pertimbangkan gaming laptop jenama lain untuk lebih banyak pilihan.
Salam & hi
Saya tgh survey laptop yg sesuai. Saya memerlukan laptop yang okay untuk assignment dan edit video. Boleh cadangkan laptop yang sesuai dgn bajet saya dalam rm2000 kebawah.
Terima kasih.
Hai Nazirah, saya nak tau juga sama ada anda serius dalam editing video atau sekadar suka-suka…
Rasanya bajet anda perlu dinaikkan sedikit..sekitar RM2300-RM2500. Ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan di bawah. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Seboleh-bolehnya elakkan membeli laptop terlalu murah jika kerja-kerja anda melibatkan editing foto dan video..nanti cepat rosak.
Terima Kasih atas respon.
Edit video merupakan sbhagian dari assignment & bkn utk tujuan khusus (edit biasa2 shj)
Saya jugakan nak mintak pendapat AFtech, sesuai ke laptop jenis 2 in 1 dgn kegunaan saya & cdgan laptop jenis 2 in 1 yg sesuai.
Terima kasih
Rasanya lebih baik anda menggunakan laptop tradisional (sebab ada melibatkan editing video) KECUALI anda mempunyai bajet yang tinggi.
Biasanya spesifikasi laptop 2-in-1 yang bagus mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding dengan laptop tradisional (saya tidak bercakap tentang spesifikasi biasa-biasa)…
Hi. Saya tengah survey laptop untuk sambung study. Course saya tak melibatkan banyak editing video or gambar. Just untuk kegunaan basic for assignments yg melibatkan Microsoft, surfing internet inc youtube, dengar lagu, tengok movie, emailing dll. And no gaming. Boleh tuan suggest the best one ? If possible below 2k. Thank you in advance.
Kalau macam tu..ada beberapa laptop di bawah yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Lenovo Ideapad 320-14AST 80XU000LMJ
2. Acer Aspire 3 (A315-41G-R5RJ)
3. Asus VivoBook X441U
4. Dell Latitude Ultrabook E7450
5. HP 15-bw075AX
Semua laptop ini sesuai untuk kegunaan asas dan editing yang tak berapa berat.
Salam Admin,
Saya amat tertarik dan berterima kasih kepada admin dan semua atas perkongsian yang sungguh bermanfaat disini. Setelah meneliti penerangan disini, pendapat beberapa rakan dan pengalaman sendiri, sy telah membuat shorlist model laptop tradisional yang ingin dibeli berdasarkan bajet sekitar RM2000++ dan keperluan penggunaan saya sebagai seorang guru:
1) Asus X441U-RGA053T
2) ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T
3) ASUS VIVOBOOK S S406U
Walaubagaimanapun, pilihan (1) dan (2) memang kebanyakan kedai dalam Digital Mall, PJ (sy x suka pergi lowyatt) tiada stok. Jadi sy hanya mempunyai pilihan (3) shj. Tetapi, sy tertarik dgn model yg lain dengan harga dan spec yg ditawarkan seperti dibawah;
*Asus Vivobook X505B-PBR165T*
-AMD 2-Core A9-9425 Processor, 3.1 GHz (1M Cache, up to 3.7 GHz)
-DDR4 4GB Onboard Ram
-SATA 1TB 5400RPM 2.5′ HDD
-AMD Radeon R5 M420 DDR3 2GB
-15.6′ HD 1366×768 16:9//Anti-Glare
-Windows 10 (64bit)
-2 Year Asus Global Warranty
Sy mintak tambahan;
-120Gb 2280 M. 2 WD SSD (utk run OS)
-McAfee Internet Security 2018 – 3 Years 1 PC
-Microsoft Office Pro 2016
-Software2 asas ug biasa spt WinRar,Adobe,VLC,PSD,AI,dll.
pada HARGA RM1950.
Seperti yg sy dapati DELL sebagai pengeluar no.1 sekarang ini bnyak menggunakan AMD processor yg telah ditambah baik ini pada kebanyakkan model mereka.
Soalan:
1) Adakah spec yg di atas itu boleh menyamai AMD Fx (A9 + SSD) atau setara i5? atau lebih?
2) Sy mohon pandangan tuan sekiranya sy memilih laptop di atas berbanding pilihan (3) itu.
Segala pandangan dan pendapat tuan sy dahulukan dgn jutaan terima kasih.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel di sini.
Jawapan:
1) Untuk soalan ini kena tengok keseluruhan spesifikasi daripada segi processor, RAM dan jenis grafik yang digunakan. Tidak adil jika perbandingan hanya dibuat pada processor yang digunakan. Bagi saya spesifikasi Asus Vivobook X505B-PBR165T ini sudah dikira OK walaupun processor yang digunakan sedikit di bawah AMD FX.
2) Kalau saya berada di tempat anda sebaiknya ambil Asus Vivobook X505B-PBR165T sebab pilihan (3) hanya menggunakan Intel HD Graphics. Lagipun anda mengambil SSD sebagai storan OS yang membuatkan kerja-kerja nanti akan lebih lancar.
Maksud saya di sini, kalau kita mahu memilih laptop terbaik, kena tengok keseluruhan spesifikasi. Tidak boleh setakat melihat processor yang digunakan sebab ada sesetengah laptop mempunyai processor yang tinggi tapi hanya menggunakan integrated graphic (seperti Intel HD graphics).
Terima kasih atas pandangan admin..
Alhamdulillah…sy telah selamat memiliki laptop tersebut..
Dari segi performance..Alhamdulillah…sgt2 berpuas hati…
for me, its superb within my budget..
Thax again Admin…
^_^
✌
Salam sejahtera admin,
Saya sudah cuba untuk membaca info2 di atas namun masih mengalami kesukaran untuk menghadam semua info2 tersebut. Dengan rendah dirinya di sini saya ingin bertanya jenis laptop yang sesuai digunakan untuk kegunaan basic pelajar contohnya assignment sahaja. Ciri-ciri laptop yang saya perlukan seboleh-bolehnya ringan (1.5kg-2kg) supaya mudah dibawa kemana-mana contohnya di pejabat, memandangkan saya seorang pelajar pjj dan terikat dengan tugasa harian di pejabat. Selain itu saya memerlukan sebuah laptop yang sesuai digunakan untuk ‘live streaming’. Budget adalah sekitar RM 2,000 – RM 3,000.
Oleh itu saya amat mengharapkan pandangan admin yang arif. Saya amat bebesar hati sekiranya admin dapat membantu. Terima kasih.
Sebelum itu, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Memang sedikit sukar membuat pilihan jika terlalu banyak informasi yang nak dihadam. Jangan risau saya akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Secara ringkasnya, tentukan tujuan utama penggunaan laptop tersebut dan sesuaikan dengan bajet di tangan anda. Sebagai contoh, jika hanya digunakan untuk tujuan asas, memadai mengambil spesifikasi laptop biasa-biasa sahaja seperti pemproses i3 atau i5, RAM 4 GB dan grafik Intel HD.
Jika laptop yang digunakan ada melibatkan editing, tak kisahlah editing foto atau video, pergi kepada gaming laptop (walaupun anda tidak bermain games). Spesifikasi begini biasanya mempunyai pemproses i5 (minimum), RAM 8 GB dan menggunakan grafik sama ada daripada Nvidia atau AMD.
Memandangkan anda hanya menggunakan laptop untuk tujuan asas, ada dua pilihan yang boleh anda ikut. Anda boleh pilih menggunakan laptop 2-in-1 atau menggunakan laptop tradisional.
Untuk laptop 2-in-1, anda boleh pertimbangkan beberapa model di bawah. Antaranya:
1. Microsoft Surface Go Intel Pentium Gold Processor 4415Y / 128 GB SSD / 8 GB RAM
2. Acer Switch 5 SW512-52-363J
3. HP ENVY x360 13-ag0001AU
4. Dell Inspiron 15 7579
5. Asus Vivobook Flip 14 TP410U-FEC026T
Sekiranya anda mahu menggunakan laptop tradisional pula, pertimbangkan beberapa model di bawah:
1. Acer Swift 3 SF315-51-520J
2. HP Pavilion 15-cx0078tx
3. LENOVO Ideapad 330-15ICH 81FK0057MJ
4. ASUS VIVOBOOK S S406U S406U-ABM243T
5. Dell Vostro 14 V5468-50814G-W10
Terima Kasih banyak Admin kerana telah membantu saya.
Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa di sini…
Hai. Sy nak tanya, laptop mana apa yang sesuai untuk internet marketer? Bisnes on9. Macam buat fb ads, edit video sikit2, download file2, key in database.. tq 🙂
Kalau ada melibatkan kerja-kerja editing foto dan video, laptop berikut boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Semua laptop yang dinyatakan amat sesuai untuk tugas-tugas asas dan editing yang tak berapa berat.
Assalamualaikum..jika laptop yang dibeli untuk membuat kerja & main games, adakah laptop brand hp & asus bagus ? or ade brand lain ?
budget nk beli laptop dlm 3k ke bawah
sye hrap admin dapat membantu
terima kasih 🙂
Untuk kategori gaming laptop, jangan hadkan hanya jenama HP dan Asus sahaja. Ada banyak lagi jenama yang bagus di luar sana. Antaranya:
1. LENOVO LEGION Y520-15IKBN 80WK014CMJ
2. Asus TUF FX504G-DDM616
3. Acer NITRO 5 (AN515-52-50WX)
4. HP Pavilion 15-CX0078TX
5. MSI GL62M 7RDX-2630
Semua laptop ini berharga di bawah RM3000.
sye x nak la utk main game sahaja..lbih kepada 2 in 1 klu blh..hehe
ty admin atas maklum balas
Jika bajet anda sekitar 3k..lebih baik gunakan laptop tradisional sahaja. Ya..memang ada laptop 2-in-1 di bawah 3k tapi spesifikasi laptop begini hanya biasa-biasa sahaja.
Assalam. Saya nak tanya, laptop hp 14-bs537tu sesuai tak untuk kegunaan student uni ??
Hai Syazwani, boleh saya tau kegunaan utama laptop ni? Sekadar buat kerja-kerja asas sahaja? Atau ada melibatkan kerja-kerja editing foto dan video? Gaming?
Terima kasih.
Assalamualaikum tuan, saya tengah mencari lap top untuk business online, fb ads, marketing, gaming sikit, untuk download file/movie/lagu/video. Untuk buat typing sikit. Yang paling penting untuk buat forex. Sebab saya banyak guna internet for online stuff. Tak mudah hang, tahan lama, tak mudah kena virus. Tak terlampau berat untuk bawa ke mana mana. Yang paling penting battery power, sebab pernah pakai acer. Dah berapa tahun battery problem, kena caj je. Kalau tak caj dia terpadam. Boleh tak bagi list, budget bawah 2500. Tapi kalau ada yang jauh lebih baik harga mahal pun takpa. Boleh suggest sikit 🙏 sebab ramai suruh guna asus or macbook air.
“Ada gaming sikit”?
Pergi kepada gaming laptop…ambil spesifikasi yang sedang-sedang pun OK sebab lain kali anda boleh naik taraf sendiri hardware dalam laptop tersebut.
Ada beberapa gaming laptop yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK014CMJ
2. Asus TUF FX504G-DDM616
3. Acer Nitro 5 (AN515-52-50WX)
4. HP Pavilion 15-CX0078TX
5. MSI GL62M 7RDX-2630
Maaflah…bajet anda perlu dinaikkan sedikit sekitar RM2800-RM3000.
Berkenaan dengan bateri laptop, secara purata jangka hayat mana-mana bateri hanya mampu mencecah 2-3 tahun sahaja.
Bercakap tentang virus pula, apa jua laptop yang kita gunakan perlu dipasang antivirus (sama ada percuma atau berbayar). Virus dahulu tidak sama seperti sekarang. Semua sistem operasi (terutamanya Microsoft Windows) berisiko untuk diserang.
Apa pendapat tuan tentang asus s14 vivobook? Kalau kurang main game, more to online stuff? Tu saya nak beli satu, satu lagi nak tanya dekat mana kedai tak kesah lah negeri mana yang tuan tahu, ada jual laptop secondhand terpakai yang trusted. Dan boleh percaya ke kalau beli laptop dekat lowyat? Sebab saya dengar banyak kes kerosakan barang, lepas setahun jahanam terus. Macam mana tu? Mohon pandangan dari yang pakar. Dan tolong bagi saya senarai laptop asus sahaja, laptop asus yang terbaik dari segi online stuff. Tengok youtube, download, sebab jenis saya ni kuat download movie gambar dan sebagainya.
Saya kalau boleh nak jenama asus sahaja, laptop asus yang terbaik. Recommend pls 🙏
Boleh…nanti saya jawab ya…
Hi AFtech
Saya sedang mencari satu laptop yang sesuai untuk saya gunakan bagi tujuan edit gambar, design poster, video.
Saya sebagai Penolong pegawai penyelidik (kimia). Mulai tahun depan saya akan menggalas tugas web master jabatan saya dan juga perlu “mereka grafik” bagi tujuan exhibition conference dan lain-lain. Satu tugas yang sangat baru bagi saya yang tak tahu apa-apa, saya akan ambil kelas2 yg berkaitan dlm masa terdekat ni.
Bajet saya bawah 3k (dlm rm2.7-rm2.6)
HP Pavilion 15-CS0033TX (rm2450)
– NVIDIA® GeForce® MX150 2GB GDDR5 dedicated. Adakah ini memadai?
– Display:15.6″ diagonal FHD IPS BrightView micro-edge WLED-backlit (1920 x 1080). saya suka yg ni sbb sgt clear.
– Memory, standard: 4 GB DDR4-2400 SDRAM (1 x 4 GB). Kedai bagi lagi freegift 4gb lagi.
Mohon juga cadangan jenama lain yang setara. (ASUS)
bajet kalau kene tambah pon xpe. (terpaksa)
Dia sebenarnya macam ni tuan..secara ringkasnya, tentukan tujuan utama penggunaan laptop tersebut dan sesuaikan dengan bajet di tangan tuan. Sebagai contoh, jika hanya digunakan untuk tujuan asas, memadai mengambil spesifikasi laptop biasa-biasa sahaja seperti pemproses i3 atau i5, RAM 4 GB dan grafik Intel HD.
Jika laptop yang digunakan ada melibatkan editing, tak kisahlah editing foto atau video, pergi kepada gaming laptop (walaupun tuan tidak bermain games). Spesifikasi begini biasanya mempunyai pemproses i5 (minimum), RAM 8 GB dan menggunakan grafik sama ada daripada Nvidia atau AMD.
Untuk bajet di bawah 3k, ada beberapa gaming laptop yang tuan boleh pertimbangkan. Antaranya:
1. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK014CMJ
2. Asus TUF FX504G-DDM616
3. Acer Nitro 5 (AN515-52-50WX)
4. HP Pavilion 15-CX0078TX
5. MSI GL62M 7RDX-2630
Ada sesetengah laptop yang saya senaraikan di atas MUNGKIN hanya mempunyai RAM 4 GB (boleh naik taraf sendiri di kemudian hari).
terima kasih.. info yg sgt menbantu
Terima kasih juga kerana tuan sudi meluangkan masa di sini..
hi,
1.Boleh cadangkan laptop untuk dodument typing office, ada sikit software Adobe
dan stylist sikit dan processor at least I7?
2. byk online especially di Lazada dan sebagainya. Adakah kita terdedah kepada
pelbagai risiko seperti rosak, refurbish dll. Asus banyak dipromosikan di kedai2
komputer biasa. Saya lebih prefer beli di kedai butik Asus sendiri tapi tiada
pulak di Penang.
Ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan di bawah RM2500. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Semua laptop di atas sesuai untuk kegunaan asas dan editing yang tak berapa berat.
Untuk soalan kedua, ya risiko itu tetap ada. Bukan sahaja di Lazada, Amazon dan Ebay juga ada risikonya. Biasanya penjual ada menyatakan sama ada sesebuah laptop tu “new”, “refurbished” atau “used” pada bahagian description.
Sebab itu kalau nak beli online kena tengok reputasi sesebuah syarikat tersebut. Dekat sini kita boleh lihat rating penjual tersebut, review dari pembeli, QnA dan sebagainya.
Macam di Lazada Malaysia sekarang, kebanyakan pengeluar laptop ini mempunyai kedai maya rasmi di website Lazada (LazMall).
Sambungan pertanyaan:
Bajet saya dalam RM2500
acer cepat rosak? x masuk akallah ikut pengalaman saya, saya sudah lama menggunakan laptop dalam masa yg sgt panjang seperti 2or3 tahun. ok saaj pun sebab saya guna dengan cermat dan selalu jaga kebersihan laptop ini walaupaun laptop running dalam 24jam sehari seperti download movieke apake biasalahkan lelaki. klo lelaki dia mesti tahu tu. heheheh. sorry. yg kedua aku sentiasa guna laptop pada aktiviti harian dan juga membuat assingment. yg ketiga aku xlah kuat manapun main games cuma biasa ja online seperti FB TWITTER dan seumpamanya. dan itulah pengalaman saaya menggunakan laptop acer aspire ES1-132-C6DW no fan. dan mempunyai processor N3350 celeron serta 4GB ram DDR3 dan HDD 500GB ok saaja pun. semuanya ok no problem cuma ada jugalah aku tersilap langkah kerana aku pernah abaikan laptop aku ketika mendownload movie dan tetiba boom bnyak seranga(semut) dalam screen laptop aku. tpi syukurlah teda juga kerosakan yg teramat serius hehehe.. ok sajabah laptop acer. lagi stu jgn kasih malubah pengguna acer seperti saya.. hehehhe #salam_dari_sabahan
Hai Zaki, saya setuju dengan pendapat anda. Selain daripada faktor jenama, cara kita menjaga dan menyelenggara laptop tu juga penting.
Saya cuma menyampaikan kajian yang telah dilakukan oleh pihak SquareTrade. Saya faham..tidak semua orang boleh menerima hakikat ni. Macam jenama Asus pun, ada sesetengah model keluaran mereka yang gagal.
Yang penting di sini, kita mesti tahu tujuan penggunaan sesebuah laptop. Sebagai contoh, ada sesetengah pengguna yang membeli spesifikasi laptop biasa-biasa, tetapi laptop tersebut digunakan untuk membuat kerja-kerja editing dan gaming. Ini juga salah satu sebab kenapa laptop tersebut akan cepat rosak.
Apa-apapun terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di sini.
#originalkeningausabahan
Apa pendapat tuan tentang asus s14 vivobook? Kalau kurang main game, sebab main game yang game online je untuk suka suka, rasa tak jadi masalah kan? Saya kuat sangat download movie, sehari kadang sampai 20 movie. Takut ketahanan laptop problem. Sebab saya more to online stuff? Tu saya nak beli satu, satu lagi nak tanya dekat mana kedai tak kesah lah negeri mana yang tuan tahu, ada jual laptop secondhand terpakai yang trusted. Dan boleh percaya ke kalau beli laptop dekat lowyat? Sebab saya dengar banyak kes kerosakan barang, lepas setahun jahanam terus. Macam mana tu? Mohon pandangan dari yang pakar. Dan tolong bagi saya senarai laptop asus sahaja, laptop asus yang terbaik dari segi online stuff. Tengok youtube, download, sebab jenis saya ni kuat download movie gambar dan sebagainya. Kalau boleh saya nak jenama asus sahaja, model asus yang terbaik. Recommend pls, harga 1000-3000 sahaja. Kalau atas dari 3000 tak mampu.
Boleh bagi model penuh Asus s14 Vivobook ni? Kalau anda online lebih 8 jam sehari dan kaki download, better pergi kepada gaming laptop.
Boleh saya tahu anda tinggal di negeri mana supaya senang nak recommend kedai yang dekat dengan anda.
Berkenaan dengan Lowyat, ini saya sendiri kurang pasti. Kadang-kadang masalah bukan dari kedai, tapi cara pengguna tersebut menggunakan laptop. Saya bagi contoh mudah, ada sesetengah pengguna laptop membeli laptop biasa-biasa, tetapi laptop tersebut digunakan untuk buat kerja-kerja editing dan gaming. Laptop biasa-biasa tidak direka untuk kegunaan lasak. Sebab itu banyak kes laptop rosak dalam tempoh 1-2 tahun. Atau ada juga kedai yang mungkin menjual laptop “refurbished” atau “used” tetapi pelanggan tidak tahu tentang perkara ini.
Berikut adalah beberapa jenama Asus yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Asus TUF FX504G-DDM616 (OS kena install sendiri)
2. Asus ROG FX553V-DDM1025T
3. Asus TUF FX504G-DDM491T
Salam Admin,
Saya sedang mencari satu laptop yang sesuai untuk saya gunakan buat kerja, banyak mendonload file, dan tahan lasak dalam budget 3000 kebawah. Di satu kedai saya jumpai sebuah laptop Asus A407U, dengan spec
Intel i5-8250U up to3.4 GHz
Windows 10
14 inch HD
Nvidia Mx 110 2 GB
4 GB RAM DDR4
1TB HDD
Harga RM 2999
Sy cb cari maklumat di internet tentang laptop Asus ni, tp tak ada yg i5, yg ada i3 sahaja. Apa pandangan tuan ttg ini?
Hai Lia Afriza, mungkin Asus Vivobook A407U-BBV177T yang anda maksudkan?
Bagi saya model tersebut sesuai untuk kegunaan asas seperti Microsoft Office, dengar lagu, tengok movie, surfing Internet, download dsbnya. Laptop ini juga boleh digunakan untuk buat kerja editing yang tak berapa berat (dan gaming ringan).
Selain jenama, faktor tahan lasak sebenarnya banyak bergantung kepada cara kita menjaga laptop tersebut.
Hai admin saya student mengambil pentadbiran awam. Boleh suggestkan laptop bawah 1500 atau bawah 1400. Kegunaan sy untk buat kerja2 assignment meggunakan Microsoft dan sebagainya, dgr lagu, menonton wayang. Ada juga kerja2 editing ringan2 shj menggunakan photoshop dan mengedit video. (Kerja editing ni utk kegunaan satu semester shj) kegunaan sy lebih kepada menaip. Laptop apa yang sesuai?
Hai Aina, dengan bajet di bawah RM1500 anda akan mendapat spesifikasi yang sangat asas. Maksudnya laptop mungkin sedikit lembab dan tidak sesuai untuk membuat kerja-kerja editing.
Ada beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan bajet anda. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 (A315-32-C6SE)
2. Lenovo Ideapad 330-15AST 81D6005YMJ
3. HP Notebook 14-bw053AU
4. Asus A407M-ABV101T
5. Dell Inspiron 15-3567
Bagaimana dengan Asus 540L-AXX1015D?
Kalau dilihat dari segi spesifikasi..laptop ni hanya sesuai untuk kegunaan asas dan tiada operating system (OS) Windows.
Maksudnya, anda kena install sendiri Windows dalam laptop ni atau minta kedai yang pasangkan.
Untuk buat editing ringan-ringan pun mungkin sedikit sukar sebab laptop hanya mempunyai grafik “integrated” (Intel).
Kalau bajet anda tak berapa tinggi, saya sarankan anda memilih HP Notebook 14-bw053AU. Walaupun bukan antara yang terbaik, spesifikasi laptop ini agak sesuai untuk buat editing yang tak berapa berat di samping untuk kegunaan asas seperti Office, tengok movie, dengar muzik, surfing Internet, gaming ringan-ringan dan dsbnya..
Antara model yang admin syorkan tu. Yang manakah paling terbaik dan tidak mudah hang..tq kerana menjawab semua soalan sy.
Hai Aftech, sy sedang mencari laptop yg bersesuaian, penggunaan sy, download di internet, bermain saham, surfing internet,microsof office, bajet bawah rm2500. Harap dapat bantu sy. Terima kasih
Hai Isa, terima kasih kerana singgah di sini. Ada beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Acer Aspire E14-E5-476G-53M0
2. HP Pavilion x360 14-cd0021tx
3. Lenovo IDEAPAD 330-15IKBR 81DE00EFMJ
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T
5. Dell Inspiron 3467-50412G-W10
Saranan daripada saya, jika anda mementingkan kelajuan..pergi kepada Acer Aspire E14-E5-476G-53M0. Laptop ini dikira pantas kerana menggunakan teknologi SSD (disamping 1 TB HDD).
Hai Aina, antara 5 laptop tersebut hanya HP Notebook 14-bw053AU 14″ (A6-9220, 4 GB, 500 GB, ATI, W10H) yang mempunyai “dedicated” grafik. Lain-lain laptop hanya mempunyai “integrated” grafik (biasanya Intel HD) yang bermaksud ia kurang sesuai untuk kerja-kerja editing.
Nasihat daripada saya, ambil HP Notebook 14-bw053AU 14″ sekiranya kerja anda nanti melibatkan editing foto/video.
Salam, Hai..sy Ain..boleh suggest bbrapa model/jenama laptop yg terbaik untuk kegunaan hal kerja, video, music, games dgn bajet RM2000 ke bawah?
Hai Ain, rasanya bajet anda perlu dinaikkan sedikit (sebab melibatkan gaming)..sekitar RM2300-RM2500. Ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan di bawah. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Assalamualaikum tuan, nak tanya mana lebih baik pc atau laptop? Saya nak beli laptop secondhand then ada satu LG gaming monitor(pc right). Kegunaan dia sama ke? Boleh tak bagi perbazaan pc and laptop. Sebab harga monitor ni 460 used jugak, tapi ada warranty lagi. Keliru nak pilih mana. Bagus ke LG ea? Apa keburukan dia? And boleh suggest nak pilih mana. Sebab saya beli untuk download, youtube je. Buka media social, game simple simple tak berat.
Mungkin soalan yang lebih tepat adalah di antara “desktop computer” dengan “laptop”…yang mana satu lebih baik?
Ini bergantung kepada diri anda sendiri. Kalau anda banyak bergerak / membuat kerja di luar, laptop mungkin pilihan yang tepat. Sebab mudah nak bawa ke mana-mana berbanding dengan desktop computer.
Perbezaan desktop computer dengan laptop?
– dengan spesifikasi sama (biasanya), kos desktop computer lebih murah berbanding laptop
– desktop computer lebih mudah nak upgrade hardware
– kelebihan laptop pula mudah nak bawa ke mana-mana
– alat ganti untuk laptop biasanya agak mahal
Salam.
Saya memerlukan laptop tradisional utk tujuan belajar part time. Saya perlukan model yg ringan kurang 1.5kg dan mengunakan SSD. Bajet dalam RM1500-RM2000. Terima lasih
Hai Yus, laptop yang sesuai untuk anda adalah Acer Swift 1 (SF113-31-P8AJ). Harganya sekitar RM1800-RM1900 dengan berat 1.3 kg. Laptop ini turut dilengkapi 128 GB SSD sebagai storan utama.
Assalamualaikum…anak mengikuti khursus kejuruteraan mekatronik di ipta….memerlukan laptop yg Ada Auto Cad…… boleh tuan cadangkan laptop apa yg sesuai untuknya…Dan printer yg apa sesuai Dan berbaloi …untukbdia gunakan…sesuai dengan khurususnya itu.
Puan boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK014CMJ
2. Asus TUF FX504G-DDM616
3. Acer Nitro 5 (AN515-52-50WX)
4. HP Pavilion 15-CX0078TX
5. MSI GL62M 7RDX-2630
Untuk printer pula, ada beberapa jenama dan model yang puan boleh pilih. Antaranya:
1. Canon Pixma E480 Ink Efficient All In 1 Inkjet Printer
2. HP DeskJet Ink Advantage 3777 AIO Printer
3. Brother DCP-J100 Inkjet Printer
salam. Saya nak cari laptop yang sesuai untuk beginner. Saya cuma nak guna laptop untuk layar internet,tengok video,save gambar dengan lagu sahaja.Bajet 1200 camtu laptop apa yang sesuai?
Hai Anna, anda boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. Acer Aspire ES14 ES1-432-C8AR
2. Lenovo IdeaPad 120S-11IAP 81A400KQMJ / 81A400KPMJ
3. HP 14-ck0097TU/ck0096TU
4. Asus Vivobook Max X541N-AGO282T
Hai, saya seorang pelajar dan laptop ape yg sesuai dengan budget RM1500-2000. Laptop yg spec untk editing. Terima kasih
Hai Izz, rasanya bajet anda perlu dinaikkan sedikit (sebab melibatkan editing)..sekitar RM2300-RM2500. Ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan di bawah. Antaranya:
1. Dell Vostro 5468-20412G (RM2300-RM2400)
2. Acer Nitro 5 AN515-41-F6UH (RM2400-RM2500)
3. HP ELITEBOOK 745 (G3) (RM2300-RM2400)
4. ASUS VIVOBOOK A442U-FFA040T (RM2400-RM2500)
5. Lenovo YOGA 520-14IKB 80X8015CMJ (RM2400-RM2500)
Harap membantu anda.
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.
Saya bukan nak minta pendapat membeli laptop, tetapi saya nak bertanya masalah laptop saya memandangkan pihak tuan menyediakan khidmat membaiki laptop.
Laptop saya sekarang mengalami masalah “Blue Screen”. On tak sampai limit akan jadi simtom ni. Apakah jalan penyelesaian terbaik dan anggaran untuk selesaikan masalah saya.
Laptop saya adalah jenis HP Compaq Presario CQ40.
Terima kasih.
Hai Ryza, skrin biru atau Blue Screen of Death (BSod) akan dipaparkan apabila sistem operasi (OS) mencapai keadaan di mana ia sudah tidak boleh beroperasi dengan selamat.
Terdapat banyak sebab kenapa “blue screen” boleh berlaku. Antaranya:
[❌] Berlaku konflik pada pemacu peranti (device driver)
[❌] Versi DLL yang tidak serasi
[❌] Sistem operasi dijangkiti perisian berniat jahat (malware)
[❌] RAM kotor atau rosak
[❌] Bekalan kuasa yang tidak stabil
[❌] Perkakasan yang digunakan melebihi had spesifikasinya (overclock)
[❌] Terdapat “bad sectors” pada cakera keras (hard disk)
[❌] Suhu terlalu tinggi (overheating)
Cuba buat troubleshooting yang mudah dulu. Untuk Windows 7, hidupkan laptop, tekan F8 beberapa kali (tekan F8 beberapa kali sebelum logo Windows muncul).
Jika berjaya, paparan Advanced Boot Options akan muncul. Pilih Safe Mode (atau Safe Mode with Networking). Setelah masuk ke dalam Safe Mode, lakukan System Restore.
Caranya?
Klik Start, taip system restore dan tekan Enter. Tetingkap System Restore akan muncul. Klik butang Next.
Selepas itu, isikan tanda semak pada Show more restore points. Pilih TARIKH sebelum berlakunya blue screen pada laptop anda. Kemudian klik Next.
Klik Finish dan Yes. System Restore akan berjalan selepas itu. Tunggu hingga selesai. Biasanya masalah anda akan selesai di sini.
Tapi…
Ada masanya blue screen tetap juga berlaku ketika berada di dalam Safe Mode. Untuk masalah ini, fokus kepada masalah perkakasan laptop seperti RAM dan cakera keras (hard disk).
Suhu laptop yang terlalu tinggi (overheating) juga boleh menyebabkan masalah ini. Tukar thermal grease dan thermal pad (sekiranya ada) yang baru serta bersihkan kipas laptop sekiranya debu terlalu tebal.
Terima kasih admin atas penerangan. saya akan cuba ikut yg di ajar di atas.
👌
Bleh bg suggestion laptop pe yg ssuai mostly hanya untuk tgok movie? Bajet dlm rm1500.kalo de yg jenis skrin kecik pon ok gak sbb sng nk bw. Not a student & hanya utk kegunaan basic je. Tq.
Hai Sha, boleh tak ada masalah. Ada beberapa laptop yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan bajet anda. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 (A315-32-C6SE)
2. HP Notebook 14-bw053AU
3. Lenovo IdeaPad 120S-14IAP 81A500GRMJ
4. ASUS Vivobook Max X541N-AGO280T
5. JOI Book 100 A147DG
Harap membantu anda.
Hye admin, I nak tnye mcm mne nak recover i pnye password… I dah lame xon laptop (acer) and I dah lupe pasword I… TQ admin…
Boleh saya tahu apa sistem operasi (OS) yang anda gunakan?
window 7
Untuk masalah terlupa kata laluan, saya biasanya menggunakan Ultimate Boot CD.
Anda boleh memuat turun perisian percuma (ya, kena ada laptop lain untuk muat turun) daripada laman web rasmi mereka.
Setelah selesai, salin (burn) imej iso tersebut ke dalam CD atau DVD kesukaan anda.
Sekarang hidupkan laptop Acer anda dan masukkan CD/DVD UBCD ke dalam pemacu CD/DVD-ROM. Pastikan juga pemacu CD/DVD-ROM berada di kedudukan pilihan pertama (anda boleh lihat melalui BIOS).
Jika tiada masalah, paparan Ultimate Boot CD akan muncul selepas beberapa saat. Pilih Parted Magic dan tekan kekunci Enter.
Hanya tekan Enter jika ada pilihan yang perlu dipilih sehingga anda berjaya masuk ke dalam “desktop” Parted Magic.
Pergi ke Start > System Tools > PC login now. Klik next untuk meneruskan…
Pilih sistem operasi yang anda gunakan (dalam kes ini, Windows 7) dan klik next.
Pilih pengguna (ini biasanya nama anda) yang berkenaan kemudian tandakan kotak yang tertulis “password is empty”. Klik next selepas itu.
Mulakan semula (reboot) laptop anda secara manual dengan pergi ke Start > logout > reboot.
Apabila sistem cuba memasuki Windows, anda akan diminta menaip kata laluan yang baru.
Semoga berjaya.
Assalamualaikum , saya mahu bertanya bagaimana cara boleh menilai Kelajuan , ketepatan dan konsistensi sesuatu laptop semasa membeli laptop ? apa yang perlu dipertimbangkan ye ?
Hai Akram, anda boleh melihat melalui spesifikasi laptop tersebut. Lihat daripada pemproses yang digunakan, jenis storan, jumlah RAM yang ada dan jenama laptop tersebut.
Kalau anda mementingkan kelajuan, jangan gunakan cakera keras tradisional, pergi kepada solid-state drive (SSD).
Kalau tugas anda banyak membuka aplikasi serentak (contoh, buka banyak tab pada Google Chrome) pastikan RAM anda sekurang-kurangnya 4 GB – 8 GB. Jika tidak, laptop akan “hang” atau “freeze” ketika membuka program.
Pemproses yang anda pilih turut memainkan peranan yang penting di sini. Jika anda menggunakan pemproses daripada keluarga Intel, cuba dapatkan Intel i5 (minimum) dan ke atas.
Jenama pula tidak terlalu berpengaruh..sebab ini banyak bergantung kepada cara kita menjaga dan menyenggara laptop tersebut.
Boleh cadangkan laptop yang bawah 1500 tapi bagus dan tak mudah rosak dan x mudah jem. Utk kegunaan menyiapkan assignment dan kegunaan asas
Kalau model Asus 540L-AXX1015D bagus x?
Hai Aina, Ada beberapa komputer riba yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan bajet anda. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 (A315-32-C6SE)
2. HP Notebook 14-bw053AU
3. Lenovo IdeaPad 120S-14IAP 81A500GRMJ
4. ASUS Vivobook Max X541N-AGO280T
5. JOI Book 100 A147DG
Untuk soalan yang kedua, spesifikasi dah OK cuma masalahnya jika nak guna Windows, anda terpaksa memasang sendiri sistem operasi Windows atau minta bantuan daripada kedai.
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Saya sedang survey laptop untuk anak saudara saya (student ). Jenis laptop apa yang sesuai untuk kegunaan basic student buat assignment, dengar lagu, anti virus yang sesuai ,Windows yang ok dan juga processor. Harga budget dalam 2500 ke bawah.Lokasi kedai yang harga berpatutan sekitar PJ /KL?.
Terima Kasih
Hai Syida, untuk kegunaan asas saya menyarankan anda memilih pemproses sekurang-kurangnya Intel i3 atau i5 (sekiranya anda memilih keluarga Intel), RAM cukup setakat 4 GB, untuk jenis storan sebaiknya gunakan SSD jika anda mementingkan kelajuan dan sistem operasi yang patut anda pilih adalah Windows 10.
Untuk antivirus pula, ada beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan. Anda boleh baca info selanjutnya di sini.
Ok, berikut adalah beberapa jenama laptop yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan penggunaan dan bajet anda. Antaranya:
1. HP 14s-cf0059TX Laptop/ Notebook
2. Acer Swift 3 SF314-51-5096
3. Dell Latitude Ultrabook E7450
4. Lenovo Ideapad 320S 131KB 81AK000TMJ
5. Asus VivoBook S406U-ABM258T -Gold
Hi sya pljr uni plan nak beli laptop untuk assignment Microsoft, tngk movie, dngr lagu kadang main game online contohnya game kat fb boleh cadangkan model laptop yg sesuai ke? budget rm2000-2700 lebih sikit takpe yg penting tak mudah rosak hehe.
ade brapa recommendations dr kawan:
-acer swift 3 sf314-54
-hp pavilion 15 cs0033tx
-acer aspire 5 a515 mx150
menurut tuan mana lebih baik? or tuan ade suggestion lain? ☺
Hai Sandra, antara ketiga-tiga komputer riba di atas, ambil Acer Swift 3 SF314-54.
Sebab apa?
Storan yang digunakan adalah 128 GB SSD + 1 TB HDD.
Maksudnya, komputer riba ini boleh dikatakan agak laju untuk “loading” sistem operasi Windows, buka apa-apa program pun cepat di samping boleh digunakan untuk menyimpan data yang banyak (pada 1 TB HDD).
Saiz RAM 4 GB DDR4 pula sudah dikira memadai untuk kegunaan anda. RAM ini juga boleh dinaik taraf pada masa akan datang.
Faktor cepat rosak sebenarnya banyak bergantung kepada cara penjagaan komputer riba tersebut.
Saya bagi contoh mudah, ramai pengguna membeli komputer riba murah tetapi ia digunakan untuk kerja-kerja berat seperti membuat suntingan foto dan video serta bermain permainan video.
Spesifikasi komputer riba yang rendah tidak sesuai untuk tugas-tugas lasak. Sepatutnya kena guna gaming laptop jika ada melibatkan kerja-kerja suntingan foto dan video.
Harap penjelasan ini membantu anda.
Salam..saya nak minta pendapat encik..saya sedang survey laptop yang sesuai untuk buat bisness..HUAWEI MateBook D (Silver) Intel i5-8th Gen/8GB/256GB SSD sesuai tak untuk saya atau encik ada cadangan lain utk saya..bajet RM3000 kebawah..
Terima kasih
Hai Zura, spesifikasi komputer riba yang anda nyatakan lebih daripada mencukupi untuk tujuan kerja anda.
8 GB RAM sesuai digunakan untuk berbilang tugas (multitasking) seperti membuka banyak program dalam satu-satu masa.
Masa untuk “loading” sistem operasi juga agak laju, buka program lebih pantas dan salin fail sangat responsif kerana menggunakan SSD.
Saya rasa komputer riba ini pilihan yang ideal untuk anda.
Terima kasih tuan atas jawapan. Maaf saya ada 1 soalan lain. Brand huawei ni jarang orang pakai. ok ke tuan? saya tengok kebanyakan lebih kepada hp. Apa yang saya lihat daripada komen tuan. Tuan tidak cadangkan brand huawei dalam list cadangan tuan. saya harap soalan saya jelas dan tuan boleh bantu saya 🙂
Sejujurnya laptop jenama Huawei ini tidak pernah masuk ke kedai kami. Jadi agak sukar untuk membuat ulasan yang adil.
Tapi, berdasarkan beberapa ulasan daripada blog lain laptop ini masih boleh dipercayai (reliable). Kebanyakan mereka memberi rating 4/5 kepada jenama ini.
Saya rasa itu isyarat yang jelas bahawa jenama ini boleh anda pertimbangkan. Spesifikasi pun saya kira dah cukup OK.
Harap membantu anda.
Hai selamat petang. Saya baru terbaca post ni tp saya baru2 ni dah beli laptop Lenovo Yoga 330 Intel PENTIUM SILVER tujuan untuk buat assignment. So adakah pilihan saya betul atau tidak. Hope ada nasihat yang boleh membantu.Tq.
Hai Cornelius, terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini.
Kalau setakat buat assignment tak ada masalah nak ambil spesifikasi yang rendah sikit.
Kecuali…
Jika kerja anda ada melibatkan suntingan grafik dan video, komputer riba ini kurang sesuai digunakan.
Bagi saya, setakat untuk kegunaan asas seperti buat assignment dah dikira memadai.
Jangan risau, ok.
Laptop bawah 1500 yang terbaik apa ye? Boleh recommend?
Boleh, ada beberapa komputer riba yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan bajet anda. Antaranya:
1. Acer Aspire 3 (A315-32-C6SE)
2. HP Notebook 14-bw053AU
3. Lenovo IdeaPad 120S-14IAP 81A500GRMJ
4. ASUS Vivobook Max X541N-AGO280T
5. JOI Book 100 A147DG
Semua komputer riba di atas sesuai untuk kerja-kerja asas sahaja seperti Microsoft Office, melayari Internet, mendengar muzik dan menonton wayang.
Haii ….. Sya seorang pelajar perubatan jadi saya tak rasa sya memerlukan laptop untuk kegunaan yang berat tapi sya mahu mencari laptop yg tahan lama .. Dan kalau boleh sya mahu yg 2 in 1 sbb snang dibawa ke mana2 .. Secara umumnya saya menggunakan laptop untuk basic seperti assignment, presentation, email, microsoft dan storage sbb sya suka download movie … Dan saya jga mementingkan kelajuan untuk melayari internet dan sebagainya .. Bajet sya bwah RM3000.. Antara laptop yg telah menarik perhatian sya ialah
-hp pavillion X360-14
-asus vivobook flip 14 TP401NA
-lenovo ideapad 330s
Yg mna pling bgus ye n kalau ada cadangan yg lebih baik ke ? Kalau bleh sya nk tahu ASAP ..terima kasih ye
Hai Lucy, ambil pilihan yang pertama (HP Pavilion x360 14-cd0021TX) sebab anda memerlukan storan yang besar untuk menyimpan movie.
Terima kasih ya .. N kalau untk laptop traditional ada suggestion x ?
Untuk laptop biasa @ tradisional, anda boleh pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:
1. HP Pavilion 14-bf103tx
2. Acer Nitro 5 (AN515-52-50WX)
3. ASUS VivoBook S S510U-QBQ387T
Semua laptop di atas sesuai untuk kegunaan seperti assignment, presentation, surfing Internet, check e-mel, dengar muzik, tengok movie, buat editing ringan-ringan dan yang paling penting mempunyai storan yang besar untuk menyimpan movie kegemaran anda.
Harap membantu anda.
Saya nak tanya, apakah laptop paling terbaik dibawah Rm3000? Saya pelajar Komunikasi dan Media. Kalau tuan jadi saya, tuan akan pilih mana laptop bawah Rm3000?
Hai Aman, kalau saya berada di tempat anda sudah tentulah saya akan memilih spesifikasi yang tinggi mengikut bajet yang ada.
Sebab apa?
Supaya tidak perlu menaik taraf perkakasan (seperti RAM dan cakera keras) untuk beberapa tahun akan datang.
Laptop seperti Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK0128MJ boleh anda pertimbangkan dalam senarai pilihan anda.
Terima kasihhhh. Lenovo itu lebih bagus daripada MSI GL62 6QF-825MY ya? Ke MSI tu lagi ok? Kalau boleh saya memang nak beli Lenovo tu terus kalau sesuai nak guna untuk editing
Jenama MSI memang di antara yang terbaik cuma kalau dibuat perbandingan, spesifikasi laptop Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK0128MJ tinggi sedikit berbanding dengan MSI GL62 6QF-825MY.
Lagipun kalau saya tak silap harga laptop MSI ini agak mahal jika dibandingkan dengan laptop Lenovo.
Kalau saya berada di tempat anda, saya akan memilih laptop Lenovo.
Ya, laptop Lenovo ini boleh digunakan untuk kerja-kerja editing foto dan video (di samping bermain games).
Harap membantu anda.
Laptop Lenovo tu dah tiada jual dipasaran. ☹️.. Asus TUF Gaming FX504 ok tak? Selepas ni Lenovo.. apa yg terbaik bawah Rm3000??
Assalamualaikum…saya nak tanya, kita pilih laptop berdasarkan kelajuan , ketepatan & konsistensi untuk buat kerja terutamanya bila kita buat bisnes(online). yg x mudah lagging n so on..boleh terangkan x tntg spesifikasi pilihan tu?tq..
Boleh saya tahu anggaran bajet anda? Terima kasih.
Bos sye ade berkenan dgn laptop acer aspire 3 amd a6, bgi sye, sye nk laptop yg sesuai utk basic gaming, bisnes, n study. Ape pendapat bos
Spesifikasi laptop ini hanya sesuai untuk kerja-kerja asas sahaja. Tak boleh paksa untuk gaming yang terlalu berat.
Ya, bagi saya laptop ini sesuai untuk kegunaan anda. Tak ada masalah.
Hai, saya sudah baca komen diatas sambil lihat apa suggestion boss, untuk kerja2 editting video dan gambar ikut perisian photoshop, boss suggest ASUS ROG FX553V-DDM1025T atau DDM282t.
Cuma nak tanya, Asus 1025t dengan panel matte, sesuai atau tak untuk paparan gambar mengikut hasil yang akan diprint? atau, antara panel matte or glossy yang mana lebih sesuai untuk ketepatan paparan mengikut hasil.
Tidak semestinya kena pilih jenama Asus… tuan juga boleh pertimbangkan jenama lain.
Paparan “matte” atau “glossy”?
Ini sebenarnya cuma kemasan permukaan skrin tersebut. Jika tuan kerap bekerja di luar, paparan jenis “matte” mungkin lebih sesuai untuk tuan.
Jika sebaliknya, paparan jenis “glossy” lebih sesuai sebagai pilihan. Tiada masalah sekiranya tuan mahu menggunakan “matte” atau “glossy” sebab ini cuma lebih kepada citarasa kita sahaja.
Pernah dengar panel TN dan IPS?
Untuk kerja-kerja yang banyak melibatkan suntingan gambar dan video, panel yang sesuai adalah jenis IPS.
Manakala panel jenis TN pula sering menjadi pilihan pemain video (gamer). Kena ingat, tiada panel yang terbaik kerana kedua-dua jenis panel ini mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Assalamualaikum. saya student IT..Saya nak tanya laptop Nec versapro VX-A core i5 (toshiba) sesuai tak untuk kerja-kerja saya kerana saya mencari bajet yang rendah.. Dan sekiranya ia di upgrade dari window 7 ke window 10, adakah ia sesuai digunakan?
Hai Miaa, nak cakap sesuai pun susah juga sebab bajet anda tak berapa tinggi…tapi untuk sementara…rasanya tak ada masalah.
Pendapat saya, sekiranya perisian yang digunakan masih disokong oleh Windows 7, lebih baik gunakan Windows 7 sahaja. Tak perlu naik taraf ke Windows 10.
Hai saya seorg guru nak tanya pendapat tuan laptop yg sesuai untuk kerja2 online, download dokumen, kerja2 yg menggunakan microsoft office, download crita, mengajar menggunakan laptop..dr info yg tuan senaraikan sy berminat dengan Windows 10, Chrome os, 2in1, Skrin 13,14@15, Risolusi HD, Intelcore i5, Ram 4gb, Pemproses amd ryzen mobile, Ssd, intergrated ghrapic chip..laptop jenis apa yg da ciri2 yg sy nak..bajet dalam rm3000 ke bwh
Cikgu boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. Microsoft Surface Go (MCZ-00012)
2. HP Pavilion x360 Convertible 14-CD1041TX Notebook 5HV99PA Gold
3. Acer Switch 5 SW512-52-363J
Saya mencari laptop yang sesuai untuk anak saya .Beliau merupakan pelajar kejuruteraan awam…bidang yang merangkumi tentang struktur bangunan…jalanraya….peparitan….logistik…dapatlah kiranya pihak anda membantu saya dalam membuat pemilihan yang tepat…Terima kasih
Kalau saya tak silap pelajar kejuruteraan menggunakan perisian AutoCAD…
Puan boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. HP Pavilion 15-cx0153tx
2. ASUS TUF FX504
3. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK0128MJ
4. MSI GL63 8RC-252
5. ACER NITRO 5 AN515-52-50WX
kalau saya pilih ASUS TUF FX504 bagus kot…byk sgt piliihan saya dah tak tahu yg.mana…tqvm
Boleh.. tak ada masalah.
Hai sy cr laptop yg paling elok utk main game. Vdeo. Edit gmbr. Bnd berat2 sy buat bsnes online. Masa yg sama sy minat game gila2. Yg blh support smua jnis game. Vr smua tu. Laptop apa yg ssuai eh. Bajet tak kesah janji elok. 1lg yg bttry tahan lama
Hai Sha, anda boleh pertimbangkan beberapa laptop di bawah. Antaranya:
1. MSI GE75 8RE 021MY RAIDER RGB
2. ASUS ROG Strix Scar 2 GL504G-SES072T
3. Thunderobot 911 GT-Y6 17.3″ Gaming Notebook
4. Acer Predator Triton 700 PT715-51-775U Gaming Laptop
5. Lenovo Legion Y920 17IKB-80YW0030MJ
6. Dell Alienware CAV17-87818G-1070
7. HP Omen 17-AN023TX
Bajet kena kuat kalau nak beli salah satu laptop di atas. Semoga berjaya.
Hai, input yang bagus
Sy mahu tanyakan cadangan,
Sy selalu menggunakan laptop untuk mengedit video, 3d modelling, bermain game online, boleka kalau cadangkan laptop yang sesuai? Serta kalau bole laptop yg murah dalam lingkungan 2-3 ribu dan juga ringan serta bateri tahan lama
Hai Harith, boleh tak ada masalah.
Anda boleh pertimbangkan beberapa buah komputer riba di bawah berdasarkan tujuan kegunaan dan bajet anda. Antaranya:
1. HP Gaming Pavilion 15-cx0078tx
2. Acer Nitro 5 AN515-52-50WX
3. ASUS TUF Gaming Series FX504
4. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK014CMJ
5. MSI GL62M 7RDX-2630 Gaming Laptop
terima kasih ats perkongsian. saya nak beli notebook. boleh tak nak mintak cadangkan notebook yg sesuai utk pelajar uni.
Kena spesifikkan lagi soalan…seperti tujuan kegunaan? Kegunaan asas atau lebih berat (editing)? Anggaran bajet?
Terima kasih.
Assallamualaikum encik.
Saya mahu membeli note book untuk buat kerja kursus tingktan 6 dan untuk melakukan tugas asas yg lain. Anggaran budget saya bawah rm 1500.. Selain itu, saya gemar mendownload movie. Boleh cdgkn tak notebook yg sesuai?
Hai Ana, boleh tak ada masalah. Anda boleh pertimbangkan beberapa komputer riba di bawah. Antaranya:
1. HP 14-BS577TU/ 14-BS580TU/ 14-BS581TU
2. Lenovo Ideapad 110-14IBR 80T6009TMJ
3. Acer Aspire 3 A315-32-C6SE
Salam. minta pandangan laptop apa yang sesuai untuk anak yg sedang belajar animasi 3D, katanya banyak gunakan maya. Saya kurang faham tentang ini. Tolong beri penjelasan dan jenis laptop yang bole digunakan dan harga.
Dia sebenarnya macam ni puan..secara ringkasnya, tentukan tujuan utama penggunaan komputer riba tersebut dan sesuaikan dengan bajet di tangan puan. Sebagai contoh, jika hanya digunakan untuk tujuan asas, memadai mengambil spesifikasi yang biasa-biasa sahaja seperti pemproses i3 atau i5, RAM 4 GB dan grafik Intel HD.
Jika komputer yang digunakan ada melibatkan editing, tak kisahlah editing foto atau video, pergi kepada gaming laptop (walaupun anak puan tidak bermain games). Spesifikasi begini biasanya mempunyai pemproses i5 (minimum), RAM 8 GB dan menggunakan grafik sama ada daripada Nvidia atau AMD.
Untuk bajet di bawah 3k, ada beberapa gaming laptop yang puan boleh pertimbangkan. Antaranya:
1. Lenovo Legion Y520-15IKBN 80WK014CMJ
2. Asus TUF FX504G-DDM616
3. Acer Nitro 5 (AN515-52-50WX)
4. HP Pavilion 15-CX0078TX
5. MSI GL62M 7RDX-2630
Ada sesetengah komputer riba yang saya senaraikan di atas MUNGKIN hanya mempunyai RAM 4 GB (boleh naik taraf sendiri di kemudian hari).
hi, nak tanya apa beza antara asus S15 S510U-QBQ387T dengan S15 S510U-QBQ620T . sebab saya tengah buat research antara dua laptop ni untuk ada saudara yang akan lanjutkan pelajaran . mana yang terbaik?? tq
Hai Wahyuni, kedua-dua model ini hampir serupa dari segi spesifikasi kecuali pada bahagian pemproses.
Jika saya berada di tempat anda, saya akan memilih Asus Vivobook S15 S510U-QBQ620T.
oh terima kasih pendapat anda, kalau tak keberatan boleh ke terangkan kat saya apa kah kelebihan asus vivobook S15 S510U-QBQ620T? 😊
Assalam Tuan. Saya ingin mencari laptop yg tahan lasak dan boleh pakai lama. Saiz pon tidak berapa berat. Yg paling penting laju dan sesuai utk buat kerja edit photo dan video, office document, storage yg besar (plan nk pakai ssd utk Operating + high speed n storage HDD utk data storage), gaming, internet semestinya kerana sy banyak bermain dengan website editing dsb. Kalau boleh design nya pon stylo juga. Boleh rekemen sy beberapa model yg sesuai dan berbaloi dengan harga serta spec yg sekali? Tidak pasti samada nak pakai intel atau amd. Terima kasih Tuan.
Hai Pae, kebanyakan gaming laptop memang berat gila! Ada beberapa gaming laptop yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya:
1. Acer Predator Helios 300 (PH315-51-510T)
2. MSI GL63 8SE
3. Thunderobot 911 Air (THR-6970796742733)
4. Lenovo Legion Y530-15ICH 81LB001GMJ
5. HP OMEN 17-an023TX
6. Asus TUF FX705G-MEV169T
Kalau saya tak silap, harga gaming laptop di atas sekitar RM4000-RM8000.
Minta pandangan bagi pelajar kejuteraan awam laptop mana yang sesuai,ada lukisan bangunan…struktur jalanraya &logistics..editing….presentation…semoga boleh membantu
Sama kes dengan sy ni.. student civil eng. Sy plan nak guna galaxy tab s4 shj utk study.. senang nak amik nota.. lg 1 byk apps android dah support software