Gaming Laptop di Bawah RM5500 Untuk Gamers Sejati!

gaming laptop murah

Gara-gara artikel ini, saya mendapat banyak pertanyaan daripada pengunjung blog tentang pemilihan gaming laptop yang murah.

Bukan itu saja, saya turut menerima soalan yang sama di Facebook Page kami.

Saya akui tidak mampu menjawab semua soalan tersebut.

Makanya artikel ini ditulis khusus untuk anda semua.

Supaya tidak tersalah beli dan menyesal di kemudian hari.

Tentukan sama ada mudah alih atau tidak

Umumnya, semakin berkuasa laptop tersebut maka semakin kurang “kemudahalihannya”.

Contohnya, jika anda merancang untuk menyimpan laptop di rumah, paparan 17 atau 18 inci adalah memadai.

Boleh dikatakan ia paling berkuasa kerana terdapat banyak ruang untuk komponen menjana haba.

Keburukannya, ia agak berat untuk dibawa keluar dan terlalu cepat menghabiskan cas bateri laptop anda.

Sekiranya anda ingin menggunakan gaming laptop di pangkuan anda, pertimbangkan sebuah laptop 15 inci seperti OriginPC Eon15-S.

Beratnya di antara 2 kg hingga 3 kg sementara cas bateri boleh bertahan secara purata selama 5 jam.

Untuk anda yang sering bergerak, pertimbangkan gaming laptop 13 atau 14 inci seperti Razer Blade.

Laptop dalam saiz julat ini biasanya mempunyai berat di bawah 2 kg.

Ia juga mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama dengan ketahanan lebih kurang 7 jam.

Bagaimanapun, ia tidak didatangkan dengan CPU atau GPU yang paling berkuasa.

Sebab apa?

Kerana ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menghilangkan haba tersebut.

Kad grafik yang mampu milik atau mampu tengok?

Kad grafik atau GPU penting kerana ia menyampaikan imej pada paparan skrin dengan memproses data dan menghantar isyarat ke monitor.

Disebabkan betapa tertekannya proses ini semasa menjalankan permainan, anda memerlukan discrete GPU dengan ingatan tersendiri yang dipanggil VRAM.

Sekurang-kurangnya cuba dapatkan 4 GB VRAM.

Sekadar info bersama, kebanyakan gaming laptop di pasaran didatangkan dengan GPU Nvidia.

Mari kita lihat contoh-contohnya di bawah.

Nvidia GeForce GTX 1050/1050 Ti: SlGTX 1050 mengeluarkan beberapa framerates padat dalam permainan pertengahan seperti Battlefield 1 pada tetapan yang sangat sederhana.

GTX 1050 Ti pula sedikit lebih berkuasa dan dalam beberapa kes ia mampu menyokong Oculus Rift.

Walau bagaimanapun, pemain yang serius mencari sistem berprestasi tinggi mungkin sedikit kecewa dengan cip grafik ini.

Nvidia GeForce GTX 1060: Ia boleh dimainkan pada permainan seperti Mass Effect: Andromeda atau Witcher 3 tanpa mengorbankan beberapa visual khas.

Pantulan air (water reflections) dan rambut juga kelihatan seperti semula jadi pada resolusi 1920 x 1080.

Anda boleh menetapkan (setting) pada 4K serta boleh menyambungkan Oculus Rift atau HTC Vive untuk merasai pengalaman realiti maya ini.

Nvidia GeForce GTX 1070: Menyokong VR dan mampu menghasilkan frame rates yang mengagumkan tetapi tidak sebaik GTX 1080.

Grafiknya agak lancar pada resolusi 1080p dan 4K seperti yang boleh dilihat pada permainan Hitman.

Nvidia GeForce GTX 1080: Ini adalah cip yang paling berkuasa setakat artikel ini ditulis.

Cip ini dengan mudah menyokong semua pengembaraan realiti maya anda.

Cuma sediakan wang anda secukupnya kerana resolusi 1080p hanya terdapat pada gaming laptop tertentu seperti Razer Blade Pro atau Acer Predator 17X.

Selain daripada itu, beberapa gaming laptop turut menawarkan dua GPU dalam konfigurasi Scalable Link Interface (SLI).

Contohnya, Acer Predator 21 X dan MSI GT83 Titan SLI.

Nvidia Max-Q Design – Ini adalah satu spesifikasi reka bentuk baharu yang memberikan tumpuan kepada kecekapan dan bukannya prestasi.

Dengan kuasa yang kurang digunakan maka penghasilan haba juga turut menurun.

Ini bermaksud kipas pada gaming laptop tidak digunakan sepanjang masa.

Maksudnya?

Anda bakal mendapat sistem yang lebih sejuk dan senyap daripada gaming laptop biasa yang hampir sama spesifikasinya.

Paparan yang memukau mata anda

Tidak ada gunanya mempunyai frame rates yang lancar dan grafik yang cantik jika paparan pada skrin anda kelihatan seperti berkualiti rendah.

Untuk mengelakkan masalah ini, ikuti beberapa garis panduan yang berikut:

Resolusi minimum untuk setiap gaming laptop adalah 1920 x 1080.

Jika kurang, grafik anda akan kelihatan “muddy”.

Pada masa kini paparan QHD (2560 x 1440) atau 4K (3840 x 2160) menjadi semakin popular kerana memiliki butiran dan warna yang menarik.

Sesetengah gaming laptop turut menawarkan skrin sentuh yang bagus.

Serius.

Sejujurnya skrin sentuh tidak diperlukan pada kebanyakan gaming laptop.

Matte atau Glossy?

Ini lebih kepada pilihan peribadi sahaja. Ada pro dan kontranya di sini.

Kemasan glossy umumnya mempunyai warna-warna yang bertenaga (vibrant) tetapi sangat terdedah kepada silau yang menjengkelkan.

Peminat kemasan matte pula tidak perlu risau tentang pantulan yang mengganggu.

Tetapi sesetengah pengguna mengadu tentang warna dan perincian yang kurang menyerlah.

Kebanyakan gamers lebih menyukai kemasan jenis matte.

OLED (organic light-emitting diode): Panel dan kuasa yang dihasilkan lebih nipis dan cekap.

Ia turut memberikan warna dan kontras yang sangat kaya.

Alienware 13 R3 OLED kini merupakan satu-satunya gaming laptop yang mempunyai teknologi ini.

Terdapat juga beberapa gaming laptop yang didatangkan dengan panel-panel yang menyokong Nvidia G-Sync atau teknologi AMD FreeSync.

Kedua-duanya mampu mengurangkan grafik yang tidak menarik serta imej berbayang pada monitor 1080p hingga 4K.

Papan kekunci dan touchpad yang menarik

Papan kekunci yang baik harus menawarkan customizable backlighting.

Ia bukannya suatu keperluan tetapi kemestian jika anda seorang pemain games sejati!

Selain pertunjukan cahaya terbina dalam, terdapat perisian yang membolehkan anda membuat makro.

Dan menghubungkannya dengan profil pencahayaan serta permainan yang berkaitan.

Terdapat juga syarikat yang mula menyertakan papan kekunci mekanikal pada keluaran gaming laptop mereka.

Contohnya, MSI GT83VR Titan dan Lenovo Ideapad Y900.

CPU dan RAM: Otak operasi gaming laptop anda

Apabila memilih CPU dan RAM anda, ikuti petua ringkas yang berikut:

Pilih sekurang-kurangnya Core generasi ke-6.

Generasi terbaru Intel CPU adalah siri Generasi Ke-7 “Kaby Lake” yang dilancarkan pada akhir tahun 2016.

Semua CPU Kaby Lake mempunyai nombor model yang bermula dengan 7.

Contohnya Core i5-7200U, manakala cip generasi ke-6 mempunyai ID yang bermula dengan 6 (cth: Core i5-6200U).

Dapatkan Intel Core i5 (lagi tinggi lagi bagus) jika anda mencari pemproses dalam kategori gaming laptop.

Jika boleh, pilih cip quad-core dan bukannya dual-core. Quad-core biasanya mempunyai akhiran HQ atau HK.

Cip HK adalah yang terpantas dan membolehkan anda melakukan overclock.

Semakin tinggi clock speed pemproses tersebut maka semakin bagus prestasi gaming laptop anda.

Beberapa cip Skylake baharu boleh di overclock, bermakna kelajuan ini boleh diselaraskan melalui program seperti Intel Extreme Tuning Utility.

Bagaimana pula dengan RAM?

Anda wajib dapatkan sekurang-kurangnya 8 GB RAM.

16 GB adalah satu bonus tetapi kurang penting berbanding dengan mempunyai cip CPU atau GPU yang lebih pantas.

Storan: SSD atau HDD? Mana satu pilihan hati?

Lebih pantas adalah lebih baik dan itulah sebabnya mengapa ramai orang sukakan SSD terutamanya kad PCIe yang baharu.

Ia memberikan kelajuan pemindahan fail dengan cepat berbanding dengan cakera keras (HDD) biasa.

Sekiranya SSD di luar daripada kemampuan anda, cuba dapatkan sekurang-kurangnya cakera keras (HDD) 1 TB dengan kelajuan 7,200-rpm.

Atau anda juga boleh memilih konfigurasi SSD dan cakera keras.

Ini bermaksud gaming laptop anda mempunyai SSD + HDD sekaligus.

Dengan cara ini anda boleh menyimpan permainan dan fail penting pada SSD dan selebihnya (dokumen, foto, muzik, dan video) di simpan pada cakera keras.

Secara ringkasnya…

  • Jangan beli gaming laptop jika permainan (game) tersebut boleh disokong oleh cip grafik bersepadu (integrated graphics card).
  • Elakkan skrin sentuh (touch screen). Harganya lebih mahal dan menghabiskan cas bateri dengan pantas.
  • Laptop 17 atau 18 inci biasanya lebih berkuasa manakala 13, 14 dan 15 inci lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana tempat.
  • Pastikan papan kekunci selesa. Jika boleh, pergi ke kedai dan uji papan kekunci tersebut sebelum anda membeli sebuah gaming laptop.
  • Seboleh-bolehnya jangan gunakan mobile chips (biasanya ada tertulis huruf M pada cip grafik anda).
  • Elakkan gaming laptop dengan paparan rendah (kurang daripada 1920 x 1080).
  • Gunakan SSD agar pemasangan (install) dan masa loading permainan lebih cepat.
  • Dapatkan pemproses Intel Core i7-6700HQ, Nvidia GeForce GTX 1060 GPU dan port HDMI 1.3 jika anda ingin menikmati permainan realiti maya dengan Oculus Rift atau HTC Vive.

Sekarang mari kita lihat gaming laptop di bawah RM5500 yang ada di pasaran Malaysia.

HP Omen 15-ce032tx Notebook

Sukar mengaitkan HP dengan gaming laptop tetapi jangan terkejut mereka juga mempunyai siri Omennya yang tersendiri.

HP Omen 15-ce032tx Notebook dilengkapi dengan perkakasan yang kukuh dan reka bentuk yang agresif serta mengambil berat mengenai prestasi dengan serius.

Ia didatangkan dengan pemproses Intel® Core™ i7-7700HQ,4 GB DDR4-2400 SDRAM, NVIDIA® GeForce® GTX 1050 dan storan sebesar 1 TB 7200 rpm SATA.

Didatangkan dengan jaminan terhad selama 2 tahun termasuk penghantaran percuma apabila sistem anda memerlukan servis penyelenggaraan.

ASUS GL503V-DGZ404T ROG Strix Hero Edition

ROG Strix Hero Edition dioptimumkan untuk memberikan kelebihan daya saing dalam permainan MOBA seperti League of Legends dan Dota 2.

Dibekalkan dengan pemproses Intel Core i7, grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dan Windows 10 Home.

Ia turut kaya dengan warna dan memuatkan paparan lebar 120 Hz dan papan kekunci seperti desktop.

Dengan peralihan kekunci-N untuk tindak balas yang pantas dan tepat pada setiap input daripada anda.

Dicipta untuk “medan perang”, ASUS GL503V-DGZ404T ROG Strix Hero Edition meningkatkan permainan anda agar lebih banyak kemenangan akan berpihak kepada anda.

Walau bagaimanapun, Asus tidak menawarkan banyak cara customization.

Jaminan adalah selama 2 tahun dengan meliputi perlindungan kerosakan dan 30-day zero-bright dengan sokongan teknikal 24/7.

MSI GP72M 7REX 1467MY Leopard Pro

Salah satu syarikat yang paling inovatif  dengan gaming laptop 17 inci yang bertemakan naga merah serta laptop 15 inci yang mewah.

GPU GeForce GTX 10-Series memberikan anda sehingga 3X prestasi berbanding dengan GPU generasi terdahulu.

Ia dibina dengan FinFET terpantas, teknologi ingatan jalur lebar tinggi terkini dan sokongan untuk ciri DirectX 12 untuk permainan terpantas dan paling lancar.

Dengan penyelesaian Cooler Boost 4 yang inovatif dan ciri-ciri permainan eksklusif disediakan untuk para pemain, NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti GPU terbaru adalah jawapannya.

Prestasi 3D GeForce® GTX 1050 Ti GPU lebih baik daripada grafik GeForce GTX 970M.

MSI GP72M 7REX 1467MY Leopard Pro memberikan jaminan terhad selama 2 tahun.

Acer Predator Helios 300 (G3-572-7703)

Acer mempunyai barisan campuran laptop harga bajet seperti Aspire VX 15 dan harga premium seperti Predator 21 X.

Acer Predator Helios 300 (G3-572-7703) menawarkan GPU Nvidia GeForce GTX 1060 yang berkuasa untuk harga yang lebih rendah berbanding dengan pesaing mereka.

Ia boleh dinaik taraf (seperti RAM) sekiranya anda mahu meningkatkan prestasi gaming laptop ini.

Laptop ini juga dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-7700HQ, 8 GB DDR4 dan SSD 256 GB + 1 TB SATA HDD yang lebih daripada mencukupi untuk beberapa berbilang tugas yang serius.

Didatangkan dengan jaminan terhad selama 2 tahun yang mengharuskan anda untuk membayar penghantaran pengiriman sekiranya memerlukan servis penyelenggaraan.

Dell Inspiron 15 7567 Gaming Notebook

Laptop 15-inci yang sesuai untuk pemain tegar. Ia menggunakan pemproses Intel dan grafik NVIDIA GeForce terkini serta reka bentuk penyejukan haba yang termaju.

Papan kekunci backlit dengan kekunci WASD membantu anda melihat dalam kegelapan.

Biasanya didatangkan dengan ingatan 8 hingga 16 GB, sistem ini mampu menyokong sehingga 32 GB memori DDR4.

Bunyi yang mengesankan di mana ia meningkatkan setiap tontonan pertempuran dan interlude muzik dengan pembesar suara depan, subwoofer dan Waves MaxxAudio Pro.

Dell Inspiron 15 7567 Gaming Notebook memberikan jaminan selama setahun.

Penutup

Saya berharap artikel ini mampu menjawab segala persoalan yang bermain di minda anda selama ini.

Yang penting sediakan wang anda secukupnya 🙂

Masih bingung? Masih ragu-ragu tentang pemilihan gaming laptop idaman hati?

Nak saya bantu?

Tinggalkan komen anda di bawah.

 

20 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.