Cara Meningkatkan Kelajuan Internet Wi-Fi Streamyx dan UniFi anda

 

cara lajukan internet

Sepanjang saya melanggan perkhidmatan Internet daripada Telekom Malaysia (TM), saya sering menghadapi beberapa masalah berikut:

  • talian kerap terputus
  • talian Internet lembab
  • DSL tidak stabil
  • telefon 100 tapi masalah tidak selesai

Saya percaya hampir semua orang pernah menghadapi masalah seperti di atas.

Sebelum kita mahu menyalahkan pihak TM 100%, ada baiknya kita melakukan sedikit pemeriksaan pada peranti yang kita gunakan.

Yang jelas, ada beberapa cara melajukan Internet yang boleh kita pelajari sendiri. Tips di bawah ini lebih sesuai kepada pengguna rumah.

Lebih tepat lagi, yang menggunakan talian Streamyx atau pun UniFi.

Ia juga lebih kepada anda yang menggunakan Internet melalui Wi-Fi.

Sebelum saya teruskan…

Anda perlu tahu berapa kelajuan Internet anda sekarang. Rugilah bayar bil tiap-tiap bulan jika kelajuan tidak seperti yang sepatutnya.

Betul, bukan?

Anda boleh melawat laman web speedtest.net untuk mengetahui kelajuan sebenar talian Internet anda.

Selepas itu, bandingkan dengan pakej yang anda langgan daripada penyedia perkhidmatan Internet anda.

cara lajukan wifi

Salah faham di antara MBps dan Mbps

Saya yakin masih ramai yang keliru dengan dua istilah ini. Orang sering bercakap mengenai megabytes apabila mereka maksudkan megaBits.

Begitulah juga sebaliknya.

MBps = megabytes
Mbps = megabits

Contohnya , katalah ujian kelajuan yang anda dapat tadi ialah 11.53 Mbps.

Cara mengetahui berapa banyak dalam megabytes, bahagikan dengan 8 yang bersamaan dengan 1.44 MBps.

Sekarang, 1 MB bersamaan dengan 1024 KB (kilobytes).

Sebagai contoh lagi, jika anda memuat turun fail 30 MB pada 1 MB sesaat, ini bermaksud anda memerlukan kurang 30 saat untuk menyiapkan muat turun itu.

Persoalan yang lebih penting…

Bagaimana meningkatkan kelajuan Internet dengan berkesan?

Sebetulnya tidak sukar.

Meskipun begitu, masih ramai yang tidak tahu cara melajukan Internet ini.

Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar di dalam rangkaian komputer.

Serius.

Yang perlu anda lakukan adalah memeriksa beberapa masalah umum pada modem/router dan komputer riba kita sendiri.

Semudah itu saja sebenarnya.

1. Periksa tetapan dan kedudukan modem/router

Ini perkara pertama yang perlu anda lakukan sekarang. Periksa sama ada Wi-Fi anda mempunyai kata laluan atau pun tiada.

Ada letakkan kata laluan?

Tiada?

Akibatnya?

Sudah tentu orang di sebelah rumah dapat menggunakan Wi-Fi anda secara percuma.

Ini merupakan faktor utama talian Internet menjadi lembab.

Tapi…

Sebelum anda mahu menyalahkan orang lain, pastikan anda menyiasat terlebih dahulu. Tidak baik menuduh jikalau tiada bukti di depan mata.

Caranya?

Anda boleh menggunakan perisian percuma seperti Wireless Network Watcher untuk tujuan ini.

Saya ada menulis tutorial ringkas cara mengesan orang lain menggunakan Wi-Fi kita pada artikel saya yang lain.

curi wifi

Router yang terlalu panas turut menyumbang kepada masalah ini.

Selalunya talian akan pandai terputus-putus semasa digunakan.

Mungkin kedudukan router yang berdekatan dengan tingkap menyebabkan ia terdedah kepada cahaya matahari.

Jika boleh ubah kedudukan router di tempat yang terlindung.

Selain daripada itu, router yang agak jauh daripada peranti (komputer riba) kita juga merupakan antara sebabnya.

Biasanya isyarat Wi-Fi tidak berapa kuat dan stabil jika terlalu jauh.

Cuba alihkan kedudukannya agar dekat sedikit dengan peranti yang anda gunakan.

Ingat.

Sesetengah barangan elektronik di rumah kita seperti:

  • peti sejuk
  • pembesar suara
  • telefon tanpa wayar
  • pembuka pintu garaj

…turut mengganggu isyarat Wi-Fi anda. Jangan ambil mudah tentang perkara ini.

Seboleh-bolehnya letakkan router anda jauh daripada peralatan elektronik ini.

Ya, terdapat modem/router yang memang sensitif dengan benda-benda tersebut.

Sekiranya semua cara di atas masih tidak berjaya, anda boleh menutup (off) modem/router anda selama 5 minit.

Selepas itu, buka semula (on) dan uji kelajuan Internet anda semula.

2. Terdapat perisian hasad di dalam komputer riba anda

Percaya atau tidak, perisian hasad yang ada di dalam komputer kita turut menyumbang kepada talian menjadi perlahan.

Jadi, pastikan anda memasang antivirus yang berkualiti.

Setakat memiliki antivirus saja masih tidak mencukupi. Kena rajin kemas kini antivirus juga.

Sebab apa?

Supaya perisian hasad yang bersarang di dalam komputer kita dapat dikesan dan dihapuskan jika perlu.

Lakukan imbasan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

antivirus terbaik

Ok, bagaimana caranya?

Periksa komputer riba anda dan lihat apa antivirus yang anda gunakan sekarang.

Dalam contoh di bawah, saya akan menunjukkan cara mengemas kini dan mengimbas cakera keras.

Saya menggunakan antivirus daripada Microsoft Security Essentials sebagai contoh.

Buka Microsoft Security Essentials di taskbar (dekat dengan jam dan tarikh).

Lepas itu klik tab Update dan klik Update definitions seperti gambar di bawah.

Tunggu proses kemas kini (update definitions) sehingga selesai.

Lepas siap, tekan tab Home, pilih Quick pada Scan options, dan klik butang Scan now.

Proses mengimbas berjalan sekarang.

Bergantung kepada saiz simpanan dan kelajuan komputer, masa yang diperlukan untuk siap mungkin sekitar 5-10 minit.

Jika Quick scan tidak mengesan apa-apa, pilih pilihan Full scan sekarang.

Kenapa kena buat dua kali?

Sebab, kadang-kadang semasa kita menggunakan Quick scan, terdapat perisian hasad yang mungkin terlepas pandang ketika diimbas.

Jadi fungsi Full scan ini lebih kepada mengesan perisian hasad yang bersembunyi jauh di dalam fail-fail kita.

Sekiranya antivirus tidak menjumpai apa-apa, paparan di bawah ini akan muncul.

3. Periksa ruang kosong cakera keras komputer riba

Bila kali terakhir anda memeriksa ruang kosong (free space) komputer anda?

Berapa banyak lagi yang tinggal?

Jika ruang kosong hampir penuh, sila pindahkan data yang jarang-jarang anda gunakan itu ke tempat lain.

Caranya?

Dengan cara menyalin (burn) ke dalam CD/DVD, menyimpan ke cakera keras mudah alih atau memadam terus data yang tidak diperlukan itu.

cara lajukan internet telefon

Kenapa ruang kosong atau free space ini penting?

Biasanya ruang kosong digunakan sebagai ingatan maya.

Jika hampir penuh ia boleh menyebabkan komputer riba dan sambungan talian Internet menjadi lembab.

4. Susun data anda serapi mungkin

Jalankan defragmentation hard disk. Ini perlu dilakukan sebulan sekali.

Ia akan meningkatkan prestasi keseluruhan komputer riba dan membantu melancarkan sambungan talian anda.

Anda juga boleh menggunakan perisian percuma seperti Smart Defrag 5 untuk melakukan tugasan ini.

Ingat.

Sekiranya anda menggunakan SSD, anda tidak perlu menyusun data anda.

Sebab apa?

SSD tiada bahagian mekanikal yang bergerak dan jangka hayatnya akan pendek sekiranya defragmentation ini dilakukan.

smart defrag

Saya tahu sistem operasi Windows 7, 8/8.1 dan 10 mempunyai alat untuk defragment cakera keras ini.

Tapi, secara peribadinya saya lebih menyukai perisian Smart Defrag 5.

Ia mudah digunakan.

Jika berminat, anda boleh memuat turun di laman web rasmi mereka.

Setelah selesai, pasang perisian ini seperti biasa. Program ini akan terbuka secara automatik setelah siap dipasang.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menekan butang Smart Defrag seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Proses hendak defragment cakera keras ini biasanya tidak mengambil masa yang lama.

Proses defragment cakera keras yang telah selesai. Ia sangat senang dan cepat.

5. Naik taraf RAM anda semaksimum mungkin

Komputer riba yang terlalu uzur juga menyumbang kepada masalah ini.

Mungkin selama ini anda cuma menggunakan 1 atau 2 GB RAM sahaja.

Kalau ada bajet, anda boleh menaik taraf RAM kepada 4 GB atau lebih, bergantung kepada sokongan maksimum RAM di komputer anda.

Saya yakin anda akan merasai perbezaannya.

OK, bagaimana hendak mengetahui berapa besar RAM yang anda gunakan sekarang?

Klik Start, klik kanan pada Computer kemudian pilih Properties.

Periksa RAM anda seperti yang ditunjukkan gambar di bawah.

Sebelum anda menaik taraf RAM, pastikan anda memilih RAM yang tepat untuk komputer anda.

Anda juga boleh melihat buku manual atau memeriksa di laman web pengeluar komputer riba anda.

panduan membeli laptop baru

6. Buang add-ons, extensions dan plugins

Apa pelayar Internet atau Internet browser yang anda gunakan sekarang?

Internet Explorer, Mozilla Firefox atau Google Chrome?

Saya tahu add-ons dan plugins memang bagus.

Tetapi ada sesetengah daripadanya boleh dinyahaktifkan kalau jarang-jarang digunakan.

Mengikut pengalaman saya, benda ini kalau sudah terlalu banyak pun tidak bagus untuk komputer anda.

  • Cara menutup add-ons pada Firefox, pergi ke Tools > Add-ons dan nyahaktif kedua-dua add-ons dan plugins. Tutup dan buka semula Firefox.
  • Cara menutup add-ons pada Google Chrome, pergi ke Customize > Tools > Extensions dan nyahaktif plugins yang tidak diperlukan. Tutup dan buka semula Chrome.
  • Cara menutup add-ons pada Internet Explorer pula, pergi ke Tools > Manage Add-ons dan nyahaktif add-ons tersebut. Tutup dan buka semula IE.

7. Gunakan Google Public DNS

Tidak faham?

Pengertiannya dulu:

DNS adalah singkatan bagi Domain Name System. DNS merupakan nama sistem untuk komputer, laman web dan lain-lain yang disambungkan ke Internet.

Pada dasarnya ia menterjemahkan nama host ke dalam alamat IP untuk mengesan komputer dan laman web di Internet.

Contohnya semua laman web seperti Google, Facebook dan lain-lain mempunyai alamat IP mereka sendiri.

Pelayan komputer menggunakan alamat IP ini untuk mencari laman web dan membukanya ke dalam pelayar anda.

Mari saya tunjukkan cara menetapkan benda ini pada komputer riba anda.

Saya menggunakan sistem operasi Windows 7 sebagai contoh sahaja.

Klik butang Start dan taip Control Panel. Kemudian pilih pilihan tersebut seperti yang tertera di bawah.

cara nak lajukan internet

Pilih view network status and tasks.

cara melajukan internet

Klik Change adapter settings.

cara lajukan unifi

Klik kanan pada Wireless Network Connection kemudian pilih Properties.

Pada tetingkap Wireless Network Connection Properties pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dan klik Properties seperti di bawah.

cara lajukan streamyx

Pilih Use the following DNS server addresses dan masukkan nombor seperti di tunjukkan di bawah ini.

Setelah selesai klik butang OK.

cara lajukan laptop

Apa kelebihannya?

  • Internet lebih laju
  • Spam dapat ditapis
  • Keselamatan yang lebih bagus
  • Prestasi yang lebih baik ketika menggunakan Internet
  • Tiada masalah hendak “loading page”

8. Telefon penyedia perkhidmatan Internet

Kalau semua perkara di atas telah dibuat tetapi talian masih lembab, ada kemungkinan talian telefon anda yang bermasalah.

Cuba angkat telefon kalau-kalau line telefon ada noise (iaitu bunyi bising yang tidak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi).

Cuba telefon rakan anda dan berbuallah (apa saja) bagi mengesan masalah bunyi bising.

Ambil masa 1-2 minit, beri perhatian pada bunyi buzz yang mungkin wujud semasa perbualan.

Jika rakan anda juga mendengar bunyi bising tersebut, ini bermaksud gangguan pada talian anda agak kritikal.

Jangan buang masa, terus call 100 di “Bahagian Teknikal” dan laporkan masalah yang anda alami.

Sekiranya masalah masih berulang, langkah seterusnya adalah menukar modem/router anda.

Biasanya modem/router yang dibekalkan oleh pihak TM akan mengalami kerosakan setelah berusia 2 tahun ke atas.

Semua langkah di atas sudah saya praktikkan. Kebanyakannya mampu menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama ini.

Anda bagaimana pula? Boleh kongsikan pengalaman anda?

 

35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.