Netbook 1Malaysia Aerogate H-S30: Masalah Biasa dan Cara Mengatasinya
|“Kenapa netbook 1Malaysia ni lembab sangat? Macam tak ada kualiti langsung, belum pakai setahun dah rosak? Berbaloi ke nak repair netbook ni?”
Saya sudah biasa mendengar beberapa keluhan di atas apabila ia melibatkan netbook 1Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai yang tidak berpuas hati dengan kualiti netbook ini.
Bagi saya, pemberian netbook 1Malaysia oleh kerajaan pada dasarnya mempunyai matlamat yang baik.
Ia dapat memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki netbook sendiri.
Cuma yang menjadi persoalan adalah kualiti netbook ini agak mengecewakan.
Saya tidak mengatakan semua jenama netbook 1Malaysia ini tidak bagus.
Ada juga yang bagus sebenarnya.
Cuma ada beberapa jenama yang tidak berapa dikenali yang kerap menimbulkan masalah.
Contoh terdekat adalah daripada netbook 1Malaysia AeroGate H-S30.
Ini adalah beberapa masalah yang biasa saya temui:
- paparan skrin bertukar menjadi putih
- cakera keras (hard disk) mudah rosak
- papan kekunci (keyboard) tidak berfungsi dengan baik
- butang kuasa (power button) mudah patah
Jadi, kepada anda yang mempunyai netbook seperti di atas, sila jaga elok-elok netbook anda.
Artikel saya di bawah ini lebih kepada cara mengatasi netbook AeroGate H-S30 yang tidak boleh di format kerana hang atau freeze pada bahagian “completing installation”.
Tunggu 2-3 jam pun masih tidak siap-siap lagi.
Cara membaikinya?
Tidak susah.
Apa yang penting anda perlu ada keyakinan dan panduan yang betul.
Anda juga perlu menyediakan beberapa peralatan (tools) asas seperti:
- Set pemutar skru
- Bekas skru (tempat menyimpan skru)
- Tali pergelangan tangan antistatik dan conductive mat
- Thermal grease dan thermal pad
- Isopropyl Alcohol (IPA) 99.7%
- Berus antistatik
- Pry tools
- Hook and pick set
- Penyepit (tweezer)
- Multimeter digital
- CD/DVD Microsoft Windows
- Ultimate Boot CD atau UBCD
Tidak perlu semuanya.
Tapi…
Sekiranya lengkap, kerja-kerja yang anda lakukan nanti akan lebih mudah dan cepat disiapkan.
Perkara pertama yang saya lakukan jika menerima netbook daripada pelanggan adalah melihat keadaan fizikal netbook tersebut.
Kena periksa betul-betul.
Kena tengok sama ada netbook pernah jatuh atau tidak, periksa bekas tumpahan air dan lihat keadaan skrin netbook.
Selepas itu barulah saya bertanya kepada pelanggan apa masalah sebenar netbook ini.
Ini adalah netbook 1Malaysia Aerogate H-S30 yang diterima untuk pemeriksaan kerosakan.
Lihat pada bahagian bawah netbook ini. Buka semua skru yang ada dan simpan di dalam bekas khas.
Kena simpan dalam bekas khas supaya tidak mudah hilang. Saya banyak kali menghilangkan skru jadi bekas atau tempat menyimpan skru ini berguna untuk saya.
Proses menanggalkan komponen-komponen netbook 1Malaysia Aerogate H-S30. Buka atau tanggalkan RAM dan cakera keras (hard disk) kemudian simpan di tempat yang selamat.
Pusingkan netbook anda dan buka papan kekunci (keyboard) bermula daripada bahagian bawah (dekat dengan bahagian touchpad).
Boleh gunakan pry tools untuk memudahkan kerja-kerja anda. Setelah menanggalkan papan kekunci, buka sedikit lapisan aluminium tersebut.
Sebab apa?
Terdapat satu skru yang tersembunyi perlu dibuka di bawah lapisan aluminium ini.
Jika kabel touchpad sukar dicapai, anda boleh menggunakan tweezer untuk menanggalkan kabel tersebut.
Periksa heat sink fan sama ada dipenuhi habuk atau tidak. Kotoran pada bilah-bilah kipas boleh dibersihkan dengan menggunakan berus yang bersih.
Fungsi heat sink fan ini adalah membuang haba yang panas keluar daripada netbook.
Jika tidak dibersihkan, netbook akan cepat panas dan boleh merosakkan papan induk anda.
Sekadar nota tambahan, saya ada menulis cara mencuci kipas laptop pada artikel saya yang lain.
Perhatikan juga papan induk jika ada kesan-kesan karat. Sekiranya ada, anda boleh menggunakan Isopropyl Alcohol (IPA) 99.7% untuk membersihkan papan induk netbook anda.
Jangan lupa memeriksa voltan pada bateri CMOS netbook anda. Gunakan multimeter digital untuk tujuan ini.
Bateri CMOS adalah berbentuk bulat dan berwarna kuning seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.
Pastikan voltan pada bateri CMOS sekurang-kurangnya 2.0V-3.0V. Jika setiap kali pakai netbook anda terpaksa membetulkan masa dan tarikh, kemungkinan besar bateri tersebut telah lemah (weak).
Jika ada tanda-tanda begitu eloklah anda menukar bateri CMOS yang baharu.
Tukar thermal grease dan thermal pad jika ia telah mengeras atau terkoyak.
Untuk kes netbook 1Malaysia Aerogate H-S30 ia cuma menggunakan thermal pad. Biasanya ia berwarna biru. Jika masih elok, anda tidak perlu menukarnya.
Sebelum hendak reformat netbook 1Malaysia Aerogate H-S30 ini, cabut kabel touchpad terlebih dahulu.
Sekiranya tidak, netbook akan hang atau freeze pada “completing installation” seperti gambar di bawah ini.
Ini adalah masalah biasa pada netbook jenis ini. Saya banyak kali menjumpai masalah seperti ini. Lepas mencabut kabel touchpad, kerja-kerja reformat berjalan dengan lancar.
Kalau netbook anda selalu sahaja blue screen atau BSoD (Blue Screen of Death), anda boleh menggunakan perisian percuma seperti Ultimate Boot CD untuk memeriksa keadaan RAM netbook anda.
Kena muat turun terlebih dahulu dan selepas itu rakam (burn) imej tersebut ke CD/DVD kesukaan anda.
Tapi kena ingat juga, kadang-kadang jika cakera keras (hard disk) anda ada masalah pun boleh menyebabkan blue screen.
Ada juga kes-kes heat sink fan terlalu kotor pun boleh menyebabkan blue screen. Jadi, ada banyak sebab terjadinya blue screen ini.
Anda boleh menggunakan Windows Memory Diagnostics Tool atau Memtest86+ jika hendak memeriksa “kesihatan” RAM anda.
Cakera keras (hard disk) boleh diperiksa dengan menggunakan perisian SeaTools for DOS (untuk jenama Seagate).
Ada banyak lagi program di dalam UBCD ini. Anda boleh menyemak sendiri di laman web rasmi mereka.
Kerja-kerja membaiki netbook atau laptop bukanlah susah sangat. Apa yang penting anda kenalah berani dan mempunyai tools yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang hendak dilakukan.
Lagi bagus jika anda mempunyai asas dalam bidang elektronik. Tidak mengapa jika anda cuma tahu yang asas sahaja.
Kenapa?
Sebab kerja anda nanti akan lebih mudah jika hendak memeriksa masalah yang berkaitan dengan papan induk.
Nota 1: Saya tidak menggalakkan anda membongkar netbook anda sekiranya ia masih mempunyai tempoh jaminan (warranty).
Nota 2: Saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan pada netbook anda akibat daripada mengikuti tutorial ini.
nak tanya..macam mana nak buka keyboard laptop ni?sebab laptop lain macam snang sikit
Papan kekunci netbook ini perlu dibuka daripada bahagian bawah dahulu (dekat dengan touchpad).
Memang susah sikit hendak buka sebab ada gam yang dilekatkan bersama-sama dengan papan kekunci ini.
Gunakan PRY TOOLS atau guitar pick untuk mencungkil bahagian tepi papan kekunci tersebut.
Saya sendiri pun mengambil masa yang lama untuk membuka papan kekunci ini.
Jadi, kesabaran itu sangat penting.
Oh ya, kalau hendak nampak hasil kerja yang cantik & profesional, anda perlu menggunakan PRY TOOLS yang tepat untuk membongkar netbook anda.
Semoga berjaya.
Ada jual tali cas dia x? Hehehehe saya nak beli
Hai Mie, kami tiada jual benda ini. Cuba cari di Lelong atau Lazada.
dekat mana nk dapatkan charger notebook 1malaysia nih ?
Susah nak cari charger ni sekarang.. anda boleh cuba cari di Lelong.
Aero gate ni boleh upgrade ram tk?
Ya, RAM untuk netbook 1Malaysia AeroGate H-S30 boleh dinaik taraf daripada 1 GB DDR3 kepada 2 GB DDR3 (maksimum).
Macam mana nak format semula?
Hai Aisyah, untuk sistem operasi Microsoft Windows 7, anda boleh lihat tutorialnya di sini.
apa maslah arr bila on keluar enter password????
Kata laluan untuk netbook ada dua jenis. Pertama, kata laluan untuk masuk ke tetapan BIOS.
Kedua, kata laluan semasa hendak masuk ke dalam Windows.
Biasanya jika ada kata laluan yang muncul, mungkin seseorang telah meletakkan kata laluan atau password tersebut atas tujuan keselamatan dan privasi.
Hi Tuan,
Barang sparepart dia dekat mana boleh cari?
TQ
Hai Amirol, alat ganti untuk netbook 1Malaysia memang susah dicari pada masa kini.
Cuba cari dalam talian sama ada melalui Lelong.com.my atau Lazada.com.my.
Hi. Netbook aerogate ada key yg rosak cth : FN KEY, ESC. Macam mana nak repair? Cuci keyboard ke update driver keyboard? Netbook ni pun dah tak dapat nak connect wifi.
Biasanya jika ada beberapa kekunci yang rosak, jalan terbaik adalah menggantikan terus papan kekunci tersebut.
Ini bukan masalah pemacu peranti tetapi lebih kepada masalah perkakasan netbook anda.
Anda juga boleh menggunakan papan kekunci biasa yang disambungkan melalui port USB netbook anda.
Untuk masalah tidak boleh mengakses Wi-Fi, periksa dahulu pemacu peranti pada Device Manager.
Sekiranya OK, ada kemungkinan modem/router agak jauh daripada netbook atau kad Wi-Fi anda mungkin telah mengalami kerosakan.
Tukar kad Wi-Fi tersebut atau gunakan kad Wi-Fi jenis USB.
Hi saya nak tnya, kenapa laptop aerogate saya bila saya on , akan keluar blue skrin? Adakah masalah ini boleh di perbaiki tanpa menggangu maklumat yang tersimpan dalam laptop itu?
Hai Brenda, biasanya Blue Screen of Death disebabkan oleh masalah perisian atau perkakasan netbook anda.
Sistem operasi Microsoft Windows mungkin telah mengalami kerosakan sama ada:
– terkena serangan virus
– pemacu peranti yang tidak serasi
– anda memasang perisian yang tidak menepati keperluan sistem anda.
Sebab kedua pula, ada kemungkinan perkakasan anda seperti RAM telah mengalami kerosakan atau slot RAM tersebut terlalu berhabuk/kotor.
Kadang-kadang, cakera keras yang mempunyai sektor rosak turut menyumbang kepada masalah ini.
Biasanya data di dalam cakera keras masih boleh disalin ke peranti lain seperti di pen drive dan cakera keras mudah alih dengan menggunakan perisian seperti Ultimate Boot CD (UBCD).
Jangan risau masalah ini masih boleh diperbaiki tanpa menjejaskan maklumat anda di dalam netbook.
Hi,
Ada nak tanya, bila power on Aerogate 1msia netbook, ia akan auto power off dlm 3 saat. Walaupun suda cuba tekan butang “del” dan masuk bios…dlm masa 3 saat power akan auto off. Boli tau apa yg sya perlu periksa? T.kasih.
Hai Michael Chu, sudah cuba gunakan pengecas yang lain?
Periksa juga thermal pad (biasanya berwarna biru) pada heat sink fan sama ada masih OK atau tidak.
Jika thermal pad sudah hancur atau koyak, tukarkan dengan thermal pad yang baharu.
Bersihkan juga bilah-bilah kipas dan papan induk daripada debu dengan menggunakan berus antistatik.
Kadang-kadang masalah kad Wi-Fi yang rosak juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
Jadi, cuba buka kad Wi-Fi dan tengok sama ada netbook masih pandai padam atau tidak.
Semoga berjaya.
Hi..
saya nak tanya berkenaan power adapter @ charger yang rosak. Laptop dah tak boleh guna sebab dah takde sambungan elektrik walaupon laptop masik elok..macam mana ye nak dapatkan adapter yg baru atau adakah adapter tersebut boleh dibaiki? ataupun ada tak mana2 jenama laptop lain yang adapter nya sama dengan netbook aerogate ni? terima kasih..
Hai Asilah, jawapannya YA dan TIDAK.
Ada sesetengah pengecas (AC adapter @ charger) jenama lain yang boleh digunakan pada netbook AeroGate ini.
Tetapi ada juga yang tidak boleh digunakan atas beberapa sebab.
Fahami ini baik-baik.
Untuk memilih pengecas (AC adapter @ charger) yang tepat, ada beberapa perkara yang perlu anda lihat seperti:
1. Voltan (V) pada pengecas (biasanya ada dicetak pada badan pengecas) MESTI SAMA dengan Voltan pada netbook anda (biasanya ada dicetak pada bahagian bawah/belakang netbook anda).
2. Ampere (A) pada pengecas MESTI SAMA ATAU TINGGI SEDIKIT dengan Ampere pada netbook anda.
Sekiranya anda menggunakan Ampere yang rendah pada pengecas berbanding dengan netbook anda, pengecas akan cepat panas dan mudah rosak.
3. Saiz plug MESTI MUAT dengan DC JACK netbook anda dan mempunyai polariti (positif & negatif) yang betul.
Anda boleh menggunakan pengecas daripada jenama lain dengan syarat ia mengikuti perkara 1, 2 dan 3 di atas.
Harga pengecas (AC adapter @ charger) di pasaran adalah sekitar RM60-RM80.
pengecas utk netbook aerogate masih ada dijual di pasaran ke?
ataupun saya hanya pergi ke mana2 kedai barangan komputer dan tunjukkan contoh pengecas netbook aerogate yg rosak kepada mereka utk dijadikan panduan?
possible tak untuk saya dapatkan pengecas yg sesuai dengan netbook aerogate tu? sebab netbook tu dah lama dah..takut model lama dah xde pengecas yg sesuai.. sorry ye soalan mcm ni.. terima kasih..
Pengecas untuk netbook AeroGate rasanya sukar untuk dicari pada masa kini.
Biasanya kedai komputer akan bagi pengecas yang serasi (compatible) dengan netbook anda.
Jangan risau pengecas untuk netbook anda masih ada cuma ia daripada jenama yang berbeza sahaja.
Semoga berjaya.
hai..
mana blhdapatkan bateri(Pengecas) laptop 1 malaysia aerogate tu… sbb klip bateri (Pengecas) tlh patah..
Hai Norlia, cara yang paling selamat adalah dengan membawa pengecas ATAU bateri anda ke kedai komputer.
Biasanya kedai komputer lebih tahu tentang perkakasan yang serasi untuk netbook anda.
Harap jawapan ini membantu anda.
Haii..
Mcm mna cara nak tarik wifi.. selain fn+F1
Hai Dewi, maksud anda.. cara hendak kuatkan signal Wi-Fi?
Jika ya, pautan di sini mungkin boleh menjawab persoalan anda.
Selamat sejahtera.Notebook Aerogate 1 Malaysia mengalami masalah untuk on kan notebook.Bila saya menghidupkan notebook,ia mengatakan bahawa perlu untuk repair ataupun start seperti biasa.kemudian ia ter off sendiriBegitu juga apabila pengecas disambungkan, lampu merah tidak menyala.Apakah masalah yang mungkin berlaku pada notebook saya dan adakah fail2 seperti gambar dan video akan hilang selepas repair?
Hai Miki, masalah mungkin berpunca daripada sektor rosak pada cakera keras dan kipas netbook anda terlalu kotor.
Jika masalah sektor rosak tidak terlalu kritikal, data di dalam cakera keras biasanya masih boleh diselamatkan lagi.
Anda boleh menggunakan perisian seperti UBCD untuk mendapatkan semula data anda.
Untuk masalah netbook mati sendiri, cuba dahulu gunakan pengecas lain (pengecas AeroGate) dan bersihkan habuk pada bilah-bilah kipas.
Sekiranya masalah masih berulang, ada kemungkinan kad Wi-Fi atau papan induk anda yang mengalami kerosakan.
Bila saya buka hardisk dan tukar dengan hardisk yang baru. Skrin laptop hitam/gelap saja.. Tukar dengan hardisk asal pun dah x dapat.. Memanjang saja skrin gelap.
Hai Nel, biasanya cakera keras baharu tiada sistem operasi Microsoft Windows.
Selain daripada itu, antara penyebabnya adalah:
– slot RAM kotor atau RAM memang mengalami kerosakan. Cuba bersihkan slot RAM dengan menggunakan berus antistatik atau tukar dengan RAM yang lain.
– ada “key” pada papan kekunci yang melekat atau “stuck” disebabkan habuk yang terkumpul. Tanggalkan kabel papan kekunci daripada netbook dan uji semula sama ada masalah skrin gelap masih berlaku atau tidak.
– skrin mungkin dah rosak. Cuba sambungkan netbook pada monitor CRT/LCD, TV atau projektor. Jika ada gambar dan tulisan yang muncul di monitor CRT/LCD, TV atau projektor, kemungkinan skrin netbook telah mengalami kerosakan. Kabel LVDS jarang mengalami kerosakan kecuali ia tersepit pada engsel (hinge) atau kabel tersebut digigit semut.
– papan induk rosak. Lihat papan induk dengan mata kasar kalau-kalau ada bahagian komponen elektronik yang telah berkarat. Jika ada, bersihkan dengan Isopropyl Alcohol (IPA) 99.7%.
– kad Wi-Fi mungkin tidak berfungsi. Cabut kad WI-Fi dan uji semula sekiranya masalah masih ada.
Netbook pernah terjatuh sebelum ini?
Terkena air minuman?
Hello. Saya ada dua laptop ,yang satu ne rosak screeen yang satu lagi ne rosak system macam mana yah mau tukar screen?
Hai Mark, anda memerlukan peralatan asas untuk menukar skrin komputer riba yang rosak.
Saya ada menulis topik ini pada artikel saya yang lain.
Boleh saya tahu apa jenama dan model laptop tersebut?
Terima kasih.
Di mna mahu cari sparepart dy ni??
Anda boleh cari di Lelong atau Lazada Malaysia.
Hi. Maaf, sy ingin bertanya, laptop sy ni (sma sprti dalam model yg dsebutkan dlm artikel mengalami sedikit masalah :
Bila sy On laptop ni .. Logo 1 Malaysia tu akan keluar tapi selepas tu, screen btukar jdi blank, hitam n ad sedikit cahaya
Apa masalahnya tu yaa ? Dan bagaiman jln penyelesaiannya ??
Thank you dn smoga dmurhkan rezeki.
Hi Nis, cuba buat langkah-langkah yang mudah dahulu.
Untuk Windows 7, hidupkan netbook anda, tekan F8 beberapa kali (tekan F8 beberapa kali sebelum logo Windows muncul).
Jika berjaya, paparan Advanced Boot Options akan muncul. Pilih Safe Mode (atau Safe Mode with Networking).
Setelah masuk ke dalam Safe Mode, lakukan System Restore.
Caranya?
Klik Start, taip system restore dan tekan Enter. Tetingkap System Restore akan muncul.
Klik butang Next.
Selepas itu, isikan tanda semak pada Show more restore points.
Pilih TARIKH sebelum berlakunya masalah pada netbook anda.
Kemudian klik Next.
Klik Finish dan Yes. System Restore akan berjalan selepas itu.
Tunggu hingga selesai.
Jika tidak terlalu kritikal masalah anda akan selesai di sini.
Semoga berjaya.
Nak tanya my problem is kenapa saya TDK boleh turn on (sama seperti model yg disebutkan dlam artikel) dia punya power button menyala berwarna sahaja tdk terbuka langsung
APA masalah ini ya?Dan MCM mana jalan penyelasaian nya ya?
Hai Wilsonaa, ketika menghidupkan netbook anda.. logo Windows masih boleh nampak atau tidak?
Jika jawapan anda adalah “YA”, cuba lakukan dahulu langkah-langkah yang mudah ini.
Caranya?
Untuk Windows 7, hidupkan netbook anda, tekan F8 beberapa kali (tekan F8 beberapa kali sebelum logo Windows muncul).
Jika berjaya, paparan Advanced Boot Options akan muncul.
Pilih Safe Mode (atau Safe Mode with Networking).
Setelah masuk ke dalam Safe Mode, lakukan System Restore.
Klik Start, taip system restore dan tekan Enter.
Tetingkap System Restore akan muncul.
Klik butang Next.
Selepas itu, isikan tanda semak pada Show more restore points.
Pilih TARIKH sebelum berlakunya masalah pada netbook anda.
Kemudian klik Next.
Klik Finish dan Yes.
System Restore akan berjalan selepas itu.
Tunggu hingga selesai.
Biasanya masalah anda akan selesai di sini.
Sekiranya anda tidak melihat logo Windows, ada kemungkinan:
– sistem operasi Microsoft Windows anda ada masalah. Salin data penting anda ke pen drive atau portable external drive dan lakukan format pada cakera keras netbook anda.
– slot RAM kotor atau RAM memang mengalami kerosakan. Cuba bersihkan slot RAM dengan menggunakan berus antistatik atau tukar dengan RAM yang lain (lagi bagus dengan RAM baharu).
– ada “key” pada papan kekunci yang melekat atau “stuck” disebabkan habuk yang terkumpul. Tanggalkan kabel papan kekunci pada netbook dan uji semula sama ada masalah skrin gelap masih berlaku atau tidak.
– skrin mungkin ada masalah. Cuba sambungkan netbook anda pada monitor CRT/LCD, TV atau projektor. Jika ada gambar dan tulisan yang muncul di monitor CRT/LCD, TV atau projektor, kemungkinan skrin netbook telah mengalami kerosakan. Kabel LVDS jarang mengalami kerosakan kecuali ia tersepit pada engsel (hinge) atau kabel tersebut digigit semut.
– papan induk rosak. Tengok papan induk dengan mata kasar kalau-kalau ada bahagian komponen elektronik yang telah berkarat. Jika ada, bersihkan dengan Isopropyl Alcohol (IPA) 99.7%.
– kad Wi-Fi mungkin rosak. Cabut kad WI-Fi dan uji semula sekiranya masalah masih berlaku.
Semoga membantu anda.
salam tuan netbook 1malaysia saya bila on screen jd putih,,,sbb apa jd cm tu tuan??
Hai Khairul Emir, masalah ini mungkin berpunca daripada kabel LVDS atau skrin netbook anda.
Jika kabel LVDS longgar atau terputus, paparan skrin akan menjadi putih.
Skrin netbook yang rosak juga boleh menunjukkan tanda-tanda begini.
Untuk kes macam ini, netbook perlu dibuka untuk menentukan masalah yang sebenar.
Di mana nak bli bateri lptop ni?
Hai Syah, alat ganti untuk netbook 1Malaysia memang susah dicari pada masa kini.
Cuba cari dalam talian sama ada melalui Lelong.com.my atau Lazada.com.my.
hi.. laptop 1 malaysia aerogate ni ram boleh upgrade dangan jenama apa ar? laptop saya hanya ada 1gb ram ddr3
Hai Joshua J, RAM untuk netbook 1Malaysia AeroGate H-S30 boleh dinaik taraf daripada 1 GB DDR3 kepada 2 GB DDR3 (maksimum).
Jenama RAM yang boleh anda pertimbangkan adalah:
– Micron (Crucial)
– Samsung
– Hynix
Sekadar menaik taraf RAM sahaja tidak memadai..
Nasihat daripada saya, sebaik-baiknya cakera keras lama perlu ditukar kepada SSD untuk prestasi yang lebih baik.
hi ..lutut saya terhimpit samsung notebook 1 malaysia dekat skrin dan terus jadi gelap tapi.bunyi mesej masuk di fb masih ada. tpi bila smbung di monitor pc masih xde paparan. hantar repair technician cakap motherboad yang rosak? boleh bagi pencerahan apa kemungkinan yang rosak?
Jika tiada paparan pada skrin netbook dan monitor CRT/LCD (tetapi audio/bunyi masih ada), ada kemungkinan papan induk (motherboard) yang bermasalah.
laptop 1 malaysia saya xdetect signal wifi..dh reinstall driver wifi..masih sama..perlu kah saya reformat?
Hai Saifuddin, anda boleh periksa di Device Manager sama ada pemacu (driver) terpasang dengan betul atau tidak.
Pastikan tiada tanda berwarna kuning atau merah pada pemacu yang anda pasang tadi. Sekiranya masalah masih sama sila reformat sistem operasi netbook anda.
Jika reformat tidak dapat menyelesaikan masalah ini, anda mungkin terpaksa menggantikan kad Wi-Fi di dalam netbook anda.
Alternatifnya, anda juga boleh membeli USB Wi-Fi untuk mengakses semula talian Internet anda.
Laptop ni boleh msuk m.sata tak???
Hai Ann, seingat saya netbook ini tidak menyokong form factor mSATA.
hai..masalah sy pada connection setting adapter tu xde apa2..mana nak dapatkan driver adaptor netbook 1malaysia ni
Hai Din, untuk masalah driver yang sukar dicari, saya biasanya menggunakan Snappy Driver Installer untuk tujuan ini.
Hi..masalah saya pada usb port…bila cucuk mouse hidup tapi mouse tak boleh guna..bila cucuk external hdd pun x detect tapi lampu ext hdd menyala…ada kebarangkalian usb port tu rosak ka?
Hai Eld, ada kemungkinan port USB anda telah rosak. Mungkin salah satu pin pada port tersebut telah patah atau berkarat.
Bagaimana dengan port USB yang lain? Masih berfungsi?
Nak tanya tuan..macam mana nak format laptop Aerogate H-S30 ni..dan bagaimana nak repair keyboard dia dimana beberapa huruf tidak berfungsi dengan baik
Hai Justin John, anda boleh rujuk artikel ini tentang cara memformat netbook yang betul.
Untuk masalah papan kekunci pula, sebaiknya tukar dengan yang baharu.
tuan laptop ni support tak window xp?
tuan laptop ni support tak window xp?
Ya, anda boleh pasang sistem operasi Windows XP ke dalam netbook ini tetapi anda tidak akan mendapat kemas kini daripada pihak Microsoft.
Wifi x boleh guna selepas format install window baru..apa jalan penyelesaian dia ni tuan?
Saya biasanya menggunakan Snappy Driver Installer untuk mengatasi masalah ini.
Salam nak tanya, saya tertumpahkan air pada keyboard notebook saya, masa saya cas power button hidup , tapi screen tak display, ape patut saya buat ya,
Ini kes berat. Kena keringkan betul-betul baru boleh hidupkan komputer. Untuk masalah ini, komputer perlu dibuka satu persatu untuk membersihkan papan induk dan skrin.
Hai tuan..saya KHAIRUL..
notebook sy model Intel Atom CPU..mslahnya bila sy on dia tulips “BOOTMGR is compressed” press restart..button not detected..kalau habitat servis..kos mahal x?
Jika masalah melibatkan sistem operasi Windows, kos mungkin sekitar RM30-RM80 (ikut kedai).
Netbook ni bole upgrade ke window 10 tak. sy sudah update tapi windows 10 tak responsif. kene upgrade RAM ke? atau tidak digalakkan update
Cara yang paling efektif adalah menukar cakera keras (HDD) biasa kepada SSD.
Kalau LCD screen rosak masih boleh kasih baiki ker..dan di mana nak cari LCD screen yang baru..
Hai Jasman, jika skrin LCD anda retak atau pecah, anda perlu menukar skrin tersebut. Alat ganti tersebut boleh di beli di kedai komputer atau dalam talian seperti Lelong, Lazada dan Shopee.
Salam 1 malaysia, nak tnya bkenaan default program. notebook saya sudah tidak mengikut defrag atau susunan default program yg betul.Macamana untuk membetulkan semula? Contohnya, jika mahu membuka muzik player, harus dibuka dengan windows music player. Sudah cuba defrag setting juga tak dapat mengatasi.Harap dapat dibantu.
Apa sistem operasi (OS) yang anda gunakan sekarang? Windows 7, Windows 8 atau Windows 10?
salam 1 malaysia , nak tanya berkenaan microsoft ..kenapa tidak dapat dibuka sedangkan laptop ni dari awal datang belum sentuh lagi dah tak dapat buka ?
Maksud anda Microsoft Windows atau Microsoft Office?
Steady la ramai guna lg notebook ni,saya punya masih boleh guna start dari 2010 sampai la 2020 ni..10 tahun Tak pernah rosak kecuali bateri. silap2 boleh turunkan Kat anak2 pulak da..hahahaha saya punya model atom, terfikir jugak nak upgrade full spek, boleh ke? maksud saya lcd,ram,cpu,ssd semua..ibarat nak buat mcm kete kancil tapi pakai turbo.
Wah.. boleh tahan! Jarang dengar netbook masih OK selepas 10 tahun. Untuk netbook ini, hanya RAM dan HDD sahaja yang boleh di naik taraf.
Sebagai contoh, naik taraf 1 GB DDR3 kepada 2 GB DDR3 (maksimum) dan tukar HDD biasa kepada SSD.
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tuan. Terbaik!
Boleh ke saya upgrade ram netbook ini? Jika boleh upgrade berapa maximum ram? Dan perlu reformat semula ke jika tukar ram?
RAM untuk netbook 1Malaysia AeroGate H-S30 boleh dinaik taraf daripada 1 GB DDR3 kepada 2 GB DDR3 (maksimum). Tak perlu reformat HDD jika nak naik taraf RAM.
saya bermasalah dengan pasword bios..gimana solusinya
Anda perlukan programmer khas untuk tujuan ini.
kalau nak buka keyboard netbook ni untuk tukar cmos battery ada kena buka skrew yang tertentu ke kat netbook tersebut? atau boleh terus buka guna prying tools kopek je terus dekat keyboard yg tuan cakap tu?
Buka dulu papan kekunci dengan menggunakan pry tools. Selepas itu, buka sedikit lapisan aluminium untuk mencapai skru yang tersembunyi (kalau tak silap ada satu skru di bawah lapisan aluminium ini).
Semoga berjaya.
hi saya nampak lain website post ni boleh upgrage ke 4gb ram ddr3, betul ka?
Netbook 1Malaysia ada banyak jenis. Memang ada yang boleh pasang RAM sampai 4 GB, bergantung kepada pemproses (processor) yang digunakan.
Sya mhu mncri lcdnya dmna ye klau blh bgthu mdel Hs30 laptop Stu mlysia ni
Anda boleh cuba cari di Lelong, Lazada atau Shopee.
Saya pun laptop 1malaysia push button da masuk dalam kalau nak repair macam mana…
Kalau tak silap POWER BUTTON tu masih boleh repair.. cuma perlu pateri (saya tak berapa ingat sebab dah lama) pada bahagian yang tercabut/tertanggal.
Netbook aerogate boleh pasang ssd tak?..hehehe…
Ya, boleh. Anda boleh pasang SSD jenis 2.5″ SATA.
Lepas saya factory reset windows 7. Keluar error Bootmgr.. selepas masuk BIOS.. dan restart balik… Screen tiada display (gelap).. tukar hd lain pun sama. Tukar/cuci ram, cabut bateri, cabut keyboard juga sama.. apa cara selesai
Buka HDD, cuma pasangkan RAM. Sambungkan pengecas, check semula kalau ada display. Kalau masih tak ada display, gunakan RAM yang lain.
ape yg boleh diupgrade utk lebih baik….
boleh tuan suggestkan komponen yg perlu ditukar…
Mobo ?
Ram Max ?
Ssd Max ?
Window mane yg sesuai…
t.kasih tuan
Untuk netbook ini, tuan hanya boleh naik taraf RAM dan HDD (tukar ke SSD) sahaja.
Hello nk Tanya netbook 1 malaysia ni kalau upgrade ram ke ddr3 4gb blh tk
Jenama dan model? Netbook 1Malaysia ada banyak jenis..
Masi ada jual ka battery aerogate hs-30 notebook 1 Malaysia
klaw nk pilih charger utk laptop 1 malaysia ni, contohnya pada laptop tu tertulis 19v 2.0A.. jadi laptop tu compatible tk dengan charger 19v 3.45A?.. sbab input jack tu sama dengan charger lama yang telah rosak.. (5.5mm × 2.5mm)
Ya, boleh.
Yang penting Voltan (V) pada netbook dan pengecas (charger) kena sama. Untuk Ampere (A) pula, anda boleh gunakan Ampere tinggi sedikit pada pengecas.
Assalam bang. Nak tanya netbook ni boleh upgrade ram ke tidak ya?
Ya, boleh.
Berapa gb boleh upgrade tuan?
Boleh saya tahu apa pemproses yang digunakan?
Caranya?
Dari Desktop atau Start Menu, klik-kanan pada Computer dan pilih Properties.
Dalam tetingkap System Properties, lihat processor yang digunakan.
Intel Atom N455, 1.66GHz
Ram 1gb DDR3 1333MHz
Anda boleh menaik taraf RAM sehingga 2 GB DDR3 1333 MHz sahaja. Lagi bagus kalau anda menukar HDD biasa kepada SSD agar prestasi netbook ini bertambah baik.
Hi…
Nk tanya bole tak ??
Kalau macam netbook i ne dh lama x pakai…n then sekarang nk on mcm biasa tapi dia keluar perkataan REBOOT AND SELECT PROPER BOOT DEVICE OR INSERT BOOT MEDIA IN SELECTED BOOT DEVICE AND PRESS A KEY..So ape yg kna i buat…
Adakah terdapat cara untuk menghidupkan laptop 1malaysia apabila butang hidup patah?
Hello!
Nak tanya laptop ini WiFi Macam mana guna atau connect?
TQ
Saya adaa laptop sebiji macam ni. sampai skrg susah hidup.. tekan on masih tak boleh sama ada connect dgn charger without battery , tapi bila sambung charger lampu charger tu hidup kejap dalam beberapa saat terus hilang. tukar harddisk lain ,ram lain tetap sama tak boleh hidup. apa masalah dia ya? sedih betul gambar keluarga banyak dalam tu 😭 tolong bg pjelasan
Hai
Nak tanya, kenapa netbook saya buka² dah warna biru, tak nampak apa² lagi nampak biru je