Cara Menggunakan System Restore Pada Netbook AeroGate Model No: H-S30
|Sebut sahaja netbook 1 Malaysia saya yakin semua orang kenal dengan nama ini.
Saya tahu ramai pelajar yang mendapat netbook ini melalui pihak sekolah.
Netbook ini bukan sahaja kecil tetapi ia juga ringan serta mudah di bawa ke mana-mana sahaja.
Jadi ia memang sesuai untuk kegunaan mereka sehari-hari.
Meskipun begitu, saya terdengar beberapa rungutan daripada ibubapa yang tidak berpuas hati dengan kualiti netbook yang dibekalkan.
Mereka mendakwa netbook ini tidak berkualiti dan mudah rosak.
Contohnya, belum pun sampai seminggu digunakan ia terpaksa dipulangkan semula kepada pihak pembekal.
Benarkah begitu?
Saya ada pandangan tersendiri dalam hal ini.
Mengikut pengalaman saya, terdapat juga jenama yang benar-benar berkualiti.
Punca sesuatu netbook cepat rosak bukanlah semata-mata daripada kualiti netbook itu sahaja.
Tetapi…
Faktor manusia.
Ada kerosakan sebenarnya berpunca daripada kecuaian pengguna itu sendiri.
Spesifikasi netbook ini sebenarnya biasa-biasa sahaja.
Ia hanya sesuai untuk kegunaan asas seperti menaip, melayari Internet, mendengar muzik dan menonton video.
Malangnya…
Terdapat segelintir pelajar yang memasang permainan video ke dalam netbook ini.
Netbook ini sebenarnya tidak direka untuk bermain permainan seperti Defense of the Ancients (bukan Dota 2).
Tetapi itulah realitinya.
Saiz yang kecil dan ringan juga membolehkan netbook ini dimasukkan ke dalam beg pelajar.
Di sinilah timbulnya masalah yang lain pula.
Skrin netbook ini mudah retak dan seterusnya pecah akibat dihimpit oleh buku-buku teks yang tebal.
Ini memang biasa terjadi.
Selain daripada itu, sebilangan pelajar juga gemar makan dan minum di hadapan netbook mereka.
Jadi tidak hairanlah jika papan kekunci ini mudah rosak akibat terkena tumpahan air.
Ok, cukuplah dahulu penjelasan di atas.
Baru-baru ini saya ada menerima sebuah netbook untuk dibaiki.
Masalahnya bila masuk ke dalam Windows, terdapat banyak iklan yang muncul (pop-up advertisement) secara tiba-tiba.
Melalui pengamatan, agak mustahil netbook ini boleh digunakan kerana iklan yang muncul terlalu menggangu dan tidak boleh ditutup.
Biasanya ramai yang lebih suka reformat sistem operasi Microsoft Windows untuk mengatasi masalah ini.
Tidak semestinya.
Jika masalah tidak terlalu kritikal anda boleh menggunakan System Restore untuk membaiki sistem operasi ini.
Bagaimana caranya?
Mari saya tunjukkan jalannya…
Hidupkan netbook anda seperti biasa.
Klik butang Start kemudian taip system restore. Pilih System Restore dan tetingkap seperti di bawah akan muncul.
Anda juga boleh mengakses System Recovery Options melalui Advanced Boot Options.
Untuk memasuki Advanced Boot Options, hidupkan netbook kemudian tekan kekunci F8 beberapa kali sebelum logo Microsoft Windows muncul di skrin netbook anda.
Kemudian pilih Repair your computer dan tekan Enter.
Klik System Restore.
Klik butang Next.
Pilih tarikh yang sesuai.
Contohnya?
Jika netbook anda bermasalah pada hari ini, pilih tarikh seminggu lebih awal sebelum berlakunya masalah tersebut.
Anda boleh meletakkan tanda semak (tick) pada Show more restore point untuk melihat paparan tarikh selebihnya.
Seterusnya klik Next.
Setelah anda berpuas hati dengan pilihan tarikh System Restore, anda boleh menekan butang Finish seperti di bawah.
Once started, System Restore cannot be interrupted. Do want to continue?
Tekan butang Yes.
Biasanya proses ini akan mengambil masa lebih kurang 10-20 minit bergantung kepada kelajuan netbook anda.
Sekiranya System Restore berjaya, netbook akan mula semula (reboot) dan akan memasuki sistem operasi Microsoft Windows.
Gambar di bawah menunjukkan proses ini telah berjaya (harap maaf gambar kurang jelas).
Mudah, bukan?
Saya biasanya menggunakan kaedah ini untuk menangani masalah yang tidak terlalu kritikal.
Jika netbook dijangkiti terlalu banyak perisian hasad, biasanya saya akan memberi cadangan agar netbook ini di format semula.
Sekiranya anda mahu memformat netbook sendiri, pastikan anda telah menyalin (backup) data penting ke USB flash drive atau cakera keras mudah alih anda.
Saya ada menulis tutorial ringkas cara memformat sistem operasi Microsoft Windows 7 pada artikel saya yang lain.
Semoga berjaya.
bagaimana format netbook 1malaysia
Anda boleh mengikuti tutorialnya di sini.
Assalamualaikum, nak tnya.. Sy bru ja bli netbook 1Malaysia dari mudah.my saya ada tanya keadaan netbook punya bateri ni okay ke? Penjual ni kata semua okay. Bila dah bankin dan saya cuba.. Saya dapati keyboard ada yang tak berfungsi, bateri pula bila dah cas penuh tapi tiba² boleh pula terkurang walaupun temati sekejap. Saya dah tanya kat kedai baiki laptop tapi mereka kata dah tak ada sparepart untuk modal netbook ni.
Hai Nazirah, papan kekunci untuk model ini memang sukar di cari pada masa kini.
Alternatifnya adalah menggunakan papan kekunci terpakai atau beli papan kekunci USB.
Berkenaan dengan bateri pula, biasanya jangka hayat sesebuah bateri adalah 2-3 tahun sahaja.
Selepas tempoh itu, bateri masih boleh digunakan tetapi ia tidak mampu menyimpan cas dengan berkesan.
nak tanya bos ku.. kalo kita format kat kedai n insstall wndws 10..boleh x?? n kta nak upgrade ram, hadisc n lain2 boleh ka tuu utk laptop 1 malaysia nii
Ya, anda boleh menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 10 tetapi ada baiknya anda turut menaik taraf RAM kepada 2 GB.
Seingat saya netbook ini mampu menyokong RAM sehingga 2 GB sahaja.
Pastikan juga anda menukar cakera keras (hard disk) tradisional kepada solid-state drive (SSD).
Jika anda menaik taraf kedua-dua perkakasan ini (RAM dan SSD), saya berani jamin prestasi netbook anda akan meningkat dengan drastik.
Screen pada netbook saya sudah pecah.. Saya ingin bertanya, bagaimana caranya untuk mengambil gambar dan video yang berada dalam netbook tersebut? Ada alternatif lain tak selain daripada gantikan screen tersebut?
Hai Nurul, anda boleh menyambungkan netbook anda kepada monitor CRT/LCD, TV atau projektor dengan menggunakan kabel VGA atau HDMI.
Alternatif lainnya adalah dengan mencabut cakera keras tersebut dan sambungkan kepada komputer lain dengan menggunakan adapter khas.
Semoga membantu anda.
Terima kasih atas maklum balas yg diberi.. 😊
Sama-sama, Nurul. Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini.
kalau sudah System Restore semua data beribadi akan hilang ke?
System Restore adalah ciri di dalam Microsoft Windows yang membolehkan pengguna untuk memulihkan keadaan komputer mereka (termasuk fail sistem, aplikasi yang dipasang, Windows Registry dan tetapan sistem) kepada masa sebelumnya.
Pertama kali dimasukkan ke dalam Windows ME, ia telah dimasukkan ke dalam semua versi “desktop” Windows selepas itu (kecuali Windows Server).
Dalam Windows 10, System Restore dimatikan secara “default” dan ia mesti diaktifkan oleh pengguna untuk berfungsi.
Jawapan kepada soalan anda, System Restore tidak menjejaskan fail peribadi anda seperti dokumen, muzik, gambar dan video.
Salam… Saya nk tanya cm ne nak format notebook? Satu notebook sampai ade 3 akaun administrator … Dan yg satu akaun ade pasword… Tapi tak tau apa pasword nye… Bile nk set tarikh n masa msti sruh msukkn pasword… Mcm mana nak delete akaun tuh…
Hai Nadia, untuk mem-format Windows 7 anda boleh lihat tutorialnya di sini.
Pastikan data (jika ada) penting disalin ke pemacu pena atau cakera keras mudah alih sebelum kerja-kerja mem-format ini dilakukan.
tq …info…kalau laptop lama tak guna…..system juga akan gangu…
Hai Jane, terima kasih kerana singgah sebentar di sini.
Salam….saya baru first time nk pakai notebook….itu pun org yg hadiah kn…..skrg ni saya nk minta tlg cikt….saya nk tau mcm mana nk on kn note book ni…..saya x pernah guna note book atau pun laptop…ni betoi2 first nk guna so saya x erti nk on kn…..blh x sapa2 tlg ajar kn saya atau pun bg tau saya langkah2 dr nk on kn smpi hbs guna , nk off kena wt mcm mana…….tlg st……kalau blh nk skrg….sbb saya nk tgk notebook 2 rosak ka x….. Kalau rosak blh la saya p blk kt tuan punya notebook tu….sblm trlmbt…..lmbt2 nanti dia x mau layan…..
1. Cara hidupkan komputer: https://youtu.be/VI1YRHeUIoU
2. Cara matikan komputer, pilih Start dan kemudian pilih Power > Shut down.
Gerakkan tetikus anda ke sudut kiri bawah skrin dan klik kanan butang Start atau tekan kekunci logo Windows + X pada papan kekunci anda.
Ketik atau klik Shut down atau log keluar dan pilih Shut down.
Hai, screen notebook 1M saya pecah, dimana sya boleh dapatkan yang baru?
Hai Norazean, anda boleh beli di kedai komputer atau dalam talian seperti di Lazada atau Shopee.
Sy ada masalah dgn notebook 1malaysia brand idola.bateri dia dah kong.mana sy boleh dpt beli bateri baru?
Bateri jenis ini sukar dicari pada hari ini. Cuba dulu cari di mana-mana kedai komputer terdekat. Jika tiada, anda boleh cuba cari dalam talian seperti Lelong, Lazada dan Shopee.
Helo encik saya nak tanya macam mana nak baiki laptop 1M bila on biasa bila dah masuk welcome dan preparing your desktop.. laptop saya hanya memaparkan cursor dan belakangnya hanya hitam sahaja takde plak keluar explorernya
Masih guna Windows 7, bukan?
Cuba dulu cara ini:
1. Tekan Ctrl + Alt + Delete kemudian pilih Task Manager.
2. Klik butang More details (jika anda gunakan mod kompak).
3. Klik-kanan Windows Explorer dan pilih End task (jika ada).
4. Klik menu File.
5. Pilih Run new task.
6. Taip arahan berikut: explorer.exe dan klik butang OK.
tuan,
saya nak tanya, kalo saya nak upgrade laptop 1malaysia saya apa yang boleh diupgrade RAM, Hard disk lagi apa ya.
Hai Noniey, hanya dua perkakasan yang boleh dinaik taraf iaitu RAM dan HDD sahaja. RAM boleh dinaik taraf sehingga 2 GB DDR3 (jika tak silap) manakala HDD boleh digantikan dengan SSD untuk prestasi yang lebih baik.
Harap membantu anda.
Kalau leptop tesat nuat macam ini lah