Cara install CCleaner yang Paling Mudah di Dalam Komputer Anda

Tutorial pada kali ini akan membincangkan tentang cara install ccleaner di dalam komputer anda.

CCleaner adalah utiliti berkesan di mana ia membersihkan fail-fail sementara (temporary files), pintasan rosak (broken shortcuts) dan masalah-masalah lain.

CCleaner juga melindungi privasi anda.

Ia membersihkan sejarah pelayaran (browsing history) anda dan fail-fail sementara internet, membolehkan anda untuk menjadi pengguna internet yang lebih yakin dan kurang terdedah kepada kecurian identiti.

Selain daripada itu, CCleaner turut:

  • membersihkan fail-fail yang tidak diperlukan daripada pelbagai program dan ini secara tidak langsung menjimatkan ruang cakera keras (hard disk)
  • mengeluarkan entri yang tidak diperlukan dalam Windows Registry
  • membantu anda nyahpasang (uninstall) perisian dan memilih mana-mana program pada Startup sama ada program itu sepatutnya bermula secara automatik atau tidak dengan Windows.

Perisian ini boleh di muat turun di laman sesawang rasmi CCleaner.

Terdapat 3 jenis CCleaner yang dipaparkan iaitu CCleaner Free, CCleaner Professional dan CCleaner Professional Plus.

Sila muat turun CCleaner Free seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Cara download CCleaner

cara download ccleaner

Setelah muat turun selesai, klik dua kali pada ccsetup_523.

Gambar di bawah kemungkinan akan berbeza sedikit sekiranya anda menggunakan versi terbaru perisian CCleaner.

instal download

Cara install CCleaner di dalam komputer anda

Klik butang Install.

Anda juga boleh menekan butang Customize sekiranya terdapat pilihan yang hendak diubah.

cara install ccleaner

Sila tunggu sebentar semasa proses pemasangan perisian CCleaner ke dalam komputer anda.

pengertian ccleaner

Setelah pemasangan perisian selesai, anda boleh membuang tanda semak (untick) pada View release notes sekiranya anda tidak mahu membaca nota tersebut.

Tutup perisian CCleaner seperti yang ditunjukkan di bawah.

fungsi ccleaner pada laptop

Lihat pada desktop komputer anda.

Pastikan perisian CCleaner ada di sana.  Jika ada ini bermakna pemasangan perisian CCleaner telah berjaya.

cara menggunakan ccleaner di windows 7

Mudah bukan?

Semoga artikel cara install CCleaner ini memberi manfaat kepada anda.

Cara menggunakan CCleaner di Windows 7 atau 10 ada diterangkan dalam artikel ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.